Kebanyakan daripada kita sering merasa resah apabila mengalami masalah kulit kusam dan bintik hitam di wajah. Sebenarnya, tak susah pun nak miliki kulit yang cantik, sihat lagi berseri. Yang penting, anda perlulah rajin mengikut rutin penjagaan kulit serta menggunakan produk yang betul dan bersesuaian dengan kulit wajah.
Jika selama ini anda buntu untuk dapatkan produk yang terbaik untuk kulit wajah, kini anda tidak perlu gusar lagi kerana Hada Labo HA Supreme Vita Booster Serum BAHARU ada segalanya yang diperlukan untuk anda miliki kulit yang cerah berseri tanpa cela.
Ads
Menariknya, Hada Labo HA Supreme Vita Booster Serum baharu ini merupakan serum yang telah dinaik taraf dan mengandungi formula suntikan pemutihan serta 5% Niacinamide, Vitamin B12 & 4 jenis Hyaluronic Acid yang dapat mencerahkan kulit dengan berkesan.
Selain itu, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada bintik hitam di wajah kerana serum ini membantu mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat sebanyak 48% untuk anda miliki kulit cerah dan glowing. Pasti memukau semua mata yang memandang!
Serum ini juga akan meresap jauh ke dalam lapisan dermis 1.5mm supaya ia dapat memberikan kesan yang maksima kepada kulit anda. Siapa perlukan filter kamera bila anda sudah ada Hada Labo HA Supreme Vita Booster Serum baharu bukan?
Ads
Jadi apa tunggu lagi, dapatkan segera serum terhangat di pasaran ini di gedung Watsons berhampiran atau beli secara atas talian di Watsons Malaysia.
Apa yang perlu anda lakukan untuk menyertainya? Mudah je. Anda hanya perlu cari 10 objek tersembunyi dalam muzik video tersebut dan anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM20,000.
Peraduan ini akan bermula 6 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini tau!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi dan pelakon bertubuh genit anak kelahiran Ipoh, Perak Amy Mastura merupakan antara selebriti wanita tanah air yang terkenal dengan wajah awet muda dan tak dimamah usia!
Malah, komposer dan pengacara Malaysia yang sentiasa tampil dengan personaliti dan keletahnya yang sarat dengan sense of humor dan bersahaja ini langsung tidak mencerminkan usia sebenarnya yang sudah mencecah 53 tahun.
Pesona dan perwatakan pelantun lagu popular Sha Na Na ini tetap menawan hati setiap peminat seni hingga ke hari ini. Mungkin kerana itu juga, bintang filem Puteri Impian ini sering tampak muda.
Mendedahkan sisi peribadi kepada media suatu ketika dulu, Amy menjelaskan, “Saya menceburi bidang seni atas dasar minat.
“Kejuaraan di Jepun itu pun tidak disangka. Walaupun bermula sebagai seorang penyanyi, saya masih terima jika lebih dikenali sebagai pelakon kerana kedua-duanya adalah minat saya.
“Sedari awal lagi, saya langsung tidak mempunyai persediaan dan sehingga kini, saya hanya follow the flow.”
Berkongsi kisah bersama anak-anak, Amy Mastura jadikan anak sebagai ‘mentor’ untuk penjagaan kecantikan!
“Saya tidak ada rutin kecantikan langsung. Sekarang ni saya pula yang minta tip dari Adalia apa yang terbaik untuk kulit. Krim muka dia lebih banyak dari apa yang saya ada.
Saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa petua. Dulu sewaktu dalam berpantang, saya cuma ikutkan apa yang diajar. Berpantang sepenuhnya secara tradisional pun tidak, cara moden pun tidak. It’s a mix of everything.
Cuma saya jenis yang tidak suka minum ais. Bukan pantang tapi saya sendiri tak terasa untuk menikmati air ais setiap masa. Mungkin itu juga membantu saya menjaga badan,” katanya.
Amy Mastura mula mencipta nama sejak menjuarai pertandingan nyanyian, Asia Bagus pada tahun 1993. Dia juga pernah memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) dan Pelakon Wanita Terbaik (FFM).
Amy Mastura mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Alvin Tham Suffian pada tahun 2000. Mencecah usia perkahwinan 23 tahun, pasangan ini dilihat cukup romantis dan bahagia di samping dua cahaya mata perempuan iaitu Adriana dan Adalia.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Memiliki wajah yang cerah tidak semestinya memerlukan anda menggunakan rawatan wajah menggunakan bahan alami atau sebarang krim pemutih wajah. Anda boleh melakukannya tanpa sebarang ubat dengan hanya menjalani perintah agama sahaja.
Dalam Islam, mendapatkan wajah yang berseri dan awet muda itu cukup mudah, asalkan anda rajin melaksanakan ibadah seperti solat dan lain-lain lagi. Hijabista kongsikan tip yang berguna untuk anda kekal cantik dan berseri dengan hanya mengikut apa yang digalakkan di dalam Islam.
Berwuduk merupakan perkara yang akan kita lakukan sebelum bersolat. Berwuduk bermakna membasuh anggota badan mulai daripada wajah hingga kaki. Ia tidak hanya buat anda bebas dari kotoran tetapi baik untuk kecantikan kulit terutamanya wajah. Tidak hairanlah orang yang selalu berwuduk nampak lebih berseri, segar dan awet muda.
Senyum bukanlah satu perkara yang sukar, malah sangat mudah. Senyum juga termasuk dalam ibadah dan sebab itu kita sangat digalakkan untuk sentiasa senyum. Selain mendapat pahala, anda juga akan tampak lebih cantik, manis dan berseri apabila senyum hingga membuatkan anda kelihatan muda. Siapa tak nak nampak muda kan?
Perasaan iri hati dan hasad dengki ini tentu sahaja ada dalam diri setiap manusia. Namun, anda perlu bijak mengawalnya agar ia tidak menguasai diri. Jika anda perasan, individu yang suka mendengki ini memiliki wajah yang kusut dan kusam hingga menyebabkan mereka kelihatan lebih tua kerana jarang tersenyum. Jadi, hindari sikap iri hati agar jiwa tetap terjaga dan sentiasa damai. Apabila hati bersih, fikiran pun jadi lebih tenang.
Dalam Islam, menyayangi anak yatim sangat digalakkan kerana ia juga merupakan salah satu cabang untuk anda ke syurga. Sebenarnya, menyayangi anak yatim akan membuatkan hati anda menjadi lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Kelembutan akan terpancar melalui wajah hingga anda terlihat cantik luar dan dalam.
Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan tiang agama. Ternyata gerakan dalam solat boleh membantu wajah anda kelihatan lebih segar dan berseri, terutamanya gerakan sujud. Ketika sujud, darah akan mengalir ke seluruh wajah dan memasuki otak sehingga tidak hanya menyihatkan, malah bermanfaat juga untuk kecantikan wajah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bertahun-tahun wanita ini memasang niat untuk berhijab. Walau cuma berkata-kata dalam hati tentang hasrat itu tapi pada masa yang sama perlahan-lahan dia cuba memperbaiki diri. Namun akhirnya waktu itu tiba jua tatkala dia mendapat panggilan menunaikan haji bersama suami.
Sempena Edisi Hijabersary, Hijabista mendekati isteri, ibu kepada dua cahaya mata dan juga usahawan Fouziah Gous untuk berkongsi tentang penghijarahan dirinya yang baru lima bulan.
Hati dah berkata-kata untuk berhijab since day one saya berkahwin. Dalam tempoh lima tahun ini meskipun belum berhijab saya perlahan-lahan cuba mengubah diri terutama dari segi pemakaian.
Bila sudah bergelar isteri saya tak lagi beli pakaian-pakaian seperti skirt dan sebagainya. Tapi saya sendiri sebenarnya bukanlah seorang yang seksi, cuma sukakan fesyen.
Saya sedar saya bukan seorang yang sempurna jadi saya sentiasa berusaha menjadi lebih baik dan mencari yang lebih baik dalam kehidupan. Saya cuba jaga solat saya dan cari persekitaran yang mendorong ke arah kebaikan.
Bila kita amal dan cuba buat perkara yang baik, perlahan-lahan hati kita jadi mudah untuk berubah. Dan bila dapat panggilan haji saya tahu ia adalah waktunya untuk saya berubah.
Jadi saya tekad pulang saja daripada mengerjakan rukun Islam kelima bersama dengan suami saya akan terus bertudung. Alhamdulillah hasrat itu dipermudahkan.
Sebenarnya sebelum itu lagi saya selalu terdetik dalam hati, Dia memberi rezeki yang banyak namun ada satu perasaan yang menyelinap dalam hati saya kenapa saya tidak boleh mengikut kehendak-Nya.
Saya selalu berdoa agar Allah memberi hidayah kepada saya dan berhijab mungkin salah satu daripadanya.
Saya tidak rasa kekok dengan imej baru ini kerana dari dulu saya sudah biasa berhijab terutama ketika di bulan Ramadan dan sewaktu bergelar model dulu. Jadi bila nak mengubah penampilan saya tiada masalah.
Lagi pun hijab pilihan saya ringkas saja. Saya juga akan pastikan selesa dengan hijab yang digayakan. Oleh sebab itu pada kebanyakan masa saya memilih untuk mengenakan tudung bawal atau shawl dengan lilitan mudah.
Suami saya seorang yang tegas. Dia sudah lama mahu saya bertudung, sejak mula kami bergelar suami isteri malah dia sentiasa mendoakan saya ke arah itu.
Tapi saya selalu katakan kepadanya kalau saya bertudung nanti ia bukan sebab dia tapi saya akan buat kerana Allah. Saya tak mahu melakukannya kerana paksaan dan bukan juga untuk impress orang lain.
Saya bersyukur dapat panggilan menunaikan haji pada usia yang yang muda dan tubuh masih sihat dan bertenaga kerana untuk saya mendapatkan gelaran hajjah ini adalah sesuatu yang sangat mencabar.
Ada pelbagai dugaan yang perlu saya lalui. Saya dan suami mengetahui visa haji kami diluluskan hanya dua hari sebelum tarikh berangkat.
Ia agak last minute dan nak dijadikan cerita pada masa yang sama anak saya yang berusia 10 bulan mengalami masalah kesihatan akibat usus tersekat hingga perlu dibedah.
Saya hanya dapat menemaninya seketika saja kemudian terpaksa meninggalkan anak yang baru dibedah dan masih di ICU untuk berangkat ke Makkah. Tetapi pada waktu itu tidak ada sedikit pun perasaan untuk tarik diri.
Cerita tak habis di situ ketika transit, rombongan haji saya kemudian terkandas pula di Manila selama dua hari kerana masalah teknikal hingga menyebabkan kami hanya tiba sehari sebelum wukuf.
Itu belum lagi dengan cabaran terpaksa berjalan berjam-jam lamanya, dugaan di khemah, keadaan cuaca yang berangin dan pelbagai lagi.
Bila dapat menyelesaikan rukun haji ini saya rasa sangat bersyukur hingga mengalirkan air mata kerana menjadi insan terpilih untuk melaluinya. Dan yang pasti semua itu memberi saya pengalaman yang tidak ternilai harganya. Sebab inilah saya katakan gelaran hajjah itu bukan mudah buat saya.
Pengalaman menunaikan haji bersama suami ini telah banyak mengajar saya. Saya dapat rasakan diri saya ini sekecil-kecilnya sehingga kita rasa sudah sampai ke tanah. Bila kita berada di kerajaan Allah, wang ringgit tak bererti lagi.
Dia yang mengatur semuanya. Setinggi mana pun pangkat tapi di sana kita adalah sama. Apabila mengharungi cabaran demi cabaran di sana saya rasa diri saya cukup kerdil dan kini saya tak kisah, saya boleh letak diri serendah-rendahnya.
Dalam pada itu bila dah bergelar hajah ini semangatnya rasa lain macam sikit. Semangat untuk setiap apa yang saya lakukan itu adalah kerana Allah.