Terdahulu kisah pergolakkan rumahtangganya pernah menggemparkan negara kita. Jadi hijabi pastinya familiar dengan nama penyanyi dangdut tanah seberang iaitu Lesti Kejora kan?
Penyanyi bertubuh genit dengan mata bundar yang jelita serta mesra disapa dengan panggilan ‘Dede’ ini tidak hanya memiliki suara merdu, bahkan penampilanya yang modest mengenakan hijab juga sering menjadi sorotan wargamaya.
Dalam setiap penampilan yang digayakan, Lesti sering menggayakan busana yang berbeza-beza, namun tetap kelihatan versatil dengan mengenakan stail hijab yang berbeza tetapi tetap unik dan kelihatan menarik untuk sebagai pelengkap gayanya.
Stail hijab yang digayakan sering berjaya membuatkan oenampilan Lesti kelihatan semakin anggun dan memukau! Jadi, ada ke antara anda yang teringin menggayakan stail tudung ala Lesti Kejora?
Di sini Hijabista sertakan tiga inspirasi stail hijab kemas dan sopan persis Lesti dan tutorial bagaimana hijabi boleh menggayakanya!
Hijab Turban Moden!
Gaya hijab turban dahulunya pernah menjadi salah satu trend yang menjadi kegilaan ramai! Selain Yuna, Lesti Kejora juga merupakan salah seorang selebriti yang juga gemar menggayakan stail hijab ini.
Lesti tampak lebih muda remaja disaat mengenakan hijab jenis chiffon shawl soft nude yang digayakkan dengan stail turban yang diikat ke belakang.
Dengan style turban tersebut, wajah Lesti kelihatan lebih runcing, kerana gaya ini mendedahkan jawline Lesti yang kelihatan tajam. Jika anda ingin recreate semula hijab turban seperti Lesti, caranya mudah je!
1. Pertama, lipat bahagian hujung shawl menjadi segitiga dan pinkan dibahagian belakang leher.
2. Seterusnya, kemaskan bahagian belakang tudung di belakang leher dengan jarum peniti.
Ads
3. Kemudian tarik bahagian shawl yang panjang ke bahagian belakang dan ikat menggunakan getah sama seperti anda mengikat rambut.
4. Setelah itu, ikatan hijab berkenaan boleh dijuntai atau diuraikan di atas bahu atau biarkan sahaja di bahagian belakang.
Hitam Polos Tetap Stylish-Hijab!
Lesti kelihatan sungguh elegan saat mengenakan hijan berona hitam polos, stail hijab yang dikenakan Lesti ini telah berjaya membuatkan dirinya kelihatan semakin anggun! Malah, Lesti tidak hanya menggetengahkan gaya hijab yang kelihatan casual, lebih santai tetapi dalam masa yang sama, menawan! Caranya pun mudah sahaja
1. Siapkan pashmina atau shawl hitam kosong kegemaran anda! Anda juga boleh bereksperimen dengan mencuba menggayakan pashmina bermotif atau corak mengikut kesesuaian gaya anda.
2. Letakkan di atas kepala dengan sebelah sisi panjang dan sebelah sisi lagi pendek. Contohnya, bahagian sisi kanan lebih panjang dibanding bahagian sisi kiri.
3. Kemudian, kemaskan pashmina dengan pinkan ia pada bahagian belakang leher dengan kerongsang dan jarum peniti.
4. Setelah itu, sisi yang lebih panjang dililitkan ke atas kepala dan diselitkan pada celahan pashmina di bahagian pipi.
5. Kemaskan pashmina di bahagian dada dan pinkan kedua-dua bahagian bahu dengan kerongsang sekiranya pashmina terlalu labuh hingga jatuh ke bahagian lengan.
Simple Dan Sweet Untuk Hijabi Aktif
Kalau bosan dengan gaya hijab terikat di leher, apakata hijabi cuba stail Lesti yang ini! Hijab dengan gaya ini adalah gaya hijab yang ringkas dan amat sesuai untuk hijabi melakukan aktiviti harian yang aktif dan lasak.
Jenis hijab yang dipilih juga sederhana iaitu rona warna krim polos. Menariknya, stail hijab jenjs ini bukan hanya boleh dipakai dengan outfit casual, tetapi boleh juga dipakai untuk menghadiri acara formal. Untuk menciptakan stail hijab simple dan sweet ini jom ikuti beberapa langkah ini!
Ads
1. Pertama, lipat tudung bawal menjadi bentuk segitiga.
2. Pastikan kedua sisi dengan panjang yang berbeza sebelum di pinkan ke dagu. Bahagian kanan perlu lebih panjang berbanding bahagian kiri.
3. Kemudian bahagian yang panjang dililit ke leher pada bahagian belakang dan bawa semula lilitan ke hadapan.
4. Setelah itu, setelah dililit, ikatkan lebihan sisi panjang dengan sisi pendek yang ada di bahagian hadpaan.
5. Siap! Hijab simple ini bakal membuatkan kelihatan hijabi kemas, cantik dan mempersona bak penampilan Lesti Kejora.
Itulah dia beberapa gaya hijab ala Lesti Kejora yang boleh anda tiru dan jadikan sumber inspirasi ketika menggayakan stail hijab!
Make up base memiliki 3 fungsi dasar, iaitu menaikkan kesan solekan, menutup pori-pori kulit, serta meratakan warna kulit. Lalu, bagaimana cara memilih make up base supaya mendapatkan hasil yang optima? Semak cara dan penjelasan berikut tentang base make up.
Berikut, hijabista mencadangkan beberapa produk base makeup terbaik untuk usia 30-an. 10 makeup base yang terbaik untuk usia 30-an
Menjadikan kulit yang kusam dan gelap kembali cerah
Untuk anda yang kulit wajahnya sedang kusam, cerahkan dengan make up base berwarna ungu ini. Dengan tambahan ekstrak aloe vera dan pro vitamin B5, kulit juga akan terasa lembap. Bahkan anda tidak memerlukan produk pelembap lain setelah menggunakan produk ini!
Kulit wajah anda juga terlindung dari radikal bebas hasil dari kandungan vitamin E di dalamnya. Selain itu solekan yang anda gunakan akan semakin tahan lama, kulit pun kelihatan lebih halus. Make Over Corrective Base makeup tersedia dalam 2 varian, Cyanite untuk kulit kusam dan Greenish untuk kulit kemerahan.
Pastikan solekan kekal sempurna di wajah seharian!
Base makeup ini dapat mengekalkan solekan anda seharian! Sesuai untuk hijabi yang berkerjaya yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Dengan formula micro correctors, produk ini juga mampu menghilangkan sebum berlebih di wajah. Jika anda memiliki kulit berminyak, Max Factor Facefinity All Day Primer adalah solusinya.
Anda juga tidak perlu takut dengan sinar matahari kerana Max Factor telah melengkapi produknya dengan SPF 20 untuk melindungi kulit wajah. Max Factor Facefinity All Day Primer memberi hasil akhir yang matte, wajah anda akan tampak segar dan tidak berkilat sepanjang hari. Base makeup ini tersedia dalam warna transparan yang sesuai untuk semua warna kulit.
Mengatasi jerawat dan mencegahnya muncul kembali
Base makeup Cover FX ini sesuai untuk anda yang berkulit normal, kombinasi, berminyak, dan kulit mudah berjerawat. Selain menyamarkan noda dan pori-pori besar, produk ini juga dapat merawat dan mencegah jerawat agar tidak muncul kembali dengan 1% salicylic acid yang dikandungnya.
Hanya dengan pemakaian, wajah akan tampak matte seketika! Kerana Cover FX Mattifying Primer dapat mengawal sebum, anda tidak perlu lagi risau dengan wajah yang berkilat. Dibuat tanpa paraben, pewangi, mineral oil, talc, gluten, phthalates, mahupun sulfat menjadikan base makeup ini selamat untuk digunakan setiap hari.
Kulit wajah tampak mulus dan flawless
Mendambakan kulit yang nampak mulus? Tidak ada salahnya mencuba base makeup ini. Intergrasi pelbagai kandungan silikon di dalamnya akan membuat kulit wajah anda tampak flawless. Wajah anda juga semakin lembut dan warna base makeup Bersatu dengan baik di kulit.
NYX Soft Focus Tinted Primer menawarkan hasil yang sheer, sesuai untuk anda yang gemar solekan dengan natural look. Base makeup ini memiliki formula yang ringan dan tersedia dalam 3 pilihan shade yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan warna kulit anda.
Menghidrasi kulit dan mengembalikan keanjalan
Jika anda memiliki jenis kulit kering, base makeup keluaran Too Faced ini adalah pilihan tepat. Kandungan air kelapa di dalamnya, produk ini dapat menghidrasi kulit dengan baik. Hasilnya, anda akan mendapatkan wajah yang tampak dewy dan sihat.
Base makeup ini mampu mengembalikan keanjalan dan keremajaan kulit yang pastinya sangat diperlukan untuk kulit wajah pada usia 30-an. Selain itu, anda boleh menggunakan produk vegan ini dengan atau tanpa makeup. Jadi, kulit anda akan tetap terlihat sihat semulajadi walaupun tanpa solekan.
Meneutralkan kulit wajah yang kemerahan secara segera
Anda bermasalah dengan kulit yang kemerahan? Make Up For Ever Step 1 Skin Equalizer boleh menjadi solusinya. Base makeup dengan pigmen berwarna hijau ini dapat meneutralkan warna kulit yang kemerahan secara segera. Tidak hanya mengembalikan warna sahaja, produk ini juga mampu membuat wajah anda nampak bercahaya!
Anda yang berkulit kering tidak perlu ragu menggunakannya kerana kandungan sodium hyaluronate sedia untuk melembapkan kulit anda. Selain jenis ini, Make Up For Ever juga menyediakan jenis Mattifying, Smoothing, Hydrating, Nourishing, dan Radiant yang boleh anda pilih sesuai masalah kulit yang dihadapi.
Tiada lagi pori-pori besar
Pori-pori yang membesar akan mengganggu anda baik dalam penampilan atau saat menggunakan solekan. Jangan risau lagi! Benefit The POREfessional Face Primer ini terbukti kuat untuk menghilangkan pori-pori besar dan kedutan.
Base makeup ini memiliki warna translucent yang menyesuaikan semua warna kulit. Selain itu, produk ini juga memiliki kandungan vitamin E yang dapat jauhkan dari radikal bebas. Bahkan anda boleh menyapukan semula produk ini di atas solekan dan sangat praktikal untuk touch-up. Sesuai untuk kulit kombinasi juga.
Beli satu dapat dua fungsi! Primer dan moisturizer dalam satu kemasan
Sebenarnya, Glossier Priming Moisturizer adalah moisturizer yang juga berfungsi sebagai primer. Produk ini tidak hanya membuat solekan tahan lama, tetapi juga menghidrasi dan menyamarkan pori-pori yang kelihatan. Kulit warna anda yang tidak sekata atau kemerahan juga mampu dineutralkan.
Base makeup ini diperkaya dengan vitamin A, C, E, serta ekstrak akar lobak sebagai antioksidan. Tenang saja, semua jenis kulit boleh digunakan kerana produk ini hypoallergenic, bebas paraben, dan bebas pewangi buatan. Apalagi, formula non-comedogenic yang dimilikinya membuatnya juga sesuai dipakai oleh kulit yang mudah berjerawat.
Produk dengan tekstur unik dan waterproof
Base makeup buatan brand Hourglass ini memiliki tekstur unik yang sedikit berbeza dari produk lainnya. Teksturnya krim berwarna susu yang cukup kental. Selain membuat kulit wajah halus, produk anti-air ini juga mampu menutupi kekurangan kulit seperti kemerahan, garis halus, kedutan, serta pori-pori di wajah.
Selain itu, kandungan SPF 15 pada base makeup ini akan melindungi anda dari paparan sinar matahari yang boleh merosak kulit wajah. Setelah pemakaian, kulit akan terasa halus dan lembut sehingga memudahkan anda mengaplikasikan foundation. Produk ini juga tidak mengandung minyak dan sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.
Taburan emas di setiap titis untuk wajah yang sentiasa bercahaya
Produk ini mengandung 24-carat gold flakes yang dipercaya berfungsi sebagai anti-aging alami yang dapat meningkatkan kolagen pada kulit. H, kulit akan terhidrasi dan nampak bercahaya selalu. Kulit juga akan menjadi lembut, kenyal, halus dan solekan akan tahan lebih lama. Sesuai untuk menyokong penampilan mewah dan bersinar anda.
Guerlain L’Or Radiance Concentrate with Pure Gold memberikan aroma floral yang unik. Wangiannya akan membuat proses solekan terasa menyenangkan! Dengan kandungan yang ditawarkan, tidak hairanlah jika produk ini ditawarkan dengan harga yang cukup tinggi. Namun, anda pasti tidak akan kecewa dengan hasil yang dijanjikan.
BACA JUGA ARTIKEL INI:
Anda perhatikan ketika memilih make up base adalah yang penting kandungannya. Pilih make up base dengan kandungan bahan-bahan yang dapat mengatasi masalah kulit anda. Jika anda memilih yang sesuai jenis kulit, solekan tidak hanya lebih tahan lama, malahan anda juga akan mendapatkan kesan solekan yang lebih baik.
Seiring bertambahnya usia, kulit akan cenderung menjadi kering kerana ceramide (lemak alami yang terdapat pada seluruh lapisan epidermis) semakin berkurang. Wanita akan merasa kulitnya kering dan bersisik setelah memasuki usia 30-an. Bagi anda yang berkulit kering, pilihlah make up base dengan kandungan pelembap yang tinggi.
Anda disarankan untuk memilih produk yang mengandung bahan-bahan pelembap, seperti ceramide, hyaluronic acid, asam amino, kolagen, dan lain-lain. Sebelum membeli, pastikan make up base pilihan anda mampu melembapkan kulit kerana hasil solekan yang diberikan pun akan berbeza. Kulit yang kering dapat menimbulkan kedutan sehingga foundation pun tampak cakey ketika digunakan.
Kerana produksi sebum yang berlebih, anda mungkin mencari produk yang mampu mengurangi kadar minyak di wajah dan membuat kulit nampak bersih ketika masih berusia 20-an. Namun, saat berusia 30-an, anda tidak boleh hanya memikirkan hasil solekan semata-mata. Anda juga perlu memikirkan kemampuan produk tersebut dalam merawat dan melembapkan kulit.
Sebaliknya, jika anda memiliki kulit yang berminyak, pilihlah make up base yang oil-free atau hanya mengandungi sedikit minyak. Selain itu, apabila kulit anda mudah berjerawat, memilih produk yang non-comedogenic adalah pilihan terbaik. Hanya perlu diingatkan bahawa make up base tidak mampu mengubati jerawat meskipun memiliki kandungan pencegah jerawat sekalipun.
Sebelum mengaplikasikan make up base ke wajah, serap lebihan minyak dari essence, face emulsion, maupun krim di wajah dengan tisu. Lebihan minyak di wajah boleh mengakibatkan makeup mudah luntur. Selain itu, jangan gunakan make up base terlalu banyak. Anda boleh melihat label produk untuk mengetahui kuantiti penggunaan yang disarankan agar make up base lebih tahan lama.
Bagi anda yang memiliki kombinasi kulit kering dan berminyak, gunakan make up base yang berbeza sesuai dengan kondisi bahagian kulit. Untuk bahagian kulit yang kering, pilihlah make up base dengan pelembap. Untuk bahagian kulit yang berminyak, pilih make up base yang hanya mengandung sedikit minyak.
Jika anda rasa sukar dengan cara tersebut, gunakanlah make up base dengan pelembap sebagai asasnya. Lalu, kurangkan kuantiti produk ketika menyapukankan di bahagian yang berminyak. Anda boleh mencuba kedua-dua cara tersebut untuk mendapatkan efek makeup yang lebih baik walaupun mempunyai jenis kulit kombinasi.
Untuk anda yang ingin menyamarkan pori-pori serta tekstur kulit yang tidak sekata, make up base yang mengandungi silikon. Jenis ini dapat membuat kulit wajah anda tampak mulus.
Sayangnya, ada beberapa make up base kandungan silikon yang sukar di campurkan Bersama dan teksturnya kasar. Untuk tekstur yang seperti ini, gunakanlah di spot tertentu yang ingin ditutupi, bukan di seluruh wajah. Untuk menyamarkan pori-pori, sapukan make up base dari bawah ke atas searah dengan arah membukanya pori-pori.
Warna kulit anda dapat terlihat sekata seketika dengan make up base yang juga berfungsi sebagai color corrector. Dengan pelbagai warna yang tersedia, anda boleh memilihnya sesuai dengan masalah kulit yang dialami. Color corrector mampu menutupi kulit yang kemerahan, kulit kusam, mahupun lingkaran hitam pada mata bergantung pada warnanya.
Warna pink dapat memberikan efek kulit yang tampak sihat. Warna kuning dapat digunakan untuk menyamarkan kulit yang kusam. Kulit kemerahan dan bekas jerawat dapat ditutupi dengan warna hijau. Jika ingin wajah terlihat jelas, gunakan warna ungu. Untuk menyembunyikan lingkaran hitam di bawah mata, gunakanlah warna orange. Memperbaiki warna kulit dari tahap make up base dapat memberikan hasil solekan yang cantik dan mencegah solekan cepat luntur.
Perlindungan dari ultraviolet (UV) diperlukan pada usia berapa pun. Namun, kemampuan turnover kulit di usia 30-an akan menurun dibandingkan dengan usia 20-an. Oleh kerana itu, kulit akan terbakar dari sinar matahari dan menjadi lebih gelap, akan sukar untuk kembali ke warna kulit asal.
SPF berfungsi mengatasi kesannya pancaran sinar UVB, sedangkan PA mampu mencegah efek pancaran sinar UVA. Untuk pemakaian seharian, SPF 15-20 dengan PA++ sudah cukup melindungi kulit anda.
Semakin tinggi angkanya, semakin tinggi pula kemampuannya melindungi dari sinar UV. Akan tetapi, anda tetap perlu menggunakan produk sunscreen terpisah saat pergi ke pantai atau saat terpancar sinar matahari terik. Jangan memaksa untuk memilih make up base yang memiliki kandungan SPF dan PA tinggi hanya untuk mendapatkan perlindungan dari sinar UV.
Untuk perlindungan UV terbaik, gunakan ikut kesesuaian urutan berikut ini: krim UV, make up base, (color controller), foundation, lalu yang terakhir face powder. Penggunaan krim UV sebelum make up base akan memberikan anda perlindungan lebih dari matahari.
Cubalah untuk menyapukan make up base dan foundation hanya di bahagian yang ingin ditutupi dan bahagian atas wajah sahaja, bukan ke seluruh permukaan wajah. Dengan cara tersebut, anda boleh mencegah makeup nampak tebal.
Keberkesanan sebuah produk tidak akan diketahui jika tidak dicuba secara langsung. Jadi, jangan lupa untuk menyemak review atau ulasan dari pengguna yang sudah menggunakan produk pilijan anda. Review biasanya berisi pendapat jujur dari para pelanggan yang tidak dapat anda ketemui di label produk.
Namun, anda tidak perlu menyemak semua review secara keseluruhan. Pastikan ulasan tersebut diberikan oleh pengguna yang berusia 30-an sehingga produknya sesuai dengan yang anda ingin cuba. Meskipun jenis kulit berbeza-beza, masalah kulit yang dihadapi oleh wanita usia 30-an biasanya sama.
Menyemak review satu-persatu memang meletihkan, tetapi sebaiknya dilakukan daripada anda telanjur membeli produk yang tidak tepat. Namun, jadikanlah review hanya sebagai rujukan, bukan penanda aras.
Pelbagai kelebihan yang dapat kita perolehi daripada berwuduk. Sebagai umat Islam, kita kita diwajibkan untuk mengambil wudhuk sebelum mengerjakan solat. Namun, apakah kebaikannya jika kita berwuduk sebelum tidur?
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Setiap perintah Allah SWT itu pasti memiliki manfaatnya seperti mana kita mengambil wuduk. Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.
Antara kelebihan yang kita perolehi jika berwuduk sebelum tidur:
Air wuduk itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
2. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah.
Air wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
3. Malaikat akan sentiasa berdoa.
Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Malaikat akan memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah.
Justeru itu, kita sebagai umat Islam senantiasalah mengikut sunnah Rasulullah kerana pasti ia memberi banyak ganjaran pahala kepada kita semua. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perasaan itu tetap ada walaupun figura ini telah membuat pelbagai persembahan, namun penyanyi Aina Abdul gementar menantikan konsert solo pertamanya di pentas berprestij, Istana Budaya yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.
Aina berkata, dia juga tidak menyangka apabila konsert yang bakal diketuai Pengarah Muzik, Mac Chew dan Jenny Chin itu bakal dihadiri selebriti-selebriti terkenal tanah air.
“Alhamdulillah kurang dua minggu lagi saya bakal membuat persembahan di pentas yang cukup saya impikan selama ini. Ibarat mimpi jadi kenyataan apabila berpeluang mengadakan konsert solo di Istana Budaya.
Bukan mudah untuk melihat barisan hebat ini hadir ke konsert yang bakal berlansung, Aina mempunyai pengikut dari kalangan Penyanyi terhebat Negara yang bakal menyaksikan persembahannya.
“Namun apa yang membuatkan saya lebih teruja dan gementar adalah selain peminat yang sudah mendapatkan tiket menyaksikan konsert ini, pengurus saya memaklumkan ramai selebriti terkenal dan berpengalaman bakal menghadiri konsert ini.
“Antaranya ialah Ziana Zain, Anuar Zain, Ella, Datuk Nora, Nabil Ahmad,Datuk Hattan dan Hael Husaini serta ramai lagi sudah mengesahkan kehadiran mereka sekali gus memberi satu tekanan kepada saya yang masih baru mengadakan konsert ini untuk membuat persembahan di hadapan mereka,”katanya.
Menurut Aina, dia tidak putus berdoa agar segala persiapan menuju konsert A Night With Aina Abdul 2.0 berjalan seperti yang dirancang.
“Saya ingin mencipta momen manis bersama peminat di konsert ini. Saya mahu penonton yang hadir merasai dan terhibur dengan setiap lagu yang dipersembahkan.
“Konsert ini adalah untuk kita semua menghargai diri sendiri dan saya akan menghadiahkan segala anugerah yang Tuhan berikan .
“Alhamdulillah persiapan menuju konsert berjalan dengan baik. Saya sudah melakukan beberapa sesi latihan bersama Mac Chew dan pasukannya.
“Insha-Allah minggu depan saya akan mengadakan sesi latihan di Istana Budaya untuk mendapatkan ‘mood’ sebelum tarikh konsert,”katanya.
Dalam pada itu, Aina memaklumkan tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 masih boleh didapati di laman web www.ticket2u.com.my manakala bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli dalam kuantiti yang banyak, hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di