Kata orang jika seseorang itu dilahirkan cantik selain kurniaan dari Tuhan, juga melihat dari sudut keturunan. Dalam erti kata lain kecantikan wajah mereka adalah kerana mewarisi ketampanan si ayah atau kecantikan ibu mereka. Seperti beberapa selebriti kita yang dilahirkan cantik dan santun seperti Wany Hasrita atau Mira Filzah.
Ayuh kita lihat beberapa selebriti dan juga personaliti yang mewarisi ayah atau ibu mereka sendiri. Bukan sahaja cantik, tetapi mereka ini juga bijak dan santun orangnya hasil didikan keluarga mereka.
Malah mereka juga tidak segan untuk muat turun di laman instagram bersama insan cukup istimewa ini sambil meluahkan kata-kata penghargaan memiliki ibu/ayah tersayang.
Maklumlah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ada yang seiras dan ada juga yang kelihatan seperti seorang adik dan kakak.
Usahawan dan penyanyi bersuara hebat kelahiran Sabah, Ayu Damit bukan calang-calang wanita.
Dia mempunyai matlamat tersendiri dalam mengatur kehidupannya demi mengejar impian yang disemat.
Ternyata, ibu kepada empat orang anak ini bijak merancang kerana tidak selamanya dia akan terus menyanyi terutama pada usia tua.
Bagi Ayu, dia perlu mempunyai ‘backup’ demi kehidupan yang lebih baik dan stabil.
Pun begitu, nyanyian tetap di hatinya kerana bidang itulah dia mula dikenali serta menjadi platform transformasi siapa dirinya kini.
Juara ‘One In a Million’ musim ke-2 serta pemenang tempat ke-3 Gegar Vaganza musim ke-7 ini dilihat kekal tenang menjalani kehidupan terkininya biarpun kurang aktif dalam bidang nyanyian.
Statusnya sebagai usahawan kini lebih menyerlah selain rutinnya sebagai pelajar ijazah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) jurusan seni kreatif.
Memetik laporan Mstar, demi merealisasikan impiannya untuk bergelar pensyarah Ayu yang kini berusia 35 tahun bakal memperlahankan karier seninya dan memberi tumpuan kepada pengajiannya yang bakal tamat beberapa tahun lagi.
“Selepas usia 45 tahun, saya mahu kehidupan yang lebih tenang. Meneruskan perniagaan dan mahu jadi tenaga pengajar. Tak mungkin saya akan terus menyanyi sampai usia tua.
“Saya ada sasaran dalam hidup. Tetapi bukanlah bermakna nak tamatkan kerjaya seni. Jika ada peluang menyanyi saya masih terbuka untuk menerima undangan.”
Ayu turut meluahkan dia berhasrat menyambung pengajian peringkat Sarjana selepas berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah kelak.
Ayu juga merancang untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya demi bergelar Doktor Falsafah suatu masa nanti.
“Untuk jadi tenaga pengajar sekurang-kurangnya perlu ada Sarjana. Jadi, habis Ijazah saya akan terus sambung belajar. Untuk Doktor Falsafah pula kena lihat pada keadaan. Mungkin selepas ini saya boleh bergelar Dr Ayu.”
Hijabista mendoakan agar tercapai impian Ayu untuk bergelar pendidik. Besar pahalanya jika kita ikhlas berkongsi dan mencurahkan ilmu kepada masyarakat. Another level!
Untuk perkembangan terkini, Ayu bakal berpadu suara dengan penyanyi yang turut memiliki vokal memukau iaitu Datin Alyah dalam persembahan ‘An Evening to Remember’ yang bakal diadakan di Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya pada 21 dan 22 Jun ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bulan ini pastinya kita tidak putus-putus menerima undangan rumah terbuka. Dan kita juga tidak terkecuali untuk mencuba setiap hidangan yang disediakan. Maklumlah nafsu makan susah untuk dikawal apatah lagi setelah hampir sebulan berpuasa.
Dan agak mustahil kita menolak semua makanan ini dan pastinya akan mengalami pertambahan berat badan kerana tidak tahu kalori dalam setiap hidangan.
Jadi bagaimana caranya untuk kita mengawal berat badan agar ia tidak jadi berlebihan hingga boleh membawa penyakit. Jika diet pemakanan seimbang dan sentiasa kekal terjaga, proses penurunan berat badan anda pasti berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.
Dan anda juga perlu sanggup berkorban meninggalkan segala jenis makanan enak yang tidak berkhasiat. Jadi apakah diet berkesan yang boleh kita amalkan dengan hasilnya sepantas 7 hari sahaja.
Melalui perkongsian di laman sosial Facebook dari page Rahsia Teh Herba Cantik Sihat Dan Slim barkongsi 21 tip diet paling berkesan.Jika diamalkan secara konsisten, berat badan anda akan kekal terjaga walaupun mengambil makanan digemari.
21 Tips Diet Yang Berkesan
Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.
Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasanya? – Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.
Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.
Alasannya? – Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.
Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.
Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.
Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja.
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut. Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.
Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti: Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam. Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.
Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda. Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan.
Alasannya? – Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.
Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.
Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.
Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.
Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.
Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.
Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan.
Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.
Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian.
Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari.
Alasannya? – Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.
Alasannya? – Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.
Tips 21 – Cukup belajar teori sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Saya percaya dengan teknik diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Meskipun Faruq Fadhullah Kamal Baharom, 32 seorang pramugara AirAsia, lelaki tampan, tinggi lampai dan bergaya persis seorang model ini tidak kisah beralih arah menjadi penghantar makanan.
Anak kelahiran Selangor itu berkata, industri penerbangan yang terjejas teruk akibat Covid-19 telah membuatkannya ‘terkaku‘ seketika.
“Jadual penerbangan dan pendapatan kami terjejas 90 peratus. Jadi untuk meminimumkan impak krisis itu, saya dapati cara paling mudah (untuk meraih pendapatan) adalah dengan menyertai keluarga penghantar makanan.
“Dengan kemudahan motosikal yang saya jarang gunakan, saya manfaatkannya untuk tujuan itu,“ katanya jujur.
TIDAK SEGAN JADI PENGHANTAR MAKANAN
Ketika ditanya, tidakkah dia segan bergelar penghantar makanan sedangkan selama ini dia selesa terbang tinggi di awan biru atas nama profesion glamor pramugara
tanpa keraguan, dia pantas mengatakan bahawa perasaan negatif itu tidak wujud sama sekali.
“Kalau nak diikutkan (segan), sebelum ini saya pernah bekerja sebagai pembantu bersihkan rumah orang pada hujung minggu. Bagi saya, semuanya berkisar tentang tanggungjawab. Ia lagi penting daripada tanggapan orang,“ tegasnya.
Faruq menambah, sokongan dan tanpa kata sindiran daripada keluarga mahupun rakan-rakan membuatkan dirinya tambah bersemangat melakukan kerja baharunya.
PERNAH DIMARAHI
Dia turut berkongsi pengalaman mengenai ragam manusia yang ditemuinya sepanjang menghantar makanan di sekitar Damansara dan pusat bandar Kuala Lumpur.
“Bila bercerita bab pengalaman manis memang menarik. Selain dapat rating tinggi, saya juga pernah ditawarkan kerja tetap sebagai penghantar makanan bersama syarikat lain, tetapi hal itu tak dibenarkan mengikut polisi Grab.
“Saya juga pernah dimarahi oleh seorang pemandu kereta mewah yang menuduh motosikal saya menghalang laluan keretanya sedangkan saya letak motosikal di petak khas yang betul.
“Tak mahu panjangkan cerita, saya terus berlalu namun sampai sekarang saya tertanya-tanya kenapa dia perlu bersikap begitu,“ ceritanya yang bekerja lima hingga enam hari seminggu dari tengah hari hingga malam bermula pada minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan, Mac lalu.
DUA KERJAYA YANG BERBEZA
Antara kerjaya pramugara dan penghantar makanan terlalu banyak perbezaannya, kata Faruq.
Ujar bapa kepada seorang cahaya mata itu, sekiranya berada di awan biru, keutamaannya adalah kepada keselamatan penumpang.
“Sebagai penghantar makanan pula, selain perlu jaga diri dan kena seiring dengan cuaca, pesanan makanan daripada pelanggan menjadi fokus saya. Namun, saya suka berkongsi tentang cara penghantar makanan ini bekerja.
“Cara kita bekerja bukan terima pesanan, terus ambil dan hantar. Adakalanya kita perlu tunggu giliran. Ada restoran yang terima banyak tempahan pada satu-satu masa. Jadi kalau lambat, janganlah terus marah kami, tanyalah secara baik,“ katanya.
Ditanya, dengan wajah kacaknya itu, adakah dirinya pernah diusik oleh pelanggan ketika menghantar pesanan? Tanpa ada reaksi kaget, sambil tertawa besar lelaki itu berkata: “Setakat ini belum ada pengalaman sebegitu.“
Faruq memberitahu, ada kemungkinan beliau kembali semula menyambung kerjaya di AirAsia, namun belum ada keputusan muktamad lagi.
“Apa pun yang terjadi, insya-ALLAH saya akan teruskan kerja sebagai penghantar makanan. Tiada sebab untuk saya berhenti,“ ujarnya.
Sumber kredit: Sinarplus.Sinar Harian dan Instagram Faruqfadhullah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di