Mira Filzah bukan satu nama yang asing dalam industri hiburan tanah air. Selain berlakon, Mira Filzah juga turut mengacara beberapa program sebelum ini. Terbaru, Hijabista difahamkan bahawa Mira Filzah telah dilantik sebagai pengacara baru bagi program Nona.
Ibarat mimpi menjadi kenyataan, satu ketika dahulu Mira Filzah pernah memasang impian untuk menjadi program Nona terutama apabila melihat Maya Karin mengacara beberapa tahun yang lepas.
Malah, menurut perkongsian Mira di Instagramnya, dia juga pernah beberapa kali menghadiri ujibakat untuk mengacara di bawah Media Prima tetapi mungkin pada masa itu nasib belum menyebelahi dirinya. Alhamdulillah, rezekinya mengacara terbuka luas selepas terlibat dalam bidang lakonan.
Tahniah Hijabista ucapkan! Semoga Mira Filzah dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik. Selain berbicara tentang kerjayanya, Mira Filzah juga dilihat sebagai seorang gadis yang mempunyai cita rasa yang tinggi dalam berfesyen.
Mempunyai followers seramai 2.5 juta di Instagram, Hijabista akui apa sahaja yang pakaian yang disarung pada tubuh Mira Filzah kelihatan begitu cantik dan terletak. Jom kita lihat 10 #OOTD gadis manis ini.
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa berbaloi dari segi masa dan tenaga tatkala kejayaan telah pun di dalam genggaman.
Pelajar Malaysia yang merupakan seorang gadis kelahiran Sabah, Afiqah Izzati Sundusin mencipta sejarah sekaligus mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya menamatkan pengajian di sebuah universiti di Hungary dengan nilai gred kumulatif (CGPA) 4.99 (4.99/5.00) sehingga melayakannya dirinya menerima anugerah ‘top of cohorts’.
Gadis manis berusia 24 tahun ini turut menarik perhatian dunia apabila diktiraf sebagai pelajar Malaysia pertama menjadi wakil graduan berucap di acara penuh bermakna itu disaksikan ribuan graduan lain serta keluarga di University of Szeged.
Selain berjaya menarik perhatian ramai dengan kecemerlangannya itu, Afiqah Izzati turut membuatkan ramai terpesona dengan penampilannya ketika itu. Tampil manis dengan busana warisan suku Bugis iaitu baju Bodo atau turut dikenali sebagai baju Tokko.
Graduan kejuruteraan pertanian ini turut memilih untuk memulakan ucapan dalam bahasa Melayu.
“Ucapan pembukaan dimulakan dengan peribahasa ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’ yang bermaksud kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa usaha. Peribahasa ini cukup signifikan dengan saya kerana kejayaan tidak datang bergolek tetapi selepas usaha, doa dan tawakal.
“Ada perkara tercapai dan ada perkara diingini tetapi tidak menjadi, namun itu bukan kegagalan sebaliknya cuba lagi dan berserah kepada Allah SWT. Memang banyak cabaran selama di sini (Hungary) tetapi itu tidak mematahkan semangat saya demi menimba ilmu,” ungkap Afiqah Izzati kepada Bernama.
Ditemani ahli keluaga, anak sulung daripada enam beradik ini percaya budaya dan identiti sebagai gadis Bugis serta rakyat Malaysia tidak akan pudar biarpun menetap lama di negara luar. Justeru, dia nekad memilih busana tradisi pada hari bermaknanya itu.
Keputusannya bersama keluarga untuk menggayakan busana Bugis mencetuskan minat ramai, tidak hanya di kalangan rakan-rakan bahkan turut mendapat liputan meluas media di Hungary.
“Saya bangga menjadi anak Malaysia (yang terkenal dengan) masyarakat majmuk selain turut sama bangga dengan warisan dimiliki. Saya memilih memakai baju tradisional ini bukanlah sekadar fesyen semata mata tetapi ini juga cara saya memperkenalkan keunikan kepelbagaian etnik di Malaysia kepada dunia.
“Baju rona hijau ini dengan kain, songkok recca, tali pinggang (pa’bekkeng) ditempah dari Indonesia. Penghantaran ke Sabah ambil masa dua minggu dan dijahit oleh penjahit tempatan di Sandakan. Proses keseluruhan membuat baju Bodo ini lebih kurang tiga bulan,” katanya.
Ketika ditanya perancangannya selepas ini, gadis kelahiran Tawau dan membesar di Sandakan ini berkata akan ke Switzerland bagi menjalani sesi ‘research intern’ di pusat penyelidikan di negara itu selama empat bulan bermula April hingga Julai.
“Saya berpeluang menimba pengalaman di Switzerland.Peluang ini tidak akan disia-siakan untuk melakukan yang terbaik,” katanya.
Menyimpan impian untuk bergelar saintis penyelidikan dan pembangunan pertanian, Afigah Izzati berharap kejayaannya itu menjadi inspirasi dan contoh terbaik buat adik-beradiknya.
Menghargai pengorbanan kedua ibu bapanya, Afiqah Izzati menjadikannya sebagai pegangan untuk terus berjuang menggapai impian.
Selain itu, dia turut berpegang teguh kepada pegangan agama.
“Jasa umi dan ayah cukup besar. Mereka banyak berkorban dan jika saya berasa ‘down’ saya akan kenang penat lelah mereka,” kongsi Afiqah Izzati.
Untuk info, bapanya merupakan pegawai kesihatan persekitaran di Sandakan manakala ibunya adalah pengurus di syarikat berkaltan kerajaan.
Afiqah Izzati sebelum ini mendapat pendidikan rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pui Gin dan kemudiannya menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan.
Afiqah Izzati kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi Sains Pertanian di Universiti Putra Malaysia.
Semoga Afiqah Izzati terus berjaya dalam bidang yang diceburi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Buat para hijabi yang bekerja di pejabat terutamanya, mesti anda sering mengalami masalah sakit belakang bukan? Masalah sakit belakang ini bukan boleh dibuat main ya. Semua orang berisiko mengalami masalah sakit belakang semasa melakukan aktiviti harian. Tetapi anda tak perlu risau, terdapat beberapa senaman yang mudah tetapi berkesan yang boleh membantu melegakan sakit belakang.
Meninjau perkongsian daripada Hello Doktor, sakit belakang biasanya datang dalam dua bentuk, iaitu secara tiba-tiba dan berlarutan.
Anda tidak perlu risau, cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan…. bersenam! Langkah senaman dibawah mampu membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian belakang anda.
Trunk Rotation boleh membantu dengan sakit lower back pain kerana ia berfungsi melawan rintangan otot teras anda. Ia meregangkan otot belakang, perut dan pelvis anda.
Cara lakukan: Anda perlu berbaring di atas lantai, bengkokkan lutut anda ke arah dada anda seolah-olah anda sedang duduk. Kemudian, rapatkan lutut anda dan perlahan-lahan bengkokkan kaki anda ke kanan dan tahan selama 15-20 saat. Kemudian kembali ke posisi permulaan, bengkokkan kedua lutut ke kiri dan tahan selama 15-20 saat. Ulang gerakan ini 5-10 kali pada setiap sisi.
Pelvic Tilt atau kecondongan pelvis adalah salah satu latihan paling mudah untuk melatih otot belakang dan mengekalkan fleksibiliti.
Cara lakukan: Latihan ini boleh dilakukan dengan berbaring di atas lantai yang rata terlebih dahulu. Letakkan tangan anda terus di sisi. Lengkungkan tulang belakang anda dan jarakan punggung anda sedikit dari lantai. Kemudian, lengkungkan pinggul anda dengan lembut dan tolak perut anda ke luar untuk menstabilkan teras anda. Tahan selama 5-10 saat, kemudian berehat. Selepas itu, tolak pelvis anda ke atas sedikit. Semasa anda melakukan ini, anda akan merasakan pinggul anda menekan lantai. Tahan selama 5-10 saat dan berehat. Untuk ‘beginner‘, anda boleh mula lakukan gerakan ini 10-15 kali sehari, dan seterusnya meningkatkan kekerapan kepada 25-30 kali sehari.
Latihan ini membantu untuk menguatkan punggung bawah serta otot perut anda. Semasa melakukan langkah ini, anda perlu berhati-hati supaya tidak memberi tekanan kepada tulang belakang anda.
Cara lakukan: Pertama sekali, anda perlu berbaring di atas lantai dengan lutut bengkok. Kemudian letakkan tangan anda di belakang kepala atau silangkan di atas dada anda dan perlahan-lahan angkat bahu anda dari lantai. Pastikan otot perut anda ketat. Tarik nafas sambil menghembus sambil mengangkat bahu. Jangan angkat badan anda dengan menggunakan siku anda. Tahan kedudukan badan separuh terangkat ini selama 1 saat. Ulangi langkah ini sehingga 12 kali. Perkara paling penting adalah kekalkan tulang belakang, kaki dan pinggul anda di atas lantai latihan.
Latihan ini paling mudah kerana anda boleh melakukakannya bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Latihan ini membantu menangani sakit belakang akibat terlalu banyak duduk. Selepas penat duduk seharian, anda boleh mencari dinding yang terdekat dan amalkan gerakan ini.
Cara lakukan: Pertama sekali, anda perlu berdiri dengan membelakangi dinding. Berdiri kira-kira 10 cm dari dinding dan bersandar secara perlahan-lahan. Kemudian, turunkan badan anda sehingga lutut anda bengkok, seperti dalam kedudukan duduk. Pastikan belakang anda ditekan ke dinding. Tahan kedudukan tersebut untuk kiraan hingga 10 dan perlahan-lahan turunkan diri anda ke bawah. Ulang sehingga 8-12 kali.
Satu lagi cara untuk menangani sakit belakang adalah dengan melakukan Press Back Up Extensions.
Cara lakukan: Anda perlu bermula dalam posisi meniarap dan letakkan tangan anda terus di bawah bahu anda. Tolak tangan anda ke bawah seolah-olah anda mengangkat bahu anda. Jika boleh, letakkan siku anda di atas lantai pada ketinggian bahu dan tahan kedudukan ini selama beberapa saat.
Sedang anda berehat semasa bekerja atau bosan duduk di rumah, anda bolehlah amalkan langkah senaman ini. Mudah sahaja! Senaman di atas juga mampu menguatkan kembali otot belakang anda. Namun, sekiranya anda mulai tidak selesa dan mengalami sakit yang teramat, teruslah berjumpa doktor.
Apabila menjaga angka kita, kita cenderung untuk memikirkan buah sebagai makanan rendah kalori dan sihat, memakannya untuk snek dan malah bukannya makan malam. Ini, bagaimanapun, tidak betul untuk setiap jenis buah. Kebanyakannya mengandungi terlalu banyak gula – hampir sama dengan coklat.
Memutuskan untuk mengetahui buah mana yang harus dielakkan untuk mengekalkan bentuk anda, elakkan senarai buah ini jika inginkan perubahan pada diet anda.
Strawberi adalah salah satu produk terbaik untuk pemakanan yang sihat. Beri ini mengandungi serat, vitamin C, banyak air dan sangat sedikit gula, yang membantu melawan selulit.
Aprikot agak berat, terlalu banyak aprikot boleh menyebabkan senak, tetapi bahaya utama adalah di dalam batu. Jika anda suka makan bahagian dalam batu aprikot, anda harus tahu ia mengandungi amygdalin yang membentuk hidrogen sianida dalam perut. Ia adalah racun kuat yang boleh menyebabkan loya, pening, dan pengsan jika dimakan dalam jumlah yang banyak.
Tembikai mengandungi banyak serat dan air, dengan cepat mengenyangkan anda dan mempunyai kesan diuretik. Buah ini membantu membuang toksin dan melawan keadaan seperti selulit dan jerawat. Ia sangat membantu apabila cuaca panas, memulihkan keseimbangan air, yang juga penting untuk bentuk badan dan kulit yang baik.
Pear mempunyai kelemahan yang ketara, ia boleh mengganggu kerja usus anda kerana kesan sembelit yang kuat.
Terima kasih kepada kandungan gula yang rendah, vitamin C dan antioksidan, beri hutan tidak akan membahayakan tubuh anda. Sebaliknya, ia membantu menghasilkan kolagen dan membakar lemak berlebihan.
Avokado, sebaliknya, bukanlah produk yang anda akan makan semasa diet. Ia kadang-kadang dipanggil “buah mentega,” dan atas sebab, nilai tenaganya ialah 227 kcal. Avokado lebih baik digunakan sebagai pemadat atau taburan dalam jumlah yang kecil.
Epal adalah antara buah terbaik untuk kecergasan. Ia tidak mempunyai apa-apa lemak dan nilai tenaga buah ini adalah kira-kira 60-100 kcal. Epal mengandungi banyak serat dan mengenyangkan, sepanjang masa melawan selulit kerana antioksidan dan pektin.
Anggur adalah, sebaliknya, antara buah yang paling teruk untuk bentuk badan anda dan untuk kesihatan keseluruhan anda. Anggur mengandungi banyak gula, kulitnya sukar dihadam, bijinya boleh menyesakkan usus dan asid di dalamnya merosakkan enamel gigi.
Limau gedang adalah nombor 1 dalam memerangi berat badan berlebihan kerana kualiti pembakaran lemak yang kuat. Enzim limau gedang membantu memproses kalori secara aktif. Tiada hidangan kalori tidak lebih daripada 800 kcal.
Pisang, bagaimanapun adalah buah yang paling “bertenaga”. Buah ini mencerna dengan perlahan dan saintis baru-baru ini menemui bahan tertentu di dalamnya yang menghalang aktiviti sel yang bertanggungjawab untuk membelah lemak.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.