Mesti ramai di antara kita yang mengamalkan penggunaan mask wajah agar kulit kekal sihat dan jelita. Tetapi ramai juga yang ingat semakin lama kita pakai mask itu, semakin baik kesannya untuk wajah kita. Salah tu!
Sebenarnya, kita mestilah menanggalkan mask itu mengikut waktu yang ditetapkan. Mengikut perkongsian @NaufalAntezem yang mendapat hampir 5 ribu retweet di twitter, dia telah menceritakan kesan memakai mask terlalu lama mengikut pengalamannya. Jom kita baca.
Ads
Ads
Ads
Kebiasaannya tempoh masa yang disarankan adalah 15 hingga ke 25 minit. Ramai juga yang ingat lebih baik pakai sehingga tidur. Itu amalan yang silap kerana boleh mengeringkan kulit wajah.
Kelembapan itu akan hilang jika dibiarkan terlalu lama. Set alarm pada telefon jika takut terlajak!
Untuk cantik, kita mesti banyak mengikut aturan yang betul tau. Jangan mengikut andaian sendiri nanti hasilnya tidak seperti yang diharapkan pula. Selamat bercantik hijabi!
Tidak ramai yang mahu membawa budaya kita terutama apabila berkunjung ke negara luar. Tetapi lain pula halnya dengan keluarga dramatis Fatimah Abu Bakar yang baru-baru ini berlakon dalam drama NUR. Ketika berada di UK bagi menghadiri majlis konvokesyen dua anaknya, salah seorang daripadanya telah menggayakan persalinan baju kebaya nyonya.
Mereka sekeluarga yang berada di sana kerana dua orang anaknya, Sharifah Aryana dan Sharifah Alesya telah menerima ijazah dalam Persembahan Seni dan Media.
Memilih untuk tampil berbeza di majlis berkenaan, kelihatan salah seorang anaknya, Sharifah Aryana lebih selesa menyarung baju kebaya nyonya rona hijab putih dilengkapi dokoh sempena hari bersejarah mereka.
Ternyata penampilannya itu turut mendapat pehatian netizen dan mereka juga mengucapkan tahniah atas pencapaian membanggakan gadis yang pernah memegang watak sebagai Orked dalam filem Mukhsin.
Namun bukan sahaja Sharifah Aryana yang berbaju kebangsaan, tetapi Sharifah Amani juga turut mengenakan baju kurung ketika sama-sama menghadiri majlis konvokesyen berkenaan.
Bukan itu sahaja Pelakon Wanita Terbaik ini juga tidak kekok berpakaian kebangsaan itu ketika mereka sekeluarga bersiar-siar di kota London.
Penampilan Sharifah Amani ini tentunya mendapat pujian netizen yang rata-rata suka melihat gayanya yang tidak malu dan cukup bangga menggayakan baju kebangsaan di negara orang. Malah dilihat gaya Sharifah Amani sangat comel dengan pakaian berkenaan.
Pelajaran itu adalah suatu benda yang tidak akan berakhir hingga ke akhir hayat kita. Setiap masa dan detik, kita pasti akan belajar sesuatu benda yang baru meski pun usia semakin bertambah saban tahun.
Usia mahupun masa bukan penghalang buat Dato’ Fazley Yaakob bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kini, dia telah pun berjaya menamatkan pengajian sarjana pada ahad lalu.
Pernah berjanji bersama Allahyarham bapanya, Dato’ Fazley Yaakob tepati pada kata-katanya dengan merangkul sarjana dalam bidang pengurusan dan perniagaan di Asia E University (AEU). Dia juga tidak menafikan untuk menyambung lagi pendidikan pada peringkat doktor falsafah di universiti yang sama.
Usahawan dan juga penyanyi berusi 44 tahun itu tidak terdetik untuk berputus asa dalam melanjutkan pelajaran meski pun pada usia itu. Bahkan, dia mahu menjadi contoh yang terbaik kepada empat anaknya sebagaimana mereka akan mengikuti jejak langkah yang sama.
Di temubual bersama mStar, Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob juga menjadikan Allahyarham bapanya sebagai pembakar semangantnya. Dia turut berkongsi pengalaman menyaksikan arwah bapanya menerima sarjana sewaktu ketika dahulu.
“Saya pernah menyaksikan arwah bapa menerima sarjana di Amerika Syarikat sekitar tahun 1989, ketika itu saya berjanji dengannya akan terus mengejar ilmu sehingga ke peringkat tertinggi.
“Apa yang saya lakukan ini juga sebagai contoh kepada anak-anak dan majlis konvokesyen saya pun anak sulung turut menghadirinya. Saya beritahunya inilah hasilnya jika belajar bersungguh-sungguh,” ujarnya.
Dato’ Fazley Yaakob mengambil masa selama tiga tahun bagi melengkapi sesi pendidikan sarjana. Dia akui bahawa pelbagai dugaan yang juga termasuk berkaitan pengurusan berkaitan keluarga selepas pemergian arwah bapanya, Dato’ Yaakob Mohammad yang telah pergi meninggalkannya sekeluarga pada Februari 2016 di sebabkan oleh komplikasi paru-paru.
“Sebelum menyambung pengajian di AEU, saya sudah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) namun terpaksa mohon cuti belajar di sebabkan mahu menguruskan hal keluarga,
“Selain itu, saya ada perniagaan dan kerjaya dalam bidang masakan…jadi memang banyak dugaan sepanjang tempoh belajar tetapi syukur dengan bantuan penyelia, saya berjaya tamatkan pengajian,
“Bagi yang mengenali saya tahu bahawa saya seorang yang gemar belajar dan mencari ilmu, tidak kira bidang atau jurusan apa asalkan ada peningkatan ilmu,” katanya lagi.
Pembahagian masa yang betul dan sistematik membantunya dalam pengurusan kehidupan serta keluarga di samping dia turut harus fokus dalam pelajaran. Masa yang ada di peruntukkan dengan sebaik-baiknya.
“Saya akan pastikan jadual di susun dengan baik. Selepas menghabiskan masa untuk gimnasium atau latihan muay thai, barulah saya akan lakukan kerja harian,
“Saya juga akan pulang rumah awal sebelum anak-anak semua masuk tidur. Semua harus berjalan lancar dan di sebabkan itu disiplin tinggi amat di perlukan,” jawabnya lagi mengenai pembahagian masa yang bagus.
Sebagai pengajaran buat kita, masa yang ada perlu di isikan dengan cara yang betul meski pun kita sering kekurangan waktu untuk melakukan sesuatu. Ingatlah, setiap masa itu mendidik kita suatu benda yang baru, jadi jangan sia-siakannya.
Kajian mendapati bahan kimia penyebab kanser dalam kosmetik lebih berbahaya daripada yang disangkakan sebelum ini. Satu kajian baru telah mendedahkan kaitan dengan kanser payudara dan dos rendah bahan kimia biasa yang terdapat dalam syampu, sabun dan produk kecantikan lain.
Kajian terdahulu telah mengaitkan paraben dengan penyakit itu, tetapi penyelidikan baru mencadangkan jumlah yang lebih kecil juga boleh berbahaya. Pengawet kimia juga terdapat dalam banyak losen dan krim badan, termasuk krim matahari.
Pusat penyelidikan yang berbeza di seluruh AS mendapati bahawa pendedahan kepada bahan kimia ini boleh memudaratkan, terutamanya semasa akil baligh dan semasa kehamilan.
Paraben menggalakkan penghasilan estrogen, yang meniru hormon estradiol yang semulajadi. Kedua-dua estradiol dan estrogen telah dikaitkan dengan kanser payudara dan masalah pembiakan. Pakar sakit puan dan ahli biologi molekul (dalam artikel yang disiarkan Daily Report), berkata “walaupun paraben diketahui meniru kesan pertumbuhan estrogen pada sel-sel kanser payudara, ada yang menganggap kesannya terlalu lemah untuk menyebabkan kemudaratan.
Paraben terdapat dalam banyak losen badan, termasuk krim matahari. “Tetapi ini mungkin tidak benar apabila paraben digabungkan dengan agen lain yang mengawal pertumbuhan sel.”
Kajian itu meneliti pelbagai bahan kimia meniru hormon yang orang ramai hubungi setiap hari dan bagaimana mereka mungkin berinteraksi. Walaupun kajian ini memfokuskan pada paraben, kemungkinan juga potensi peniruan estrogen lain telah dipandang remeh oleh pendekatan ujian semasa.
Adalah penting bagi wanita untuk ingat bahawa semasa membuat perubahan pada gaya hidup anda boleh membantu mengurangkan risiko anda, kita tidak dapat mencegah kanser payudara sepenuhnya.
Ketahui amalan Hari Asyura yang dikongsikan Ustaz Wadi Annuar termasuk berpuasa, berzikir, beristighfar, meluaskan nafkah dan menghidupkan malam dengan ibadah.