Memang menjadi kebiasan apabila mengandung, berat badan juga akan bertambah. Selain saiz bentuk badan sedikit lari, perbezaan paling ketara adalah pada bahagian pipi. Bagi pengusaha Tudung Ruffle, Hanis Arif atau Nonones yang kini sedang hamil anak sulung berkongsi tutorial hijab terutama bagi pencinta tudung bawal dan tidak berani menggayakan shawl, bagi menutup pipi yang tembam ketika hamil.
Setelah sekian lama pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan pada beberapa tempat mengikut syarat yang tertentu. Ramai juga yang tidak lagi menggunakan pelitup muka dan hanya memakainya jika perlu.
Kini penguatkuasaan semula akan berlaku mulai Januari 2023 di Selangor hanya pada pengendali makanan serta minuman. Makluman ini di buat oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari semalam.
Menurut laporan dari Berita Harian, penguatkuasaan penggunaan pelitup muka hanya berkuatkuasa dalam kalangan penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor secara berperingkat.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dalam tempoh satu hingga tiga bulan pertama, pemakaian itu menjurus kepada proses pendidikan sebelum ia diwajibkan secara menyeluruh.
“(Belum dikuatkuasakan) ..sebab kita perlu melakukan beberapa pertambahan dalam Undang-undang Kecil (UUK) sebab ia membabitkan UUK di peringkat PBT…jadi kalau hendak laksanakan, kena ada pelarasan,
“Sekarang, kita melihat ada kepentingan kesihatan awam jika (penyedia dan pengendali makanan) memakai pelitup muka,
“Jadi pihak PBT cuba untuk (laksana) pendekatan secara perlahan-lahan ..mungkin pendekatan ini dibuat sebelum melaksanakan undang-undang supaya kompaun atau peraturan tertentu boleh dibuat kelak,” katanya.
Datuk Seri Amirudin Shari juga mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang yang ingin melaksanakan peraturan ini bermula 1 Januari. Ianya atas usaha untuk menjaga dan meningkatkan tahap kebersihan dalam pengendalian makanan.
“Dengan melihat mereka yang menghidang dan menyediakan makanan memakai pelitup muka.. keyakinan serta kebersihan terhadap makanan lebih tinggi.” ujarnya.
Tambahan lagi, pendekatan yang dilakukan oleh PBT ini juga dalam usaha menangani pendemik COvid-19 serta ingin menyakinkan pelanggan dalam proses menyedia dan menghidang makanan yang dilakukan.
“Pandemik Covid-19 adalah salah satu contohnya tetapi benda-benda lain juga boleh tersebar, sebab tu kita galakkan pemakaian pelitup muka perlahan-lahan diterapkan,
Ramai di kalangan selebriti yang berhijrah setelah kembali dari mengerjakan haji atau umrah di tanah suci, Mekah. Sebelum itu kita tahu penyanyi Mizz Nina yang kembali dari mengerjakan ibadah haji dengan melakukan penghijrahan cukup drastik. Dan terbaru adalah penyanyi era 90-an, Shima yang juga merupakan salah seorang bekas peserta Gegar Vaganza musim pertama. Ternyata perubahan yang dilakukan penyanyi ini juga cukup mengejutkan ramai. Tiada lagi baju seksi sebaliknya jubah dan tudung labuh menjadi busana membaluti tubuhnya.
Shima yang mengerjakan umrah awal bulan ini atas tajaan Yayasan Perdana Umrah bersama 22 penggiat seni lain merasai pengalaman cukup terindah sepanjang berada di rumah Allah.
Dalam meniti usia 49 tahun, Shima mendapat hidayah terindah dari Allah yang cukup bermakna buat dirinya. Malah sekembali dari mengerjakan umrah, penyanyi yang popular dengan lagu Teringin ini mahu menjual semua baju seksi yang dipakai ketika membuat persembahan di kelab malam.
Shima sebelum ini pernah berkata pada dirinya yang dia akan berubah dan berhijab sepenuhnya apabila dapat menjejakkan kaki ke tanah suci. Ternyata Allah itu Maha Mendengar dan telah memakbulkan doanya selama ini.
Walaupun tahu peluang agak susah, namun Shima bersukur kerana Allah telah memakbulkan doanya apabila diberi kesempatan untuk solat di Taman Syurga yang sangat mustajab doa seseorang itu.
Shima juga turut terharu apabila diberi peluang untuk mencium dan berdoa di depan Kaabah. Biarpun sudah pulang ke tanah air, Shima tetap merindui tanah suci dan jika diizinkan Allah ingin ke sana lagi.
Namun Shima juga tidak terlepas dari dugaan ketika berada di sana. Menurutnya, dia ditanya salah seorang jemaah adakah dia mengambil dadah. Dia terkejut besar apabila ditanya soalan itu dan hanya mampu bersabar Baginya mulut tempayan boleh ditutup , tetapi mulut manusia, hanya Allah yang tahu.
Dia sebelum ini memang terkenal dengan imej seksi dan setelah berhijrah, Shima nampak semakin cantik dan bertambah muda. Malah ada juga follower yang memuji Shima bak bidadari syurga dengan penampilan terkini.
Trend parodi ‘geng Marhaban’ masih lagi menjadi ikut-ikutan dikalangan selebriti dan pempengaruh media sosial di negara ini. Tidak ketinggalan pelakon jelita, Zara Zya yang turut sama mengikuti arus video tular berkenaan.
Namun, apa yang menariknya adalah apabila Zara Zya menampilkan kelainan membuat parodi berkenaan bersama ibunda tercinta sambil melakonkan babak paling ‘legend’ hingga berjaya menggamit kembali memori warganet sewaktu kecil dahulu.
Video berkenaan memaparkan Zara Zya dan ibunya melakonkan kembali situasi seorang anak rancak berborak ketika sesi marhaban berlangsung dan dianggap menganggu dan memalukan ibunya.
Tetapi apa yang lebih menarik lagi adalah Zara Zya sempat dicubit oleh ibunya agar kembali fokus bermarhaban. Namun tidak diendahkan oleh Zara Zya sehinggalah ibunya mengeluarkan ‘hanger’ sebagai amaran hingga membuatkan ibunya tidak fokus dan hilang muka surat yang dibaca ketika marhaban.
Video menggamit kenangan berkenaan telah berjaya mencuit hati wargamaya hingga ia ditonton seramai 817.9 ribu tontonan dan menerima 44.7 ribu tanda suka.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat raksi yang ditinggalkan wargamaya, rata-ratanya terhibur dengan gelagat dua beranak ini.
Justeru, ramai diantara netizen yang tampil berkongsi rasa geli hati ketika mengimbau kembali kenangan seumpanya, kerana masing-masing juga pernah berkelakuan begitu di zaman kanak-kanak. Berikut adalah beberapa komen yang ditinggalkan warganet dan berjaya mencuri perhatian Hijabista!
“Mak aku ginilah, selalu ikut dia pergi Yasin, pastu berbual dia cubit begitulah.”
“Cubit tu yang tak boleh lupa dan dirindui selalu Al-Fatihah untuk mak.”
“Sportingnya mak dan anak. Dah kena cubit nak kena hanger pula tu. Haha.”
“Real sangat ni, memang buat macam ni pun kat anak-anak kalau kat majlis marhaban.”
“Mak yang cubit pegang hanger mak yang hilang muka surat…”
Sekadar info, perkataan Marhaban berasal daripada perkataan Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat datang’ mengalu-alukan kedatangan tetamu.
Marhaban adalah dalam bentuk syair yang sering dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan keraian seperti majlis perkahwinan, naik buaian (berendoi), cukur jambul bayi, majlis aqiqah, dan meraikan bulan Syawal dalam takwim Islam.
Syair yang paling popular adalah daripada kitab ‘berzanji’ disamping kitab-kitab lain seperti Maulid ad-Diba’l, Maulid al-Habshee dan Qasidah Burdah. Marhaban sering dialunkan sambil berdiri dengan penuh semangat sebagai tanda hormat kepada baginda nabi Rasulullah S.A.W
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.