Memiliki wajah yang cerah tidak semestinya memerlukan anda menggunakan rawatan wajah menggunakan bahan alami atau sebarang krim pemutih wajah. Anda boleh melakukannya tanpa sebarang ubat dengan hanya menjalani perintah agama sahaja.
Dalam Islam, mendapatkan wajah yang berseri dan awet muda itu cukup mudah, asalkan anda rajin melaksanakan ibadah seperti solat dan lain-lain lagi. Hijabista kongsikan tip yang berguna untuk anda kekal cantik dan berseri dengan hanya mengikut apa yang digalakkan di dalam Islam.
Berwuduk
Berwuduk merupakan perkara yang akan kita lakukan sebelum bersolat. Berwuduk bermakna membasuh anggota badan mulai daripada wajah hingga kaki. Ia tidak hanya buat anda bebas dari kotoran tetapi baik untuk kecantikan kulit terutamanya wajah. Tidak hairanlah orang yang selalu berwuduk nampak lebih berseri, segar dan awet muda.
Ads
Murah Senyum
Senyum bukanlah satu perkara yang sukar, malah sangat mudah. Senyum juga termasuk dalam ibadah dan sebab itu kita sangat digalakkan untuk sentiasa senyum. Selain mendapat pahala, anda juga akan tampak lebih cantik, manis dan berseri apabila senyum hingga membuatkan anda kelihatan muda. Siapa tak nak nampak muda kan?
Ads
Hilangkan Sikap Iri Hati & Hasad Dengki
Perasaan iri hati dan hasad dengki ini tentu sahaja ada dalam diri setiap manusia. Namun, anda perlu bijak mengawalnya agar ia tidak menguasai diri. Jika anda perasan, individu yang suka mendengki ini memiliki wajah yang kusut dan kusam hingga menyebabkan mereka kelihatan lebih tua kerana jarang tersenyum. Jadi, hindari sikap iri hati agar jiwa tetap terjaga dan sentiasa damai. Apabila hati bersih, fikiran pun jadi lebih tenang.
Ads
Sayangi Anak Yatim
Dalam Islam, menyayangi anak yatim sangat digalakkan kerana ia juga merupakan salah satu cabang untuk anda ke syurga. Sebenarnya, menyayangi anak yatim akan membuatkan hati anda menjadi lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Kelembutan akan terpancar melalui wajah hingga anda terlihat cantik luar dan dalam.
Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan tiang agama. Ternyata gerakan dalam solat boleh membantu wajah anda kelihatan lebih segar dan berseri, terutamanya gerakan sujud. Ketika sujud, darah akan mengalir ke seluruh wajah dan memasuki otak sehingga tidak hanya menyihatkan, malah bermanfaat juga untuk kecantikan wajah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru sahaja sampai ke tanah air selepas menjayakan misi kemanusiaan di Syria, ternyata jadual seharian Heliza dan juga adiknya, Hazwani Helmi sememangnya padat dengan aktiviti-aktiviti seterusnya di sini.
Tiada masa untuk berehat daripada jetlag, Heliza berkongsi jadualnya yang padat bersama pengikutnya di laman instagramnya. Bukan semua orang mempunyai kekuatan untuk melakukan sebegini namun demi kerjayanya dan juga tanggungjawab, Heliza tetap laksanakannya dengan sebaik mungkin. Tabik sis!
SYRIA, ?? MALAYSIA _ APA ITU JETLAG?? _ Jam 2 petang fly dari Gazientap ke Istanbul. Alhamdulillah sampai Istanbul jam 4 petang, flight pula delay dan delay , Alhamdulillah akhirnya kami terbang jua ke Malaysia jam 520 pagi ( setelah 13 jam berada di airport Istanbul), perjalanan nak sampai ke Malaysia lebih kurang 10 jam _ Syukur Alhamdulillah Kakja dah selamat sampai ke tanah air tercintaku Malaysia. Sampai rumah agak lewat dekat jam 2 pagi. Kemudian buat kerja sikit, jam 8 pagi tidur sat sampai 830 pagi, ( memang tak sempat nak layan apa itu JET LAG ?)then siap-siap untuk shooting A BIT LEW @tvalhijrah114 _ Keesokan harinya lepas Subuh siap-siap untuk talk di SMA Kuala Pilah, kemudian jam 230 petang talk di Mydin Mall seremban 2, kemudian malamnya Forum bersama @ustazahctnorbahyah dan Ustaz Wan Akasyah dan Dr Hajjah Firdaus dan persembahan bersama @hazwanihelmi di Dataran Morib _ Hari ni pula kakja ada talk di UITM REMBAU, kemudian meeting Sekarang pula tengah siap kan 13 helai pakaian , termasuk tudung semua tu la untuk shooting 13 episod “DR POKOK” untuk RTM, terbitan @lumierefilms_ , shooting Doktor Pokok selama dua hari. Huu doakannn??
♥️22hb UITM Rembau _ ♥️23 dan 24hb shooting Dr Pokok ( RTM) 13 episod terus?. Tengah fikir mana nak selit Time VO _ ♥️24hb Malam Jom Usrah _ ♥️25hb awal pagi Kakja ada photoshoot , then malam ada talk di UM ♥️26hb awal pagi ada photoshoot, kemudian pi JB , malamnya tu ada forum dengan @hazwanihelmi di UTM SKUDAI ♥️27hb masih di JB ada forum di Masjid Al Falah Desa Jaya ♥️28hb masih di JB paginya ada forum dan persembahan di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor dengan @hazwanihelmi _ ♥️28hb @hazwanihelmi balik ke KL, Kakja terus ke Tawau Sabah ada jemputan persembahan dan perkongsian sempena Majlis Makan Malam Amal ♥️29hb balik KL dan terus ada photoshoot @helizaguzelhive _ ♥️30hb ada talk di UNIKL ,MIITKL
Dan in sha Allah, jika Allah izin fly back for…. doakan kami dapat menggalas tanggungjawab dengan baik?? , ikhlas dan istiqamah dan sihat _ Doakan kakja ada keberkatan waktu untuk edit video2 masa di Syria untuk dikongsikan dengan anda semua in sha Allah Aamiin #rescuesyria #TheHelmia #HelizaHelmiAtWork
Jodoh merupakan sebahagian ketentuan Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya. Pada masa yang sama, kita diajar supaya sentiasa berdoa dan berusaha mencari pasangan yang baik akhlaknya, bertanggungjawab dan mentaati perintah Allah.
Nabi Muhammad SAW memberi garis panduan yang jelas dalam memilih pasangan sama ada di pihak suami mahupun isteri.
Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rhea.zahra yang menjadi sorotan dan meraih perhatian ramai.
Video berkenaan, kini mempunyai jumlah tontonan sebanyak 836 ribu, tanda suka sebanyak 77 ribu dan sebanyak 677 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Neelofa yang memberi pesanan kepada individu yang ingin berkahwin terutamanya untuk wanita.
“I selalu cakap ni, kepada adik-adik luar sana yang mana nak kahwin kan, you nak kahwin, husband you kena sediakan rumah, rumah sekecil mana pun mengikut kemampuan dia, you kena terima benda itu”-Kata Neelofa
Rata-rata netizen teruja menonton video tersebut. Malah ramai yang memberikan sokongan mereka dan bersetuju terhadap apa yang dikatakan Neelofa.
Memang ada benarnya, kerana zaman sekarang ramai wanita yang ingin mengikuti kehendak mereka sendiri tanpa memikirkan kemampuan kewangan suami masing-masing.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari REMAJA.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seramai 200 orang saudara baru Islam meliputi bangsa India, Cina, Kadazan, Dayak dan warga Antarabangsa, hadir pada majlis rumah terbuka yang berlangsung di Dewan Masjid Bandar Baru Enstek baru-baru ini, tarik perhatian ramai!
Antara tetamu yang diundang seperti hijabi yang terkenal di aplikasi TikTok, Aisha Tan, pemilik akaun @soyabelacan, yang terkenal dengan masakan cina muslim dan Muhammad Mikhael Sathayah pemilik akaun @mukagangster yang menceritakan tentang bagaimana dia tercuit hati untuk memeluk Islam serta perjalanan hijrahnya.
Islam adalah agama yang bersifat universal (‘alamiyyah). Tidak membeza-
bezakan antara lelaki dan wanita, antara yang berkulit putih mahupun hitam. Islam juga tidak pernah mengajar kita menolak asal-usul keturunan, dimana seorang mualaf perlu mengubah status bangsa sebaik memeluk Islam.
Menyedari pentingnya mempromosikan Islam sebagai agama sejagat, Pertubuhan Akademi
Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd mendahului trend apabila
mengadakan rumah terbuka bertemakan “Raya Dalam Budaya” yang memperlihatkan tetamu hadir memperagakan persalinan tradisi dan etnik masing-masing.
Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan, selaku Pengerusi Pertubuhan Akademi Al Bayan berkata,
Raya Dalam Budaya bererti perayaan Aidilfitri disambut dengan tujuan meraikan hari
kebesaran Islam dengan kepelbagaian budaya dan bangsa. Menariknya program ini ukhwah yang terbina bukan dipandang dari segi budaya tapi agama yang menyatukan mereka.
“Hari Raya Aidilfitri ini bukan eksklusif hanya untuk satu kaum sahaja tetapi maknanya lebih daripada itu. Oleh yang demikian Islam dapat diterima dari semua peringkat masyarakat tidak kira warna kulit, bahasa dan budaya.
“Al Bayan mengangkat konsep Raya Dalam Budaya pada penganjuran rumah terbuka kali ini kerana kita mahu menyatakan kepada masyarakat diluar sana mengenai kesepaduan antara semua kaum itu dapat disatukan dengan kita saling hormat menghormati antara satu sama lain.
“Walaupun kita berbilang bangsa dan budaya tetapi dengan kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar maka kita tidak menjadi masalah dengan itu. Adapun sahabat-sahabat kita yang berlainan agama maka Islam mengajarkan kepada kita untuk memberikan kepada semua mereka hak yang telah ditetapkan dalam Islam seperti keamanan, kebebasan dalam beragama dan macam-macam lagi,” katanya.
Pertubuhan Akademi Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd turut memperuntukkan sejumlah RM14,000 duit raya untuk diberikan saudara mualaf dan asnaf.
“Ini semua hasil orang ramai yang menyalurkan zakat kepada Al Bayan dan kami hanya
bertindak sebagai perantara yang menjalankan amanah agar sumbangan ini sampai kepada golongan sasar.
“Terdahulu Al Bayan merencana pelbagai program, dengan melakukan kerja-kerja dakwah
dilapangan khususnya membantu mualaf yang susah berkat sumbangan orang ramai.
“Mewujudkan saudagar mualaf Al Bayan bagi meningkatkan ekonomi mereka sekali gus
dapat keluar dari kepompong kemiskinan, seterusnya dapat membantu mualaf yang lain.
Menyempurnakan keislaman mereka dengan melakukan khatan secara jemaah membabitkan peserta kanak-kanak dan dewasa.
“Selain itu mengangkat martabat mualaf di peringkat nasional dengan mengetengahkan
pelbagai rancangan televisyen seperti tangisan mualaf dan yang terbaru selera rasa mualaf,” katanya lagi.
Aisya antara hijabi yang mempunyai pengikut ramai, berkongsi resepi masakan bangsanya buat ramai yang tertarik dengan perkongsiaan hijabi ini. Soya Belacan terkenal apabila Aisya sendiri menyakinkan orang ramai masakan cina boleh dihasilkan dengan bahan-bahan yang halal.
Serentak berjalan pada majlis rumah terbuka penuh kemeriahan itu, adalah majlis pelancaran program bersiri Selera Rasa Mualaf yang bakal bersiaran di saluran TV Alhijrah bermula 14 Mei 2023, setiap ahad jam 8.00 pagi. Keunikan program ini kerana hidangan yang disajikan variasi sebagaimana majmuknya rakyat negara ini. Ia bertepatan dengan kecenderungan masyarakat kita yang gemar mencuba resipi baru.
“Kepelbagaian dan keunikan bumi Malaysia, mencetuskan ilham untuk kami mengetengahkan setiap masakan dari kepelbagaian bangsa dan budaya.
“Yang menariknya ia bukan hanya sekadar masakan tetapi didalamnya ada perkongsian
mualaf bagaimana mereka menerima hidayah Allah dan iltizam mereka dengan Islam,”
katanya yang dibesarkan oleh seorang ibu berstatus mualaf.
Tidak hanya penglibatan dilapangan, demi memastikan kebajikan mualaf terjaga, Pertubuhan Akademi Al Bayan yang sudah beroperasi lebih 2 tahun juga dalam fasa membina Kompleks Pendidikan Islam Akademi Al Bayan yang berpengkalan di Pegoh, Melaka. Pembangunan diwujudkan atas kesedaran bahawa kurangnya institusi pengajian yang menempatkan golongan anak-anak mualaf.
Enggan bersandar kepada infaq orang ramai semata-mata, Al Bayan mengambil inisiatif
mengeluarkan produk makanan sendiri iaitu Sambal Bilis TERIaak yang berpontensi sebagai janaan ekosistem Al Bayan.
“Makanan merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam hidup manusia. Apabila kami mengkaji maka kami dapati bahawa orang zaman sekarang suka melancong dan suka perkara yang cepat dan segera. Sebab itu sambal ikan bilis yang dinamakan TERIaak diperkenalkan bagi menyokong pembangunan Kompleks Tahfiz Dakwah Anak-anak Mualaf yang memerlukan dana sebanyak RM25 juta.
“Bukan itu sahaja apabila siap nanti kos pengurusan dan jagaan kebajikan anak-anak mualaf juga perlu difikirkan dari sekarang bagi melahirkan daie mualaf pada masa akan datang supaya dapat berdakwah kepada bangsa mereka dengan menggunakan bahasa mereka sendiri,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.