Setiap hari kitaran haid adalah gambaran tahap hormon “tiga besar” yang berlainan: estrogen, progesteron dan testosteron. Bukan sahaja wanita yang dirancang agar tahap ini berubah-ubah, tetapi hubungan mereka juga berbeza setiap hari, mempengaruhi bagaimana penampilan dan perasaan anda.
Kunci utamanya adalah untuk memahami mengapa ia berubah-ubah dan apa yang boleh kita lakukan untuk mengendalikan variasi ini. Sekiranya anda seperti kebanyakan orang, kulit anda mungkin mempunyai hari yang baik dan tidak begitu baik. Tetapi mengapa? Sudah tentu, faktor seperti tekanan, makanan yang anda makan dan produk dalam rejimen semuanya memberi perbezaan. Tetapi hormon anda juga memainkan peranan utama.
Bagaimana Hormon Anda Mempengaruhi Kulit Anda Sebelum, Semasa dan Selepas Tempoh PERIOD
Naik turun hormon memang memberi impak kepada keseksian rambut, kulit, tubuh, malah bau badan anda. (Kecuali: Jika anda makan pil perancang, anda tak melalui ovulasi, jadi anda tak mengalami manfaat sama). Tapi ini tak bermakna anda kena jadi ‘hamba’ pada kitaran ini. Guna pelan minggu-ke-minggu ini untuk buat anda nampak sultry sepanjang bulan.
SEWAKTU PMS
Apa sedang berlaku: Selain daripada selera makan memuncak (kek! coklat! kentang goreng!), anda mungkin ada beberapa jerawat (atau wajah yang sentiasa perlu dibedak) juga rambut berminyak.
Puncanya: Progesteron, hormon yang memuncak kira-kira enam hari sebelum haid bermula yang menyebabkan wajah dan kulit kepala mengeluarkan lebih minyak. “Itulah sebabnya hampir semua wanita di bumi ini mengadu mengenai kulit wajah yang kusam dan bad hair day sebelum datang haid,” kata Dr Ranella Hirsch, pakar kulit di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat.
PELAN RAPI DIRI:
Kekang kemunculan minyak. Taktik rawatan awal dapat mengawal serangan jerawat pada minggu ini. Tapi untuk mengekang akne yang dah keluar, adun beberapa titis perawatan berasaskan benzoyl-peroksida untuk melawan bakteria dan menyingkir minyak. Untuk rambut, gunakan syampu clarifying – walaupun ia diperbuat untuk membersihkan rambut daripada bahan penggayaan, ia berkesan juga pada minyak.
PRODUK CADANGAN:
WAJAH:
Acnes Sealing Gel, Clean And Clear Active Clear Acne Speed Clearing Gel, Mario Badescu Drying Lotion.
RAMBUT:
Pantene Damage Detox Deep Cleanse Purifying Shampoo, Philip B Peppermint & Avocado Volumizing & Clarifying Shampoo, OUAI Detox Shampoo
Samarkan masalah – Cara terbaik untuk sembunyikan semua kesan jerawat adalah menyapu beberapa lapisan nipis bedak asas. Pertama, ratakan bedak asas cecair ke seluruh wajah untuk sekatakan tona kulit, kemudian pedap penyamar dengan berus supaya ia meliputi bahagian jerawat, dan sempurnakannya dengan bedak.
PRODUK CADANGAN:
MAC Studio Fix Fluid foundation,Maybelline Fit Me- Matte+ Poreless foundation
Jangan lupa pelembap – Jerawatlah puncanya anda jadi stress, dan tekanan sebegini akan ‘menghidupkan’ kelenjar tertentu, menambah pengeluaran minyak dan mengurangkan kemampuan kulit untuk memegang lembapan – sebab itulah muncul tompokan berminyak dan kering. Lagipun, jika anda elak pelembap tapi asyik guna ubat jerawat saja lagilah mengeringkan, menyebabkan tubuh anda nak kena keluarkan lebih banyak minyak. Jadi, pilih pelembap bebas-minyak untuk seimbangkan keadaan.
PRODUK CADANGAN:
Fresh Jumbo Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Moisturizer, L’Oréal Paris Hydra Genius Moisturizer, Peter Thomas Roth Water Drench Hyaluronic Cloud Cream.
SEWAKTU HAID
Apa sedang berlaku: Yang bagusnya: “Progesteron merudum, jadi kulit dan rambut kurang berminyak,” kata Dr Hirsch. Tapi bila minyak dah kurang, bekas jerawat mengganggu dan bau badan pula menjelma.
PELAN RAPI DIRI:
Samar bekas jerawat – Jerawat yang muncul sewaktu PMS biasanya akan tinggalkan sedikit kesan merah (tompok reaksi post-inflammatory). Lakukan lebih pengelupasan untuk menukar sel rosak tadi kepada permukaan tona wajah yang lebih sekata.
PRODUK CADANGAN:
Cicapair Tiger Grass Cream, Drunk Elephant T.L.C. Sukari Babyfacial, First Aid Beauty Facial Radiance AHA Intensive Peel
Bauan memikat – Charles University di Prague melakukan satu kajian di mana sekumpulan lelaki perlu menghidu bawah lengan (uh, okey) wanita pada waktu berbeza pada kitaran haid dan mendapati bau mereka kurang ‘enak’ sewaktu datang bulan. (Mereka lebih tertarik sewaktu ovulasi, FYI). Jelas sekali, tiada masa yang lebih sesuai untuk semburkan aroma memikat itu. Haruman buah serta flora amat sensual dan kesturi dianggap afrodisiak.
PRODUK CADANGAN:
DIOR Joy By Dior Eau De Parfum, Jo Malone London Wisteria & Lavender Cologne, Ouai Melrose Place Eau De Parfum
SEWAKTU OVULOSI
Apa sedang berlaku: Oh, helo sistur! Sekitar hujung minggu, anda akan subur, dan beberapa hari sebelum go gether, kadar estrogen memang tinggi menjadikan anda a total man-magnet. Rambut nampak berkilauan, kulit nampak cantik berseri. “Itulah cara alami untuk membantu wanita menarik perhatian pasangan,” kata Dr Hirsch. Yang berhijab pastikan tiada bau kepam sebalik hijab
PELAN RAPI DIRI:
Tarik nafas. Sang teruna memang berkenan sangat dengan anda minggu ini, dan dah banyak kajian membuktikannya. Seperti dilaporkan, mereka tertarik dengan semula jadi anda tanpa mereka sendiri sedari. Kalau rasa ingin dimanjai, janganlah menahan diri. Rambut mahkota wanita berhijab yang perlu dibelai. Hindari bau kekalkan kesegaran ya sis!
Apa sedang berlaku: Sebaik selesai ovulasi, tubuh anda akan ‘bekerja’ untuk mengeluarkan dua hormon, tapi malangnya, ia takkan membantu penampilan anda. “Minggu ini, anda akan hadapi pengeluaran hormon berminyak, testosteron dan progesteron, yang akan buat tubuhmu menyimpan air,” kata Jill Maura Rabin, pakar sakit puan di New York dan penulis Mind Over Bladder. Walaupun kadar hormon itu tak cukup tinggi untuk menyebabkan sebarang ‘kerosakan’ besar, tapi sesuatu akan berlaku tak lama lagi, jadikannya minggu persiapan untuk menghadapi simptom PMS kelak.
PELAN RAPI DIRI:
Singkir kembung air. Jika anda tahu perlu sarungkan skinny jeans bila sedang PMS, makanlah dengan baik minggu ini. Kurangkan garam dan makanan memerangkap air seperti kicap dan kentang goreng, dan pilih makanan pembanteras kembung seperti tembikai dan timun. Minum banyak air sekarang (cuba teh herba dan air dengan lemon kalau H20 membosankan) juga membantu.
PRODUK CADANGAN:
BOH Camomile Herb Bags, Twinings, Assorted Herbal Teas, Chamomile herba tea
Belek muka. Memperuntukkan waktu untuknya akan membantu anda bila jerawat disebabkan PMS mula keluar. Ia dijadualkan muncul dalam minggu akan datang, jadi mulalah menjaga pori wajahmu. Merawat kulit dengan bahan antijerawat seperti benzoyl-peroksida atau asid salisilik akan kekalkan kadar seimbang bagi sebum dan bakteria. Tukar pembersih wajah biasa anda kepada yang mempunyai kandungan antijerawat.
Selaras dengan penyebaran COVID-19, dan Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) sudah pastinya kita kekal di rumah dalam tempoh ini.Pelbagai aktiviti dan masakan telah dicuba. Namun anda semua jangan cepat mengalah dan bosan untuk kekal mengikut arahan kerajaan.
Perkongsian resepi mudah ini, hijabista kongsi untuk anda yang bujang mahupun berkeluarga agar tidak buntu dengan rutin harian. Selamat mencuba!
1. Kuih Pintal (guna 3 bahan , 15 minit dah siap)
Bosan tunggu lori roti GARDENIA, jomlah korek bahan kat dapur yang masih berbaki. Resipi ini pun tak kurang hebatnya.
BAHAN: (Untuk 8-10biji)
Telur sebiji
Gula 2 sudu
Tepung pulut (Agak agak sampai jadi doh)
CARA:
Pukul telur dan gula sampai kembang. Pukul pakai sudu jak pun boleh.
Dah kembang, masukkn tepung pulut. Agak agak jak sampai jadi doh. Kalau doh keras, renjis sikit air
Dah uli, gulung gulung ikut bentuk macam di bawah.
Goreng guna api kecil. Dah panas, masukkn kuih dalam kuali. Tunggu sampai kembang dan keperangan baru angkat, jangan angkat cepat sangat risau dia mengecut.
Biarkan kejap, pastu tabur gula aising atasnya. Nak makan dengan sardin pun boleh .
*If nak tambah garam sikit, tepung banyak n tambah air pun boleh.
Sumber: Kasmi Saharing
2. Tauhu Berlauk Crunchy
Menu kreatif ini untuk hijabi yang masih single, selalu order tauhu segerakan. Bila dah duduk di rumah boleh cuba resipi ini.
BAHAN:
Isi tauhu dua keping
Tauhu telur 1 bungkus
Sayur sayuran yang bersesuaian (saya guna lobak,daun sup,cili merah dan lobak)
Bahan perasa (saya guna serbuk pati ayam & lada hitam)
Telur & tepung serbaguna untuk salutan
Blendkan semua bahan bersama sedikit sahaja air kecuali telur . Agak agak lah adjust bahan perasa tu ikut selera, jangan terlalu masin. Sekiranya bancuhan menjadi terlalu cair, tambahkan tepung gandum. Sementara nak siapkan bahan blend ni, boleh panaskan dulu pengukus.
Langkah 2
Dapatkan kepekatan yang sesuai supaya tauhu senang disudu ke dalam acuan untuk proses kukus & goreng.
Langkah 3
Sudukan bahan yang telah di blend ke dalam acuan. Tak kisah nak guna acuan apa apa pun, saya ada acuan kuih ni saja Kalau guna acuan seperti saya, dapat lah dalam 12 biji tauhu berlauk ni.
Sapukan sedikit minyak di dalam acuan supaya senang nak keluarkan isi tauhu kukus walaupun masih panas. Isi je penuh dalam acuan, jangan risau dia takkan melimpah pun.
Langkah 4
Okay lepas dah kukus dalam 10 minit macam tu, isi tauhu tadi akan naik macam ni. Maknanya dah masak cantik dah. Sekarang dah ready untuk digoreng.
Langkah 5
Keluarkan isi tauhu kukus. Dalam mangkuk,pecahkan sebiji telur dan masukkan sesudu makan tepung serbaguna. Pukul rata dan celupkan tauhu kukus.
Langkah 6
Gorengkan dalam minyak yang betul betul panas supaya effect crunchy telur dan tepung tu jadi.
Langkah 7
Okay terbalik terbalikkan, biar semua sekali garing. Angkat dan hidangkan. Sebelum hidang, saya dab dab dulu dengan tisu dapur, tak gemar kalau berminyak
Baiklah, dah siap! Begini la rupa tauhu berlauk crunchy tu, bolehlah dimakan dengan apa apa sos pencicah macam sos thai ke sampal kicap ke. Saya guna sos thai yang dibancuh dengan air gula, hirisan cili padi, daun ketumbar dan bawang merah segar. Sedap sangat !
sumber : Nur Diyana via MAHN
3. Puding Oreo Milo
Menyediakan hidangan pencuci mulut bukan sesuatu yang sukar, guna bahan yang ringkas tapi tetap menjadi. Sedap pula tu. Untuk hari ini, apa kata ibu-ibu cuba Puding Oreo Milo ini. Air tangan dari Noraslinda Bugal ini viral cukup mudah. Hanya guna 5 bahan je. Jom cuba!
BAHAN:
1 paket serbuk agar-agar(10 gram)
800 ml susu segar(saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
150 gram gula pasir
8 keping biskut Oreo
2 sudu besar Milo
CARA:
Satukan serbuk agar-agar,susu segar dan gula pasir di dalam periuk.Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.Sentiasa dikacau
Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut(Jangan terlalu halus)
Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.Tuang biskut tadi ke dalam acuan
Tapis agar-agar dan tuang ke dalam acuan(Jangan tuang habis semua.Tinggalkan sedikit untuk lapisan Milo)
Gunakan garfu,kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan.Ketepikan
Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo.Kacau sehingga Milo hancur dan sebati
Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.Sejukkan
4. Puding Susu Nata De Coco
Bahan-bahannya pun tak lah banyak mana dan cara-caranya membuatnya pun cukup mudah. Bolej ajak anak-anak dan suami buat sekali. Bonding time!
BAHAN:
1 cawan tepung custard
5 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 tin susu cair
CARA:
Masak sampai likat dan berkilat
Sejukkan masukkan dalam bekas
Bubuh cocktail, nata de coco n curah susu
Sejukkan dalam sejuk.
Siap!
Kredit: Iffy Iruzza via MAHN
5. Cucur Udang Rangup Makan Tak Henti
Biasa kalau beli cucur udang tak kan dapat rasa sebagaimana yang diinginkan. Ada yang terlalu berminyak, keras dan sebagainya. Senang aje, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras. Kalau ada yang teringin nak makan, boleh buat untuk minum petang nanti sambil bayangkan suasana kampung.
BAHAN:
Tepung gandum – 2 cawan
Tepung beras – hampir2 1 cawan
Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh)
Udang kecil
Ikan bilis – segenggam
Bawang merah dimayang nipis – 3 ulas
Daun kucai
Serbuk kunyit
Garam
Air (tiada dlm gambar)
Minyak masak (tiada dlm gambar)
CARA:
Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong2
Udang kecil dibuang kepala
Kemudian ambil satu magkuk besar
Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
Masukkan garam / serbuk pati ayam
Gaul2 kan (kering tanpa air)
Kemudian masukkan kedua2 jenis udang & ikan bilis
Masukkan juga serbuk kunyit
Masukkan pula bawang & daun kucai
Masukkan air (agak2, jgn terlalu lembik)
Gaul2 biar sekata (warna & bahan2 nya)
Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis. Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang
Bukan mudah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Nabilah Bahrin atau lebih dikenali sebagai Kak Nab telah berkongsi mengenai pengalaman suka dukanya yang bermula dengan hanya menjual barangan melalui ‘car boot sales’
Pasti anda familiar dengan figura seorang ini yang sering tular dengan video makeup di laman media sosial iaitu ‘Mudahnya makeup-by kaknab’. Bukan sahaja video makeup, kini dia juga sering tular di TikTok dengan video-video makanan. Kak Nab juga sering menjadi kegemaran ramai dan terkenal dengan celotehnya (‘beletiaq’) dalam loghat utara. Suka betul dengar!
Berusia 31 tahun, Siti Nabilah Dol Bahrin atau Kak Nab ini telah memiliki empayar sendiri dalam bidang kosmetik iaitu Averly Cosmetics dan juga butik pakaian iaitu Nabella Butik. Mari dalami kisah usahawan ini dengan lebih lanjut!
Mula berniaga lapan tahun lepas
Memetik perkongsiannya bersama Nona, usahawan wanita ini mendedahkan bahawa dia mula berniaga kira-kira lapan tahun lepas.
“Terdetiknya mahu berniaga sekitar tahun 2014. Dengan hanya berbekalkan modal RM500 dari kawan lelaki yang sekarang dah jadi suami, saya gigih jual tudung dekat Pasar Tani, Pasar Malam termasuk Car Boot Sale.”
“Sebelum ini saya pernah bekerja di sektor perbankan. Pagi kerja di bank, sebelah malam pula saya berniaga di pasar. Memang letih tapi puas. Alhamdulillah, saya sentiasa dapat sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan.” ujar usahawan wanita ini.
Kak Nab juga telah meluahkan rasa syukur kerana melalui perniagaan ini dia belajar erti hidup susah.
“Sejak zaman universiti lagi saya dah mula berniaga kecil-kecilan. Saya jual barang-barang terpakai kepunyaan sendiri secara Door to Door. Ketuk pintu rumah orang untuk menjual sebab kawasan tersebut jauh dari kedai dan supermarket.
“Sebenarnya sejak awal berniaga, untung yang saya dapat tak adalah banyak mana. Lebih kepada kepuasan dan bantu tampung perbelanjaan yang kurang.” tambahnya lagi.
Permulaan perniagaan
Kak Nab juga telah berkongsi mengenai keseronokan bekerja sendiri dan titik permulaan perniagaannya iaitu Nabella Butik.
“Seronoknya berniaga sebab kita boleh rancang masa sendiri, tambahan pula bila dah ada anak. Sebab itu jugalah saya berhenti kerja dan serius berniaga. Kira-kira dua tahun kumpul duit jualan tudung barulah saya mampu buka butik dengan kos RM15,000.”
Menurutnya, Nabella Butik ini pada awalnya berkonsepkan vendor, tapi bila dah ada modal lebih, dia mula membawa masuk barang sendiri seperti baju, tudung,
handbag, kasut dan macam-macam aksesori.
Setelah itu, apabila dia sudah dikenali dan mempunyai ramai pelanggan, dia cuba untuk mengembangkan perniagaannya dalam bidang kosmetik pula iaitu Averly Cosmetics. Produk kosmetiknya itu kini sudah pun memiliki empat produk iaitu Beauty Oil, Foundation, Krim Jerawat dan Magic Gloss.
Bangkit semua setelah ditipu
Bak kata pepatah ‘bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’. Perjalanan untuk mencapai kejayaan ini bukannya sesuatu yang mudah dan pasti ada dugaan tersendiri. Buat usahawan ini, dia juga pernah mengalami kerugiaan sebanyak RM20,000 akibat ditipu.
“Untung hasil jualan di butik, saya labur RM20,000 beli kain untuk koleksi raya. Waktu itu saya ambil khidmat orang tengah. Bila dapat sample, kain memang cantik dan kualiti pun ok. Sebaik saja kain sampai, saya terus hantar jahit tanpa periksa keadaan kain.
“Tailor pula tak maklumkan apa-apa. Hampir tiga puluh peratus dah siap dan dihantar kepada saya untuk cuba..Rupanya, material kain tersebut mudah koyak dan pecah. Sudahnya, saya terpaksa juga bayar kos jahit dan buang semua kain sebab dah tak boleh pakai” ujarnya lagi.
Walaupun pernah ditipu berpuluh ribu ringgit, ianya tidak mematahkan semangat usahawan ini untuk terus bangkit. Dengan hanya berbekalkan usaha dan bermula daripada bawah, kini sudah membuahkan hasil buat usahawan ini. Para hijabi boleh menjadikan kisah Kak Nab ini sebagai inspirasi dan pembakar semangat di masa hadapan.
Penyanyi dan pelakon jelita, Nas Adila mengumumkan khabar duka apabila dirinya diuji menghidap kanser payudara sebaik sahaja menjalani rawatan dan pemeriksaan di Hospital Selayang pada awal Mac lalu.
Meskipun terkejut dengan keputusan pemeriksaan yang dijalani itu, Namun Nas akui dirinya redha dan terpaksa kuat untuk mengharungi ujian yang dititipkan Allah buatnya dan mahu sentiasa kekal positif berdepan ujian ini.
Rasa Ketulan Semakin Membesar, Terus Lakukan Pemeriksaan
“Awal tahun lalu saya mula rasa ketulan pada bahagian payudara dan lama-kelamaan ia semakin membesar. Apabila melakukan pemeriksaan melalui sampel saya disahkan kanser dan berkemungkinan tahap tiga.
“Memanglah terkejut apabila doktor maklumkan hal tersebut. Tipu kalau saya katakan tidak sedih, tapi sejak awal lagi saya cuba lawan. Saya kena kuatkan hati dan reda dengan ujian Allah ini,” katanya lapor sebuah portal hiburan.
Justeru itu, sebagai langkah susulan. Nas berkata dia akan melaksanakan satu lagi CT scan untuk mengetahui dengan lebih tepat tahap sebenar kanser yang dihidapinya serta memulakan rawatan kemoterapi pada minggu hadapan.
Akur Dengan Ujian Allah, Yakin Ada Hikmah Disebaliknya
Mengulas berkenaan ujian yang menimpa dirinya, Nas meluahkan rasa syukur dan menganggap segala apa yang terjadi dalam kehidupanya sebagai satu hikmah dan juga asbab untuk dia lebih dekat kepada yang maha pencipta.
“Saya percaya setiap ujian itu sebagai tanda Allah masih sayang. Apabila dapat tahu tentang sakit ini, sebenarnya saya bersyukur kerana Allah jentik hati untuk dekatkan diri-Nya.
“Setelah jadi begini pastinya saya akan cuba perbaiki diri menjadi lebih baik. Dalam masa sama saya juga lebih prihatin dengan tahap kesihatan selain pengambilan makanan. Saya cuba sebaik mungkin untuk lawan sakit ini,” ujarnya.
Jelasnya lagi, sejak diuji dengan ujian kesihatan ini, dia menerima dukungan dan juga sokongan positif dari keluarga dan juga orang sekeliling. Malah, hubungannya bersama suami menjadi lebih akrab berbanding sebelumnya.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...