Baru-baru ini tular berkenaan kisah pelakon jelita, Mimi Rozaiana Zainal Abidin atau lebih mesra disapa sebagai Mimi Lana yang bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama aktor kacak, Syafiq Kyle.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian wargamaya adalah satu hantaran di lamam Instagram milik Mimi, yang memaparkan dirinya kelihatan begitu manis dan sopan mengenakan hijab.
Hijabista difahamkan muat naik hantaran tersebut dilakukan Mimi selepas sehari bergelar tunangan kepada Syafiq Kyle.
Bertudung Hadiri Kursus Kahwin, Mimi Lana Terlihat Sopan Dan Anggun!
Menerusi video berdurasi pendek itu, dapat dilihat Mimk Lana yang sedang membetulkan hijab yang dikenakan di dalam sebuah kereta.
“Syukur Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga atas segala doa-doa yang baik dari kalian. I am so humbled by your kind words. 🥺🤍
“90 peratus adalah perancangan Allah, hanya 10 peratus yang datang dari saya. Segala yang terlihat dan berlangsung beyond my expectations. Bersederhana itu adalah impian perkahwinan saya dan semua disekeliling merestui dengan mudah,” Tulis Mimi pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Mengulas lanjut katanya, sepanjang kehidupanya selama 27 tahun. Mimi menjelaskan bahawa ini adalah kali pertama dirinya rasa begitu disayangi oleh ramai orang.
Ads
“Ini pertama kali saya rasa sangat sangat disayangi Oleh semua orang sehingga tiada satu pun perasaan yang tidak baik terdetik dalam hati saya. Alhamdulillah..🤲
“Terima kasih yang tak terhingga kepada Allah swt, terima kasih kepada keluarga saya dan keluarga pasangan saya. Tiada kata yang tepat untuk saya gambarkan perasaan saya ketika ini. Allah swt telah mempermudahkan segala-galanya untuk saya. Dan saya Akan terus berdoa urusan saya dan orang orang yang menyayangi saya dipermudahkan di masa akan datang. Insyaallah. Amin ya rabb,” tambahnya.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati, wargamaya telah membanjiri hantaran itu dengan memuji penampilan Mimi Lana yang manis berhijab, di samping itu ada juga yang mengambil kesempagan mengucapkan tahniah di atas pertunangannya. Berikut adalah beberapa komen yang ditinggalkan netizen.
“Cantiknya dik awak bertudung..Nampak lagi manis dan semoga bertambah kebahagiaanmu dunia dan akhirat”
Ads
“Tahniah Mimi Lana dan Syafiq Kyle..Semoga dipermudahkan urusan korang.. Even saya kecewa capikk dah nak kawen…”
“Cantiknya Mimi”
“Bakpo la comey dok oh ni”
Sekadar info, menerusi satu hantaran lain, Mimi turut memuat naik gambar tangan Syafiq Kyle yang sedang menyarungkan cincin ke jarinya, seolah-olah memberi bayangan bahawa dia dan jejaka pilihan hatinya itu bakal menamatkan zaman bujang masing-masing dalam masa yang terdekat.
Sehubungan itu, perkara ini telah menjadi bualan hangat dikalangan peminat dan wargamaya, yang rata-ratanya gembira dengan perkembangan terbaharu kedua-dua selebriti pujaan mereka itu.
Justeru, bagi meredakan keadaan Syafiq telah tampil membuat kenyataan bahawa dirinya kini sudah bersedia bergelar suami dan merancang untuk berkahwin dengan Mimi Lana pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Beraya bersama keluarga tercinta di kampung halaman tentulah sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh anak-anak perantau. Namun hasrat untuk beraya bersama keluarga terpaksa dilupakan kerana tidak dapat merentas negeri kerana wabak covid yang semakin ‘menggila.’
Hukum melanggar larangan merentas negeri ditetapkan kerajaan untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri adalah haram, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Menurut laporan Berita Harian, beliau berkata, hal ini kerana asas kepada larangan rentas negeri perlu dilihat daripada hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyakit taun.
Katanya, Rasulullah SAW menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.
“Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram.
“Sekarang angka (jangkitan) semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan (rentas negeri) bila rantaian jangkitan ini akan berhenti?
“Dalam media baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran),” katanya.
Beliau berkata demikian pada Seminar Cabaran Covid-19 Menurut Perspektif Islam dan Pelancaran Buku Fakulti Pengajian Islam di Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut disiarkan secara maya melalui aplikasi zoom.
Luqman berkata, perbincangan panjang mengenai hukum boleh dibuat bagaimanapun dalam menangani penularan Covid-19, umat Islam perlu kembali kepada perkara paling asas termasuk menerima larangan dikenakan pemerintah sekiranya dilakukan bagi tujuan kebaikan.
HIJABISTA: Kita berdoalah agar wabak covid ini segera berakhir dan rantaian wabak ini dapat diputuskan. Bagi mereka yang merindukan ahli keluarga terutama kedua ibu bapa, sentiasalah berdoa agar mereka diberikan kesihatan yang baik.
Canang kemewahan di media sosial, pempengaruh beri perspektif berbeza pada orang ramai. Hafiz dan Aina antara pempengaruh yang mempunyai pengikut ramai sehingga kini mempunyai legasi yang masih utuh dan mempunyai strategi tersendiri.
Bercerita tentang kehidupan seorang influencer yang kini kerap tayang kemewahan, Aina berpendapat bahawa zaman sekarang pendekatan yang berbeza berbanding dengan cara dia sendiri sebagai pempengaruh di peringkat awal dahulu.
“Mereka mungkin telah diberi latihan dan pendekatan untuk menunjukkan kemewahan yang dimiliki, malahan gaya hidup mereka juga penting untuk menarik perhatian orang di luar sana untuk mengikutinya, berbeza dengan pendekata kami berdua dahulu,” ujarnya.
Manakala Hafiz mempunyai padangan yang berbeza, mereka ini terdiri dari dua golongan, bahawa influencer itu sendiri mungkin mempunyai kehidupan sebegitu dan kedua bergantung juga pada penerimaan orang sekeliling.
“Zaman sekarang tidak pernah lari dari kemewahan yang ditayangkan di media sosial, gaya hidup, travel, makan dan media sosial adalah salah satu platform yang mendidik generasi sekarang. Oleh itu kitalah yang berperanan mendidik masyarakat untuk lebih bijak menilainya,” kongsinya lagi dalam majlis Briefing & Chillin’ With AINAA di Mariott Putrajaya.
Hafiz antara lima calon top 5 Influencer Tergempak Anugerah Gempak Most Wanted 2022 akui dia juga melalui proses memantangkan diri sebagai seorang pempengaruh. Begitu juga mereka generasi baharu, dalam proses untuk berada peringkat yang mereka ingini, pelbagai strategi pemasaran di lakukan mengikut kehendak semasa.
Walaubagaimanapun perubahan itu akan berlaku setelah mereka sedar untuk berada untuk terus relevan di dalam industri pasti memiliki kebijaksanaan. Proses ini juga mengajar mereka menjalaninya dengan jaya walaupun perjalanan kematangan itu tidak semuanya yang indah-indah berlaka.
Hafiz dan Aina gemar berkongsi cerita realiti sebenar kehidupan mereka, tidak pula ingin mereka di luar sana untuk mengikutinya seratus peratus. Tidak terlepas dari kencaman pasangan ini tidak pernah melatah malah anggap itu satu pengajaran dan lebih berhati-hati dalam sesebuah perkongsian di media sosial.
Tiada apa yang lebih membahagiakan pasangan ini apabila mendengar luahan orang sekeliling dan dapat membantu mereka adalah satu pembayaran balik atas doa dan sokongan mereka terhadapa kejayaan mereka di tahap ini.
Pempengaruh dan usahawan popular Hafiz Mahamad mendedahkan ramai individu dalam kalangan anak muda berusia bawah 25 tahun terbelenggu dengan hutang yang mencecah hingga jutaan ringgit. Jelas pengasas produk kecantikan Ainaa Beauty ini, kebanyakan anak muda terpengaruh dengan janji manis dan terjebak dengan sistem pengurusan syarikat tertentu yang secara tidak langsung memperalatkan mereka.
Tambah Hafiz, dia dan pasukannya sering dipertemukan dengan anak-anak muda yang meminta bantuan untuk keluar dari kesempitan dan hutang. Malah, ada yang pernah tersilap langkah merancang ekonomi sehingga terikat dengan hutang dan pinjaman tidak bertauliah serta menjadi mangsa diperalatkan oleh pengasas produk tempatan.
“Ramai anak muda berhenti berniaga, tak berjaya dan dikelilingi hutang. Ada yang dah bankrap di usia muda. Yang datang pada kami sampai ratus ribu hutang, mereka diajar berhutang dengan ah long!
“Kalau selama ini kita mendengar orang yang meminjam ah long berumur 30 tahun ke atas, tapi sekarang ni apa komitmen hidup mereka golongan muda untuk berhutang dengan ah long?
“Adakah mereka berkeluarga? Susah? Tidak… mereka masih belajar.
“Ini bermakna mereka dipergunaalatkan oleh sistem perniagaan yang salah,” jelasnya lagi.
Justeru kempen ‘Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru’ berobjektifkan untuk memacu masa depan ekonomi negara dan kestabilan kewangan golongan B40 muda.
Dalam kempen sama, Hafiz menyeru anak muda yang ingin menjana pendapatan melalui sistem ejen atau stokis, untuk lebih cakna dalam memilih jenama yang mempunyai wawasan serta visi di masa hadapan seperti AINAA Beauty.
Setelah hampir enam tahun menempa nama menggunakan sistem ejen dan stokis yang telus dan bersih, AINAA Beauty telah berjaya melahirkan lebih dari 3,000 orang usahawan bersama pasukan pengurusannya serta dibantu oleh 10 orang stokis terbesar dalam komuniti mereka yang kini mempunyai empayar perniagaan yang stabil dan berwawasan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
“Berpikir seperti seorang ratu. Ratu tidak takut gagal. Kegagalan adalah batu loncatan untuk kebesaran, “seperti yang dipetik dari kata-kata Oprah Winfrey. Wanita-wanita yang berpengaruh ini adalah lambang keyakinan, rahmat dan kekuatan yang berkekalan. Menjelang hari berlalu, mereka terus membina kejayaan bukan sahaja di tempat kelahiran mereka, tetapi juga di luar negara.
Wanita-wanita Malaysia yang luar biasa ini tidak hanya dikenali kerana sumbangan mereka dalam seni atau fesyen, tetapi juga dalam memperkayakan kehidupan orang lain. Berikut adalah 12 wanita Malaysia berpengaruh yang membuat sinergi positif di luar negara!
Nama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen, Datin Vivy Yusof benar-benar seorang Wonder Woman. Dia mengasaskan FashionValet pada tahun 2010 di mana jenama e-dagang kini menjadi salah satu jenama terbesar di rantau ini.
Datin Vivy telah mencapai begitu banyak penghargaan di dalam dan di luar negara. Dia telah disenaraikan dalam senarai Top 40 Di bawah 40 Tahun Majalah Prestige 2015 dan tahun ini, dia disenaraikan di Forbes sebagai salah satu daripada 30 Di bawah 30 Di Asia! Datin Vivy juga mendapat penghormatan untuk berkolaborasi dengan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Yang Terhormat Putri Sarah dari Negara Brunei Darussalam untuk pelancaran The Royal dUck, sebuah koleksi jilbab membawa mesej yang memberi kuasa untuk setiap wanita.
Ratu fesyen yang rendah hati menyesuaikan masanya bukan sahaja sebagai seorang usahawan dan seorang blogger, tetapi juga seorang isteri dan ibu yang penyayang kepada dua anak yang cantik!
Seorang pelakon, penyampai televisyen, model komersial dan usahawan, Neelofa benar-benar seorang ratu! Kerana kejayaannya yang berterusan, dia disenaraikan di Forbes sebagai salah satu daripada 30 di bawah 30 Asia, bersama dengan Vivy!
Neelofa juga merupakan pengasas jenama hijabnya, Naelofar Hijab, yang dijual di lebih daripada 30 buah negara termasuk Brunei, Australia dan banyak lagi. Dia juga disahkan oleh jenama besar seperti Aksesori Swarovski, Titan, Lancome Cosmetics dan juga FashionValet!
Neelofa terus bersinar kerana dia baru dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif baru Air Asia! Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes menyifatkannya sebagai Hijabis pintar, muda dan bebas.
Siapa yang boleh melupakan Dr. Amalina Bakri, yang mengegarkan negara dengan memperoleh 17 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2004. Kebijaksanan, Dr. Amalina terus memukau kami dengan kejayaan dan sumbangan yang tidak berkesudahan dalam dunia perubatan.
Dr. Amalina Bakri berkhidmat sebagai Pakar Bedah Jurulatih Khas di Imperial College Healthcare NHS Trust, Dr Amalina mengkhususkan diri dalam pembedahan umum, trauma / kecemasan serta pembedahan payudara. Selain itu, dia juga memberi ceramah di universiti berkaitan dengan kepakarannya!
Dr. Amalina benar-benar mendefinisikan dirinya seorang wanita yang kuat dan bebas. Baru-baru ini, beliau juga telah memulakan Kempen Bebas Wanita Boleh (IWC) di Twitter untuk mewujudkan kesedaran dan memperkasakan wanita bebas untuk menjadi tidak berani, kuat dan mengikuti mimpi mereka!
Seorang peguam yang menjadi blogger dan usahawan fesyen, Raja Nadia Sabrina adalah wanita di sebalik jenama Aere. Beliau percaya dalam mempraktikkan keperibadian sederhana dan bergaya untuk wanita di zaman ini.
Perjalanannya dengan Aere pastinya merupakan perjalanan roller coaster yang menarik. Pada Julai 2016, dia berjaya membawa Aere menjadi tumpuan antarabangsa di Minggu Fesyen Jakarta. Baru-baru ini, Aere telah dijemput sebagai jenama HANYA Malaysia di Minggu Fesyen Moden Dubai. Satu lagi pencapaian yang pasti tak dapat dilupakan oleh beliau.
Sudah tentu, di belakang gaya hidupnya yang sibuk, dia juga menghabiskan waktunya dengan suami dan anaknya Putra Elhanisa dan Putra Evrenilyasa. Raja Nadia Sabrina adalah seorang Wonder Mama!
Ratu hijabi yang terakhir ini membuat gelombang kembali pada tahun 2006 apabila semua orang mula memakai selendang sebagai sebahagian daripada penampilan harian mereka. Yuna, the Malaysian songbird yang juga penulis lagu dan ahli perniagaan telah membuat negara berbangga – terutamanya sekarang Yuna telah berpusat di Amerika Syarikat!
Dari penyanyi dan penulis lagu bebas kepada pelawak bertaraf dunia, Yuna telah bekerjasama dengan beberapa nama besar seperti Usher, Pharell Williams dan Jhene Aiko. Beliau juga menerima Anugerah Ikon Belia Kebangsaan pada tahun 2012 untuk pencapaian luar biasa dalam bidang seni!
Selain kerjaya muziknya, Yuna juga merupakan pengasas jenamanya sendiri, November Culture. Bermula dari menjual tudung Jetfuel yang terkenal, November Culture adalah mengenai keghairahan funky pakaian untuk wanita moden!
Dari MyTeksi ke GrabTaxi dan kini dikenali sebagai Grab, Tan Hooi Ling adalah wanita di belakang platform terkemuka di Asia Tenggara. Sebagai pengasas bersama Grab bersama rakannya Anthony Tan, Grab kini beroperasi di lebih daripada 60 bandar di 7 negara!
Tan Hooi Ling sendiri dalam pengalamannya menelefon teksi untuk menampung perjalanan hariannya, kedua-dua mereka tampil dengan idea di mana pelanggan boleh mempercayai pemandu teksi yang mereka ditugaskan. Bukan sahaja memberi manfaat dari segi keselamatan, tetapi juga berguna bagi mereka yang bepergian bersendirian atau larut malam.
Tan Hooi Ling percaya bahawa ia adalah situasi yang memberi keuntungan untuk kedua-dua pihak baik pemandu mahupun pelanggan. Grab memberi peluang kepada orang untuk mencipta sumber pendapatan dan menjadi lebih bijak teknologi pada masa yang sama. Hari ini, Grab telah menjadi pesaing kuat Uber, yang pastinya sesuatu yang patut kita lihat!
Salah seorang di belakang pembuatan Disney Cars 3 adalah seorang rakyat Malaysia? Kiki Poh adalah pengarah Teknikal Shading dan Grooming yang juga menjadikan orang Malaysia pertama yang bekerja sebagai artis animasi Pixar!
Kiki pertama kali direkrut oleh Pixar Animation Studios sebagai pelatih pada tahun 2010. Dia telah bekerja pada filem-filem seperti Toy Story 3, Monsters University serta Inside Out! Dalam filem Cars 3, watak Doc Hudson adalah salah satu watak yang dihasilkan oleh Kiki.
Mengenai perjalanan baru-baru ini ke Malaysia; Kiki juga telah mengadakan bengkel animasi di The One Academy untuk memberi inspirasi kepada para animator masa depan di negara ini. Saya percaya kita akan melihat lebih banyak kerja Kiki dalam filem Pixar yang akan datang!
Dikenali sebagai Ibu Teresa di Montreal, Sabariah Hussein adalah seorang wanita berusia 70 tahun yang menjadi tajuk utama ketika dia memasak lebih dari 200 orang sehari dalam bulan Ramadan. Kredit: Safura Tawil di Facebook Sister Sabariah berpindah ke Kanada kira-kira 30 tahun yang lalu untuk bekerja sebagai guru pendidikan khas.
Inspirasinya pada pergerakan itu bermula kira-kira 18 tahun yang lalu, ketika ia merasa prihatin setelah melihat wanita dari jalan-jalan memohon makanan. Oleh itu, dia memutuskan untuk menjalankan perlindungan wanita sendiri dari rumah. Itulah bagaimana semuanya bermula untuk Sister Sabariah.
Sister Sabariah berkawan dengan dua gereja, sebuah bank makanan dan sebuah NGO untuk menyediakan makanan dan tempat tinggal kepada golongan miskin dan tiada tempat tinggal. Dia juga menjalankan gerai di sebuah masjid tempatan di mana pasukan sukarelawannya datang membantu. Saudara Sabariah mengalu-alukan sesiapa sahaja tidak kira agama mereka kerana dia percaya dalam melakukan amal dan memberi semangat kepada masyarakat sebagai inspirasi!
BACA JUGA ARTIKEL INI: http://www.hijabista.com.my/30-tahun-wanita-kelahiran-malaysia-digelar-muslim-mother-teresa-ini-sumbang-bakti-beri-makanan-percuma-di-luar-negara/
Ah, Orked yang cantik yang menangkap mata dan hati ramai orang di seluruh dunia dengan persembahannya yang luar biasa dalam filem Sepet. Dilakonkan oleh pelakon kecil dan cantik, Sharifah Amani, wanita fenomenal ini sentiasa membuat gelombang dalam industri hiburan.
Sharifah Amani telah membintangi banyak filem dan telemovie tempatan, terutama yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad seperti Gubra dan Muallaf. Sharifah Amani turut memenangi Anugerah Pendatang Baru Paling Menakjubkan pada Festival Filem Malaysia ke-18 pada tahun 2005!
Selain dari perjalanan di seluruh dunia dengan kain baju kurungnya, Sharifah Amani juga terlibat secara aktif dalam dunia pengarah. Dari festival tempatan hingga festival filem antarabangsa, Sharifah Amani terus mencairkan hati dengan bakat terbakarnya dan cinta untuk seni!
Dikenali sebagai Jimmy Choo yang akan datang, Christy Ng adalah pengasas dan CEO ChristyNg.com. Ia adalah sebuah syarikat kasut dalam talian yang mengkhusus dalam kasut buatan tangan, dari kasut perkahwinan hingga kasut tumit tinggi dan kasut am sejak 2010!
Christy sentiasa mempunyai bakat untuk seni dan keusahawanan. Pada tahun 2012, dia mempamerkan reka bentuk pertamanya di Facebook dan jadi mereka berkata, selebihnya adalah sejarah. Kasut Christy berbeza daripada yang ada di pasaran kerana pelanggan dapat merekabentuk kasut mereka sendiri di laman web. Tidak kira bagaimana anda mahu, Christy boleh melakukannya!
Hari ini, wanita dari lebih daripada 30 negara memakai kasut jenama Christy Ng dan jumlahnya semakin meningkat setiap hari. Christy pasti membuat gelombang di luar negara bukan sahaja sebagai Jimmy Choo yang akan datang, tetapi sebagai pereka kasut yang berjaya mereka kasut sendiri!
Ahli novel saintifik yang berpaling dari saintis ke novelis sedang dalam perjalanan ke industri buku thriller. Dikenali novel debutnya yang bertajuk Yesterday, buku thriller ini telah mendapat ulasan hebat di seluruh dunia!
Felicia pelajar biokimia di Imperial College London dan kemudian menyelesaikan doktornya dalam sejarah di Cambridge University. Menjadikan pengalamannya di Cambridge yang memberi inspirasi kepadanya untuk menulis buku beliau, Yesterday. Terdapat juga unsur-unsur Cambridge dalam bukunya!
Penyanyi kelahiran Sarawak ini adalah penyanyi-penulis lagu, gitaris dan pemain Ukulele yang membuat debutnya dengan lagu Bitter Heart.
Zee Avi bukan sekadar superstar Youtube sahaja malahan pada tahun 2009, Zee keluar dengan album debutnya yang menjadi hit di Malaysia. Semasa menetap di Amerika Syarikat, Zee terus menyebarkan sayapnya dengan muziknya!
Pada tahun 2011, Zee Avi menerima Anugerah Ikon Belia (Antarabangsa) dari Kerajaan Negeri Sarawak. Beliau juga telah dianugerahkan Pegawai Bintang Kenyalang (Pegawai Perintah Bintang Hornbill Sarawak) setahun kemudian. Salah satu pencapaian antarabangsanya akan memenangi Lagu Filem Asal Terbaik di Pesta Filem dan Anugerah Filem Golden Horse Golden Taipei yang diadakan pada tahun 2016 di China!
Seorang wanita mampu berbuat begitu banyak perkara dalam satu masa di mata di dunia. Tetapi, wanita lain yang tertanya-tanya adakah ada orang lain yang boleh melakukan segalanya bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk orang yang tersayang. Saya berharap wanita Malaysia yang luar biasa ini akan memberi inspirasi kepada anda untuk pergi ke sana dan mengejar impian anda! Tiada yang mustahil dan mereka adalah bukti hidup yang mimpi dapat menjadi kenyataan selagi anda tidak berputus asa. Kami semua ratu di hati! Mereka semua Wonder Women untuk inspirasi semua Wonder Hijabi!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di