Sebagai rakyat biasa, pastinya kita tidak sabar menantikan detik Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini. Istimewa majlis itu nanti menyaksikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mengenakan kain Tenun Diraja Pahang sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Baginda turut berkongsi beberapa keping gambar hasil tenunan itu di laman Twitter rasmi, @cheminahsayang, malam tadi.
Sementara itu dalam laporan Bernama kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri dan ia bertambah unik dan istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima persembahan hasil kain tenunan tersebut di Istana Negara di sini, termasuk empat pasang tenunan khas sebagai persalinan Raja Permaisuri Agong pada istiadat pertabalan itu nanti.
Ads
Ketika ditemui pemberita, Tunku Azizah bertitah Penjara Penor dan Bentong dipilih untuk menghasilkan persalinan baginda pada istiadat pertabalan itu sebagai tanda penghargaan Raja Permaisuri Agong selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.
“Memang Beta mahu penjara yang buat baju untuk Beta pakai pada hari pertabalan. Beta sangat bangga untuk memakainya. Ini merupakan satu penghormatan kepada Beta dan Beta juga ingin memberi penghormatan kepada mereka.
“Ada juga rekaan tenunan yang memasukkan lambang Negeri Pahang. Dua minggu sekali Beta akan ke Penjara Penor dan Bentong untuk melihat sendiri perkembangan kerja tenunan yang dilakukan,” titah Tunku Azizah selepas majlis itu.
Ads
Baginda turut bertitah Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat Pahang sejak 300 tahun lalu.
Ads
Tunku Azizah yang mengagumi hasil kerja tenunan yang dipersembahkan itu bertitah baginda memperoleh ilham bagi rekaan tenunan itu antaranya daripada alam semula jadi dan keadaan sekeliling seperti biji kopi dan bayang-bayang pagar.
Baginda turut bertitah hasil upah menenun kain itu akan diagihkan kepada penghuni penjara berkenaan dan berharap kemahiran menenun akan dapat diperluaskan bagi memelihara warisan dan tradisi Melayu.
Selain kesihatan tubuh badan, setiap wanita atau gadis begitu menitik beratkan penjagaan wajah. Memang jadi kebimbangan jika jerawat tumbuh atau kulit wajah mengalami masalah ‘breakout’ ini.
Boleh dikatakan sebagai mimpi ngeri kerana masalah jerawat atau ‘breakout’ yang dialami menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan.
Bagi gadis menggelarkan namanya Sabreen atau di laman twitter Sabrina Sofiadin ini juga turut mengalami masalah yang sama empat tahun lalu.
Namun dia jenis tak berputus asa dan berusaha memperbaiki kulit yang bermasalah hingga akhirnya menjadi ‘flawless’. Macam tak percaya tetapi inilah antara tip yang dia gunakan.
Perkongsian gadis ini transfromasi kulitnya dimuat turut di laman twitter. Melalui ‘thread’ ini diharap boleh dijadikan panduan terutama bagi gadis yang mempunyai masalah kulit yang sama.
Bayangkan dari mempunyai kulit berjerawat teruk. Kini Sabreena mampu tersenyum kerana kulitnya kini sangat licin dan halus.
Ramai antara kita yang cukup obses untuk cepat kurus. Macam-macam teknik digunakan untuk memastikan mereka mendapat berat idaman.
Namun cara yang digunakan ada kalanya terlampau ekstrem hingga boleh menyebabkan seseorang itu ditimpa sakit. Sudahnya keluar masuk hospital gara-gara terlalu obses untuk kuruskan badan.
Obses yang sebegini juga mendapat teguran daripada seorang doktor. Beliau turut bersetuju tidak ada guna strategi luaran semata-mata digunakan tanpa mengindahkan kecantikan dalaman hingga membawa padah.
Jom baca perkongsian daripada Doktor Hafiz Sulaiman atau melabel dirinya sebagai Pejuang Kesihatam ini yang boleh kita renungkan bersama.
Admin nak pesan, nak diet boleh tapi biarlah dengan cara yang betul dan disyorkan oleh pakar bertauliah.
Tidak salah kurus untuk cantik. Namun apabila strategi yang diguna pakai hanya mengambil kira kecantikan luaran tanpa menghiraukan kecantikan dalaman (kesihatan) mungkin membawa padah.
Obesiti bukan semata-mata penyakit berlebihan kalori. Ia adalah penyakit METABOLIK..penyakit ketidakseimbangan hormon…yang melibatkan craving yang sukar dikekang jika hanya mengawal kalori.
Pernah saya menemuramah pesakit obesiti. Beliau pernah turun 30kg dalam masa 5 bulan namun berat badannya kembali dengan mendadak lebih 40kg dalam masa 3-4 bulan.
Cara yang digunakannya ialah makan ubat kawal selera makan. Diet harian ialah biskut dan roti beberapa keping sahaja.. lepas tu bersenam habis-habisan.
Tahukah anda senaman berat jangka masa panjang meningkatkan radikal bebas (stres dalaman). Stres dalaman tinggi akan menyukarkan pengurangan berat badan..kita akan berada lama pada “fasa plateau”.
Kaedah ini bukan sahaja meningkatkan stres dalaman malahan boleh mempengaruhi mood dan juga tingkahlaku. Stres dalaman berlebihan merosakkan organ dalaman, mengurangkan tenaga badan dan memcepatkan penuaan.
Diet rendah kalori ini juga boleh “melambung anda ke laut” jika anda memilih makanan tidak berkualiti kurang nutrisi..percayalah..berat badan yang hilang itu akan datang balik dengan pantassnya ?
Pilih makanan padat nutrisi yang tidak meningkatkan malah mengurangkan stres dalaman… Makanan yang menenangkan dalaman ini bak menyimbah air pada kebakaran badan.
Insha Allah berat badan akan turun dengan automatiknya tanpa perlu bersenam atau berlapar.
Ikhlas,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-
SUMBER: HAFIZ SULAIMAN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dinafikan hidayah Allah itu datang tanpa mengira siapa, bila dan di mana. Jika sudah ditakdirkan untuk menerima hidayah dari-Nya pastilah kita menjadi antara insan bertuah.
Seperti juga perkongsian pelakon serta penyanyi, Nonny Nadirah yang bersyukur menerima hidayah dari Allah dalam usia yang masih muda dan detik permulaan ketika menjadi tetamu-Nya awal tahun ini.
Dia menunaikan umrah di Tanah Suci dengan tujuan untuk beribadah, tetapi tidak menyangka hatinya telah dijentik oleh Allah untuk melakukan penghijrahan.
Sebaik pulang, Nonny mula berhijrah dengan memakai tudung sebagai menunaikan kewajipan menurut aurat bagi setiap wanita Muslim.
“Alhamdulillah saya diberi peluang untuk menunaikan umrah ketika itu. Dan itu adalah detik permulaan untuk mula memakai tudung. Perasaan ingin memakai tudung ini adalah dari diri saya sendiri dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.
“Saya ingat lagi ketika itu mahu pergi buat satu recording untuk satu program. Dan bila habis saja tugasan di situ terus terdetik hati untuk memakai tudung. Waktu itu saya terus ambil satu selendang dan terus pakai di kepala,” ungkap Nonny menceritakan detik permulaan hijrahnya.
Menurut Nonny juga pada masa yang sama dia terus mengajak temannya itu untuk membeli tudung di Jalan Tunku Abdul Rahman.
“Saya terus beli 5 helai tudung bawal yang berharga RM10. Sebenarnya sebelum ini saya memang pernah pakai tudung terutama yang dituntut untuk sesi penggambaran drama. Tetapi waktu itu belum tergerak hati untuk memakai secara sempurna.
“Dan perasaan yang betul-betul saya rasa selesa untuk berhijab adalah apabila berada di Tanah Suci. Ini kerana di situ kita tahu wajib menutup aurat sepenuhnya. Dan selepas balik dari umrah saya rasa ada benda yang hilang dari atas kepala. Malah kepala rasa macam berangin saja. Kemudian barulah bermula episod saya mula memakai tudung.
“Perasaan pertama kali berhijab dengan kerelaan hati ini sukar untuk digambarkan dengan perkataan. Hanya saya dan Allah saja yang tahu. Biarlah jadi rahsia antara saya dengan Allah. Dan rasanya orang lain juga begitu. Perasaannya memang lain macam sedikit.
“Pada mulanya memang saya ada juga perasaan takut untuk berhijab ini. Maklum diri kita ini selebriti, apa yang kita buat jahat memanglah salah. Tetapi bila kita buat baik nanti akan dikatakan seperti acah-acah nak jadi baik pula. Tetapi bagi saya yang penting adalah niat berhijab itu kerana Allah,” tambah Nonny yang tidak menolak jika ada orang yang menganggap perhijrahannya itu sebagai ‘propa’.
Walau bagaimanpun sebagai hamba-Nya dia hanya meminta dipermudahkan urusan sepanjang di awal penghijrahannya ini.
“Memang orang akan beranggapan macam-macam pada kita. Tetapi sebagai hamba Allah, saya berbalik padaNya, saya minta padaNya, dipermudahkan segala urusan. Sebabnya kalau kita sedang menuju ke arah kebaikan dan berbuat baik, Allah akan mudahkan jalan kita. Malah Dia juga akan mengangkat darjat kita ke satu level yang lain.
“Saya rasa dengan berbuat baik, kita tidak perlu ada perasaaan malu. Lebih baik ada rasa malu dengan Allah dan itulah yang saya buat. Bagi saya ketepikan saja cakap-acap orang. Bila kita asyik pikir cakap mereka, alamatnya tak akan maju ke depan la kita,” jelasnya yang memberitahu dia masih lagi Nonny Nadhirah yang dulu cuma berubah menjadi insan yang lebih baik.
Bercerita lanjut tentang penghijrahannya juga, Nonny bersyukur kerana seluruh keluarga menyambut baik keputusan untuk bertudung.
“Sudah tentu keluarga merupakan orang pertama yang saya beritahu tentang penghijrahan ini. Emak adalah insan paling gembira dengan penghijrahan saya. Saya percaya berkat doa ibu yang tidak pernah terlebih atau terkurang. Selama ini ibu tak pernah mengongkong. Dia telah jalankan tanggung jawab seorang ibu yang baik.
“Ibu tunjukkan perbuatannya. Memakai tudung, dia bersolat dan juga menegur dengan cara baik. Berkat doanya selama ini saya dibukakan hati untuk berhijab. Selepas bertudung memang tidak dinafikan ada dugaannya tersendiri.
“Maklumlah kita pertama kali berhijab dan tak reti nak belit sana belit sini. Kalau dulu zaman free hair senang tak payah gayakan sangat rambut. Bila bertudung, kita nak pastikan hijab digayakan itu kemas dan terletak di kepala.
“Untuk kemasan perlu jarum yang lebih dan pernah satu hari itu belum masuk kereta pin dah terjatuh dulu. Momen ini akan saya ingat sampai bila-bila. Saya perhatikan macam-macam jenis gaya orang bertudung.
“Saya juga lakukan carian cara pakai hijab tanpa perlu pakai jarum yang banyak. Lama kelamaan barulah kita boleh belajar dan gayakan ikut cita rasa sendiri,” tambahnya yang suka gaya ringkas tetapi menyenangkan pergerakan.
Menurut Nonny, tidak susah sebenarnya seseorang itu untuk berhijab. Cuma pada permulaan kerana tidak tahu gayakan stail yang sesuai.
“Kita belajar perlahan-lahan dan lama-lama mesti pandai. Tak payah belit-belit sangat janji tutup kepala. Bagi saya bila masanya lagi untuk berhijab. Nanti bila mati kena tutup semua juga. Jadi tanya pada diri sendiri nak tutup sekarang atau masa mati nanti.
“Pesan saya pada mereka di luar sana, jika ada rasa terdetik sikit pun nak pakai tudung, teruskan saja niat berkenaan. Jangan berhenti sebab kita tak tahu bila lagi perasaan itu akan datang. Insya-Allah mohon pada Tuhan agar segala urusan nanti akan dipermudahkan,” jelasnya yang menjadikan ibunya sebagai ikon dalam berfesyen.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.