Pelakon jelita yang juga usahawan berjaya dan pengasas kepada produk kecantikan di bawah jenama Wawa Kosmetik, Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih mesra disapa sebagai Wawa Zainal merupakan figura yang jarang menceritakan hal melibatkan keluarganya kepada khalayak.
Namun, baru-baru ini tindakan Wawa memuat naik video di laman Tik Tok miliknya ketika menghadiahkan sebuah rumah yang telah dihias mewah kepada kedua ibu bapanya telah menyebabkan keduanya berlinang air mata.
Malah, wargamaya yang menyaksikan momen-momen bersejarah itu turut merasa sebak dan bahagia melihat usaha Wawa yang mencuba membahagiakan kedua orang tua.
Ibu Bapa Setuju Menetap Di Semenanjung, Wawa Beri Kejutan Hadiahkan Rumah!
Menerusi hantaran video yang dikongsikan Wawa di laman Tik Tok miliknya itu, memaparkan kedua orang tua Wawa yang terkejut sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam sebuah rumah yang telah di hias mewah.
Namun, yang paling menarik perhatian adalah apabila kedua ibu bapanya menitiskan air mata gembira dan riak wajah bahagia, menerima hadiah pemberian anak perempuan mereka itu.
Malah, ayah Wawa turut mengambil kesempatan mendoakan kesejahteraan dan kemurahan rezeki buat anakya itu kerana telah membuat mereka gembira.
Sebelum ini menerusi Instagram miliknya Wawa ada memaklumkan bahawa dia sudah lama memujuk ibunya agar tinggal bersama di ibu kota Kuala Lumpur.
“Akhirnya mak bapak setuju duduk Semenanjung. Ni la hadiah kecil dari kami buat mamak dan bapak,” tulis Wawa ringkas pada kapsysn hantaran berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata wargamaya turut menitiskan air mata sebak, sejurus melihat video yang dikongsikan Wawa Zainal itu, sehingga hantaran itu kini meraih lebih 1 juta tontonan.
IKLAN
“Sebaknya😭, bestnya dapat bahagiakan mak ayah macam ni. Semoga suatu hari nanti saya ada rezeki bahagiakan parents macam ni jugak amin🤲🏻
“Dulu dia kahwin macam-macam dugaan dia 😌 sampai lah production tu tak bagi dia berlakon lagi. Sekarang rezeki dia Ya Allah
“Jodoh yg tepat dan sekufu dpt membahagiakan kedua² keluarga. Berkat rezeki dpt dirasai smpi ke orang tua. Alhamdulillah,” tulis netizen.
Sekadar info, umum sedia maklum, permulaan hidup pasangan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel untuk terlibat dalam dunia perniagaan penuh cabaran dan onak duri.
Namun kini satu persatu kejayaan berjaya ditempa pasangan sama cantik, sama padan ini hingga menjadi inspirasi kepada orang ramai.
Salah satu sikap yang murni adalah dengan melakkan kebaikan tanpa mengira siapa pun mereka. Setiap pertolongan itu juga tidak akan kita sangkal satu kebaikan yang ‘lebih’ kita bakal terima.
Tular satu video menunjukkan seorang gadis bekerja sebagai juruwang di stesen minyak belanja pelanggannya kerana tidak membawa dompet. Tindakannya itu meraih ramai wargamaya untuk jadikan salah satu contoh kebaikan yang boleh dibuat walaupun kecil.
Video perkongsian dari TikToker@pinn_yang itu menunjukkan situasinya yang terlupa membawa dompet untuk membeli sebotol minuman isotonik. Dia pula memaklumkan gadis itu mengenainya untuk melihat reaksinya.
Setelah mendengar keluhan dari Pinn Yang, juruwang stesen minyak yang bernama Tasha itu terus menawarkan untuk belanjanya minuman tersebut. Dia juga kelihatan bersahaja untuk membayarkan minuman itu tanpa menyoalkan apa-apa.
Dalam situasi itu, Pinn Yang menjelaskan ini hanya eksperimen sosial yang sering dia lakukan. TikToker itu juga memberinya wang berjumlah RM50 oleh kerana niat gadis itu yang baik.
Terkejut dan terharu melihat pemberiannya, Tasha mengucapkan terima kasih meski pun tawarannya hanya untuk membayar minuman yang berharga tak lebih dari RM10.
Video yang dikongsikan semalam itu telah mendapat tontonan sebanyak 966.6 ribu viewer. Ramai juga yang memuji dan mendoakan kesejahteraan atas baik budi juruwang bernama Tasha itu.
“Laju dia cakap dia belanja. Maknanya dia tak fikir apa-apa pun, janji encik dapat minum. Terima kasih Tasha!
“Laju dia cakap ‘takpe saya belanja’. Sungguh ikhlas dia nak membelanja,
“Bila dia bertegas nak belanja, memang betul-betul tidak kisah dan ikhlas.” tulis wargamaya melihat keikhlasan gadis itu.
Sekadar info, Pinn Yang juga banyak melakukan eksperimen sosial ini sebagai konten utama di akaun TikTok miliknya. Banyak juga video yang menunjukkan kebaikan rakyat Malaysia seperti kisah gadis juruwang ini.
Bukan senang untuk kita sebagai suami isteri mempertahan sebuah perkahwinan yang dibina. Pastinya pelbagai ranjau dan onak duri yang perlu dihadapi sepanjang usia perkahwinan. Perlu ada sikap tolak ansur, saling sayang menyayangi dan kerjasama agar hubungan yang terjalin kekal hingga ke jannah.
Suami sebagai ketua keluarga perlu memainkan peranan yang sangat penting. Jangan anggap isteri sebagai hamba abdi, atau orang suruhan kerana wanita inilah yang akan menjaga zuriat hasil perkahwinan anda berdua. Kalau sayang, layan dan belailah mereka seperti seorang Raja.
Perkongsian lelaki ini di laman sosial ini juga boleh dijadikan panduan buat pasangan yang baru berumah tangga atau yang sudah lama berkahwin. Pesanan Mizan Dzai memang cukup menyedarkan bahawa isteri itu insan paling mulia dan jangan memperlakukan sesuka hati. Tanpa kehadirannya hidup berumah tangga seperti tidak lengkap dan tiada indahnya.
KENA KONGSI SEGALANYA
Sebenarnya, perkahwinan dan kehidupan aku tak seindah yang kau orang sangkakan. Bohong kalau aku tak pernah bergaduh dengan isteri, bohong kalau aku sentiasa berduit, bohong kalau bisnes-bisnes aku tak pernah ada masalah.
Ramai orang PM aku bertanyakan tips, nampak hidup aku indah, kononnya aku suami yang penyayang dan ada bisnes-bisnes yang maju, katanya aku ada anak-anak yang comel ikut El yang berkacukan Arab.
Orang nampak kita senang, orang tak tahu susah kita macam mana. Hidup ni bukan seindah drama pukul 7 tapi hidup ni cukup indah kalau kita bersyukur dengan cabaran dan dugaan yang mendatang. Bagi aku, kunci kebahagiaan dan kejayaan adalah bermula dengan bersyukur.
PERNAH GADUH BESAR
Siapa kata aku tak pernah bergaduh besar dengan El? Dia jenis yang tak banyak cakap, susah nak membebel dan dia akan pendam kalau terasa dengan aku sampai aku jadi bengang kekadang.
Mana taknya, aku dok fikir apa salah yang aku buat sampai salam yang patutnya cium tangan pakai mulut tapi dia pakai dahi. Cramp otak aku asik fikir apa aku buat, aku ada pergi rumah urut tanpa sedar ke apa semalam?
Untunglah kalau kau ada pasangan yang suka membebel atau meluahkan perasaan sebab mudah untuk kau tahu apa masalah atau kesalahan yang perlu kau baiki. Macam aku ni, sampai ke lubang cacing kena korek sendiri.
Menurut Ustaz Abdullah Khairi, kaum wanita ni bercakap 26,000 patah perkataan sehari tapi El 260 patah perkataan je sehari aku rasa. Dia lain, sebab tu aku cintakan dia sangat-sangat.
Kekadang sampai menangis El aku paksa bagitahu apa salah aku. Tak adil untuk aku dihukum tanpa aku tahu cerita sebenar atau disedarkan bahawa aku dah buat silap atau benda yang dia tak suka.
KENA UTAMAKAN KELUARGA
Nak kata aku tak utamakan keluarga, sebelum ayam habis aku dah topap yang baru termasuk kepala dengan tongkeng sekali. Nak kata susu Farrel habis, aku jenis yang beli satu kotak terus.
Nak kata barang makeup habis, aku simpan wax dan sikat dalam beg makeup El supaya aku tahu apa bekas yang dah ringan dan perlu aku tanya bila nak pergi beli. Tekan punya tekan, rupanya aku balik lambat dan asik pegang phone memanjang. Alahai sayang.
Perempuan ni tak faham yang kita sibuk sekarang sementara masih muda dan kuat supaya nanti ada masa untuk keluarga, untuk kesenangan mereka. Tapi menjadi tugas kita sebagai suami untuk bagi dia faham.
Mana dia nak faham, kau kerja asik stalk Instagram ex girlfriend kau, asik like, PM yang bukan-bukan dan komen kat Facebook awek lain. Perempuan gila je boleh faham sebab apa yang kau buat tu kerja gila bang walaupun bagi kita yang lelaki ni sekadar berkawan, sekadar mengusik.
Dia takkan faham kalau kau kantoi karaoke sambil peluk rama-rama kanan kiri sambil bergesek atau pergi Crown berkali-kali bang. Sudah-sudahlah, kalau roger aku sekali tak apa juga kah kah.
Bukan tak nak bagi berdikari tapi aku jarang bagi El keluar kecuali ada teman terutama beli barang keperluan dia atau rumah secara sendirian. Selalu aku minta untuk tunggu aku sebab lunyai dia kena belasah dengan Farrel nanti.
Anak aku, aku tahu lasak dia MashaAllah! Kalau tangan dia pun dia boleh masukkan dalam ekzos kereta lepas tu jilat, kalau iPhone 7 Plus Red Edition bini aku pun aku boleh jumpa dalam air baldi mop, kau rasa mak dia kena lanyak macam mana nanti?
PENAT URUS RUMAH TANGGA
Bukannya sebagai beban tapi terkial-kial dia nanti nak jaga anak-anak kat luar, bukan senang dengan stroller 4mom Origami yang macam motor LC 135 beratnya.
Nak topap bekas susu, pampers, baju spare, air panas air suamnya lagi, kena make sure atau tunggu anak-anak berak dulu sebelum keluar supaya tak cranky dalam kereta, dalam mall nanti. Kalau kau yang bekerja kata sibuk dan tak ada masa, aku jamin aku 5x lagi sibuk dari kau.
Cuma kita sebagai suami kena ingat, kita terlalu meremehkan hal-hal di dalam rumah seperti tentang perkembangan anak-anak, kepenatan isteri jaga makan pakai kita, barang mandi atau perhiasan isteri dah habis, stokin dan spender campak merata dll.
Penat weh urus rumahtangga sebenarnya, dulu masa Farrel lahir aku jaga El pantang dan uruskan hal rumah pun penat. Sekarang bila Aldric lahir, aku uruskan Farrel yang cranky gila sebab ada adik plus El tengah berpantang lagilah 10x ganda penat.
Tapi itulah kita sebagai suami, kalau tak bersedia nak berkorban jangan gatal nak anak orang. Ingat, lelaki dilahirkan untuk berkorban dan berjuang. Jangan asal balik kerja balik melepak, kau goyang kaki goyang telor, tau-tau semua dah terhidang.
Tengah malam yang kau tahu nak pakai isteri. Dia separuh nyawa bersilat dari siang sampai ke malam kau tak fikir? Time ni pandai pula cakap isteri walau atas unta sekalipun wajib layan suami.
Habis tu sediakan keperluan, mengemas, memasak kau ingat dalam Islam tugas isteri? Banyak kau punya lawa ya, tugas isteri ni melayan suami dan anak-anak je sebenarnya bang.
Bawa-bawalah kurangkan melepak malam kalau tak mendatangkan faedah. Apa yang kau nak malu sangat member cakap #SalamGari atau bini singa? Bukan member basuh spender kau bang. Bukan member yang tahan lapar bila kau tak ada duit nak beli barang dapur.
ISTERI BUKAN HAMBA
Suka aku pesan, member ada hadnya. Member ada tempatnya. Isteri bukan hamba tapi adalah separuh jiwa. Kau abaikan isteri sama macam kau tengok bapak kau abaikan mak kau. Suka?
Kalau kau tak ada member yang dok sindir, yang tak nak paham tugas sebagai suami tu, kau tak rugi satu sen pun bang. Jangan kawan dia. Kalau dok ejek kau juga, kau starlight kan je. Bangang.
Anak-anak tengok layanan kau pada isteri, dia orang ingat macam mana kau buat pada mak dia orang. Dah tua esok, nangis air mata darah pun dah tak guna kalau anak anak ketepikan kau dan utamakan member-member dia yang tak ada masa depan dan bawa pengaruh yang buruk.
Belum terlambat untuk kita buat isteri kembali tersenyum macam mula-mula kahwin dulu. Tiada istilah terlambat selagi nyawa masih dikandung badan, belum terlambat selagi pernikahan masih halal dan penceraian belum difailkan.
Bahagia ni bila kau bertolak ansur, bahagia ni bila saling memahami satu sama lain dan bahagia ni bukan hanya suami yang bersenang-lenang. Ianya bukan sekadar kau cantik, bukan sekadar kau hebat berniaga.
Kau kongsilah segalanya dengan pasangan terutama dari segi kewangan. Ini sangat penting supaya suami atau isteri faham situasi dan gelora yang sedang melanda keluarga. In shaa Allah segalanya akan dapat diatasi.
Kalau bukan kebahagiaan untuk kedua-dua pihak yang kau cari, tanya diri sendiri untuk apa kau berkahwin kerana sesebuah perkahwinan itu adalah satu perkongsian.
Kau patut bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri dan ibu yang baik lagi penyayang. Betul kata Nabi, pilihan yang mendapat restu ibu bapa dan Ilahi akan membuahkan keberkatan. Dia seorang yang penyabar.
TAK PUTUS BAGI SEMANGAT
Kesabarannya itu menyebabkan banyak perubahan dalam kehidupan kau bang. Dia mula sanggup berkongsi masa dengan kerja, kawan atau hobi kau tanpa mengeluh.
Dia sanggup menunggu kepulangan kau walaupun telah larut malam demi kelangsungan periuk nasi keluarga dan mereka-mereka yang bekerja dibawah kau.
Dia tak pernah putus memberi semangat dan nasihat kepada kau hinggalah ke saat ini. Kita sebagai suami banyak terhutang budi dengan isteri.
Allah, peliharalah permaisuriku Eleena Arif ini, panjangkan umurnya, murahkan rezekinya dan bahagiakan kami seperti mana kau bahagiakan ibu bapa kami hingga ke syurgaMu.
Kalau ini pun kau tak boleh baca sampai habis, macam mana kau nak harap isteri faham dengan diri kau? Lapangkan dada, baca dengan fikiran yang positif in shaa Allah semoga ada manfaat untuk kita semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perut yang buncit memang memalukan dan boleh buat anda hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Walaupun sudah mengawal pemakanan, perut tetap tidak kempis. Malah, badan pun semakin naik. Produk-produk menguruskan badan yang ada di pasaran sememangnya tidak elok untuk kesihatan.
Daripada anda mengambil produk yang belum tentu elok untuk kesihatan, apa kata cuba minum air rebusan yang boleh membantu anda mencairkan lemak. Petua ini telah dikongsi oleh Nurul Arija menerusi laman Facebooknya. Dia telah mengamalkan air rebusan ini dan ternyata ia memberi kesan yang baik pada tubuhnya.
Jom kita baca perkongsian Nurul Arija:
Cara Nurul pecah lemak tang perut dan maintain 45kg.
Selain jamu Nurul amalkan air rebusan ni sangad elok untuk yang nak cairkan lemak tepu.
Bila anak makin bertambah ni Nurul lebih memilih untuk menjaga kesihatan dan dalaman bila badan dah terlampau banyak lemak energy pun sendu.
Ni nurul nak share air rebusan untuk detoks cairkan lemak dengan senang. Sangat ajaib bagi yang nak menurunkan berat badan. Rasa dia sedap, tak pahit ada hawa hawa masam suwit.
Bahan-bahan:
Lemon
Serai
Halia
Kulit Kayu Manis Ceylon
Bunga Cengkih
Cara-Cara:
Masukkan air, serai, halia, 7 biji bunga cengkih dan kulit kayu manis ceylon ke dalam periuk.
Rebus dan biarkan ia mendidih selama lebih kurang 20 minit.
Tuang ke dalam cawan dan perahkan lemon. Selepas itu, masukkan madu ke dalam cawan tersebut.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.