Macam-macam cara dan bahan digunakan untuk membuat masker. Dan salah satu perkongsian di laman facebook dari Dura Zain yang menggunakan bahan-bahan dapur untuk membuat masker. Agar pelik sedikit kerana menggunakan tepung kacang kuda yang dicampurkan dengan bahan lain. Petua ini juga rupanya diamalkan oleh wanita India dan juga Pakistan.
Rose water: Anti radang, ada soothing efek dan seimbangkan ph kulit. Kedai Arab banyak jual rose water ni. Jojoba oil/Olive oil: Mesra kulit dan melembutkan sel-sel mati yang keras supaya proses sental daki tidak sakit dan gembira. Hasilnya kulit jadi licin bebas whitehead dan biji-biji kasar.
Hasilnya akan membuat wajah tampil berseri. Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan untuk membuang sel mati, bulu-bulu halus di muka, kurangkan lebihan minyak dan juga cegah jerawat serta jeragat.
Petua tradisional yang diamalkan oleh wanita dari India dan Pakistan ini memang menjadikan kulit mereka sentiasa kelihatan halus dan mulus.
Buat sendiri face mask dari bahan celah kabinet dapur je. Saya beri nama dia #DIY#instant_whitening_facemask sebab lepas pakai muka boleh jadi lebih cerah berseri gittew. Pakai bedak pun rata je. Ishh memang bestlah haihh.
Elok sangat untuk buang sel mati, bulu-bulu halus di muka, kurangkan lebihan minyak di muka, cegah jerawat dan jeragat. Ini petua lama dari Wanita kaum india dan pakistan untuk kecantikkan kulit.
Ads
Patutlahh retis bollywood lawo-lawo kan? Hehe. Ok jom tengok bahan apa yang perlu dan cara buat.
Bahan-bahan:
1 Sudu besar tepung kacang kuda(gram flour)
Ads
1 sudu besar rose water/susu
1 sudu kecil jojoba oil/olive oil
epung kacang kuda a.k.a gram flour: Popular di India, selamat untuk semua jenis kulit.
Cara membuat:
Ads
Cara buat dan cara pakai boleh refer kat video dan gambar ye.
Meletakkan impian untuk menjadi kaya, pasti terpahat dalam fikiran kebanyakkan hijabi, malah untuk kelihatan canyik adalah taruhan untuk terus ke hadapan.
Wanita genit dan manis ini, lebih dikenali dengan panggilan mesra Tecer Mass ini membuktikan hijabi tak salah jika berangan pasti mimpi akan menjadi kenyataan.
Bermula sebagai staf sebuah salun yang hanya membantu membuang sampah, pemilik dan pengasas The Beauty Expert Academy Spa atau nama sebenar, Mastura Idris kemudiannya berjaya keluar daripada kepompong kerjayanya untuk melangkah lebih maju ke hadapan. Dia akui perjalanan kariernya bukan semudah yang disangkakan.
“Saya masih ingat, waktu itu majikan di spa berkenaan bertanya sama ada saya berminat untuk belajar kemahiran mencuci muka dan sebagainya. Terus saya ambil peluang tersebut.
“Bermula dari situ saya belajar semua jenis kemahiran sehinggalah majikan saya percaya dan lepaskan saya sedikit demi sedikit untuk menguruskan spa berkenaan,” kongsinya ketika ditemui di premis kecantikannya.
Cuba menjadikan angan-angan jadi kenyataan, mesra dengan panggilan Tecer Mass, beliau kemudiannya memohon untuk berhenti kerja kerana ingin menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut.
“Selepas berhenti kerja, saya ambil kursus kemahiran dan pada masa sama turut bekerja dengan orang lain. Sehinggalah saya berjaya meraih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
“Waktu itu, perasaan ingin membuka bisnes sendiri membuak-buak, saya terbayang impian sebelum ini untuk membeli rumah hasil titik peluh sendiri menyebabkan saya tekun berusaha.
2012 momen cukup bermakna Tecer Mas berjaya mencapai hasrat memiliki syarikat sendiri, maka tertubuhlah Beauty Expert Academy. Ibu kepada seorang cahaya mata itu mempunyai kelulusan Vocational Trainning Official (VTO), Sijil Kemahiran 1, 2 dan 3 dan juga menjalankan sesi perundingan dan rawatan kecantikan, beliau juga seorang tenaga pengajar dalam bidang estetik.
Selain itu, beliau turut mendapat pengiktirafan sebagai Pakar Kecantikan Malaysia (JPK). Nah, tidak hairanlah apabila wanita bertubuh kecil molek itu turut dilantik sebagai Penasihat Industri Kolej Komuniti Malaysia.
“Satu benda yang saya belajar dengan majikan lama, untuk menjadi bos katanya kena belajar gagal berkali-kali dan boleh uruskan bisnes sendirian tanpa bantuan orang lain.
“Malah, bergelar bos bukan bersandarkan kecantikan dan kekayaan semata-mata. Sebaliknya kena usaha lebih keras dan tidak mudah putus asa. Itulah yang menjadi pemangkin semangat,” kongsi Tecer Mass yang bersyukur berjaya mencapai semua impiannya selama ini.
Pasti setiap kejayaan, penuh pelbagai onak duri yang terpaksa ditempuhi sebelum berjaya. Jika tiada sokongan insan tersayang hampir membuatkan beliau berputus asa.
“Saya pernah jatuh berkali-kali. dengan tiada sebarang pinjaman dengan mana-mana pihak. Lebih mendukacitakan bila mana suami sendiri kurang yakin dengan pilihan saya buat. Beliau meminta saya fokus menjaga anak-anak sahaja. Kata suami, mana mungkin mencantikkan orang boleh buat saya jadi kaya.
“Bila jadi macam itu, bohonglah andai kata saya tidak pernah down. Sudah pelbagai cara dan ikhtiar saya lakukan namun belum menampakkan hasil. Malah, pernah juga ditipu pelanggan membuatkan saya hampir putus asa. Namun, saya bangkit semula,” kongsinya lagi.
Bergantung pada Maha Esa, selain itu perlu berusaha gigih, untuk membuka jalan kejayaan buatnya. Turut menerima pengiktirafan Malaysian Trustworthy Aestheticians & Beauticians 2023 (MTAB) dan Successful People In Malaysia – Britishpedia 2023 dan berkat kesabaran, lebih 18 tahun berkecimpung dalam insdutri kecantikan, Tecer Mass turut miliki ribuan pelajar.
Pusat estetik yang beroperasi di Cheras, Selangor bukan sahaja menawarkan rawatan kecantikan, bahkan setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan perundingan daripada pakar estetik terlatih yang ada di situ.
“Sebelum ini, saya promosikan sendiri. Daripada satu katil dan tanpa ada bantuan staf, saya lakukan semua sendirian. Penat hanya Tuhan yang tahu, basah satu badan dengan peluh. Waktu itu belum ada kemudahan media sosial seperti sekarang untuk membantu promosikan salun.
“Namun, sedikit demi sedikit pelanggan mula datang dan saya terpaksa mengambil staf kerana tidak cukup tangan. Pun begitu, saya seorang yang mementingkan kualiti jadi setiap pekerja di akademi ini memiliki kemahiran yang saya ingini. Saya tak suka lambakan staf, saya juga mahu mereka belajar bekerja keras seperti saya dahulu,” ujarnya.
Perlu berketerampilan menarik berdepan dengan pelanggan, malah, menjadi kepantangannya jika ada staf yang tidak tampil cantik walaupun sekadar memakai lipstik.
“Paling saya utamakan adalah spa kena bersih kerana dari situ datangnya rezeki. Pelanggan datang lihat tempat bersih dan mendapat layanan baik staf membuatkan mereka akan datang lagi mendapatkan rawatan di sini. Itulah yang saya tekankan kepada staf,” ujar beliau yang juga Pemudah cara dan Penceramah di Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Akui tidak meletakkan mana-mana individu sebagai idola memandangkan beliau yang berusaha sendiri mencapai kejayaan tersebut. Untuk menjadi wanita yang hebat dan berjaya, kena yakin dengan keupayaan diri sendiri. Tanpa hiraukan kata-kata negatif orang sekeliling.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selain kesihatan tubuh badan, setiap wanita atau gadis begitu menitik beratkan penjagaan wajah. Memang jadi kebimbangan jika jerawat tumbuh atau kulit wajah mengalami masalah ‘breakout’ ini.
Boleh dikatakan sebagai mimpi ngeri kerana masalah jerawat atau ‘breakout’ yang dialami menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan.
Bagi gadis menggelarkan namanya Sabreen atau di laman twitter Sabrina Sofiadin ini juga turut mengalami masalah yang sama empat tahun lalu.
Namun dia jenis tak berputus asa dan berusaha memperbaiki kulit yang bermasalah hingga akhirnya menjadi ‘flawless’. Macam tak percaya tetapi inilah antara tip yang dia gunakan.
Perkongsian gadis ini transfromasi kulitnya dimuat turut di laman twitter. Melalui ‘thread’ ini diharap boleh dijadikan panduan terutama bagi gadis yang mempunyai masalah kulit yang sama.
Bayangkan dari mempunyai kulit berjerawat teruk. Kini Sabreena mampu tersenyum kerana kulitnya kini sangat licin dan halus.
Walaupun anda menyukai perjalanan ke spa, rawatan boleh mahal dan memakan masa. Nasib baik, terdapat satu lagi pilihan di rumah yang tersedia apabila anda tidak boleh mensel dalam temu janji muka dengan profesional.
Topeng helaian terbaik adalah mudah digunakan, berpatutan, dan penuh dengan bahan pelindap kejutan kulit. Selain itu, ia juga berasa menakjubkan terutamanya pada jenis kulit yang kering.
Sama ada kulit anda mengalami jerawat atau kusam atau anda hanya mahukan cahaya yang dipertingkatkan sebelum acara besar terdapat topeng wajah di luar sana untuk hampir setiap masalah kulit. Jika anda tidak pasti di mana untuk bermula, memandangkan terdapat beribu-ribu jenis yang tersedia, senarai selamat gagal ini yang paling digemari sepanjang masa.
Adakah Topeng Lembaran Benar-benar Berfungsi?
Ya, topeng helaian adalah cara yang sangat berkesan untuk kulit anda menyerap kepekatan bahan aktif yang tinggi, menurut pakar dermatologi. Topeng helaian memaksimumkan penyerapan bahan-bahan penjagaan kulit yang penting ini dengan memanjangkan tempoh masa ia berinteraksi dengan kulit.
Ia juga selamat digunakan selepas jarum mikro profesional, hanya selagi ia tidak mengandungi bahan yang lebih keras seperti vitamin C atau asid alfa hidroksi, yang berpotensi merengsakan kulit sensitif anda selepas rawatan.
Sesiapa sahaja boleh menggunakan topeng lembaran, walaupun mereka tidak mempunyai masalah kulit. Topeng boleh memberikan anda rasa penjagaan diri yang bermakna, di samping teknik pernafasan dan meditasi.
Bolehkah menggunakan topeng lembaran setiap hari?
Pakar penjagaan kulit mengatakan tidak perlu menggunakan topeng muka setiap hari. Mankala pakar estetik mencadangkan penggunaan topeng helaian dua kali seminggu. Jika anda ingin memulakannya, mulakan perlahan dengan seminggu sekali dan laraskan berdasarkan tindak balas kulit anda terhadap topeng helaian.
Selain itu, jika anda berasa benar-benar terpaksa menggunakan topeng lembaran setiap hari, pastikan anda mengelakkan pilihan yang dibuat dengan bahan pengelupasan seperti asid alfa hidroksi (AHA). Jika tidak, anda berisiko merengsakan kulit anda.
Anda boleh membeli-belah dengan bijak dengan menyemak label ramuan topeng lembaran kegemaran anda untuk memastikan tidak mengalami kerengsaan atau tindak balas alahan. Ramuan topeng lembaran ini, berdasarkan kebimbangan kulit biasa:
Kulit kering: Asid hyaluronik, aloe vera dan gliserin akan membantu menghidrat semula kulit kering.
Sangat kering: Lendir siput yang terdapat dalam produk daripada barisan popular Cosrx dan peptida berguna untuk melembapkan kulit anda yang dehidrasi.
Kedutan: Peptida dan asid hyaluronik akan menggebukan kulit anda buat sementara waktu.
Kulit berjerawat: Asid salisilik dan asid mandelik akan melawan jerawat dan bintik hitam.
Pencerahan: Niacinamide, asid kojic, vitamin C dan ekstrak kulit willow akan membantu memudarkan penampilan bintik-bintik gelap. Terutamanya, niacinamide adalah sangat lembut dan boleh digabungkan dengan baik dengan bahan-bahan lain.
Kulit sensitif: Air daun Centella asiatica, yang juga dipanggil rumput harimau, biasanya ditemui dalam produk kecantikan Korea (K-beauty).
Menenangkan: Lidah buaya, ekstrak timun dan antioksidan adalah wira-wira yang menenangkan kulit anda.
Menghargai rutin penjagaan kulit 15 langkah yang intensif, kadangkala, anda hanya memerlukan sesuatu yang mudah dan berkesan. Ini cara menggunakan topeng lembaran dengan betul.
Jangan tertipu dengan pembungkusan bayi yang menyeramkan, topeng kepingan getah ini adalah tawaran sebenar. Dr. Jart topeng berasaskan alga mempunyai senarai ramuan yang sangat mengagumkan.
Ia mengandungi asid hyaluronik pelembap untuk melembapkan pori-pori yang kering, tetapi ia juga didatangkan dalam tiga formula berbeza untuk menyasarkan masalah kulit biasa yang lain seperti kecerahan, menenangkan dan menegangkan.
Anda yang gemarkan kepelbagaian, set topeng ini menawarkan rangkaian penuh 12 jenis topeng yang berbeza, termasuk gaharu, timun, mawar dan kelapa, antara lain. Ia sangat tepu, menjadikan kulit anda berasa segar dan gebu selepas digunakan.
Ini adalah topeng lembaran tunggal dalam yang diperbuat daripada kelapa dan bukannya kertas, yang meningkatkan keupayaannya untuk menembusi bahan anti-penuaan dengan lebih baik ke dalam kulit anda. Sesuai untuk semua jenis kulit. Ia padat dengan asid hyaluronik dan ekstrak alga merah untuk melicinkan kulit, tegang, cerah dan sihat.
Pakar dermatologi perakui helaian yang hebat ini keupayaannya untuk membantu menyembuhkan dan melindungi kulit anda daripada kerosakan alam sekitar. Antioksidan seperti vitamin C dan E akan mencerahkan dan memperbaharui kulit sambil membaiki kerosakan dan kekusaman. Topeng lembaran ini juga mempunyai air mata air terma yang menenangkan kulit, yang merupakan ramuan utama jenama ini.
Masker SK-II akan membuatkan wajah anda kelihatan berseri dan berasa segar. Ia menangani pelbagai masalah kulit hanya dalam satu langkah. Kualitinya seperti spa! Sapukan topeng ini perlahan-lahan pada kawasan mata sebelum melekat pada muka. Rawatan intensif selama 5 hingga 15 minit merendam serum Pitera ke dalam kulit anda untuk kulit yang berseri dan lembap.
Bukan sahaja topeng ini berkesan, tetapi ia juga sangat berpatutan. Siapa yang tidak suka tawaran kecantikan? Tersedia dalam lebih daripada sedozen jenis berbeza yang setiap satunya memenuhi keperluan berbeza (seperti kelembapan, dan keanjalan, setiap helaian tiga lapis diselitkan dengan minyak semula jadi untuk menyuburkan kulit sepenuhnya.
Kulit berseri hanya 10 minit dengan topeng hidrogel dari Lancôme ini. Ia diselitkan dengan ekstrak bifidus yang juga terdapat dalam serum Advanced Genefique kegemaran kultus jenama itu. Ia menggebukan, menghidrat dan melicinkan untuk membantu menjadikan kulit berasa lebih muda.
Tiada topeng yang lebih sesuai untuk swafoto daripada salah satu topeng Glamglow. Seiring dengan keseronokan untuk digunakan, helaian arang ini berkilat dengan buih mikro 3-D dan teknologi Green Tea Teoxi yang membersih secara mendalam dan menjadikan kulit berseri.
Set enam topeng helaian daripada La Mer ini mungkin memberi anda pulangan wang, hasilnya luar biasa. Topeng lembaran anti-penuaan ini bukan sahaja sangat lembut, tetapi ia juga berfungsi untuk memberikan kulit anda kelihatan lebih licin, lembut dan kelihatan lebih berseri. Selain itu, ia membantu melicinkan garis halus seperti sihir. Topeng ini patut disimpan untuk majlis memanjakan khas untuk menikmatinya sepenuhnya.
Tidak seperti kebanyakan topeng yang direndam serum, topeng lembaran kering dari Charlotte Tilbury ini boleh digunakan sehingga tiga kali. Diselit dengan mentega shea, minyak avokado, mentega biji mangga dan ekstrak daun rosemary, rawatan dipertingkatkan dengan ramuan yang dipanggil 5 Skin Solution IQ, yang disesuaikan dengan kulit anda. Jadi, anda mendapat kesesuaian dan khasiat yang sempurna untuk keperluan penjagaan kulit anda yang unik.
Topeng helaian selamat untuk semua jenis kulit, daripada yang normal berjerawat hingga sangat kering dan ia boleh digunakan beberapa kali seminggu. Dan seperti halnya dengan semua produk penjagaan kulit, pastikan anda membaca label produk dengan teliti untuk memastikan pembelian topeng lembaran baharu anda sejajar dengan keperluan kecantikan anda. Memandangkan anda mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang cara membeli-belah dan masih menggunakan pelitup muka, pertimbangkan untuk menambah beberapa pilihan bertaraf tinggi ini yang kulit anda akan menikmatinya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.