Persiapan tudung semasa bercuti buat gadis hijabista seperti kita sangat penting! Mana tidaknya, mesti bercuti nak ada gambar-gambar cantik untuk masukkan dalam Instagram. Jom tengok tip memilih tudung bila bercuti supaya nampak cantik untuk swafoto korang!

Tip Memilih Tudung Ketika Bercuti Agar Gambar Instagram Cantik Sis!
Sumber Instagram MiraFilzah

Setiap kali nak bercuti benda yang paling penting buat para hijabis semestinya tudung! Tak nak lah nanti sebabkan tudung moody terus percutian tu! Terdapat 3 jenis tudung yang korang boleh bawa time bercuti. Tip membawa 3 jenis tudung ini sangat membantu korang supaya tak perlu nak pening-pening lagi. 3 jenis tudung ini adalah tudung yang berbeza mengikut situasi seperti bersiar-siar, melakukan aktiviti, makan malam dan lain-lain acara.

Artikel Berkaitan: Nak Pakai Cermin Mata Tapi Takut Tudung Kembang? Cuba Ikuti 5 Tip Mudah Ini!

Walaupun 3 jenis tudung tetapi anda boleh membawa beberapa jumlah setiap jenis tudung itu. Boleh jadi 1 jenis tudung korang bawa 2 warna untuk senang buat pemilihan semasa bercuti. Di bawah ini adalah 3 jenis tudung yang korang boleh bawa:

IKLAN

1. Tudung Kasual

Tip Memilih Tudung Ketika Bercuti Agar Gambar Instagram Cantik Sis!
Sumber instagram MiraFilzah

Nama pun tudung kasual jadi sangat penting untuk anda menyediakan tudung kasual yang boleh dipakai pada hari-hari biasa semasa bercuti. Tudung kasual selalunya orang kaitkan dengan tudung bawal dan ada juga memilih shawl sebagai tudung kasual mengikut keselesaan korang. Bestnya tudung kasual ni, korang boleh pakai tiap masa dan ulang pada waktu berbeza.

2. Tudung Segera (Instant)

Tip Memilih Tudung Ketika Bercuti Agar Gambar Instagram Cantik Sis!

Tudung segera sangat membantu korangsebab perlu sarung sahaja. Tudung segera ini  sama sahaja konsep dengan tudung sarung. Cuma ia boleh digayakan dengan pelbagai gaya dan korang tak perlu ambil masa lama untuk siap. Siap cepat hati pun senang! Material tudung sarung ada juga yang mudah di pakai ketika dalam air. So kalau korang nak mandi kolam atau mandi pantai tu, tak ada masalah!

IKLAN

3. Tudung Glamor

Tip Memilih Tudung Ketika Bercuti Agar Gambar Instagram Cantik Sis!
Sumber dari Instagram Vivy Yusof

Tudung glamor selalunya jarang dipakai tetapi perlu ada dalam luggage tau! Sebab kita tak tahu tiba-tiba kena pergi tempat mewah atau tempat formal yang memerlukan tudung dan juga baju yang lebih bergaya dan cantik. Tudung glamor jugak boleh menaikkan seri muka tau. Tapi diingatkan jangan pula ambil yang mempunyai banyak manik takut pening nanti!

Artikel Berkaitan: Pilih Warna Baju Atau Tudung Mesti Ikut Warna Kulit? Guru Imej Ini Kongsi Faktanya

IKLAN

Tambahan tip adalah, bawa tudung yang tidak mudah renyuk, tidak perlu digosok sangat dan tudung yang tidak memerlukan banyak pin tudung. Sekarang pun banyak sangat tudung mesra travel. Selain itu, anda juga boleh membawa warna-warna yang selamat seperti hitam, putih atau nude yang sesuai dipakai dengan baju yang berbeza warna dan variasi. Selamat mencuba sis!

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=JhZapDtSG2w