Surah Al-Ikhlas disebut surah keselamatan kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakratulmaut, menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.

Firman Allah SWT:

قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّـهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1) “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2) “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (3) “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (4) Surah al-Ikhlas (1-4)

1 -Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.

2 – Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)

3 – Menghindari Kesukaran
a – Jika dibaca 3 surah ini – Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
b -Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.

4 – Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
InsyaAllah berhasil.

IKLAN

5 – Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain
a – Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.
b – Bacalah lafal ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.

6 – Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.

7 – Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana.
Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.

8 – Beroleh Kebaikan Dunia dan Akhirat
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.

9 – Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa Kubur.
Bacalah Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.

10 – Pelbagai Guna
Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu… InsyaAllah banyak manfaatnya, antaranya adalah :
*sebagai benteng/pagar diri
*sebagai suplemen/vitamin lahir/batin (sehat jiwa raga jauh dari penyakit apapun)
*anti sihir/santau
*mahabbah
*murah rezeki
*perubatan
*membuka hijab
*perlindungan dari zina
*bersih dan sucikan hati kita.

IKLAN

Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan. Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istiqamah.

Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten.

TAHUKAH ANDA?

Imam Fakhruddin al-Razi menukilkan bahawa sebenarnya terdapat sembilan belas lagi nama lain bagi surah ini selain surah al-Ikhlas:

IKLAN

Al-Tafrid
Al-Tajrid
Al-Tauhid
An-Najat, kerana ia menyelamatkan daripada kekufuran di dunia dan azab di akhirat
Al-Wilayah, kerana seseiapa yang mengarifi keesaan Allah SWT, maka dia termasuk daripada wali-wali-Nya
Al-Nisbah
Al-Ma’rifah, surah ini dipenuhi dengan sifat-sifat Allah SWT yang perlu diketahui bagi menyempurnakan ma’rifatullah
Al-Jamal, kerana ia menghimpunkan sifat-sifat Allah SWT yang merupakan sesempurna seindah-indah sifat
Al-Muqasyqisyah(المُقَشْقِشَة) , kerana ia membersihkan dan menyucikan orang beriman daripada syirik
Al-Mu’awwizah, iaitu penyembuh atau pelindung
Al-Somad, kerana surah ini menjadi tumpuan dalam isu aqidah
Al-Asas, kerana ia asas aqidah
Al-Mani’ah, kerana ia mampu menghalang daripada azab kubur dan neraka
Al-Mahdhar, kerana para malaikat hadir untuk mendengarnya tatkala ia dibaca
Al-Munaffirah, kerana syaitan lari daripadanya tatkala dibaca
Al-Barra’ah, kerana ia berlepas diri daripada syirik
Al-Muzakkirah, kerana ia mengingatkan tentang
Al-Nur, dimana terdapat riwayat dimana Rasulullah SAW menyebut surah ini sebagai cahaya
Al-Aman, kerana siapa yang membacanya akan selamat daripada azab
Namun ia lebih dikenali dengan nama Surah al-Ikhlas, dan ia dinamakan demikian kerana orang yang meyakini isi kandungannya akan menjadi ikhlas dalam menjalankan agama Allah SWT, dan orang yang mati dengan ikhlas, akan dijauhkan daripada api neraka. (Rujuk Tafsir Mafatih al-Ghaib karangan Imam Fakhruddin ar-Razi, 32/161)

Menurut Syeikh Muhammad al-Tahir ibn ‘Asyur pula, nama al-Ikhlas lebih masyhur kerana ia menghimpunkan ma’na-ma’na surah ini, dimana ia mengajar manusia sifat ikhlas dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT, yakni aqidah yang bebas daripada mensyirikkan Allah SWT dalam ketuhanan. (Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir, 30/609-610)

Penjelasan para ulama ini konsisten dengan firman Allah SWT yang lain yang menjelaskan makna konsep ikhlas:

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Maksudnya: Pada hal mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar. Surah al-Bayyinah (5)

Wallahu a’lam.

Sumber kredit: Mohd Ibrahim

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI