Dalam kehidupan harian, kita dituntut bergaul dengan baik antara satu sama lain. Percakapan dan perbuatan perlulah dijaga. Mulut antara yang perlu dijaga. Umpama mata pedang tajamnya jika tidak dikawal ianya mampu membinasakan.

Hari ini, dalam dunia teknologi, jari juga antara penyumbang berlakunya pertelingkahan sesama manusia. Kuasa dihujung jari menjadikan setiap tulisan yang ditumpahkan di media sosial menjadi pencetus kepada perbalahan.

Mengapa kita perlu memilih untuk berbalah sedangkan ada cara yang lebih baik untuk menjalinkan hubungan yang .lebih harmoni.

Berikut perkongsian Ustaz Don Daniyal di laman Facebooknya.

Benda paling tak syok untuk kita hadap dalam hidup kita ni sebenaqnya adalah bergaduh dan bermusuh. Pi sana bergaduh, pi sini buat musuh. Semua serba tak kena. Takdak isu pi cari isu. Takdak sebab pi cari sebab, cari pasai. Pasaipa? Syok sangat ka tengok sesama kita dok marah, maki orang lain?

Dalam hidup kita, bukan setiap masa kita perlu tunjuk hero. Betui, boleh jadi kita arif dalam sesuatu hal tapi untuk kita letak diri kita di tengah suasana yang dah memang tegang, tak perlu kot. Berdiam diri jalan terbaik.

IKLAN

Abang kakak. Kalau ada apa-apa masalah sama ada dengan kawan-kawan ka, adik beradik ka, selesaikanlah secara baik. Bawak berbincang. Bergaduh takkan menyelesaikan masalah. Bermusuhan bukan benda yang Islam ajaq.

Orang tanya, macam mana nak tegur kesalahan orang? Saya pun tak tau nak kata lagu mana sebab saya bukan pakar. Tapi yang sempat saya belajaq dari beberapa orang, nak menegur perlu ada strategi & cara.

1. Sebelum nak teguq, kena tengok situasi orang yang nak kita teguq. Kalau dia tengah penat, stress, jangan. Satgi dia jadi emo sebab dia tak rasional. Sebaiknya ajak dia makan, bagi dia minum, bagi dia bertenang so lepas tu sampaikanlah apa yang nak ditegur.

IKLAN

2. Betulkan niat & fokus pada apa yang nak ditegur. Jangan sentuh perkara lain luar daripada isu, jangan ungkit benda lama, benda personal atau sensitif. Tak jadi teguq nanti.

3. Tegur dalam keadaan aibnya terjaga. Nak tegur suami atau isteri, jangan tegur depan anak. Nak tegur anak, jangan depan mak atau ayah dan juga adik beradik. Nak tegur staff, tegur dalam bilik, bukan dalam mesyuarat secara terbuka. Bila tegur dalam aib terjaga, dia akan rasa selamat, tak jatuh air muka & dia akan tahu niat kita ikhlas.

4. Guna ayat yang betul. Jangan guna perkataan 'tapi'. Guna ayat 'cadangkan'. Ayat 'tapi' membunuh keikhlasan menegur. Ayat 'cadangkan' menunjukkan kita memberi pendapat untuk penambahbaikan. Mulakan teguran dengan ayat pujian & tutup dengan kesimpulan hasil cadangan. Contoh ayat "Hebatlah isteri abang masak lauk ni. Abang nak cadangkan lepas ni kurangkan garam sebab abang tak tahan masin" Ayat lain "Saya bangga dengan usaha kamu dalam jabatan kita. Saya nak cadangkan lepasni jaga timeline kerja kamu untuk pastikan kerja kita lebih on track."

IKLAN

Kalau ada perbalahan, elakkan, jauhkan diri. Kalau sejenis tak koyak, pi lah tapi kalau koyak sampai perlu memaki, usik sensitiviti orang semata nak menang hujah, toksah gaduh la. Nampak budak-budak sangat.

Macam mana nak halang orang dari bersuara, menghentam & cari pasai dengan kita? Itu luar dari kawalan kita. Biaq pi kat dia. Toksah layan sebab kalau kita layan depa lagi suka tu ja. Depa memang suka perhatian. Try kita senyap buat tak layan, confirm dia boring punya.

Akhir kata, jangan cetuskan pergaduhan, jangan terlibat dalam permusuhan, jangan cari salah orang. Nabi SAW kata apa? Kalau tak ada perkara baik yang nak dikata, lebih baik diam. Wallahua'lam.

Sumber kredit: Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI