Bibir adalah suatu aset buat perincian muka kita yang sudah pasti menjadi salah satu ciri yang utama. Apabila seseorang pandang pada muka kita, sudah tentu bibir, hidung, dan mata menjadi tumpuan mereka terlebih dahulu.

Hari ini kita bakal kupaskan mengenai produk kosmetik yang khas buat bibir mungil anda itu. Jadi, adakah anda pernah dengar tentang pengilat bibir berwarna hitam? Ya, ia berwarna hitam!

Tren lip gloss kembali semula…ramai bibir nampak ‘basah’ dan berkilat

Sudah pasti bagi mereka yang gemar untuk berhias, solekan adalah suatu benda utama yang harus di titikberatkan. Tentunya banyak produk kosmetik yang anda miliki dan salah satunya pasti pengilat bibir.

Pengilat bibir ini adalah satu produk kosmetik yang menjadi tren sewaktu zaman era 2000-an di mana ramai selebriti, artis, dan penyanyi mengenakan solekan bibir yang tampak ‘basah’ dan berkilat. Ianya sangat popular sehinggakan menjadi satu trademark buat ketika itu.

Ya, sewaktu itu ramai yang cuba untuk menghasilkan gaya solekan yang ala-ala futuristik dan ketika itu bibir kelihatan sangat berkilat. Malah, tren tersebut telah pun hangat semula pada hari ini.

Ramai yang sudah memiliki satu produk pengilat bibir yang cukup popular dari jenama mahal mahupun jenama yang menawarkan harga mampu milik seperti di Watson atau Guardian. Tren solekan ini cukup memberikan seseorang tampak lebih fresh dan unik oleh kerana bibir yang tampak ‘basah’ dan berkilat.

IKLAN

Artikel berkaitan: Rahsia Sapuan Gincu Supaya Nampak Kekal Cantik Di Bibir, Tak Adalah Nampak Sememeh

Lip gloss berwarna hitam? Cantik ke?

Ramai yang gila akan tren solekan yang baru, apatah lagi sekarang ini ramai yang mempromosikan tren yang simple namun tampak unik dan menarik. Begitu juga dengan pengilat bibir yang berwarna hitam.

Ha? Berwarna hitam? Takutnya, nanti berbekas pula pada bibir susah hilang. Tidak sama sekali, pengilat bibir berwarna hitam ini tulah lama tular di media sosial. Ianya mempunyai keunikannya tersendiri.

IKLAN

Meski pun kita sudah tahu pengilat bibir itu bertujuan untuk memberikan satu solekan pada bibir supaya ia tampak berkilat dan ada efek ‘basah’, kebanyakan pengilat bibir berwarna rona merah ke merah jambu untuk look yang fresh.

Bukan bagi pengilat bibir yang berwarna gelap kerana ia bukan sahaja memberikan solekan anda tampak fresh, ‘basah’, dan berkilat. Malah, ianya unik untuk di gayakan tidak seperti orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by aoife (@aoifeartist)

Seperti yang anda lihat pada reels yang di muatnaik oleh pengguna @AOIFEARTIST di Instagram,  ianya sangat unik! Pengilat bibir berwarna hitam bertujuan untuk menggelapkan sedikit warna lipstik yang anda pakai menjadi lebih toastie! Ia tidak terlalu gelap tetapi nampak lebih glam dan misteri.

IKLAN

Kebiasaannya kita pasti ingin cuba mengenakan warna lipstik yang terang tetapi risau ia akan buat bibir tampak lebih menonjol. Usah risau jika di padankan dengan pengilat bibir berwarna hitam ini kerana ia akan menurunkan sedikit ‘penegasan’ warna lipstik yang asal dan membuatkannya tampak lebih soft.

Min pun risau juga bila dengar pengilat bibir tren sekarang ini berwarna hitam, tapi bila lihat ramai yang membuat review dan lihat sendiri–ternyata memang cantik sekali. Jom kita cuba, mana tahu boleh buat satu look make up yang wow!

Sumber info: Bustle.com

Artikel berkaitan: Tutorial MEKAP Ringkas: Solekan Bibir Warna Gelap Gaya GEN Y Untuk Hijabi Yang Berani BEREKSPERIMEN

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI