Minyak wangi merupakan salah sebuah produk yang mampu menaikkan seri personaliti kita di khayalak ramai. Sama ada wangian yang lembut ataupun kuat, semuanya memiliki ciri-ciri yang berbeza.

Untuk pengetahuan, sebenarnya minyak wangi diformulasi khas mengikut personaliti dan jenis bau badan seseorang. Disebabkan itulah jika anda perasan ataupun  tidak, kadang-kala dah beli minyak wangi mahal-mahal, tetapi harumannya kurang kuat berbeza dari orang lain yang harumannya begitu kuat dan tajam.

Usah risau, kami akan kongsikan panduan lengkap memilih minyak wangi supaya harumannya tahan dengan lama!

Sumber gambar: Harper Sunday

PANDUAN 1: MEMILIH AROMA (NOTE)

Setiap minyak wangi atau ‘cologne’ terdiri daripada ‘note’ yang berbeza. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘note’ ini? 

‘Note’ ini bermaksud aroma yang dapat dirasakan semasa penggunaan minyak wangi, bak kata lain seperti perisa. Contohnya seperti lavender, kok, lemon ataupun lain-lain.

‘Note’ terdiri daripada tiga lapisan berbeza iaitu :

#1: NOTE TERATAS

Aroma pertama yang dapat dihidu semasa menggunakan minyak wangi. Aroma note teratas ini kebiasaannya berbau “segar”, “tegas” atau “tajam dan ianya lebih kepada aroma yang kuat, sangat mudah meruap dengan cepat. Contohnya aroma sitrus dan halia.

IKLAN

#2: NOTE TENGAH

Aroma minyak wangi yang muncul setelah note teratas hilang. Note tengah pula sifatnya lebih lembut and rasa segar bila dihidu.

So, secara logiknya bila digabungkan bau tu ianya akan menjadi seimbang kerana fungsi note tengah untuk menutup kesan awal note atas. Contohnya, aroma lavender dan rose. Tetapi bergantung juga kepada perisa yang anda beli kerana ada sesetengah minyak asalnya diformulasikan dengan bau yang kuat. Contohnya minyak wangi lelaki.

#3: NOTE ASAS

Aroma minyak wangi pada note asas muncul bersama-sama dengan note tengah. Sebatian kelas ini digunakan untuk menahan dan meningkatkan kekuatan note atas dan tengah. Musk, vetiver dan aroma resin tumbuhan adalah contoh aroma yang kebiasaannya digunakan sebagai note asas.

Sumber gambar: Anna

PANDUAN 2: PILIH KEPEKATAN

IKLAN

Dari sudut kimia, kepekatan adalah nisbah zat terlarut dalam larutan kepada pelarut atau jumlah larutan. Untuk pengetahuan anda, terdapat empat tahap kepekatan yang berbeza dalam setiap wangian. Tahap-tahap ini termasuklah perfume, EDP, EDT dan cologne. 

Sumber gambar: RF Studio

4 JENIS KEPEKATAN MINYAK WANGI

Bagaimana untuk tahu kepekatan wangian ini? Mudah sahaja! Apabila kepekatan semakin tinggi, harganya juga semakin tinggi. Yes!! Harga memanglah agak mahal, tetapi ia amat berbaloi kerana harumannya yang kuat dan tahan lama.

Tetapi tidak bermakna wangian yang murah harganya tidak berkualiti. Ia bergantung kepada citarasa seseorang. 

PANDUAN #3: UJI WANGIAN

Ujian wangian ini ialah langkah yang paling wajib. Pertama, lakukan ujian menghidu botol terlebih dahulu untuk mengetahui aroma ataupun perisa minyak wangi ini.

IKLAN

Selepas itu, calit sedikit minyak wangi pada kulit kerana kulit kita ini mempunyai kod hormon dan feromon yang unik yang boleh terus mengubah bau sesebuah haruman.

Kemudian, biarkan selama beberapa saat, anda boleh bau semula. Anda boleh periksa sama ada baunya masih sama atau berkurangan? Dari situ anda boleh buat kesimpulan sama ada minyak wangi itu sesuai atau tidak dengan kulit anda.

Sumber gambar: Cotton Bro

PANDUAN #4: IKLIM DAN CUACA

Sebenarnya, musim memberi impak perubahan keharuman pada minyak wangi.

MUSIM PANAS

Sebenarnya pada musim panas keharuman minyak wangi akan lebih kuat aromanya kerana suhunya yang tinggi. Kami sarankan anda menggunakan minyak wangi yang aromanya ringan dan segar. Contohnya, perfume lavender atau roses.

MUSIM SEJUK

Berbeza dengan musim panas, suhu udara dan iklim semakin berkurang. So, waktu ini memang sesuailah kalau anda nak guna minyak wangi yang bau kuat.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI