
Isi Kandungan
ToggleSebagai hijabi, kebanyakan daripada kita mesti runsing kepala kadang-kadang untuk ‘mix and match’ warna tudung dengan baju yang ingin dipakai terutamanya pada pagi Syawal nanti yang akan tiba dalam dua hari sahaja lagi.
Jangan khuatir, sememangnya banyak warna yang kita boleh sesuaikan mengikut citarasa kita. Jom kita baca tip ini daripada Anany.Co .
Jika anda team blue tahun ini, bolehlah cuba penggayaan sebegini.
Pink juga nampak sweet bukan? Padankan dengan coklat juga boleh tau !
Bagaimana pula dengan warna hijau ?
Merah Mak Ngah…. Pasti banyak mata yang terpukau nanti !
Baju warna ungu juga sangat sesuai dikenakan dengan tudung pastel.
Rupanya banyak pilihan warna yang boleh kita sesuaikan . Jadi selepas ini tidaklah kita terikat kepada satu warna tudung sahaja.Yang paling penting kita perlu yakin dengan apa yang kita pakai dan pastinya kecantikkan itu akan terserlah nanti.
10 Padanan Warna Paling Serasi Untuk Hijabi Agar Tak Silap Pilih #OOTD & Tampil Lebih Anggun. Wajib Cuba!

Isi Kandungan
ToggleWalaupun sudah masuk minggu ketiga kita menyambut Syawal, namun pasti anda masih lagi tidak putus-putus menerima jemputan rumah terbuka. Jika tidak tahu fesyen apa untuk digayakan, apa kata anda mix and match baju yang ada kerna dengan sedikit sentuhan mampu menampilkan gaya lebih menawan. Jika tidakpun sesuaian baju dengan warna hijab bersesuaian supaya tidak kelihatan sama dengan yang digayakan sebelum ini.
Seorang pengguna laman facebook, Puan Mary yang juga merupakan seorang guru imej telah memberi tip padanan warna yang bersesuaian untuk digayakan sempena menghadiri jemputan rumah terbuka.
Jika sebelum ini beliau ada berkongsi gaya warna serasi untuk sambutan Syawal lalu dan kali ini adalah sambungan dari info sebelumnya. Menurutnya idea padanan ini adalah untuk membantu anda semua tampil lebih anggun dan elegan.
Padanan Warna Raya Episod 2
Saya percaya hujung minggu ini pasti ramai yang akan menghadiri jemputan rumah terbuka kerana kita masih lagi berada di dalam bulan syawal.
Maka pemilihan pakaian dan kombinasi warna yang sesuai sangat penting supaya cikpuan tampil lebih menarik.
Pada episod ini terdapat 5 lagi tambahan padanan warna yang akan membantu cikpuan memadankan warna tudung dan baju.
Semoga panduan ini akan membantu cikpuan semua untuk tampil lebih anggun dan elegant.
#1. Soft Brown
#2. Pearl Mint Green
#3. Soft Yellow
#4. Deep Silver Grey
#5. Soft Pink
#6. Dark Knight Blue
#7. Dusty Pink
#8. Emerald Green
#9. Red Maroon
#10. Royal Purple
SUMBER: FACEBOOK PUAN MARY
7 Tip Paling OHSEM Buat Gadis Petite Untuk Kelihatan Lebih Tinggi & Langsing

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan wanita yang bertubuh genit juga mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, kita sentiasa lihat mereka ini kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Tetapi terdapat kelemahan terutama apabila memilih pakaian dan aksesori. Perlu berhati-hati kerana kombinasi yang tidak berpadanan akan menyebabkan kita nampak lebih pendek.
BEBERAPA TIP DIJADIKAN PANDUAN
Tops and skirts
Pilihan kita untuk berpakaian memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Ia adalah lebih baik untuk memakai bahagian atas tersembunyi ke dalam skirt kerana akan menyerlahkan pinggang, “memanjangkan” kaki, dan secara amnya membuatkan bentuk badan kita lebih kecil dan langsing.
Tali pinggang dan kasut
Jika kita suka memakai kasut atau sandal yang strap pada pergelangan kaki, pastikan tali sepadan dengan nada kulit. Apabila memilih kasut, pertembungan warna atau saiz besar boleh membuat kaki kita kelihatan lebih pendek. Juga harus mengelak daripada menggayakan tali pinggang saiz lebar. Gambar di sebelah kiri menunjukkan tali pinggang memberikan garis mendatar yang boleh dilihat, menjadikan saiz tubuh kelihatan lebih besar. Sementara itu, garisan menegak (pakaian tanpa tali pinggang, kasut ringan berwarna) menjadikan kita nyata lebih tinggi dan langsing.
Jaket dan blazer
Perempuan kecil molek tidak perlu memakai jaket, sut, atau blazer yang besar atau panjang. Ini kerana ia akan membuat kaki kita kelihatan pendek. Adalah dinasihatkan untuk memilih jaket dan blazer yang kecil.
Juga perlu berhati-hati bila memilih beg untuk dipadankan. Pilihan terbaik bagi mereka yang bertubuh genit adalah beg kecil yang lebarnya tidak melebihi 10 hingga 11 inci. Jika sukakan beg galas, harus kecil dan mempunyai bentuk geometri kemas.
Kardigan
Kardigan panjang memberi satu penyelesaian yang mudah untuk “menambah” beberapa inci pada ketinggian anda tanpa bantuan kasut tumit tinggi. Pilih kardigan yang tidak perlu terlalu besar atau sarat mudah dilihat besar, seperti poket patch besar.
Dress
Amat sesuai untuk gadis bertubuh tinggi kerana akan menutup kaki yang pendek. Cantik sekali jika dipadankan dengan ‘top’ paras pinggang. Ini adalah bagi menampakkan ilusi kecil gadis genit dan seterusnya dapat menyerlahklan penampilan.
Kontras dan monochromes
Pemilihan gaya monokrom juga sesuai untuk si gadis petite. Sisi warna gelap dan terang ini sebenarnya mampu menyembunyikan tubuh kecil molek. Padanan hijab bersesuaian memberikan penampilan anda lain dari kebiasaan.
Seluar jeans
Seluar jean jenis kecil di bawah juga sesuai untuk mereka bertubuh kecil. Pemakaiannya boleh menampakkan ilusi tinggi si pemakai. pilih yang bersesuaian dan pastikan ia tidak terlalu ketat.
SUMBER: brightside
Tiru #OOTD Dengan Pakai Bahan Di Rumah, Gadis Ini Dapat Pujian Neelofa. Kreatif Sangat!

Isi Kandungan
ToggleFesyen yang digayakan oleh selebriti terkenal iaitu Neelofa sentiasa menjadi tumpuan ramai. Sering tampil unik dan trendy, gayanya itu selalu menjadi bualan ramai sehingga menjadi inspirasi buat peminat-peminatnya.
Terbaru, viral di twitter ialah mengenai OOTD yang dibuat oleh seorang gadis iaitu Nursalwani Kamal yang mengambil inspirasi daripada gaya Neelofa namun dilakukan dengan bajet yang murah hinggakan mencuri perhatian selebriti itu sendiri.
Kreatif dan yakin, sememangnya gayanya itu sangat on point dan mendapat pujian daripada Neelofa.
Penampilannya yang stailo itu menarik perhatian netizen kerana dia juga menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah seperti plastik.
OOTD lain yang juga telah digayakan olehnya. Semuanya mengambil inspirasi daripada fesyen Neelofa. Hebat sis!
kredit: twitter Nursalwani Kamal