Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Wahai Nabi, Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah al-Ahzab: Ayat 59)
Berikut perkongsian Yatt Hamzah di laman Instagramnya.
Dua golongan yang menjadi ahli neraka:
Sabda Nabi SAW, “Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang mana aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka ini akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama kata Nabi ialah golongan yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (melakukan kezaliman).”
“Dan golongan kedua kata Nabi SAW adalah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggodakan, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga, bahkan tidak dapat menghidu dan mencium keharumannya, walaupun baunya syurga itu dapat dihidu dari jauh.” – [HR Muslim 5098].
Mutakhir ini, pegangan sebahagian umat Islam dilihat semakin longgar apabila terdapat dalam kalangan suami dan ibu bapa sengaja membiarkan isteri dan anak-anak mereka mendedahkan aurat.
Memakai tudung namun masih menampakkan telinga kerana hiasan anting-anting adalah cara pemakaian yang salah sebaliknya seseorang wanita itu perlu menutup penuh bahagian kepala sehingga menampakkan wajah sahaja.
Perkara ini amat dikhuatiri dan menakutkan kita. Ada dalam kalangan mereka terlalu obses mengikuti trend pakaian semasa sehingga melanggar syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Mereka tanpa segan silu memakai seluar senteng dan sengaja mengeluarkan cuping telinga yang jelas-jelas sebahagian daripada aurat untuk memakai anting-anting.
Terdapat juga wanita Islam yang mendakwa mereka menutup aurat namun mereka sebenarnya menipu diri sendiri. Ini boleh dilihat apabila ramai wanita memakai pakaian yang menutup aurat tetapi dlm masa yang sama pakaian berkenaan terlalu ketat hingga menampakkan bentuk dan susuk tubuh.
Selain itu, ada pula yang hanya menutup aurat pada waktu-waktu dan tempat-tempat tertentu sahaja sebagai tanda penghormatan dan memenuhi keperluan adat. Misalnya pada hari Jumaat, ketika berada di tanah suci, ketika menghadiri majlis keagamaan dan menziarahi jenazah.
Namun, pada waktu lain mereka kembali memakai pakaian yang mendedahkan aurat tanpa segan silu seolah-olah kewajipan menutup aurat ada tempoh masa, tempat tertentu sahaja.
Gambar sekadar hiasan.
Dalam persoalan ini kita boleh lihat adanya tiga kategori wanita.
Pertama: menutup aurat dengan sempurna.
Kedua: menutup aurat tetapi tidak sempurna
Ketiga: langsung tidak menutup aurat
Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat. Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Zaman sekarang, ramai wanita yang terjebak dalam kategori ini. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertontonkan kepada orang.
Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung, lebih baik tutup…” Kata-kata ini tampak baik, semacam positif, tetapi pada hakikatnya ia adalah suatu yang dangkal! Kenapa perlu dibandingkan dengan wanita yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah dianggap baik. Kenapa tidak mencontohi muslimah yang lebih sempurna dalam menutup aurat? Itulah golongan manusia yang hidupnya dihiasi dengan ribuan alasan. Dalam urusan dunia, dibandingkan dirinya dengan yang lebih baik, manakala dalam urusan agama, mereka cuma membandingkan dirinya dengan yang paling teruk. Hasilnya tiadalah istilah penambahbaikan dalam diri mereka.
Allah S.W.T yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita supaya menutup aurat. Suruhan ini bukanlah daripada ustaz, ustazah atau mana-mana ulama’, tetapi arahan ini datangnya dari Allah S.W.T yang menjadikan makhluk-Nya. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Maha Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitung nikmat dari-Nya, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia. Ditekankan lagi ayat-ayat mengenai suruhan menutup aurat :
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)”. (Surah al-Ahzab : Ayat 33)
Di akhir zaman ini, orang pakai tudung sempurna pun belum tentu selamat dari ancaman nafsu serakah manusia, inikan pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham. Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Silap jika golongan hawa ini merasakan kaum adam hanya tertawan dan tergoda dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.
Gambar sekadar hiasan.
Kecantikan dalaman itu adalah kualiti sebenar yang diidamkan oleh muslim yang soleh. Sangat jarang si pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Pastinya dia akan memilih kuih atau makanan yang tertutup dan dibungkus dengan sempurna. Kecantikan dan rupa paras yang Allah S.W.T kurniakan adalah untuk dipelihara dan tontonan suami sahaja bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.
Berikut adalah kesilapan dan salah faham segelintir wanita zaman sekarang mengenai arahan Allah S.W.T supaya menutup aurat. Moga ia menjadi renungan dan iktibar buat kita semua.
*Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
*Bertudung tetapi mengenakan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
*Bertudung tetapi baju kebarung/kebayanya terbelah di bahagian tengah.
*Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk tubuh.
*Bertudung tetapi amat longgar tudungnya sehingga sengaja menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
*Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tanggalkan tudung bila di pasar raya.
*Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah belahan dadanya dari ditutupi oleh kain tudung.
*Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
HIJABISTA: Semoga kita menutup aurat dengan sempurna.
Siapa boleh menidakkan kuasa sentuhan mekap. Hanya dengan sedikit kreativiti dan lakaran kreatif menggunakan alat solek, pasti wajah seseorang itu akan berubah secara total. Begitu juga dengan perkongsian remaja lelaki ini apabila video dia menyolek kakaknya menjadi viral. Kebolehannya melakukan transformasi pada wajah kakaknya, Effa’ Azura Mat Zin yang dikatakan berwajah ‘ganas’ berjaya mengubah penampilan diri.
Bercerita kepada Mstar Online, Muhammad Isma Danial Mat Zin, 22 tahun berkata dia mengambil peluang menata rias wajah kakaknya tu sebaik dia menyatakan keinginan untuk menukar imej dan penampilan diri dengan berhijab serta bersolek.
Menurutnya lagi ketika itu mereka sekeluarga berkumpul di rumah untuk makan malam. Tiba-tiba sahaja kakaknya itu beritahu mahu pakai hijab dan belajar mekap kerana mendapat kenaikan pangkat di tempat kerjanya.
“Jadi sebagai adik yang paling rapat saya gembira dengan perkhabaran itu. Saya terus offer nak solekkan dia. Sebenarnya dah lama saya teringin nak mekap muka dia. Jadi bila hati dia dah terbuka untuk disolek, saya pun tak lepas peluang,” katanya.
Dalam video iu memaparkan aksi Danial melakukan transformasi pada wajah kakaknya menggunaka kemahiran yang ada pada dirinya. Malah penampilan Effa yang berambut pendek di awal video seolah-olah bertukar jadi wanita lain yang begitu ayu setelah mendapat sentuhan Danial.
Penampilan kakaknya cukup anggun apabila bersolek dan berhijab. Malah video tular ini menerima hampir 169 ribu tontonan dengan 7 ribu retweet dan tanda suka 12 ribu di laman twitter miliknya sejak dimuat turun.
Malah netizen juga tidak kurang yang memuji hasil sentuhan magis Danial dalam menjadikan penampilan kakaknya berbeza berbanding sebelumnya.
Tambah Danial lagi, kakaknya itu rasa sebak apabila melihat transformasi dilakukannya olehnya. Jika sebelum ini hanya bedak bayi jadi mekap dan foundationnya. Tetapi bila lihat perubahan pada dirinya depan cermin kakaknya itu mula sebak. Sebelum ini mungkin ia tidak yakin dengan dirinya lebih-lebih lagi ramai yang herdik dan kutuk disebabkan saiz badanya yang agak berisi.
“Apabila saya tunjuk muka kakak lepas disolek pada mak, mak juga terkejut dan menangis. ini kerana mak pun tak pernah lihat wajah kakak yang dirias jadi begitu,” ujarnya yang menyifatkan kakaknya itu seorang wanita yang agak kasar, lasak dan nampak ganas.
Menurut Danial yang bekerja di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kuala Lumpur berkata mengenai bakat solekan yang dimiliki, dia memang minat bidang solekan sejak kecil, tetapi mula mengambil kelas dan belajar secara serius enam bulan lalu.
Walaupun karier sebagai jurusolek bukan pekerjaaan pilihan dalam keluarga, namun tanggapan itu salah apabila dia akhirya berjaya membuktikan kerjaya itu turut beri kelebihan kepada dirinya.
Zaman kanak-kanak hidup untuk aktiviti luar yang hebat. Sama ada ia bermain sehingga lampu jalan menyala atau ingin pergi berkhemah dengan rakan-rakan, anda benar-benar suka menjalani aktiviti dengan alam semula jadi.
Bagi kebanyakan orang dewasa, perasaan itu telah berubah. Anda tidak mahu menjadi kotor atau terdapat terlalu banyak pepijat untuk anda benar-benar menikmati persekitaran. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, trend glamping telah menjadi popular dan bertujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tersebut.
Ya, perkhemahan glamor adalah satu perkara dan anda perlu mencubanya SEGERA. Jika anda tidak pernah mendengar istilah itu atau ingin tahu tentang cara benar-benar glamp maka anda perlu tahu etika percutian yang penuh glamor bukan di hotel mewah tetapi hanya berkhemah sebagai lokasi penginapan.
Lokasi anda adalah kunci utama
Apabila trend berkembang, semakin banyak pusat peranginan menawarkan pilihan. Terdapat pusat peranginan di seluruh negara yang menawarkan percutian di dalam khemah. Beberapa resort menawarkan beberapa pilihan glamping yang sesuai untuk peringkat perkhemahan sesiapa sahaja. Jika anda baru mengenali ini, teepee mewah adalah permulaannya. Ia boleh memuatkan empat orang dan lengkap dengan elektrik, ruang duduk, meja makan, bilik mandi dan bilik tidur. Ia betul-betul seperti bilik hotel di tengah-tengah hutan. Anda mendapati rasa perkhemahan tanpa perlu melepaskan kemudahan anda.
Bagi mereka yang tidak keberatan untuk mengasarinya sedikit, terdapat khemah glamping. Mereka pada dasarnya hanya satu langkah ke bawah dari teepee tetapi masih memberikan rasa elektrik dan gaya hotel. Satu-satunya perbezaan utama ialah bilik mandi berada di dalam bangunan yang berasingan jadi anda perlu meninggalkan khemah untuk menggunakannya. Perkara yang menarik ialah setiap khemah mempunyai bilik mandinya sendiri, jadi anda tidak akan berkongsi ruang itu dengan orang yang tidak dikenali.
Rancang almari pakaian anda dengan sewajarnya
Memandangkan anda akan berada di dalam hutan, anda mungkin tidak mahu membawa pakaian terbaik hujung minggu anda. Walau bagaimanapun, kerana ini adalah pengalaman perkhemahan yang tinggi, anda masih boleh menjaga gayamu. Pek lapisan kerana suhu boleh naik dan turun semasa dalam perjalanan anda pada bila-bila masa. Anda mahu bersedia sepanjang masa. Banyak pusat peranginan glamping juga akan mempunyai bilik dobi di lokasi serta dengan kos tambahan.
Setakat kasut, bawa sepasang kasut berjalan kaki atau kasut yang anda tidak kisah untuk kotor. Anda berkemungkinan berada berhampiran tanah, pasir, lumpurdan sebagainya. semasa penginapan anda. Pastikan anda membawa semburan pepijat. Sekali lagi, anda berada di dalam hutan dan begitulah cara perkhemahan berlangsung.
Berfikiran terbuka
Jika anda bukan seseorang yang boleh keluar dari zon selesa selama beberapa hari, ini mungkin bukan untuk anda. Tetapi, hidup ini terlalu singkat untuk tidak mencuba semua perkara.
Sertai aktiviti yang tidak biasa anda lakukan semasa glamping, ia menjadikan pengalaman anda lebih tulen. Contohnya, tunggangan kuda, memanah dan menembak cakera. Ini bukan perkara yang anda akan lakukan dalam rutin harian anda. Tetapi, mereka sesuai untuk pengembaraan luar.
Juga, ketahui bahawa anda mungkin tidak akan makan makanan mewah pada masa ini. Kemungkinan besar terdapat restoran kecil di kawasan glamping anda atau sekurang-kurangnya kedai untuk membeli makanan ringan. Kebanyakannya menyediakan makanan memanggang atau memasak di atas api unggun. Bunyinya seperti banyak, tetapi kita semua tahu makanan panggang adalah antara makanan terbaik. Oh, dan anda tidak boleh pergi berkhemah tanpa makanan seimbang.
Sekarang setelah anda mempunyai idea umum tentang perkara yang diharapkan, adakah anda fikir anda akan mencubanya suatu hari nanti?
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Pesan Rasulullah cari empat ciri ini dalam seseorang untuk tahu dia jodoh kita. Kita ada banyak panduan yang cukup lengkap dalam segala serbi hal asas kehidupan manusia, seronok jadi umat Islam sebenarnya.
Termasuklah mencari jodoh, cuma dengan pengaruh-pengaruh budaya luar yang datang dan menyongsangkan sedikit kita daripada jalan yang tidak betul, lama-kelamaan masalah sosial semakin kelihatan dalam masyarakat kita. Tular komen netizen yang ditujukan kepada usahawan yang juga penaja Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Eriyca Baiduri di aplikasi TikTok
“Cuba laki (suami) pakai kereta Wira buruk dah lama bini (isteri) lari.”
Eriyca, 33, atau mesra disapa Madammu berkata, ketika berkahwin pada 2015, suaminya, Azri, 44, hanya lelaki biasa dan bukan kaya raya.
“Sebenarnya saya taklah marah dan geram. Saya faham, tak semua orang kenal kita, tak semua orang tahu kisah kita dan tak semua orang tahu cerita kita. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya dengan suami ini kami berkahwin daripada tak ada apa apa dan bermula daripada sederhana.
Mungkin ada antara kita yang lupa, pesanan Rasulullah SAW ini yang datang dari hadis yang berbunyi, wanita dikahwini kerana empat hal, kerana hartanya, keturunannya,kecantikannya dan agamanya. Jelas di situ kriteria paling penting dalam mencari jodoh. Pasti salah satu yang dimaksudkan dengan harta dan rupanya
Tidak ada penekanan yang khusus yang diberikan pada dua ciri-ciri ini namun disebutkan juga kerana memang empat ciri inilah yang akan membantu kita mencari jodoh. Tidak perlulah kita menolak pula seseorang itu hanya kerana diatidak berharta dan janganlah pula kita enggan menerima seseorang itu kerana rupanya. Namun jika kita mengenali seseorang itu dari mula kesusahannya pasti harta jatuh no 2.
Bahagia bergantung pada niat yang betul
“Saya berkahwin dengan suami bukan sebab duit semata-mata. Tak semua perempuan berkahwin sebab duit. Saya berkahwin dengan suami sebab dia baik. Dia akan membahagiakan dan menjaga saya dengan baik. Jadi, itu yang sebenarnya saya nak dalam rumah tangga. Masa saya kahwin dengan dia, walaupun waktu itu dia biasa-biasa tapi saya percaya dengan budi bicara, karakter dia yang sangat melindungi, saya tahu dia boleh jaga saya.
“Saya tahu rezeki boleh dicari kemudian dan boleh cari bersama-sama. Alhamdulillah, hari ini daripada kami biasa-biasa kami dapat mencapai apa yang kami nak. Sebab itu dalam rumah tangga ini niatnya kena betul. Jadi, saya okay saja dengan netizen itu,” katanya.
Menurut Eriyca, dia dan suami bermula dari tinggal di rumah sewa hingga dapat membeli rumah sendiri selain dapat membina empayar pernigaan jenama Noir Health & Beauty (Noir).
“Kehidupan dulu tidaklah semewah hari ini. Dari kami duduk rumah sewa kami beli rumah. Perlahan-lahan perniagaan makin berkembang dan maju. Jadi jika ada yang kata saya kahwin sebab duit itu salah. Sata faham, netizen ni mereka suka buat andaian dan mereka suka bercakap apa yang mereka fikir.
“Kalau nak tahu, jenama Noir adalah saya punya sendiri. Begitu juga suami yang mempunyai perniagaan sendiri, tapi lebih banyak bantu saya di Noir,” katanya.
Terdahulu, Eriyca membalas pertanyaan pengguna itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan dirinya bersama suami di dalam kereta. Hantaran video itu mencecah lebih 1.1 juta tontonan, mendapat lebih 51,000 tanda suka, lebih 1200 komen dan lebih 600 perkongsian semula.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...