Dalam senario ‘new ummah’ masa kini ini, memang kita didedahkan dengan pelbagai situasi. Misalnya hukum bagi seorang perempuan yang tidak menutup aurat tetapi solat lima waktu tidak tinggal. Apakah solatnya juga jadi tidak sah dan hanya sia-sia. Ataupun bagaimanakah hukumnya yang sebenar.
Menurut jawapan dari Ustaz Azhar Idrus, tidak tinggal solat bermakna dia masih Islam. Jika tidak solat, maka tiada satu rukun Islam.
Tidak cukup satu rukun maka tidak sempurnalah Islamnya. Sama seperti solat ada 13 rukun.
Ads
Jika tidak rukuk maka tidak sah solatnya. Jadi, bila tinggal satu daripada rukun Islam, seseorang tidak dikatakan Islam.
Jika tidak tutup aurat tetapi tetap solat, dia dikira berdosa kepada Allah. Islamnya masih ada, kecuali jika dia tinggal solat, maka Islamnya akan tercabut.
Ads
Perempuan yang tidak pakai tudung tetapi solat itu lebih baik daripada perempuan yang pakai tudung tetapi tidak solat.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Manakala bagi perempuan yang masih tidak bertudung, maka hendaklah dia memasang azam untuk memakai tudung. Insya-Allah.
Siapa tidak kenal dengan penyanyi dangdut era 90-an, Iwan Shahman yang pernah popular dengan lagu “Yang Tersayang”, “Memori Daun Pisang” dan “Sepayung Berdua” gandingan serasi duet bersama ratu dangdut, Amelina suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun itu semua sekadar tinggal kenangan. Malah, sejak berhijrah ke arah yang lebih baik dan mendalami agama Islam, Iwan akui dirinya kini lebih tenang dan sentiasa berusaha untuk kekal istiqamah dengan mengabdikan diri di jalan Allah SWT.
Malah, dia bertekad tidak akan menyelusuri kembali zaman jahil berkenaan dan mahu terus mara kehadapan mencari keredhaan Allah SWT.
“Kehidupan kita ini bukan lagi macam dulu. Allah beri saya sekali sahaja peluang. Sekiranya saya ulang dan kembali seperti dulu, saya tidak tahu bagaimana keadaan saya.
“Jadi saya berusaha untuk istiqamah agar tidak lagi mengulangi apa yang pernah dilakukan pada masa lalu.Hidup saya sekarang untuk mencari reda Allah. Semua orang juga seperti itu. Antara mereka yakin atau tidak,” jelasnya.
Menurut Iwan lagi sepanjang 12 tahun usia penghijrahan yang dilakukanya. Tidak sekalipun dia terlepas untuk memohon kepada Allah, berdoa agar Allah tidak membolak balikkan hatinya dan memperoleh istiqamah agar terus berbakti di jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
“Sudah 12 tahun saya berhijrah dan saya sentiasa berdoa agar dapat kekal istiqamah dalam perjalanan ini, selain meneruskan kerja-kerja dakwah,” ujarnya lagi.
Sekadar info, terdahulu pemilik nama penuh Wan Syahman bin Wan Yunus atau lebih dikenali sebagai Iwan ketika zaman kemuncaknya bergelar Raja Dangdut Malaysia.
Beliau juga merupakan seorang penerbit, penulis lagu dan penyanyi yang bergiat aktif di dalam lapangan muzik Malaysia dan Indonesia.
Kini beliau masih bergiat aktif memperjuangkan muzik dangdut, tetapi dalam genre nasyid sejak tahun 2009 dengan nama komersil Iwan Syahman.
Sudah tentu, anda tidak boleh menentukan segala-galanya tentang sesiapa sahaja dengan melihat mereka, tetapi terdapat ciri-ciri tertentu yang mendedahkan ciri-ciri tertentu keperibadian anda. Ia mungkin terdengar pelik, tetapi ia benar.
Satu ciri yang menceritakan tentang keperibadian anda ialah hidung. Kajian ini juga telah disahkan oleh Profesor Abraham Tamir dari Universiti Ben-Gurion. Jadi, mari kita ketahui apa yang dikatakan hidung anda tentang anda.
Individu yang mempunyai hidung Yunani berbentuk panjang dan lurus dengan rabung sempit sepatutnya bekerja keras. Mereka lebih suka bercakap lurus daripada berdebar-debar. Mereka terpelihara dan tidak mahu menjadi pusat perhatian. Anda boleh menganggap mereka sangat setia dan praktikal. Individu yang mempunyai hidung sedemikian tidak mudah membuka perasaan mereka dan oleh itu, agak sukar untuk memahaminya.
Jenis hidung ini biasanya lebar dan pendek panjangnya. Ia agak berbeza daripada jenis hidung yang lain dan boleh dikenali dengan mudah. Individu yang mempunyai hidung Nubian dianggap sangat kreatif dan bersemangat. Mereka mempunyai banyak karisma.
Hidung Rom mempunyai benjolan kecil di tengah-tengah rabung hidung yang menghala ke bawah di hujung. Individu yang mempunyai hidung seperti ini dianggap mempunyai personaliti yang kuat. Mereka sangat kuat di hati, berdedikasi pada kerja mereka dan sangat baik dalam mengumpulkan orang untuk mengambil tindakan. Ramai pula lakukan teknik suntikan untuk mendapatkan bentuk hidung ini!
Hidung jenis ini lurus sempurna dan terletak pada sudut hampir 90 darjah. Individu yang mempunyai hidung seperti itu biasanya menarik dan dianggap mendominasi dan berfikiran perniagaan.
Hidung elang sangat panjang dengan sedikit cangkuk di hujung yang menghala ke bawah. Batang hidungnya sangat menonjol dan melengkung. Individu yang mempunyai hidung jenis ini tidak peduli apa yang orang lain fikirkan tentang mereka dan bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka.
Hidung mancung agak kecil daripada jenis lain, tetapi ia tidak menonjol sama sekali dalam sebarang arah. Individu yang mempunyai hidung ini agak pemarah, agresif, dan bertindak balas dengan cepat. Walaupun begitu, mereka penuh dengan keseronokan dan tenaga.
Hidung jenis ini panjang dengan cerun cekung dan terangkat ke atas di hujungnya. Individu yang mempunyai bentuk hidung ini dianggap sangat positif dan bersemangat dan berkongsi ikatan yang sangat kuat dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.
Hidung ini agak serupa dengan hidung mancung, tetapi ia agak panjang, sempit, dan simetri pada kedua-dua belah. Individu yang mempunyai jenis hidung ini dianggap sangat menarik. Jadi, apakah bentuk hidung anda? Adakah penerangan itu sepadan dengan personaliti anda?
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam hadis Rasulullah menyatakan, doa adalah senjata ampuh buat orang beriman. Allah menjelaskan dalam al-Quran, keutamaan berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah dalam apa jua keadaan.
Maka, setiap kali menadah tangan memohon doa, jangan ketinggalan untuk berdoa. Permintaan kita itu adalah ibadat yang mampu membina kesejahteraan bagi mewujudkan silaturahim yang lebih kukuh.
Berikut doa yang boleh diamalkan bagi memohon keselamatan.
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Riwayat Abu Daud (5088), al-Tirmizi (3388), Ibn Majah (3869), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (10178) dan Ahmad (446)
Doa ini diriwayatkan oleh Uthman bin Affan R.A. Beliau berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca: “بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ” (Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”
Riwayat Abu Daud (5088), al-Tirmizi (3388), Ibn Majah (3869), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (10178) dan Ahmad (446). Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’uth, hadis ini adalah hasan.
Dalam hadis ini dinyatakan akan kelebihan orang yang membaca doa ini pada awal siang hari dan awal malam hari. Doa tersebut dimulakan dengan nama Allah adalah untuk memohon perlindungan Allah daripada segala keburukan yang mana tidak akan memberi mudharat sesuatu pun dengan nama Allah apabila ia diucapkan dengan pegangan yang betul dan niat yang ikhlas.
Adapun, kita bukan sahaja memohon perlindungan daripada keburukan dari bumi sahaja, bahkan juga keburukan dari langit iaitu apa-apa yang turun dari langit. Tambahan pula, Allah bersifat Maha mendengar iaitu akan ucapan-ucapan kita dan Allah juga bersifat Maha Mengetahui akan keadaan kita. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 9/234)
Selain itu, tidak memberi mudharat dengan nama-Nya di dalam doa ini juga membawa maksud bahawa penduduk bumi berada di dalam keadaan aman dan selamat disebabkan keberkatan nama Allah serta keterikatan dengan-Nya. Samalah keadaannya kepada penduduk di langit bilamana mereka melazimi nama Allah dalam setiap perkara. (Lihat Syarh Hisn al-Muslim, hlm. 149; Lihat juga Irsyad al-Hadith Siri ke-463 untuk bacaan lanjut)
Marilah sama-sama kita beramal dengan doa ini. *Petikan daripada buku Inilah Doaku.