Pelakon cantik berusia 24 tahun Sharifah Rose yang berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa ini memulakan karier awalnya sebagai model dan selebriti media sosial sekitar tahun 2016.
Tiga tahun kemudian, Sharifah Rose muncul dalam muzik video pertamanya berjudul “Vromm Vromm” nyanyian Nabila Razali.
Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira kini terus mengorak jejaknya dalam dunia lakonan.
Antara drama yang telah melonjakkan namanya sebagai pelakon muda berbakat besar ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Selain itu, Sharifah Rose juga pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021 di Anugerah Telenovela awal tahun lalu.
‘NATURAL BEAUTY’
Sebagai seorang public figure, setiap perkara yang dilakukan Sharifah Rose pasti menjadi perhatian. Antaranya, rutin kecantikan hariannya.
Ads
Sharifah Rose sering berkongsi video-video penjagaan kulit wajah dan tutorial makeup di Instagram.
Sharifah Rose amat bertuah kerana memiliki kulit wajah yang segar, sihat dan bersih tanpa sebarang masalah. Memang terpegun melihat kulit wajahnya yang polos, natural beauty!
Di ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya memuji kecantikan yang dimiliki Sharifah Rose.
Ibunya, Noraini Dahlan yang berketurunan Melayu-Jawa turut memiliki kencantikan tersendiri. Manakala bapanya Syed Mohd Mazfira Syed Mohd Bakar pula berketurunan Melayu-Arab.
Ads
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Rata-rata anak kacukan memang cantik-cantik dan kacak.
USAHAWAN TUDUNG
Siapa sangka, dalam kesibukannya sebagai seorang model, influencer dan pelakon, Sharifah Rose turut memiliki koleksi tudung jenamanya sendiri iaitu Harirose.
Ads
Jenama tudungnya itu mula berada di pasaran pada awal 2022 sebagai urban modest scarf. Ia mensasarkan golongan yang sudah lama bertudung dan pertama kali mengenakan tudung.
Semoga Sharifah Rose terus sukses sebagai seorang pelakon yang ‘versatile’ seterusnya maju dalam bisnes.
Kredit Foto: Instagram Sharifah Rose
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Di hari ulangtahun kelahiran seseorang yang istimewa, pastinya kita mahu berikan mereka kek yang istimewa sebagai tanda ingatan. Jika kita pergi kedai kek kebiasaannya pekerjanya akan menulis ucapan istimewa di atas kek tersebut. Namun, berlainan pula dengan gadis ini yang bukan sahaja pada menulis malah boleh melukis di atas kek tersebut.
Hebatnya bakat yang dimiliki oleh gadis ini! InsyaAllah jika dia terus berusaha mengembangkan bakatnya pasti suatu hari nanti dia mampu membina nama dalam perusahaan kek ini. All the best sister!
Setahun yang lalu pelakon kecil molek ini telah diduga Tuhan dengan ujian yang cukup hebat. Hampir 3 minggu terlantar di hospital menyebabkan segala pergerakannya terbatas. Tiada tanda sakit sebelum ini dan ujian yang datang padanya cukup menginsafkan. Saat itu terasa bagai nyawa di hujung tanduk apabila dia tidak boleh bernafas seperti biasa. Emma Maeombong menceritakan semula saat dirinya bertarung menahan kesakitan jangkitan virus dan hanya Allah yang tahu. Dan kini walaupun sudah sihat sepenuhnya, dia tetap ambil sikap berhati-hati terutama tentang penjagaan kesihatan.
“Sebenarnya sehingga hari ini Emma tidak tahu apa nama khusus bagi penyakit Emma ini. Tetapi menurut doktor hati Emma ada masalah. Doktor menjumpai nanah dalam hati Emma. Namun sehingga hari ini tidak tahu apa punca sebenarnya menyebabkan hati Emma dijangkiti nanah.
“Maklumlah sebelum diserang sakit itu, Emma sebenarnya tidak ada sakit apa-apa. Malah Emma sihat dan tidak ada ambik apa-apa yang terlarang atau yang boleh merosakkan hati. Malah apabila doktor periksa keseluruhan termasuk ujian darah, semuanya sempurna dan baik sahaja,” ujar Emma memulakan perbualan.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Menurutnya lagi, doktor hanya memberi andaian kemungkinan besar ketika dia berada di tempat penggambaran, kawasan berkenaan tidak bersih dan kotor. Dan mungkin disebabkan tangan tidak bersih dan menyentuh pula makanan serta masuk dalam mulut.
“Situasi ini yang menyebabkan datangnya kuman hingga membuatkan hati jadi bernanah. Waktu kena serang itu, memang Emma rasa macam nak mati. Banyak yang Emma fikirkan ketika ditahan di wad selama hampir 3 minggu. Apatah lagi bila kita sedang berada dalam keseorangan dan dengar pula bunyi denyutan bip bip hingga menyebabkan Emma fikir macam-macam.
“Emma menangis dan merayu pada doktor untuk keluar dari hospital. Tetapi tidak dibenarkan. Ini kerana ada tiub yang bersambung pada badan untuk mengeluarkan nanah yang disedut keluar. Bayangkan tiga minggu berada di hospital dan Emma sedikit tertekan.
“Sampaikan, Emma terpaksa pegang bekas nanah dan tiub itu untuk jalan-jalan keluar sekeliling hospital. Waktu itu kita rasa badan sudah tak sakit dan sihat. Tetapi nanah masih lagi keluar, oleh sebab itu doktor tak benarkan Emma keluar wad lagi,” ceritanya lagi.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Sebelum itu, Emma mengalami simpton seperti menggigil satu badan, sekejap rasa sejuk dan sekejap pula rasa panas. Pada mulanya dia menyangka denggi, tetapi apabila diambil darah keputusanya negatif.
“Darah diambil tidak tunjukkan kita kena denggi. Tetapi apabila Emma bernafas, ada benda seperti menyucuk di bahagian hati. Keadaan ini membuatkan Emma tak boleh nak bernafas sempurna. Kalau nafas Emma akan rasa sakit dan kalau tak nafas pula Emma yang akan mati.
“Emma hanya mampu bernafas tersekat-sekat dan pendek-pendek. Waktu itu muka Emma juga sudah pucat dan Emma terus suruh PA Emma panggil emak dan ayah. Siapa sangka Emma sihat sebelumnya dan dalam sekelip mata penyakit ini menyerang.
“Tiada tanda-tanda kecuali demam yang biasa dan badan terasa lemah. Emma masa itu ingat demam biasa dan hanya makan ubat demam sahaja. Tetapi apabila nafas kita pun jadi tersekat-sekat dan tak boleh nafas seperti biasa terus dimasukkan ke wad kecemasan,” jelas Emma yang kini sudah kembali aktif berlakon.
Empat hari berada dalam hospital doktor masih tidak tahu punca hinggalah dilakukan rawatan x-ray. Ketika itu doktor mengenal pasti ada nanah dalam hati.
“Emma terpaksa menjalani prosedur membuang nanah berkenaan dan apabila sedar ada tiub bagi membuangnya. Selepas itu, Emma terus rasa tubuh sudah sihat seperti biasa. Tetapi Emma terus kena tahan di wad hinggalah pulih sepenuhnya.
“Sebaik boleh keluar dari hospital, Emma terus mengambil kesempatan bercuti dan meneruskan aktiviti seni seperti biasa hinggalah hari ini. Namun sejak kejadian itu sebenarnya membuatkan Emma lebih berhati-hati terutama membabitkan soal kesihatan,” tambahnya lagi.
Menurutnya dulu dia tidak hiraukan apabila ada yang berpesan padanya jangan kerja kuat sangat nanti tumbang. Tetapi waktu itu Emmma tidak percaya kerana merasakan dia masih muda dan tidak pernah mengalami sakit.
“Iyalah waktu itu umur baru 24 dan masih muda dan kuat. Bagi Emma orang tua sahaja yang perlu ambil suplemen, duduk rumah dan jaga kesihatan. Dan apabila tiba-tiba kita tumbang, kita sebenarnya tak tahu bila ajal maut seseorang. Sakit yang datang itu tidak mengikut pada usia tetapi ikut kesihatan badan.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
“Ibaratnya luar nampak muda tetapi dalamnya sudah tua. Kita tak tahu bila sakit akan datang. Kita pula jenis tak cukup rehat dan tidur. Bermula saat itu jugalah Emma setiap hari ambil air masak dan jarang minum air manis. Saya juga tak ambil suplemen lain kecuali vitamin C dan vitamin B serta ambil pemakanan yang sihat,” pesannya pada hijabi di luar sana agar sentiasa menjaga kesihatan diri sebelum akhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kerja yang banyak kadangkala boleh menyebabkan anda tertekan. Bila stress, mulalah mahu marah orang disekeliling tanpa sebab. Jika anda terus bersikap begini, anda tentu akan dibenci rakan-rakan sepejabat dan semakin lama, mereka pasti akan menjauhi anda.
Tahukah anda sebenarnya pemakanan juga amat penting untuk menenangkan hati yang sedang marah. Daripada anda makan makanan yang tidak berfaedah, lebih baik anda makan 7 makanan ini. Lebih baik untuk kesihatan.
Selain menyegarkan, minum air kelapa dan makan buah kelapa juga mampu membuatkan anda menjadi lebih tenang. Kajian menyatakan bahawa dengan mencium bau kelapa sahaja, tekanan darah serta stress anda boleh menurun.
Dark chocolate boleh mempengaruhi tahap stress anda. Ketika anda stress, hormon anda akan jadi tidak stabil. Jika anda makan dark chocolate, hormon dan metabolisme tubuh anda akan kembali stabil.
Sayuran hijau seperti bayam mengandungi kandungan asid folik yang tinggi. Ia dapat membantu tubuh anda menghasilkan dopamine yang merupakan sejenis zat pada otak yang boleh buat anda lebih tenang. Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil makanan yang mengandungi asid folik mempunyai risiko yang rendah untuk alami kemurungan.
Pisang mempunyai kebaikan untuk membuatkan otot anda menjadi lebih tenang iaitu potassium dan magnesium. Sebab itu para atlet selalu mengambil pisang sebagai snek. Rupa-rupanya pisang juga mengandungi bahan yang mampu mengurangkan stress.
Minuman ini mengandungi L-theaninen iaitu kandungan yang dipercayai boleh mengurangkan stress dan membuat tubuh anda lebih tenang. Jadi, minum teh hijau suam tanpa gula ketika anda stress memang sangat membantu.
Susu tinggi dengan kalsium yang mampu membuatkan anda lebih tenang. Susu suam ini sesuai diminum ketika anda sedang stress atau susah tidur.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.