Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok tentang seorang anak muda bernama Wan Othman Wan Mohd Nor Hasyim, gigih membanting tulang empat kerat bekerja sebagai pemungut sampah, Alam Flora di usia menginjak 20-an.
Meskipun terpaksa bergelumang dengan bau busuk sampah sarap dan memerah keringat di bawah panas terik mentari setiap hari. Pemuda yang mesra di sapa sebagai Wan ini, mengakui bahawa dia tidak kisah asalkan kebajikan ibu serta adik-adiknya terbela.
Wan Kerja Keras Galas Tanggungjawab Seorang Ayah Demi Adik-Adik!
Perkara berkenaan dikongsikan wan sendiri menerusi akaun TikTok miliknya mengenai rutinnya dirinya yang bekerja sebagai pemungut sampah.
Selain itu, Wan juga sering berkongsikan momen-momen penuh bermakna ketika dia dapat meluangkan masa bersama keluarga. Namun dia tidak menyangka muatnaik video atas dasar suka-suka itu telah berjaya meruntun hati wargamaya tatkala menyaksikan ketekunan serta kegigihan dia mencari sesuap nasi.
“Di sebalik kerja keras, ada anak laki-laki yang kuat demi menggantikan tanggungjawab seorang ayah. Demi melihat adik-adik membesar dengan penuh kasih sayang,” tulisnya menerusi hantaran video berkenaan.
Dalam hantaran video itu, dapat disaksikan Wan yang membawa adik-adik serta ibunya menikmati ayam goreng di sebuah restoran makanan segera serta mencipt momen-momen indah bersama dengan berjalan-jalan.
Nekad Berhenti Sekolah Dan Mencari Rezeki Sejak Usia 14 Tahun Lagi
Ads
Menurut Wan, dia sudah mula membanting tulang mencari rezeki seawal usia 14 tahun lagi. Malah, dia nekad untuk menghentikan pengajian di sekolah demi membantu ibunya.
Susulan tidak mempunyai sebarang sijil mahupun pendidikan. Wan akui agak sukar baginya untuk memperoleh pekerjaan yang baik. Justeru, kini sudah hampir dua tahun dia menabur khidmat bakti kepada masyarakat, bekerja sebagai pemungut sampah dengan syarikat Alam Flora di bandaraya Kuantan, Pahang.
“Sebenarnya sejak usia 14 tahun lagi saya sudah mula bekerja, iaitu sebaik sahaja habis tingkatan dua. Apa yang mendorong untuk saya bekerja adalah kerana mahu membantu ibu.
“Bapa saya masih ada namun saya kurang selesa untuk berkongsi mengenainya. Memadai saya katakan, saya ambil keputusan untuk bekerja kerana mahu membantu ibu yang bekerja sebagai pengasuh.
Ads
“Ketika saya suarakan hasrat untuk berhenti sekolah, ibu macam keberatan. Ibu mana yang mahu anaknya tak berpendidikan tinggi.
“Tapi akhirnya ibu akur dengan keputusan saya. Biarlah saya yang bekerja kerana saya anak lelaki sulung. Masih ada tiga adik di bawah tanggungan saya,” ujarnya.
Jelas Wan lagi, dia tidak pernah menyangka bahawa perkongsian video yang dilakukan atas dasar suka-suka dan sekadar berkongsi tentang kisah hidupnya akan menjadi tular.
Ads
“Saya hanya sekadar berkongsi rutin kerja dan kisah saya di TikTok. Mudah-mudahan dapat dijadikan inspirasi buat mereka di luar sana.
“Usahlah memilih pekerjaan. Berat macam mana pun pekerjaan itu, bekerjalah asalkan ada hasil dan halal,” akhirinya.
Untuk rekod, hantaran video berkenaan kini telah meraih lebih 620,000 jumlah tontonan di TikTok sejak ia dimuatnaik. Dalam masa sama, Wan turut menzahirkan rasa terharu terhadap komen-komen murni yang ditinggalkan netizen berhubung tanggungjawabnya sebagai seorang abang.
Masalah jerawat bukanlah perkara baru dalam kehidupan kita. Bukan hanya kaum lelaki, malah kaum wanita juga turut sama mengalami masalah ini. Masalah jerawat menyebabkan keyakinan diri berkurang dan tidak selesa dengan diri sendiri.
Biarpun banyak produk jerawat dijual di pasaran, namun solusi yang paling terbaik adalah daripada pemakanan. Jika anda ingin tahu jenis makanan untuk mengurangkan jerawat, inilah jawapannya!
Teh hijau merupakan bahan organik yang kaya dengan ‘anti-inflammatory chemical’ yang dipanggil catechins. Ia membantu menentang radikal bebas sambil mengelakkan garis halus di wajah.
2. Minyak zaitun
Bukan hanya bagus untuk rambut, malah minyak zaitun juga memberi banyak khasiat kepada kulit wajah. Minyak zaitun atau minyak bijan mengandungi asid esen lemak yang baik untuk kesihatan. Lemak membantu menyuburkan kulit yang menyinar dari dalam.
3. Walnut
Kacang walnut kaya dengan minyak Omega-3 iaitu satu lagi anti-oksida yang sangat baik dan membuatkan kulit lebih kenyal dan fleksibel. Minyak omega-3 juga boleh didapati daripada minyak ikan seperti salmon atau minyak biji flaks.
4. Buah beri
Ramai yang tahu tentang kelazatan buah beri. Buah beri seperti beri biru, raspberi, kranberi sebenarnya kaya dengan phytochemicals yang berupaya melindungi sel kulit.
5. Jus lemon
Buah lemon merupakan bahan terbaik untuk memberi kebaikan kepada kulit. Oleh itu, anda boleh menggunakan kebaikannya dengan membuat jus lemon. Jus lemon merupakan penyental semula jadi dan boleh digunakan untuk mengelakkan sunspots. Letakkan hirisan lemon pada kulit yang bermasalah dan biarkan selama 10 minit setiap hari selama seminggu. Cara lain, sental wajah secara lembut dengan lemon bersama setengah sudu teh gula beberapa minit. Elakkan daripada terkena mata dan berhenti serta-merta jika wajah memberi efek tidak baik terutamanya bagi yang berkulit sensitif.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ada macam-macam cara yang digunakan seseorang Muslim itu untuk mendidik. Tidak kiralah mendidik anak-anak ataupun teman-teman. Menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim untuk saling ingat mengingati kepada orang lain agar kebaikan yang dibuat berterusan hingga ke syurga.
Bagi kita orang biasa, apa yang kita sampaikan hanya sekadar untuk ingatan keluarga terdekat, tetapi jika mereka yang berstatus ustaz atau selebriti pasti ilmu yang disampaikan menusuk ke jiwa dan disebarkan ke seluruh dunia. Lebih-lebih lagi dengan kecanggihan teknologi yang umpama di hujung jari. Sekali post di laman sosial seperti facebook, instagram atau youtube, akan menarik perhatian netizen yang sering menjadikan medium ini sebagai wadah terbaik mendapat ilmu.
Biasa kita dengar perkongsian ilmu yang disampaikan oleh pendakwah seperti Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, Imam Muda Asyraff, Ustaz Don atau pun motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah dengan pendekatan mereka yang sedikit berbeza. Lain ceritanya di kalangan selebriti yang turut melakukan kebaikan kepada follower mereka dengan memuat turun status mereka yang bersifat untuk mendidik atau perkongsian ilmu di laman instagram masing-masing.
Antara selebriti yang rajin memuat turut posting menyebarkan ilmu kebaikan terutama berkaitan soal mendidik anak-anak. Baru-baru ini dia memuat turut posting bagaimana 7 rahsia mendidik anak-anak perkongsian Ustaz Farid, Salah satu rahsianya adalah dengan meninggalkan telefon atau matikan telefon ketika bersama dengan anak-anak. Perkongsian ini mendapat hampir 6 ribu like yang turut mendapat reaksi positif atas perkongsian berguna ini.
Lain pula perkongsian dari Diana Amir yang memberi ingatan daripada segi pemakaian. Dalam satu posting Diana, dia bertanya apakah trend sekarang menampakkan inner baju. Walaupun bimbang statusnya disalah anggap dan menyinggung orang lain, Diana hanya mengingatkan apa yang tak elok ditinggalkan dan yang baik akan diikuti. Netizen turut memberikan komen bahawa teguran Diana ini bagus, baik dan secara lembut. Ada juga yang memberi ucapan tahniah kepadanya kerana berani menegur.
Artis yang begitu drastik penghijrahannya ini memang membuatkan admin kagum. Setelah beberapa tahun berhijrah, Mizz Nina tetap istiqomah dengan perjuangannya. Jika di tinjau dalam laman IG beliau, Mizz Nina sering memuat naik petikan hadis Nabi yang memberi ingatan kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad dan makhluk Allah. Perkongsian ingatannya bahawa perjalanan ke syurga itu tidak mudah dan kita perlu berpegang teguh dengan apa yang telah diwajibkan ke atas kita. Misalnya salah satu adalah dengan mengerjakan solat.
Digelar ustazah oleh sesetengah netizen, Oki juga mempunyai cara tersendiri untuk berdakwah. Sering dipanggil untuk memberikan perkongsian ilmunya, Oki sering memuat turut posting yang bertujuan untuk menyebarkan dakwah yang baik. Salah satu adalah perkongsian memuat naik video mengenai kelebihan hafiz yang menghafal al-quran. Perkongsian ni mendapat 181,259 like dari followernya.
A post shared by Oki Setiana Dewi (@okisetianadewi) on
Personaliti ini sememangnya agak berbeza dengan orang lain. Bukan sahaja kerana penampilannya, tetapi keberanian menegakkan sesuatu pendapat yang dirasakan betul dan baik untuk dikongsi bersama. Selain memuatkan momen bahagia anaknya Arjuna, Fynn juga sering memuat petikan daripada Al-Quran untuk dijadikan peringatan kepada dirinya juga orang lain. Misalnya baru-baru ini dia memberi ingatan mengenai azab untuk 3 golongan. Dalam posting yang sedikit sinis, Fynn mempersoalkan kita yang sudah berada di zaman di mana segala cerita telah menjadi mata wang. Seperti biasa, pasti ada netizen yang akan menyokong ingatan yang diberikan Fynn Jamal.
Seronok melihat kebahagiaan Abby Abadi bersama keluarga yang baru-baru ini menyambut ulang tahun perkahwinan bersama. Abby juga mempunyai cara tersendiri dalam menyebarkan dakwahnya di laman sosial yang dikongsi 444K followernya. Abby rajin memuat turut perkongsian quote dengan paparan layout yang sangat menarik. Antaranya Abby ada mengajak netizen menunaikan solat Dhuha dan menerangkan kelebihan daripada solat itu. Kadang-kadang Abby juga berkongsi ilmu yang menarik sebelun netizen masuk tidur.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Seangkatan dengan Irma Hasmie dan Diana Amir, Heliza Helmi juga turut memperjuangkan Islam dalam cara tersendiri. Heliza cukup aktif menyokong apa jua penindasan yang cuba dilakukan ke atas umat Islam, misalnya yang berlaku di Palestin dan Syria. Wanita muda ini cukup lantang bersuara dan Heliza turut menggunakan medium media sosial untuk berkongsi ilmu dengan followernya yang berjumlah 2.1M. Beliau sering mengingatkan manusia tentang kehidupan, dugaan yang perlu dilalui dan juga amalan doa yang baik.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Insan yang satu ini memang cukup istimewa. Bukan sahaja bijak dalam ilmu perubatan mata, tetapi juga seorang yang pandai memberikan perkongsian motivasi. Suaranya yang lembut dengan pandangan mata yang redup membuatkan siapa yang mendengar perkongsiannya cukup menusuk ke dalam jiwa. Prof Muhaya rajin berkongsi live video yang diambil ketika mahu ke masjid, berada di rumah atau ketika di pejabat. Perkongsian motivasi daripada pakar mata ini sering mendapat like tertinggi daripada follower di IG yang kini berjumlah 604K.
Penghijrahan figura ini betul-betul mengejutkan para pengikutnya. Seorang selebriti yang begitu trendy dalam mengayakan hijab kini telah berubah sepenuhnya. Mengenakan hijab labuh dan berniqab, dari 4M pengikut di instagram telah meningkat naik terus 8M pengikut. Berkongsi bait-bait cinta pada Allah bukan itu sahaja Neelofa juga berkongsi ilmu pendekatan diri pada sang pencipta.
Semoga semua selebriti ini meneruskan perkongsian yang positif yang boleh menjadi contoh kepada hijabi di luar sana. Jadikan panduan untuk kit sama-sama menuju syurga Firdaus.
SUMBER: INSTAGRAM SELEBRITI
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tupperware meramalkan bahawa mereka perlu menghentikan operasi melainkan mereka dapat mengumpul wang dengan cepat.
Tupperware dalam keadaan susah. Mereka memerlukan lebih banyak wang untuk meneruskan, dan mereka tidak mempunyai banyak masa untuk mencarinya.
Syarikat itu, yang terkenal dengan ‘Tupperware Parties’, telah menyaksikan harga sahamnya jatuh banyak baru-baru ini. Pada tahun lalu, ia telah kehilangan 95% daripada nilainya sepanjang 12 bulan yang lalu.
Ini kerana terdapat lebih banyak produk storan yang inovatif di luar sana, dan golongan muda lebih cenderung mendengar tentangnya di platform media sosial seperti TikTok dan Instagram.
Difahamkan, Tupperware sedang menghadapi pelbagai cabaran ketika ini. Jualan merosot, dan lebih ramai orang membeli produk rumah sebaliknya. Dan Tupperware nampaknya tidak berhubung baik dengan golongan muda.
Tupperware telah mengeluarkan amaran tentang kemungkinan isu keselamatan dengan produknya. Ini adalah kali kedua dalam tempoh kurang daripada enam bulan Tupperware telah memberi amaran kepada pelanggan tentang isu yang berpotensi.
Syarikat itu berada dalam bahaya untuk dinyahsenarai daripada pasaran saham kerana ia tidak memfailkan laporan tahunannya tepat pada masanya.
Pada mulanya produk Tupperware dijual di kedai serbaneka, tetapi jualannya perlahan kerana orang pada masa itu tidak tahu menggunakan bekas plastik tersebut.
Terdapat seorang jurujual bernama Brownie Wise yang memutuskan untuk menunjukkan betapa serba boleh bekas Tupperware. Dia berseronok menunjukkan cara ia boleh digunakan untuk pelbagai perkara, seperti memegang makanan atau minuman.
Beliau kemudiannya diupah sebagai naib presiden untuk pemasaran dan operasi untuk Tupperware Parties.
Dahulu, Tupperware mempunyai ramai orang yang menjual produknya di pihak Tupperware, dan mereka masing-masing memperoleh komisen pada setiap jualan.
Fenomena Parti Tupperware kemudiannya merebak ke seluruh dunia, di mana orang ramai yang berpakaian kemas dan mempunyai kemahiran demonstrasi akan menunjukkan kepada tuan rumah dan rakan-rakannya cara menggunakan peralatan dapur baharu yang berwarna-warni dan ‘berteknologi tinggi’ itu.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.