Baru-baru ini tular dilaman Tik Tok sebuah video berkenaan kegigihan seorang gadis dari tanah seberang, Indonesia yang gigih bersama adik beradiknya yang lain sanggup mengeluarkan belanja mengubah suai van menjadi Ambulans.
Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk membahagiakan bapa mereka yang sudah terlantar sakit berbaring diatas katil (Bed Ridden) selama empat bulan dan hanya terperuk menderita sakit di rumah.
Ubah Suai Van Jadi Ambulance, Bawa Bapa ‘Jalan-Jalan’ Hirup Udara Segar!
Perkongsian Video menerusi akaun pengguna @mutiarapriza berkenaan telah tular di laman Tik Tok, rakaman itu memaparkan seorang anak gadis bersama adik beradiknya sanggup membelikan van dan digubahsuai menjadi ambulans khas buat bapa mereka yang terlantar kerana menghidap kanser plasma darah yang menjangkiti tulang.
“Tak sangka posting tentang pembelian ambulans buat bapa jadi perhatian,” tulis @mutiarapriza pada ruangan kapsyen hantaran itu.
Paparan video tersebut memaparkan van berona putih jenis Daihatsu Luxio yang diubah menjadi Ambulans lengkap dengan pengandar (Stretcher), kelengkapan perubatan dan tilam empuk berona jingga untuk memuatkan bapa mereka dengan beberapa kerusi penumpang yang dipandu di sekitar bandar Kota Malang, Indonesia.
Hijabista difahamkan bahawa bapa mereka sudah empat bulan terlantar di rumah dan tidak keluar berjalan-jalan, malah hanya keluar rumah bagi tujuan ke hospital.
“Ketika sihat dia tak suka duduk di rumah lama-lama. Tiap hari ada saja kegiatannya di luar,” tulisnya lagi.
Sehubungan itu, dengan adanya ambulance pribadi ini, bapanya kini dapat menghirup udara segar dan menikmati semula keindahan bersantai di luar rumah.
Meski, mempunyai keadaan fizikal yang tidak mengizinkan bapa bertuah ini kini dapat menikmati makanan kegemaranya iaitu ‘mi polos’ di sebuah restoran yang terletak di Kota Malang dengan penuh berselera, walaupun hanya dari dalam kenderaan.
Ads
“Senang lihat bapa berselera makan,” tulisnya.
Seterusnya, gadis ini turut membawa bapanya menikmati ais krim sebagai pencuci mulut.
“Bapa, anakmu akan terus memperjuangkan apa pun yang membuatkan bapa happy. Kerana aku ingin selalu lihat senyum ini. Sayang bapa sangat,” tulisnya.
Mutiara berharap, agar kenderaan yang telah diubah suai itu bakal dimanfaatkan sepenuhnya, sekaligus meniupkan semangat baharu buat bapanya meneruskan kehidupan dan melawan derita penyakit yang dihadapi.
Sekadar info, hantaran video berkenaan telah menjadi trending sehingga mendapat ditonton seramai 10 juta orang dengan 996 ribu tanda suka serta dibanjiri 17.7 ribu komen dari wargamaya.
Sweet betul kisah seoang guru praktikal yang membantu seorang pelajar Cina pendiam dan selalu tenung meja hingga terpaksa diabaikan oleh guru lain yang berputus asa dengannya. Walaupun dia hanya guru praktikal, tetapi usaha murninya melayan dan mencari punca kenapa murid ini berkelakan begini memang patut dipuji. Malah siapa sangka murid itu akhirnya mampu tersenyum dan berinteraksi dengannya sebelum dia menamatkan latihan mengajarnya di situ.
Malah kisahnya yang begitu memberi insipirasi ini membuatkan ramai netizen terharu dan menangis. Rata-rata bangga dengan usaha yang dilakukan oleh cikgu ini yag berusaha untuk membentu sikap pelajar berkenaan.
Perkongsiannya di laman twitternya ini mendapat hampir 69 ribu retweet dan 48 ribu like. Malah komen yang diberikan cukup positif.
Bukan itu sahaja ada juga yang mahu menjadikan kerjaya guru sebagai profesionnya untuk masa depan setelah membaca perkongsian cikgu ini.
Ada juga yang berharap agar semua guru di Malaysia bersikap seperti dirinya dan ia boleh menarik minat pelajar yang dikategorikan tidak berminat belajar untuk datang ke sekolah.
Baca perkongsiannya yang begitu panjang lebar.
Aku ada seorang student Cina yang pendiam dan pemalu sangat. Nak dengar suara dia, susah sangat. Nama dia Yip Kah Shzen.
Tengok muka dia dalam gambar ini pun boleh bayangkan dia jenis macam mana, kan? Haha! First masuk kelas 4Einstein, memang tak perasan langsung pelajar ini sebab dia sangat pendiam dan kelas dia pula huru-hara bising gila.
Then bila aku mula nak tanya nama seorang demi seorang dan sampai giliran dia, dia senyap, duduk dan pandang meja. Tak bergerak langsung. Tanya berkali-kali, tak jawab.
Kawan dia kata, “Cikgu, dia memang macam tu. Pemalu.”
Okey. Tak apalah. Aku tanya kawan dia, nama dia siapa.
Next class, masa aku mengajar, memang kelas itu huru hara. Nak semak satu-satu memang tak sempat. Cuma yang aku perasa, Kah Shzen ini tak bergerak dan cuma tenung meja. Selepas aku ambillangkah untuk mengubah kedudukan kelas dan susunan meja, aku letakkan Kah Shzen di depan, senang nak pantau.
Semenjak itu, aku buat denda tabung untuk siapa yang tak bawa buku dan kalkulator. Setiap kali kelas, aku periksa setiap seorang. Sampai giliran Kah Shzen, dia masih tenung meja. Aku tanya, dia senyap. Aku tanya kawan sebelah dia, selalu macam mana cikgu lain ajar dia.
“Cikgu lain biarkan saja sebab memang dia takkan bercakap. Dia tenung meja saja,” kata rakannya.
Balik ke bilik guru, aku berfikir apa yang perlu aku buat. Aku berjumpa dengan guru kelas dia, a.k.a cikgu matematik dia sebelum ini. Cikgu itu cuma cakap, “Dia memang dah tak boleh buat apa. Biar je, terpaksa abaikan”.
Aku rasa macam tak adil buat begitu. Aku ambil langkah tutur dalam bahasa Cina, mungkin dia tak faham bahasa Melayu. Aku tanya mana buku dan kalkulator. Dia menggeleng kepala. Aku tanya, tak bawa ke memang tak ada? Dia jawab perlahan saja dan sepatah, “Tak ada”.
Mungkin dia orang susah. Aku nak denda pun tak sampai hati. Tapi kalau tak denda, jadi tak adil pula. Aku pun pergi berjumpa panitia maths. Pinjam buku lebih dan pinjamkan kepada Kah Shzen. Bagi pinjam kalkulator setiap kali kelas.
Aku mengajar seperti biasa. Dalam masa yang sama aku cuba memantau dan cuba bercakap dengan dia. Setiap kali kelas, aku cuba mendekati dia.
Satu hari itu, aku semak buku dia. Rupa-rupanya selama ini dia tulis dan salin setiap calit marker yang aku tulis di whiteboard. Setiap benda. Allah. Semenjak ada buku, homework dia hantar. Apa yang aku suruh, dia buat. Kiranya selama ini bukan dia tak nak buat apa-apa, tetapi dia tak ada bahan.
Sejujurnya kelas dia memang hyper. Kalau kelas lain aku boleh ajar empat perkara dalam satu masa. Tetapi kelas dia, cuma sempat satu sahaja.
Walau bagaimanapun, aku cuba juga mencuri sedikit masa untuk pergi pada dia seorang. Tidak lama selepas itu, bila aku ajar sambil tanya dia, 80% dia boleh jawab dengan betul. Maksudnya dia bukan dung, cuma dia perlukan perhatian lebih dan aku pun teruskan beri perhatian pada dia.
Setiap apa yang aku cakap di dalam kelas, aku akan cakap semula pada dia secara peribadi agar dia tak terlepas.
Satu hari, aku borak dengan guru seni dia. Aku tanya cikgu itu, bagaimana Kah Shzen dalam kelas?
“Oh, dia tu selalu tunduk tenung meja saja dalam kelas. Saya selalu panggil dia tak ada kepala. Tak boleh buat apa dah dia tu,” katanya.
Aku pun tunjukkanlah buku latihan Kah Shzen kepada cikgu itu. Dia terdiam bila tengok buku Kah Shzen yang penuh dengan latihan.
Kah Shzen mula berani nak berinteraksi dengan aku. Dia WhatsApp aku dan tanya tentang pembaris. Terkejut jugalah, tetapi aku happy gila.
Tak kisahlah Google Translate pun, asalkan aku nampak usaha dia. Dia bukan useless.
Aku selalu buat note kat buku latihan dia. Suruh dia senyum sebab memang susah nak tengok dia buka mulut dan senyum. Tapi aku teruskan.
Minggu last aku, kitorang plan nak buat farewell party. Kelas 4 Einstein ini memang banyak sangat beri pengajaran dan pengalaman pada aku. Jadi aku berharap sangat mereka semua datang dan berjumpa buat kali terakhir. Aku pun pergi pada setiap seorang dan tanya mereka datang atau tak.
Sampai giliran Kah Shzen, aku kata, “Saya harap awak datang,” sebab dia adalah pelajar yang mengajar aku erti kesabaran dalam mendidik.
Sebelum aku keluar kelas masa tu, kawan dia bagi sehelai kertas dan katanya Kah Shzen yang beri. Aku pun pandang Kah Shzen dan kata ‘Xie xie’ (Terima kasih). Dia terus tunduk.
Aku buka kertas itu. Dia cuma tulis satu ayat, “Thank you, teacher”. Allahu, walaupun nampak ayat itu simple tetapi bagi aku besar maknanya.
Then pada hari jamuan itu, aku dapat rasa yang dia tak datang. Sebab pelajar chinese kan, susah sikit nak approach. Tapi tiba-tiba dia WhatsApp. Happy sangat.
Dan masa seisi bergambar, aku minta dia senyum sebab aku cakap, “Ini last day saya, please give me a smile” and he was trying.
Okay last, masa nak balik, kawan dia ada buat lawak. Then aku ternampak dia senyum. Aku suruh kawan dia ulang semula. Then dia bagi senyuman yang paling manis. Walaupun dia tak cakap senyum itu untuk aku, tapi aku rasa dah reward diri sendiri sebab tak pernah putus asa.
Thank you Yip Kah Shzen and 4 Einstein sebab bagi saya pengalaman dan pengajaran yang bermakna dalam hidup saya! Will miss you all so much.
Yang baik jadikan pengajaran, yang tak baik jadikan sempadan. Sekian. Lot of love.
Namun begitu tindakannya yang memuat turun status dilaman sosial seakan tidak menghormati dan seperti merendah-rendahkan usaha guru lain di sekolah berkenaan. Ada yang kurang senang catatan yang dimuat turut di laman twitternya itu.
Menyedari isu itu menjadi viral, guru ini kemudiannya bertidak memohon maaf atas perbuatannya itu. Tujuannya bukan untuk memalukan sesiapa tetapi hanyalah untuk berkongsi pengalamannya berhadapan dengan pelajar sedemikian.
Ini permohonan maaf dari guru yang menggelar dirinya sebagai Orked di laman sosial.
ASSALAMUALAIKUM
Saya minta maaf banyak-banyak jika ada yang terasa hati atau tersalah faham dengan cerita saya. Saya tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. Saya cuma nak berkongsi pengalaman saya pada laman Twitter saya sendiri. Tidak lebih dari itu.
Ya, saya guru praktikal yang hanya mengajar selama empat bulan sahaja di sekolah tersebut. Saya menganggap setiap insan yang ada di sekolah itu banyak berjasa pada saya dalam mempelajari menjadi seorang guru. Jadi, sikit pun saya tidak berniat untuk menjatuhkan air muka sesiapa.
Saya mengaku silap saya, terlalu seronok bercerita sehingga terlepas pandang dengan ayat saya berkenaan dengan ‘cikgu…’ itu. Saya memang bersalah, maafkan saya.
Di sini, saya ingin menjelaskan semula agar tiada yang salah faham.
Saya tahu cikgu itu sudah cuba pelbagai inisiatif. Cuma Kah Shzen tetap sama. Tambahan, Guru Tetap mengajar jauh lebih banyak kelas dan waktu berbanding guru praktikal, jadi itu adalah kekangannya.
Guru Tetap juga mostly dah berkahwin. Mereka perlu uruskan rumahtangga dan anak-anak juga. Jadi, saya rasa tidak adil kalau saya yang lebih banyak masa terluang ini tak gunakan masa tersebut untuk membantu pelajar yang terlepas.
Tambahan, saya pernah belajar bahasa mandarin. Jadi saya gunakan peluang ini untuk mendekati pelajar cina, memupuk minat belajar maths sebelum saya habis praktikal. Sebab kebanyakkan mereka lemah sebab tidak faham Bahasa Melayu. Bukannya cikgu mengajar tak bagus.
Untuk yang ini pula,
Tentang tak ada kepala itu sebenarnya, cikgu itu buat lawak saja sebab dia memang jenis yang kelakar. Sama seperti semua cikgu, dia sudah berusaha untuk mendekati setiap pelajar termasuk Kah Shzen. Tetapi mungkin Kah Shzen tidak faham Bahasa Melayu, jadi kekangan buat cikgu berkenaan.
Saya highlightskan kata-kata cikgu tersebut sebab saya rasa ayat mereka inilah yang menjadi cabaran untuk saya ubah Kah Shzen.
“Kalau mereka dah tak boleh buat, apa salahnya saya cuba buat”
Itu maksud saya. Cuma silap saya sebab saya cuma highlightskan kata-kata mereka, tapi tak menjelaskan dengan lebih terperinci sehingga ada yang salah faham.
Seikhlasnya, saya tiada niat nak menjatuhkan mana-mana pihak. Saya minta maaf.
Pelajar berkenaan juga sudah saya maklumkan yang saya cerita tentangnya. Dia tiada masalah tentang apa yang saya ceritakan.
Dan sejujurnya saya seronok berpraktikal di sekolah tersebut sebab semua kakitnagan, pentadbir dan guru sangat-sangat banyak membantu saya. Jauh di sudut hati saya nak menjatuhkan mereka. Tapi saya dah buat silap dalam penulisan ayat sehingga ada yang salah faham. Saya mohon maaf.
Admin puji tindakannya yang memohon maaf (walaupun apa yang dilakukan tu tidak menyalahi undag-undang) agar perkara ini tidak meuding jari mana-mana pihak. Kalaulah ada 1000 lagi guru begini, rasanya pelajar yang mempunyai masalah begini pasti akan terasa keseronokannyaa untuk pergi ke sekolah.
Jika anda menghabiskan banyak waktu di depan komputer, tentu saja anda memerlukankan energi untuk berfikir dan bekerja. Makan makanan yang tidak tepat justeru akan mengundang rasa mengantuk, lemas, bahkan obesiti.
Pernah terfikir tak nak bawa sendiri bekalan makanan sihat dari rumah ke pejabat? Asyik membazir duit beli makanan yang sama setiap hari makan tengahari. Sekurang-kurangnya anda boleh berjimat dan mengurangkan pembaziran wang. Selain itu, kesihatan anda juga akan lebih terjaga kerana makanan yang anda bawa dimasak oleh anda sendiri. Disamping dapat menjaga diet untuk dapatkan bentuk badan ideal. Tapi, pastikan makanan yang anda bawa adalah makanan yang berkhasiat tau, barulah anda sihat dan bertenaga.
Jika menginginkan diet anda lancar, simak beberapa tips makan sihat di pejabat berikut ini.
Selain Anda dapat jimat, makanan yang anda masak di rumah juga lebih terjamin kesihatannya. Anda boleh membawa makanan sisa makan malam atau sarapan anda. Sediakan bahan masakan pada hujung minggu supaya anda tidak menjadi kelam-kabut untuk sediakan bekalan anda nanti. Jadi, anda tidak perlu bangun di awal pagi atau berjaga hingga lewat malam semata-mata mahu menyiapkan bekalan setiap hari.
Sangat digalakkan untuk tetap menjaga hidrasi tubuh di tempat kerja untuk menghindari banyak masalah kesihatan. Selalu sediakan botol minuman ataupun secawan gelas air putih di meja anda.
Berfikirlah dua kali jika anda ingin makan makanan cepat siap. Selain tidak memberikan nutrisi, makanan ini mengundang kegemukan. Jika anda seorang yang kreatif dalam masakan, cuba buat sesuatu yang baru untuk menjadikan makanan anda kelihatan menarik dan sedap untuk dimakan. Manfaatkan bahan-bahan yang ada dirumah dengan campurkan ia dalam masakan anda sebaiknya. Tambahkan bahan masakan yang berwarna supaya warnanya akan kelihatan menarik. Contohnya, kalau sup ayam, anda boleh campurkan lobak merah dan brokoli yang berwarna hijau dengan ayam yang telah anda rebus. Sedap bukan!
Ganti snek anda dengan berbagai makanan sihat seperti kacang-kacangan, granola bar atau buah segar. Salah satu snek yang senang untuk dimasak ialah popcorn. Tapi, jangan campurkan dengan perasa-perasa yang lain tau kalau mahu kurangkan kuantiti gula dalam makanan. Kunyah-kunyah je popcorn yang tiada perisa dekat pejabat tu dah boleh kenyangkan perut anda buat seketika. Sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan pengambilan kuantiti makanan pada waktu makan tengahari.
Luangkan waktu 30 minit untuk beralih dari pekerjaan dan pergi untuk makan tengah hari. Anda akan merasa lebih segar dan kembali bertenaga setelah selesai makan siang.
Amalkan pemakanan yang sihat supaya badan anda terhindar dari sebarang penyakit yang tidak diingini. Menyediakan bekalan makanan sendiri sebenarnya amat menyeronokkan kerana pada waktu inilah anda boleh memperbaiki dan meningkatkan kemahiran memasak dan sambal itu dapatlah berjimat . Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sekiranya anda pernah terfikir bagaimana mencuci muka dengan cara yang betul, anda tidak sendirian. Payah bukan? Cucurkan sedikit air di wajah anda, sapu sedikit pembersih, dan bilas, bukan? Ya, memang semudah itu bagi sebilangan individu. Tetapi untuk mengetahui cara mencuci muka dengan betul untuk kulit khusus anda memerlukan sedikit usaha untuk menampakkan hasil yang wow.
Membersihkan wajah dari kotoran, sel-sel kulit mati, solekan dan apa sahaja yang mungkin menyumbat liang-liang atau menyebabkan wajah kusam secara umum. Bergantung pada jenis pembersih yang anda gunakan, ia juga dapat membantu merawat keadaan kulit tertentu, seperti jerawat. “Pembersihan wajah yang betul mencegah jerawat, dapat meningkatkan kesihatan kulit, dan bahkan dapat mengurangi keradangan kulit,” kata pakar dermatologi.
Tetapi bukan hanya cara mencuci muka yang membuat perbezaan, tetapi juga berapa kerap, dan jenis pencucian muka yang anda gunakan. Untuk memastikan anda menggosok dengan baik, berikut adalah beberapa cara mudah untuk memastikan anda membersihkan dengan betul dan untuk menjadikan rutin pembersihan anda lebih berkesan. Pelajari sekarang supaya anda tahu cara mencuci muka dengan cara * betul * setiap masa.
Mencuci muka pada waktu malam adalah peraturan yang sukar dan cepat untuk menjaga kulit dan ini berlaku walaupun anda tidak memakai alat solekan. Pada siang hari, minyak dan peluh semulajadi terkumpul pada kulit, yang bererti kotoran dan pencemaran menumpuk di lapisan kulit luar kita. Tidak membuang semua kotoran dan senjata ini pada akhir hari boleh menyebabkan kerengsaan kulit, keradangan, dan jerawat.
Anda mungkin berfikir bahawa membersihkan kulit sebelum tidur adalah semua yang anda perlukan untuk bangun dengan wajah segar, tetapi bilas lain pada waktu pagi adalah idea yang baik. Semasa anda membuang dan memutar pada waktu malam, bakteria dari air liur dan minyak dari rambut anda mudah dipindahkan ke wajah dan mata anda. Jadi walaupun anda sering mencuci muka pada waktu malam dan sarung bantal anda, A.M. membersihkan adalah amalan terbaik.
Selain itu, jika anda memakai produk seperti rawatan, serum, pelembap atau krim malam sebelum tidur, anda mesti mencucinya pada waktu pagi sebelum mengenakan produk pada waktu siang.
Perlu diingat bahawa anda mungkin perlu menggunakan pembersih yang berbeza pada waktu pagi daripada yang anda gunakan pada waktu malam. Sekiranya anda mempunyai kulit yang kering atau sensitif, misalnya, anda mungkin mahu menggunakan air misel atau pembersih yang sangat lembut pada waktu pagi. Jika anda menggunakan pembersih yang mengandungi asid salisilik untuk membantu menguruskan jerawat, anda mungkin merasa terlalu keras atau kering untuk digunakan dua kali sehari.
Menggunakan air panas di bilik mandi atau mencuci muka mungkin terasa sangat baik, tetapi sebenarnya boleh merosakkan kulit halus di wajah anda.
Suhu yang melampau, seperti panas, mandi wap atau air panas, boleh menyebabkan pelebaran saluran darah dan kerosakan tisu halus. Selanjutnya, air panas secara semula jadi menghilangkan kulit dari penghalang minyak yang diperlukan yang membantu menjaga integriti kulit. Ini bermakna kulit anda akan kering lebih cepat dan menjadi lebih gatal dan mengelupas dari masa ke masa.
Masalah utama bagi mereka yang mempunyai kulit kering atau sensitif kerana kulit mereka sudah lebih rentan untuk mengeringkan atau bereaksi dengan teruk pada tahap yang berlebihan. Suhu air panas juga boleh menjadi pencetus rosacea, keadaan kulit yang menyebabkan kemerahan dan jerawat. Oleh itu, penting untuk menggunakan air suam untuk mencuci muka.
Semasa mencari pencuci muka, anda perlu pertimbangkan faktor seperti jenis kulit anda seperti kulit biasanya berminyak, kering, normal, atau gabungan, sensitif, terdedah kepada jerawat, dan jika anda mempunyai keadaan kulit yang lain seperti rosacea, eksim, atau psoriasis.
Sekiranya kulit anda cenderung kering atau sensitif, pembersih lembut atau berkrim akan berfungsi untuk anda. Tetapi mereka yang mempunyai kulit berminyak biasanya dapat bertoleransi dengan pembersih gel atau buih dengan lebih ringan. Bagi mereka yang mempunyai kulit normal, pembersih berasaskan air sangat sesuai. Anda juga boleh mencuba menggunakan sesuatu seperti minyak pembersih atau balsem yang cenderung lebih lembap daripada pembersih tradisional dan dapat membersihkan solekan dan pelindung matahari yang lebih tebal.
Tetapi jika anda tidak tahu di mana untuk memulakan atau bagaimana mengetahui jenis kulit anda, ada baiknya anda berjumpa dengan pakar dermatologi untuk mengetahui apa yang sesuai untuk anda.
Anda cukup bernasib baik kerana tidak mempunyai kulit sensitif, mungkin mendapatkan pembersih secara rawak, bersihkan dan mulakan hari anda. Tetapi pembersih yang keras ini dapat menghilangkan hidrator semula jadi dari kulit, yang boleh menyebabkan wajah anda terdedah kepada keradangan dan kulit kering.
Sebagai gantinya, pakar menyarankan menggunakan pembersih lembut yang menghormati keseimbangan kulit anda.
Sebaiknya anda mencuci muka dua kali sehari (sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam) serta selepas bersenam atau berpeluh berlebihan. Tetapi itu benar-benar maksimum.
Mencuci muka lebih dari dua kali sehari untuk menghilangkan kuman bukanlah keperluan sebenar bagi sesetengah individu, kecuali mereka terdedah kepada jangkitan kulit. Mencuci tidak hanya menyebabkan kulit kering dan jengkel, tetapi juga boleh menyebabkan kulit secara paradoks menghasilkan terlalu banyak minyak. Jadi, sebilangan besar dari kita harus mengikuti rutin dua kali sehari.
Sebaliknya, sebilangan individu dengan kulit yang sangat kering atau sensitif mendapati bahawa mencuci hanya dua kali sehari dengan pembersih merengsakan kulit mereka. Oleh itu, seperti yang dijelaskan, mereka mungkin lebih baik menggunakan percikan air atau air kecil pada waktu pagi dan pembersih lembut pada waktu malam.
Langkah penjagaan kulit susulan, terutamanya pelembap yang dapat membuat perbezaan besar dalam keberkesanannya. Sebilangan besar pelembap mengandungi kedua-dua bahan humektan (yang menarik air ke dalam kulit) dan bahan-bahan oklusi (yang membantu menutup penghidratan ke dalam kulit). Oleh itu, menggunakan pelembap semasa kulit anda masih lembap membantu mengekalkan kelembapan lebih banyak.
Sekiranya anda menunggu walaupun beberapa minit, sel-sel permukaannya mengalami dehidrasi dan sebenarnya lebih sukar untuk melembapkan. Mungkin sedikit sukar sekiranya anda mempunyai beberapa langkah lain antara pembersihan dan pelembapan. Tetapi jika anda boleh mengamalkannya, anda akan memberi kulit anda tambahan hidrasi.
Ingat bahawa anda harus selalu memakai pelindung matahari setiap hari dengan perlindungan spektrum luas dan sekurang-kurangnya SPF 30. Sekiranya pelembap siang hari anda tidak memilikinya, sapukan pelindung matahari di atas. SPF akan membantu melindungi semua kerja keras yang anda lakukan dalam perawatan kulit anda.
Membersihkan wajah untuk jangka masa yang lebih lama atau dengan lebih kuat akan mencuci wajah anda dengan lebih teliti? Pada hakikatnya, lamanya masa yang anda habiskan untuk membersihkan diri tidak berkaitan dengan seberapa baik anda membersihkan wajah.
Sebaliknya, cubalah mensasarkan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 saat, atau sehingga produk muncul di wajah anda. Mencuci terlalu agresif atau terlalu lama terutamanya jika pembersih anda mengandungi bahan pengelupasan boleh menyebabkan kulit menjadi merah, jengkel, marah.
Untuk mencuci muka dengan betul, anda disarankan membasahi wajah dengan air suam, tidak panas dan gunakan hujung jari anda untuk menggunakan pembersih dalam gerakan bulat. Pastikan untuk mencuci zon-T dan zon U (di sekitar garis rahang), kerana ini adalah kawasan yang cenderung diabaikan. Setelah membina buih yang bagus, bilas, dan keringkan dengan teliti dengan tuala yang lembut dan bersih.
Nampaknya penggunaan exfoliant scrubby adalah cara mudah untuk menghilangkan dua langkah penjagaan kulit dalam satu. Tetapi yang sebenarnya adalah, melainkan jika anda cuba menguruskan jerawat dengan pembersih yang mengandungi asid salisilik, anda mungkin tidak mahu menggunakan pengelupasan setiap hari.
Kedua-dua pengelupasan kimia (seperti asid salisilik dan asid glikolik) dan pengelupasan fizikal (seperti lulur dan berus) sangat berkesan untuk menghilangkan sel-sel kulit mati, kotoran, dan senjata lain yang dapat menyumbat liang. Pengelupasan dapat membantu membuang sel mati yang terkumpul di permukaan kulit untuk meningkatkan cahaya kulit.
Tetapi apabila terlalu banyak digunakan, anda mengganggu penghalang kulit halus yang membuat wajah terhidrasi dan terlindung, menyebabkan kulit yang jengkel, mengelupas, kering. Oleh itu, anda tidak boleh mengelupas lebih daripada beberapa kali seminggu. Anda yang mempunyai kulit sensitif atau kering mungkin hanya perlu mengelupas sekali atau dua kali sebulan.
Anda mungkin tahu bahaya tertidur dengan riasan wajah penuh (misalnya jerawat dan kusam). Tetapi pembersih lembut anda mungkin tidak boleh menyelesaikan semua solekan itu, terutamanya jika produk anda mengandungi bahan SPF mineral atau minyak.
Banyak jenama solekan yang tahan noda atau kalis air, jadi pembersih asas tidak akan menghilangkannya dengan sempurna. Atas sebab ini, penting untuk menggunakan alat solek yang lembut untuk menghilangkan lap, air misel, atau alat solek berasaskan minyak sebelum anda mencuci – terutamanya ketika menanggalkan solekan yang sudah lama dipakai.
Konsep pembersihan dua kali, berguna untuk membersihkan seperti pembersih atau minyak balsem berasaskan minyak untuk menghilangkan soleank, diikuti dengan pembersih berasaskan air untuk menghilangkan kotoran yang tersisa.
Tisu basah sangat selesa dan, ya, bagus untuk menghilangkan solek. Tetapi, sayangnya, itu tidak cukup baik untuk menjadi pembersih anda. Kain itu diformulasikan dengan banyak bahan pengawet yang memungkinkannya stabil di rak dan duduk di bilik mandi anda tanpa tumbuh bakteria dan jamur. Oleh itu, walaupun tisu ini menanggalkan alat solek dan kotoran, ia juga meninggalkan residu yang juga perlu dibuang. Tambahan, pengawet tersebut boleh menjengkelkan pada individu yang mempunyai kulit sensitif.
Sekiranya anda ingin menggunakan alat solek, hanya gunakannya untuk menanggalkan solekan terlebih dahulu dan kemudian ikuti dengan pembersih lembut sebenar. Selain itu, daripada tisu sekali pakai atau pelapik kapas, pertimbangkan untuk mencuba putaran solek yang boleh digunakan semula yang boleh dicuci dan digunakan berulang kali.
Petunjuk pada kebanyakan topeng dan kulit muka memerintahkan anda untuk menggunakan produk pada wajah yang baru dicuci. Ini kerana rawatan kulit ini memerlukan wajah yang bersih sehingga bahan-bahannya dapat meresap sepenuhnya ke dalam kulit. Sekiranya anda menggunakan serum atau rawatan atau produk lain sebelum topeng terutamanya jika bahan yang tebal atau berasaskan minyak, ia mungkin menjadikan bahan topeng tidak cukup mendalam ke dalam kulit sehingga memberi kesan.
Tetapi setelah selesai menggunakan topeng, anda tidak perlu membersihkannya lagi. Masker dapat memberikan ramuan yang sangat kuat dan pekat. Jadi biarkan kulit anda menikmati manfaatnya lama setelah anda menanggalkannya.
Dan apabila tiba masanya untuk menanggalkan topeng, ikuti arahan produk. Contohnya, topeng lembaran biasanya tidak memerlukan pembersihan sesudahnya cukup tepuk goop yang tersisa ke kulit anda dan biarkan ia menyerap. Tetapi jika anda menggunakan sesuatu seperti topeng tanah liat yang perlu dikeluarkan, lakukan dengan membersihkannya dengan lembut menggunakan air suam.
Mungkin terasa sakit apabila membuang kain lap di hamper setelah hanya satu atau dua kali penggunaan (terutamanya jika anda perlu berjalan kaki ke mesin cuci untuk mencuci pakaian). Tetapi pakar mengatakan bahawa menggunakan semula kain lap yang sama berulang kali menyebarkan lebih banyak bakteria ke wajah anda, yang boleh menyebabkan jerawat.
Sebagai gantinya, melaburlah dalam satu set kain asas yang murah, yang dapat bertahan lama melalui rutin pembersihan anda (termasuk siang dan malam).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.