Pernahkah anda mendengar tentang sayur yang dipanggil asparagus? Sayur ini sangat biasa didengari terutamanya ketika menonton filem-filem barat. Sayur ini sering menjadi ‘pembuka selera’ buat mereka di sana. Asparagus boleh dikatakan jenis sayuran yang “elit”. Berbanding dengan jenis sayur-sayuran lain, asparagus boleh dikatakan agak mahal. Namun, banyak sebenarnya manfaat asparagus ini untuk kesihatan.
Asparagusmempunyainamasaintifikiaitu ‘Asparagusofficinalis’yang sememangnya agak asing bagi kebanyakan orang kerana ia agak sukar didapati di pasaran terutamanya di Malaysia. Namun tahukah anda, sayuran ini agak terkenal di banyak tempat di seluruh dunia? Sayuran ini mempunyai rasa yang sangat enak khasiat dan khasiat yang tiada tandingan. Asparagusbolehdidapatidipasarayadanmenjadiantaramenuutamauntukhidangankeluarga.
Tumbuhan ini dikatakan telah ditanam sejak beribu tahun dahulu sejak ketamadunan purba termasuklah tamadun Mesir, Greek dan Romania. Tumbuhan ini juga dipercayai berasal dari Utara Eropah, Barat Laut Afrika dan Asia.
Bagi anda yang ingin mendapatkan khasiat asparagus, anda boleh cuba masukkan sayur ini dalam diet harian anda. Banyak resipi masakan boleh dihasilkan daripada asparagus ini, contohnya asparagus tumis, salad, sup, stew atau pasta. Kalau anda nak tahu, terdapat kira-kira 300 spesies asparagus yang boleh didapati di seluruh dunia. Asparagus ini juga boleh didapati dalam pelbagai warna iaitu putih, hijau dan ungu.
Tip dan fakta mengenai Aspagarus.
Meninjau dari kompas.com, berikut merupakan beberapa tip dan fakta untuk memilih asparagus.
Pilih asparagus segar, tidak layu, hujung tertutup, dan batang gelap yang menunjukkan kandungan nutrisi yang tinggi
Jangan masak asparagus dalam kuali besi kerana kandungan tanin dalam sayuran ini akan bertindak balas dengan besi dan menyebabkan perubahan warna pada tangkai
Kandungan asid folik dalam asparagus mudah rosak apabila terdedah kepada udara, haba, atau cahaya
Elakkan menggunakan gelombang mikro untuk memanaskan asparagus kerana ianya akan memusnahkan sebahagian nutrien jika dibandingkan dengan merebus atau mengukusnya.
Asparagus cepat rosak dan kehilangan nutrien jika tidak dimakan dalam masa 1-2 hari selepas pembelian.
Untuk tahan lebih lama, balut hujung asparagus dengan kertas dan disimpan di dalam peti sejuk.
Khasiat Asparagus
Kajian-kajian terhadap fitonutrien asparagus mendapati tumbuhan ini kaya dengan kandungan saponin, flavanoid dan fenolik. Berikut merupakan beberapa khasiatnya untuk kesihatan badan.
Ads
1.Berzat dan rendah nilai kalori
Asparagus adalah salah satu sayuran rendah kalori. Kandungan nutrisi asparagusadalahpelbagaidanpastinyabermanfaatuntukkesihatan. 100 gram asparagus mentah mengandungi hanya 20 kcal dan pelbagai khasiat, diantaranya:
Protein: 2.2 gram
Karbohidrat: 3.88 gram
Vitamin A: 38 mikrogram
Vitamin C: 5.6 miligram
Vitamin E: 1.13 miligram
Vitamin K: 41.6 mikrogram
Serat: 2.1 gram
Kalsium: 24 miligram
Zat besi: 2.14 miligram
Magnesium: 14 miligram
Fosforus: 52 miligram
Kalium: 202 miligram
Zink: 0.54 miligram
Selenium: 2.3 mikrogram
Folat: 52 mikrogram
Disamping itu, asparagus turut mengandungi sedikit mineral tembaga, mangan dan vitamin B1,B2, B3 B5 dan B6. Gabungan nilai kalori yang rendah, disertai dengan nilai serat yang tinggi serta mineral dan vitamin yang lain menjadikan asparagus sebagai makanan yang berkhasiat.
2.Kaya dengan Antioksidan
Asparagus adalah salah satu sayur yang kaya dengan kandungan antioksidan. Antioksidan ialah sebatian yang boleh membantu melindungi sel-sel badan daripada kesan merosakkan radikal bebas dan tekanan oksidatif. Melihat pada nilai kalori di atas, anda pasti perasan bahawa sayuran inimengandungisejumlahbesarantioksidan,iaituvitaminE,vitaminC,glutathione,sertapelbagaiflavonoiddanpolifenol.
Tekanan oksidatif boleh dikaitkan dengan penuaan, keradangan selular kronik, kanser diabetes, penyakit jantung dan lain-lain lagi. Jika anda ingin mendapatkan pengeluaran antioksidan yang optimum, anda harus makan asparagus bersama-sama dengan sayur-sayuran dan buah-buahan lain untuk ‘mengoptimumkan’ jumlah antioksidan dalam badan anda.
Ads
3. Mampu menurunkan tekanan darah
Tekanan darah tinggi (hipertensi) merupakan salah satu faktor risiko utama dari penyakit jantung dan stroke. Ia adalah antara penyakit kronik yang paling banyak dihadapi oleh rakyat Malaysia. Asparagus adalah sumber kalium yang baik untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi, dengan mengoptimumkan kerja saluran darah dan mengeluarkan garam berlebihan melalui air kencing.
Mengikut penyelidikan Journal of Agricultural and Food Chemistry, kandungan sebatian aktif dalam asparagus telah dibuktikan membantu membesarkan saluran darah sehingga tekanan darah tinggi berkurangan secara beransur-ansur. Namun, kajian terhadap manusia masih diperlukan untuk menguatkan lagi dapatan ini.
4. Baik untuk Sistem Penghadaman
Asparagus juga turut berkhasiat untuk kesihatan sistem penghadaman. 100 gram asparagus boleh membekalkan kira-kira 2.1 gram serat iaitu 10% daripada cadangan pengambilan nutrien (RNI) Malaysia. Kandungan serat tidak larut yang tinggi dalam asparagus berguna untuk memudahkan pergerakan usus supaya anda boleh mengambilnya untuk merawat sembelit.
Asparagus secara khususnya tinggi dengan kandungan serat tidak larut (prebiotik) yang boleh menjadi makanan kepada koloni bakteria(iaitu Bifidobacteria dan Lactobacillus) baik dalam usus. Selain itu, serat tidak larut ini juga boleh membantu memudahkan pembuangan air besar dan menambah saiz pada najis supaya mudah untuk dikumuhkan. Itulah sebabnya, menambah asparagus ke dalam diet harian anda adalah cara terbaik untuk membantu memenuhi keperluan serat anda dan memastikan sistem pencernaan anda sihat.
Ads
5. Membantu menurunkan berat badan
Pasti ini khasiat yang paling ditunggu oleh anda kan? Iya lah, Siapa sahaja yang tidak mahu menurunkan berat badan. Untuk pengetahuan anda, asparagus mengandungi kalori dalam jumlah yang rendah. Ciri-ciri asparagus yang rendah dengan kalori dan tinggi dengan kandungan air menjadikan sayur ini sebagai pilihan makanan yang baik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Selain itu, kandungan serat dalam asparagus bukan sahaja bermanfaat untuk mengekalkan sistem penghadaman, malah turut memberi kesan kepada penurunan berat badan. Serat ini membantu membuat anda kenyang lebih lama supaya anda boleh menahan keinginan untuk snek atau makan makanan yang tidak sihat. Buktinya, satu kajian pengamatan yang melibatkan 80 orang peserta mendapati diet yang turut disertakan ekstrak asparagus boleh mengurangkan berat badan peserta yang mengambil ekstrak ini.
Sebagai kesimpulan, sayuran ini rendah dengan nilai kalori dan kaya dengan pelbagai nutrien seperti folat, vitamin A, vitamin E dan vitamin K. Tambahan lagi, khasiat asparagus baik untuk sistem penghadaman, kaya dengan Antioksidan, membantu menurunkan tekanan darah dan membantu menurunkan berat badan. Terdapat lagi khasiat sayuran lainnya seperti boleh membantu mengawal paras gula darah dan berkhasiat untuk ibu mengandung. Jum sis, kita amalkan makan sayur ni. Walaupun mahal, banyak khasiatnya dan tak rasa rugi pun!
Sumber info dan gambar: Jiwa Sihat, Canva dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=SygL7ytmW6A
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Trend pemerah pipi berubah lebih cepat dan mempunyai 1001 cara penggodam kecantikan. Pada tahun 80-an, trend pemerah pipi persis merah epal di pipi anda, mnakala tahun 90-an, hijabi hanya menggunakan sejumlah kecil pemerah pipi jika ada.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan pemerah pipi banyak digunakan pada muka, secara literal sehingga ke dahi dan adakalanya ke seluruh pipi seperti terbakar matahari. Kini, trend pemerah pipi terbaharu di TikTok melibatkan meletakkan produk terus ke dalam concealer anda. Menarik bukan?
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Apabila anda meleret melalui TikTok, rasanya semua orang mencampurkan pemerah pipi cair dan concealer mereka bersama-sama untuk mendapatkan hasil yang sangat cantik. Ia mencerahkan bahagian bawah mata dan warna secara automatic membetulkan sebarang lingkaran hitam. TikToker Amelia Olivia menggunakan Rare Beauty Soft Pinch Liquid Blush in Happy dan NYX Professional Makeup Bare With Me Hydrating Face & Body Concealer Serum. Hasilnya pembetulan warna tetapi mendapati campuran rona tidak seterang seperti biasanya di bawah matanya.
TikToker Noor Maatouk menggunakan Nars Liquid Blush in Orgasm dicampur dengan Too Faced Born This Way Super Coverage Multi-Guna Sculpting Concealer untuk mencuba trend ini. “Wah, saya taksub dengan rupanya,” katanya.
Pembetulan warna wajah yang tepat
Masuk akal mengapa ini berfungsi dan kelihatan sangat bagus pada semua orang. Merah jambu adalah gabungan warna merah, oren dan kuning. Warna-warna ini bertentangan dengan biru, hijau dan ungu pada roda warna, jadi merah jambu adalah yang terbaik untuk menyembunyikan lingkaran mata gelap pada ton kulit yang lebih cerah. Mereka yang mempunyai ton kulit yang lebih gelap harus mencari lebih banyak pembetulan warna oren dan merah. Anda benar-benar boleh menggunakan pemerah pipi merah atau oren untuk ini atau anda boleh melangkau adunan dan menggunakan penyembunyi pembetulan warna.
Contohnya, Merah-Oren mengimbangi bintik-bintik gelap pada ton kulit yang gelap, manakala Merah Jambu meneutralkan bintik-bintik gelap pada ton kulit yang terang hingga sangat terang. Terdapat juga dua warna untuk mengimbangi kemerahan. Dengan cara ini, anda tidak akan menggunakan terlalu banyak pemerah pipi dan anda tidak perlu membazir produk untuk mencari warna yang sempurna.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hari ini termaterainya ikatan dua jiwa antara penyanyi, Shila Amzah atau nama penuhnya, Nurshahila binti Amir Hamzah beraama pilihan hatinya pempengaruh media sosial, Ubai Mz.
Hijabista difahamkan, majlis pernikahan pasangan merpati dua sejoli ini telah berlangsung pada jam 10.27 pagi tadi di Boathouse Ampang.
Lebih menarik lagi, pasangan ini diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja. Malah, pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Hai Mohamad Khairi Hussein.
RM 20,000 Tanda Cinta Ubai Buat Shila Amzah
Sebagai tanda cinta kepada si isteri, Ubai telah membawa mas kahwin bernilai RM 20,000, bagaimanapun hantaran yang diterima oleh Shila telah dirahsiakan.
Mengulas berkenaan hari bahagianya buat kali kedua ini, Shila memanjatkan rasa syukur apabila akhirnya dia kini bergelar isteri kepada Ubai.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi atas kelancaran majlis pernikahan, pagi ini. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati Allah.
“Saya lega kerana selepas melalui fasa pertunangan pada 27 Mei lalu, kami disatukan sebagai suami isteri di hadapan ahli keluarga terdekat dan sahabat yang disayangi.
“Harapan semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan ini sebaiknya dan saling menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus.
“Apa yang paling penting kami dapat menjaga anak, Seth Uwais dengan penuh kasih sayang,” katanya.
Bakal Luangkan Masa Dan Bulan Madu Dalam Negara Dahulu!
Ketika disoal berhubung lokasi berbulan madu, Ubai menjelaskan bahawa dia dan isteri belum mempunyai sebarang perancangan memandangkan masing-masing berdepan dengan kekangan kerja.
“Disebabkan kekangan masa, kerja dan menguruskan hal peribadi keluarga, kami belum memilih lokasi berbulan madu.
“Namun, mungkin akan ada percutian pendek dalam negara terlebih dahulu,” katanya.
Sekadar recap, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Jika Thanatophobia merupakan rasa takut terhadap kematian, Phasmophobia pula adalah rasa takut pada hantu secara berlebihan. Maklumlah, sekarang ini kan ramai orang ligat pergi ke pesta ‘Night Of Fright’ di Sunway Lagoon. Buat anda yang menghidapi Phasmophobia,pergi ke pesta seram ataupun rumah hantu mungkin merupakan mimpi buruk buat anda.
Segalanya mengenai Phasmophobia
Phasmophobia ini bukanlah sekadar ‘takut hantu’, malahan ianya lebih intense dan melampau. Contohnya, rasa takut dengan perkara mistik, melihat gambar, video, filem dan juga rasa takut untuk memasuki rumah hantu. Memang tiada harapan lah mereka ini mahu memasuk rumah hantu seperti ‘Night Of Fright’. Takut pulak perkara tidak diingini berlaku!
Orang yang menghidapi phasmophobia ini takut akan segala yang berkaitan dengan hantu. Sehinggakan, mendengar perkataan ‘hantu’ pun mampu mencetuskan rasa takut. Jangan ambil ringan ya, perkara kecil yang berkaitan dengan hantu atau benda lain boleh mencetuskan gangguan kecemasan kepada mereka.
Phasmophobia ini juga sangat sukar dikawal. Bukan sahaja minda seseorang boleh terganggu, malah kesihatan fizikal dan aktiviti harian juga boleh terjejas. Fobia jenis ini tidak mengenal usia, jadi sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Kanak-kanak yang takut hantu sejak kecil juga mungkin akan mengalami phasmophobia apabila dewasa.
Tanda-tanda phasmophobia:
Anda sering rasa seperti diperhatikan oleh hantu atau makhluk ghaib.
Rasa cemas apabila mula mendengar cerita mengenai perkara ghaib atau hantu.
Mengalami gejala seperti berpeluh sejuk, badan menggigil, dan jantung berdegup kencang.
Badan terasa kaku, tidak dapat menumpukan perhatian, dan tidak dapat berfikir dengan jelas apabila berada di tempat yang sunyi dan gelap.
Punca phasmophobia
Menurut pakar psikologi Ikhsan Persada, punca atau penyebab sebenar phasmophobia ini masih tidak diketahui sehingga kini. Namun, terdapat beberapa faktor asas yang membuatkan seseorang itu boleh mengalami phasmophobia. Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu secara berlebihan:
1. Pengalaman traumatik atau menakutkan
Kanak-kanak yang pernah mengalami peristiwa mistik seperti dibuli atau melihat hantu berkemungkinan tinggi boleh mengalami phasmophobia. Tambahan itu, seseorang yang mempunyai pengalaman menakutkan yang melibatkan hantu atau rumah berhantu, juga berkemungkinan mengalami phasmophobia. Contohnya, pernah ‘terserempak’ dengan benda ghaib tersebut atau mengambil gambar lepastu ‘benda’ tersebut terselit di belakang. Pasti trauma… Kerap juga mendengar orang dulu-dulu pesan untuk tidak mengambil sebarang gambar waktu maghrib, takutlah!
Pernah tak anda merasa ‘meremang‘ apabila menonton babak-babak seram ketika menonton filem? Kadang-kadang ada filem yang mempunyai ‘unsur’ bacaan keagamaan. Seram sejuk dibuatnya! Untuk pengetahuan anda, menonton filem menakutkan dan pengaruh budaya atau agama lain yang berkaitan dengan alam ghaib juga boleh menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu.
2.Faktor genetik dan persekitaran
Didikan di rumah memainkan peranan penting dan mampu memberikan kesan terhadap kehidupan seharian anda. Bayangkan jika seorang kanak-kanak itu daripada kecil sudah biasa melihat ibu bapa mereka atau orang sekeliling takutkan hantu, sudah pasti anak-anak pun akan terikut takut sama. Ini kerana mereka lebih mudah terikut-ikut melihat perkara yang ibu bapa mereka lakukan. Kanak-kanak tersebut pasti akan berfikir, ibu bapa pun boleh takut, apatah lagi orang yang mungkin tiada kuasa untuk melawan benda-benda mistik ini. Penyelidikan juga telah mendapati bahawa orang yang mempunyai ahli keluarga rapat dengan fobia atau jenis gangguan kecemasan lain lebih cenderung untuk mengalami fobia.
3.Terlalu taksub dengan perkara ghaib
Terlalu mempercayai perkara ghaib juga boleh menjadi faktor yang mendasari seseorang mengalami phasmophobia. Sebagai contoh, anda percaya bahawa pergi ke luar pada waktu matahari terbenam adalah berbahaya. Ini disebabkan matahari terbenam sebelum malam dipercayai adalah waktu makhluk ghaib sedang aktif. Tambahan itu, sesetengah orang percaya bahawa bangun pada waktu awal pagi merupakan petanda bahawa ada makhluk ghaib memerhatinya dari sudut bilik.
Kesan buruk Phasmopobia
Ketakutan terhadap hantu secara kelebihan ini boleh muncul pada bila-bila masa dan boleh memberi kesan buruk kepada penghidap,di antara kesan buruknya ialah:
Susah untuk tidur
Orang yang mengalami penyakit ini kerap mendapat tidur yang tidak cukup. Ini kerana bila tiba waktu malam…mulalah fikir mengenai hantu. Ketakutan terhadap hantu mulai menyelebungi. Bila nak tutup mata je, mulalah terbayang ada hantu berdekatan. Kalau anda baru habis menonton filem seram, mulalah terbayangkan babak-babak yang seram. “Macam mana kalau ada hantu bawah katil?..” Memang tak tenang lah nak tidur. Gangguan tidur ini menyebabkan anda tidak mempunyai tenaga dan sukar untuk berfikir dengan jelas pada siang hari. Ia juga mampu membuatkan anda lesu dan boleh mengurangkan produktiviti.
Cemas berlebihan
Situasi ini boleh berlaku bukan sahaja ketika anda bersendirian, bahkan boleh berlaku ketika sedang berada bersama ramai orang. Antara tanda-tanda kecemasan yang berlebihan adalah apabila anda mulai rasa jatung berdetak laju, mual, peluh dingin, pening sehingga rasa nak muntah.
Depresi
Jika anda sering mengalami dua kesan buruk diatas, anda berisiko untuk mengalami kemurungan. Kemurungan yang tidak dirawat boleh menyebabkan seseorang berfikir tentang bunuh diri.
Cara mengubati Phasmopobia
Anda boleh cuba mengubati phasmopobia ini menggunakan bantuan ubat-ubatan dan juga psikoterapi. Contoh ubatan yang boleh diambil adalah ubatan yang sering digunakan untuk merawat fobia, seperti anti depresi dan ubat anti-kecemasan. Kedua-dua ubat ini boleh melegakan reaksi berlebihan emosi kerana ketakutan yang anda alami, dan membantu menghentikan atau mengurangkan tindak balas fizikal, seperti jantung berdebar atau loya. Ubat antidepresan dan anti-kecemasan berkesan dalam mengurangkan gejala fobia dengan cepat.
Selain itu, anda boleh juga melakukan rawatan psikoterapi. Pakar kesihatan mental akan membantu penghidap phasmopobia untuk memahami punca ketakutan anda. Seterusnya, dengan menjalani rawatan psikoterapi, ianya membantu membangunkan mekanisme pertahanan yang boleh digunakan apabila anda mula merasakan ketakutan.
Anda telah mengetahui punca, tanda, kesan dan juga cara untuk mengubati phasmophobia ini. Jangan pernah memperlekehkan sesiapa yang mempunyai fobia berlebihan terhadap hantu. Selepas ini, jika anda ataupun orang sekeliling mula menunjukkan tanda Phasmophobia, dapatkan bantuan dengan segera.
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...