Sapuan gincu di bibir bukan sekadar olesan semata-mata. Olesan gincu bibir sebenarnya memberi impak kepada keseluruhan solekan pada wajah. Jangan sesekali memandang remeh dalam soal memilih gincu bibir yang sesuai dengan anda. Berikut lapan teknik mengoles gincu yang betul.

BIBIR NIPIS
Lukis bentuk bibir dengan pensil bibir kemudian baharulah oleskan dengan gincu. Serlahkan bentuk bibir anda dengan sapuan pengilat bibir.

BIBIR TEBAL
Gincu jenis matte adalah paling sesuai untuk anda. Ia membuatkan bibir kelihatan seksi dan ‘penuh’. Pengilat bibir tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan bentuk bibir tampak terlalu besar.

BIBIR NIPIS DI SEBELAH
Bibir yang nipis pada sebelah bahagian sahaja turut digalakkan untuk ‘diperbesarkan’. Gunakan pensil bibir dan lukis bentuk bibir pada bahagian yang tipis. Sapuan gincu jenis kilat amat digalakkan.

IKLAN

BIBIR KERING
*Pakailah pelembap bibir sebelum mengenakan gincu. Jika masalah tersebut agak teruk, seeloknya sapukan pelembap bibir sahaja terlebih dahulu sehingga bibir anda kembali sihat.

SAPU BEDAK DAN PELEMBAP
Mahu kekalkan warna gincu? Sapukan bedak padat pada bibir selepas diletakkan dengan sedikit pelembap bibir. Setelah itu baharulah oleskan gincu. Warnanya akan tahan lama.

IKLAN

WARNA GINCU DAN PENGILAT BIBIR SENADA
Sapuan pengilat bibir perlulah kemas agar bentuk bibir kelihatan sekata. Untuk warna gincu yang cantik, oles gincu dan pengilat bibir yang mempunyai rona senada. Gabungan dua warna ini akan membuatkan warna gincu anda luar biasa cantiknya.

IKLAN

BEDAK PADAT DAN PENGILAT BIBIR TANPA WARNA
Mahukan warna bibir yang nude? Pedapkan bedak padat pada bibir dan gunakan pengilat bibir tanpa warna.

GUNA PENSIL BIBIR
Untuk solekan bibir yang 'penuh' dan tidak comot, penuhkan bibir anda dengan warna pensil bibir. Hasilnya bukan sahaja sapuan gincu lebih kemas, warnanya pun tahan lama.

Gincu bibir yang disapu sempruna mampu menaikkans eri wajah seorang wanita. Selain teknik sapuan yang betul, pilihan warna yang tepat mampu menjadikan aura wajah semakin terserlah.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI