Denim Oh Denim!

Siapa yang tidak suka menyarung helaian denim di atas tubuh badan? Selesa, ranggi dan ‘cool’ menjadi pilihan ramai dalam menggayakan rekaan denim. Tidak kira rekaan sebagai kemeja, celana mahupun jaket, fabrik denim mampu untuk menaikkan gaya fesyen kamu.

Sumber gambar: Ape To Gentleman

Jenama-jenama mampu milik seperti H&M, Cotton-On, MONKI, ZARA dan Uniqlo sentiasa menghasilkan rekaan denim mengikut trend semasa. Daripada rekaan jenis ‘wide legs pants’ sehinggalah kepada ‘jumpsuit’, semuanya memberikan variasi dalam koleksi stail fesyen kamu.

Kali ini, team Hijabista kongsikan beberapa trik fesyen yang dapat kamu cuba saat menyarung helaian denim pilihan kamu!

  1. Feminin Ranggi Bersama Kemeja Putih

Sumber gambar: Instagram Farahdinana

Jika kamu inginkan gaya fesyen yang santai, ringkas dan mudah, trik ini merupakan pilihan terbaik yang harus kamu cuba. Pilih rekaan ‘jeans’ yang berpotongan ‘slim fit’ atau ‘skinny’ untuk memberi impak gaya sofistikasi. Malah, bagi kamu yang bersaiz sedikit besar, potongan ini mampu memberikan gaya yang lebih ‘slim’ dan tinggi. Padankan dengan kemeja putih dan masukkan ke dalam celana untuk tampak lebih kemas dan bergaya. Trik ini sesuai untuk kamu yang dambakan gaya ‘less is more’ dalam berfesyen.

IKLAN

2. Aura ‘Lady Boss’!

Sumber gambar: Lookastic
Sumber gambar: Instagram Scha Alyahya

Siapa kata helaian celana denim tidak bisa menghasilkan gaya yang formal dan mahal persis aristokrat? Kamu harus bijak mengenakan bahagian atas bersama dengan celana potongan ‘straight cut’. Padanan yang sesuai ialah ‘blazer’ jenis ‘oversized’ untuk menaikkan volum dalam stail kamu bagi mengelakkan imej yang bosan dalam penataan gaya. Bukan sahaja tampak profesional, malah kamu seperti wanita yang berkerjaya yang bersedia dengan jadual kerja yang sibuk! Untuk hasil yang menarik, cuba dengan jenis fabrik denim yang kelihatan lusuh untuk sedikit impak ranggi dalam gaya formal ini!

3. Gaya ‘Sporty’

IKLAN
Sumber gambar: Instagram Vivy Yusof

Ketepikan dahulu pakaian sukan kamu seperti ‘windbreaker’ ataupun ‘tracksuit’! Kali ini, raikan semangat wanita ‘sporty’ dengan padanan jaket denim bersama-sama dengan celana denim! Ha pasti ini sesuatu yang baru untuk kamu, bukan? Usah risau! Inilah gaya terkini yang menjadi pilihan ramai. Triknya, pilih potongan jaket denim yang ‘oversized’ untuk menaikkan lagu aura ‘sporty’ dan ‘tomboy’ dalam stail kamu. Pilih juga rekaan celanan ‘jeans’ yang lusuh dan untuk kesan yang menarik, sarungkan dengan fabrik yang koyak dan ranggi! Seumpama bintang rock masa kini!

4. Denim Muslimah!

IKLAN
Sumber gambar: Adibah Nadirah
Sumber gambar: Adibah Nadirah
Sumber gambar: Vivy Yusof

Kita masih berbicara tentang undang-undang dalam menutuo aurat bagi kaum hawa. Usah risau, trik ini bukan untuk menjadikan kamu seksi yang kelihatan auratmu! Malah, trik yang keempat ini mengajar kamu untuk menyeimbangkan nilai muslimah dalam berfesyen. Kali ini kita raikan konsep fesyen dengan ‘outerwear’ seperti ‘cardigan’ labuh. Untuk tidak nampak terlalu berlebihan, pastikan ‘jeans’ yang dipakai ialah potongan ‘slim cut’ atau ‘skinny’. Triknya, usah padankan ‘outerwear’ ini dengan celana jenis ‘wide leg pants’ kerana ia akan menampakkan kamu besar dan stail kamu berserabut! Raikan sisi tubuh badan kamu dengan rentak ‘flowy’ helaian luar ini bersama dengan pilihan celana ‘jeans’ yang tepat!

5. Gadis Metropolitan!

 

Sumber gambar: Camilia Noh
Sumber gambar: Camilia Noh

Ketepikan dahulu gaya formal. Ingin bersiap dalam hanya 5 minit, tetapi masih mahu nampak ‘cool’ dan bergaya? Sarungkan ‘jumper’ bersama dengan celana denim jenis ‘wide leg pants’ untuk memberikan gaya kasual yang menarik dan ringkas! Serba moden dan ‘trendy’. Tambahan pula, ia lebih selesa dan tidak terlalu beria jika ingin keluar bersama rakan-rakan di tengah kota metropolitan!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI