Tak lama lagi bulan Ramadan akan menjelang tiba dan sebulan kemudian seluruh umat islam akan merayakan hari kemenangan iaitu Aidilfitri yang mulia! Pasti ada dikalangan Hijabi yang sudah mula merancang ‘skin routine’ untuk mendapatkan kulit yang cerah, bebas kusam dan ‘glowing!’.
Tapi tahukan anda, ada cara yang paling ‘effortless’ dan minimalis untuk mendapatkan kulit impian anda agar menjadi kenyataan sebelum raya. Caranya begitu mudah, hanya aplikasikan penjagaan kulit yang diamalkan oleh wanita dari negara matahari terbit iaitu Jepun!
Ini kerana, wanita Jepun percaya bahawa prinsip minimalis ini amat sempurna, berkesan serta selamat untuk membantu anda mencapai kulit sihat yang cantik.
Pasti anda dah tak sabar nak tahu apakah rahsia yang diamalkan oleh mereka kan? Di sini Hijabista kongsikan ‘rahsia’ kepada kulit mulus dan cerah sempurna yang menjadi idaman wanita Asia.
Kulit ‘Confirm’ Cerah Berseri Pada Musim Perayaan Dengan Penggunaan Rangkaian Hada Labo Premium Whitening
Pelopor produk kecantikan kulit wajah yang bernaung di bawah jenama gah, Hada Labo kini mengeluarkan rangkaian Hada Labo Premium Whitening yang bertujuan untuk mempromosikan kempen cantik persis wanita Jepun (Japanese Way of Beauty) khusus bagi hijabi yang berhasrat memiliki kulit yang cerah dan berseri.
Dalam masa sama, ingin menitikberatkan dan memberikan penekanan yang memfokuskan kepada tiga perkara iaitu, pertama penghidratan kulit secara menyeluruh, kedua fokus kepada produk kecantikan yang menawarkan kesederhanaan, ketiga dan yang paling penting adalah bebas dari mengandungi bahan-bahan yang berbahaya tetapi menawarkan kualiti tinggi setanding produk kecantikan ‘high-end’ diluar sana.
Justeru, cakna dan mendalami masalah pengguna yang mahukan perkara-perkara diatas, jenama ini mencipta rangkaian Hada Labo Premium Whitening yang diformulasi menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi seperti HA dalam nisbah keemasan, sekaligus mampu menghidrat segenap lapisan kulit, Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C yang boleh memberikan kesan pencerahan sebanyak tiga kali ganda.
Menariknya lagi, rangkaian produk Hada Labo ini sangat sesuai untuk digunakan oleh hijabi yang ingin mengatasi masalah kulit kusam, bintik hitam dan tona kulit tidak sekata dengan hanya tiga langkah mudah sahaja!
Hanya Tiga Langkah Sahaja,Wajah Kusam Kini Menjadi Cerah!
Langkah 1 : Hada Labo Premium Whitening Face Wash
Ads
Apa yang membezakan pencuci muka dari rangkaian Hada Labo Premium Whitening ini dengan pencuci muka lain di pasaran adalah, ia membantu menghidrat dan mencerahkan kulit yang kusam pada setiap cucian.
Jadi semakin kerap anda mencuci muka menggunakan pencuci ini, kulit akan menjadi semakin bersih dan semakin putih berseri.
Selain itu, pencuci muka ini mampu membersih secara menyeluruh tanpa mengeringkan kulit, sekaligus melindunginya daripada pencemaran alam sekitar. Malah, pencuci muka ini diformulasi menggunakan bahan-bahan berkualiti yang mampu memberi kesan lembap dan hidrat kepada kulit serta molekul pencerahan tiga kali ganda yang mampu meresap jauh ke dalam kulit, untuk memberikan anda tekstur kulit yang lebih licin, cerah dan berseri!
Langkah 2: Hada Labo Premium Whitening Lotion
Untuk kesan yang pembersihan dan pemutihan kulit wajah yang lebih optimum, anda digalakkan untuk menyapukan ‘Hada Labo Premium Whitening Lotion’ sebagai Langkah kedua, usai membersihkan wajah. Inilah trend dan rutin terkini wanita-wanita di Jepun.
Kebanyakan wanita di Jepun kini tidak lagi menggunakan toner konvensional dan menggunakan Hada Labo Premium Whitening Lotion, ini kerana losen ini bukan sahaja membantu mengecilkan liang roma, ia juga boleh menghidrat dan meningkatkan kadar penyerapan ke dalam kulit dengan lebih pantas. Apabila kulit terhidrat dengan baik, secara tidak langsung ia membuka laluan sel kulit untuk membenarkan Hada Labo Premium Whitening Lotion menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik.
Selain itu, Hada Labo Premium Whitening Lotion ini telah pun melalui proses formulasi baharu yang dinaik taraf dengan menggabungkan Triple Brightening bersama bahan-bahan pelembap untuk menghidrat dan mengimbangi semula tona kulit secara mendalam, memberikan tona kulit wajah yang sekata dan lut sinar.
Malah, hasil kajian yang dijalankan ke atas 150 wanita Malaysia dari 23 Nov 2021 hingga 9 Jan 2022 lalu, Hada Labo mengesahkan bahawa sebanyak 87 peratus pengguna awal bersetuju losyen ini terbukti telah menjadikan kulit lebih cerah, bercahaya dan berseri.
Manakala, sebanyak 95 peratus lagi mendedahkan bahawa ia dapat mengurangkan bintik-bintik gelap dan mencerahkan kesan jerawat dalam jangkamasa 14 hari sahaja, wow! Sungguh menakjubkan.
langkah 3: Hada Labo Premium Whitening Water Gel
Ads
Selepas kulit anda menjadi lebih cerah kesan penggunaan Hada Labo Premium Whitening Lotion, jangan lupa kekalkan pula kelembapan kulit secara menyeluruh dan sempurna dengan menyapukan Hada Labo Premium Whitening Water Gel, kerana tekstur gel menyegarkan, tidak melekit, licin dan mudah diserap ini mampu mengunci kelembapan di bawah lapisan kulit wajah.
Ditambah pula dengan tekstur gel yang ultra ringan, ia mampu memberikan penyerapan segera ke dasar kulit serta menjadikan kulit segar dan bermaya serta merta dengan pH kulit yang seimbang. Gel ini bebas pewangi, alkohol, derivatif haiwan, minyak mineral dan pewarna yang bakal mampu merosakkan tekstur kulit.
Gel yang berasaskan air ini, diformulasikan untuk memberi kesan kecerahan tiga kali ganda (Triple Brightening) mengandungi Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C bertujuan merangsang semula kulit yang kusam agar kembali berseri, melawan bintik-bintik gelap dan memberikan tona kulit yang cerah sekata.
Gel ini mengandungi dua jenis Asid Hyaluronik untuk penghidratan yang mendalam dan tahan lama, serta didatangkan dengan sistem pelembap 3D yang membentuk satu lapisan untuk mengekalkan kelembapan kulit yang berasaskan ekstrak botani untuk mengawal sebum berlebihan serta menghaluskan pori-pori.
Jadi dah tau kenapa, anda perlu memilih Rangkaian Hada Labo Premium Whitening untuk mendapatkan kulit idaman yang lebih cerah, mulus dan sekata sebelum Raya? Jom dapatkan produk menarik ini segera! Kini telah tersedia di semua rangkaian farmasi utama, atau layari laman sesawang Hada Labo Malaysia atau Facebook rasmi MY Hada Labo | Facebook sekarang!
Majalah Remaja sekali lagi berkolaborasi bersama Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) bagi mencungkil personaliti remaja berpotensi menerusi pencarian Dewi Remaja 2019. Masih mengekalkan tema Pesonakan Bintangmu, Dewi Remaja bukan saja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki pakej rupa paras dan fizikal positif.
Ia juga menjadi platform mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik sekaligus meneruskan legasi yang dijayakan oleh finalis Dewi Remaja terdahulu. Selepas sesi ujibakat yang mengambil tempat pada awal September lalu, 20 orang finalis telahpun disenarai pendek oleh pihak juri dan penganjur.
Bukan mudah untuk memilih daripada hampir 600 peserta yang mencuba nasib. Ia bergantung kepada kriteria utama seperti latar belakang, pengetahuan, cara pembawakan diri, personaliti dan pakej lengkap yang ada pada diri peserta.
Jom sistur kita ‘dekati’ Finalis TOP 20 Dewi Remaja 2019
SYAMIRA IZZATI
22 tahun. Merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) di UiTM Selangor kampus Puncak Alam.
“Minat saya sangat mendalam di dalam bidang pengacaraan. Oleh kerana latar belakang pendidikan dan keluarga saya bukanlah di dalam bidang seni, mungkin agak sedikit sukar untuk saya tonjolkan diri.
“Saya sedar Dewi Remaja ini merupakan satu platform terbaik untuk saya mengetengahkan dan mengasah potensi dan kebolehan yang ada di dalam diri. Saya juga berharap semoga platfom Dewi Remaja ini membolehkan saya untuk belajar perkara-perkara baru,”ujar Syamira.
Ditanya tentang cita-cita selepas tamat pengajian, akui gadis manis ini jika tidak menyertai Dewi Remaja, dia akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana sejurus menamatkan ijazah dan memohon pekerjaan sebagai seorang pensyarah.
“Minat saya untuk bercakap di hadapan audience dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Seterusnya menyambung pengajian ke peringkat tertinggi iaitu PhD kerana untuk mendapat gelaran seorang doktor falsafah merupakan impian saya sejak di bangku sekolah lagi.
“Namun jika saya terpilih menyertai Dewi Remaja itu tidak bermakna saya akan melupakan hasrat untuk menyambung pengajian. Pada saya, pelajaran itu amat penting. Kerana dengan adanya ilmu, barulah hidup kita akan dipandu. At the end, knowledge is the one that will help to guide and guard us,”ungkap Syamira.
Tambah Syamira lagi dia tidak terfikir akan terpilih sebagai TOP 20 Dewi Remaja. Bagi Syamira, saingan begitu hebat.
“Ketika saya tengok yang mendapat kad “Tahniah” dari juri rata-ratanya mempunyai latar belakang dan pengalaman seni yang hebat. Di situ jujur saya merasakan peluang saya agak tipis tapi benar Allah Maha Kaya, Dia berikan saya rezeki terpilih sebagai top 20.
“Dari situ saya tahu, ada sesuatu dalam diri saya yang dipandang oleh juri. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berkenalan dan berdiri sebaris dengan dewi-dewi lain yang juga sama hebat sebagai Top 20,”jelas Syamira.
FARHA NABILA
Berusia 24 tahun. Merupakan graduan diploma Pembantu Perubatan (MA) di Lincoln University College. Gadis ini ingin mengambil peluang dan menjadikan Dewi Remaja sebagai satu platform untuk menimba pengalaman baru.
“Saya ingin membuktikan kepada mereka-mereka yang memandang rendah pada saya yang saya boleh berjaya. Dan secara tidak langsung, menjadi inspirasi kepada remaja-remaja wanita di luar sana.
“Saya harap dapat asah bakat dalam bidang seni dan juga dapat mempelajari sesuatu yang baru apabila menyertai Dewi Remaja. Walaupun saya seorang graduan diploma pembantu perubatan, namun saya tidak meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut, malahan, saya bekerjase sebagai seorang pramugari,”ujar Farha.
Ujar Farha, macam-macam pengalaman yang telah dilaluinya dalam bidang ini, dipuji, dimarahi penumpang, dan kadang-kadang tidak tidur tiga hari. Kenangan manis pun banyak, dapat bercuti ke pelbagai jenis lokasi dan negara.
“Tapi yang paling tak dapat dilupakan ialah apabila saya mempunyai ‘layover’ di Lahore, dan cuaca di sana sangat sejuk. Saya tidak bawa baju sejuk untuk berjalan di sana namun ‘set crew’ ingin ke Kashmir sedangkan kawasan itu sudah dilitupi salji tebal.
“Saya pakai baju sampai lima lapis. Perjalanan dari Lahore ke Kashmir mengambil masa 8 jam dengan kereta. Namun kami tidak dapat ke tempat tinggal kami di Kashmir kerana jalan dilitupi salji tebal dan kereta tidak dapat melalui jalan tersebut. Kami terpaksa berjalan kaki menaiki kaki bukit.
“Sebaik kami sampai, tempat tinggal kami tiada elektrik, maksudnya tiada heater. Kami tidur di atas katil, berhimpit bayangkan enam orang perempuan kerana inginkan haba. Kami juga buat teh dan merebus air menggunakan unggun api. Tapi, kami tetap enjoy. Itulah pengalaman yang saya tak boleh lupa,”cerita Farha.
Jika ditakdirkan menjuarai Dewi Remaja 2019, gadis ini mengakui bahawa dia akan menjadikan peluang ini untuk memperbaiki diri di samping mencari peluang baru dalam bidang seni. Gadis ini juga berazam untuk ingin menjadi ikon yang positif kepada anak muda selain bercita-cita untuk membantu golongan yang memerlukan jika ada rezeki yang lebih,”akhiri Farha.
AINA SHUADA FAIZAL
Berusia 22 tahun. Baru menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam jurusan pengurusan hartanah. Menyertai Dewi Remaja atas dorongan ibunya.
“Ibu percaya dengan keyakinan dalam diri saya dalam bidang ini. Sebenarnya dulu lepas SPM saya nak sertai Dewi Remaja tetapi ibu tidak memberi sokongan. Namun kini ibu yang menyokong saya untuk menyertai Dewi Remaja,”ujar Aina.
Akui Aina ketika sesi uji bakat, stage yang agak mencabar bagi dirinya ialah ketika dia perlu melakonkan watak bisu selain perlu menjawab tentang isu semasa. Katanya dia perlu menjawab dengan tenang dan matang. Keyakinan diri perlu tinggi.
“Saya bercita-cita untuk bekerja sebagai eksekutif valuer di syarikat penilaian hartanah. In Sha Allah, jika saya menjadi juara Dewi Remaja 2019, saya harap saya akan jadi sumber inspirasi remaja-remaja di luar sana tentang kehidupan sewaktu belajar serta menggapai kerjaya dalam bidang yang kita impikan.
“Dalam masa yang sama juga, saya ingin menaik taraf wanita berhijab. Saya ingin buktikan wanita berhijab tidak mustahil untuk mara ke depan memakai mahkota Dewi Remaja,”akhiri Aina.
SYAZA AZRA
Berusia 19 tahun. Masih menuntut di bawah fakulti sains pentadbiran dan pengajian polisi. Bakal menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang guaman.
“Jujur saya tidak pernah terfikir untuk sertau Dewi Remaja sebelum ini sebab belum ada keyakinan. Tapi tahun ini saya mencabar diri untuk mencuba nasib sebab sebelum ini saya ada visi untuk menceburkan diri dalam industri hiburan. Jadi saya gunakan peluang ini untuk mencapai sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang, In Sha Allah.
“Bagi saya apabila saya sudah terlibat dengan industri ini, kita akan dapat lebih banyak peluang untuk cuba benda baru dan juga peluang untuk upgrade diri dalam mencapai cita-cita,”jelas Azra.
Gadis ini juga menanam harapan untuk memecah rekod sebagi hijabi pertama memenangi Dewi Remaja dan mengubah stigma masyarakat tentang Dewi Remaja.
“Saya selalu baca komen-komen negatif netizen yang mengatakan Dewi Remaja ini hanyalah untuk mencari mereka yang mempunyai rupa, seksi, tiada latar belakang pendidikan yang tinggi dan sebagainya. Saya memang bercita-cita tinggi untuk melakukan perubahan terhadap pandangan mereka melalui diri saya.
“Selain itu, harapan saya ialah melalui Dewi Remaja, saya dapat menempa nama dalam industri hiburan dan meluaskan lagi langkah dan pengalaman dan membina bisnes yang akan mendapat nama dan perhatian di mata dunia di samping menaikkan nama negara di persada antarabangsa, In Sha Allah. And also my aim is to be a powerful woman one day,”jelas gadis yang bercita-cita untuk menjadi peguam selain menjadi seorang entrepreneur yang berjaya.
Tatkala ditanya jika dia terpilih sebagai juara Dewi Remaja 2019, ini jawapannya.
“Sekiranya ada rezeki saya terpilih dan menjuarai Dewi Remaja 2019, saya akan buktikan yang angan-angan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita capai. Orang yang berjaya adalah orang yang bermula dengan angan-angan. And at the same time sudah tentu saya dikira sebagai seorang influencer.
“Oleh itu, saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang influencer dengan betul dan menggalakkan orang ramai dengan perkara-perkara yang berfaedah. Saya juga berminat untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan dan juga pengacaraan. Tentang hadiah kemenangan pula, saya berazam untuk membawa ibu bapa saya berjalan-jalan dengan wang kemenangan yang dimenangi,” akhiri Azra.
SHAHIRAH SAZALI
Berusia 21 tahun, gadis ini merupakan Alumni Sekolah Sukan Bukit Jalil dan juga bekas atlet lompat tinggi Sukan Malaysia (SUKMA). Istimewanya tentang gadis ini ialah dia merupakan pemandu Grab sepenuh masa.
“Saya mula menjadi pemandu Grab pada April tahun ini. Saya mendapat sokongan penuh daripada ayah saya untuk menjadi pemandu Grab. Tujuan utama saya menjadi pemandu Grab sepenuh masa ialah demi untuk mencari pendapatan dan pengalaman. Saya berasal daripada keluarga yang sederhana jadi saya perlu berusaha untuk membantu meringankan beban keluarga sayam”ujar Shahirah yang merupakan anak tunggal.
Menurut Shahirah kecederaan yang dialaminya ketika menyertai SUKMA 2018 di Perak telah membantut keinginannya untuk menyambung pengajian. Ketika itu Shahirah menyertai acara lompat tinggi.
KUMPUL DANA SAMBUNG PENGAJIAN
Tambah Shahirah lagi memang dia masih menanam azam untuk menyambung pengajian tetapi dia ada sasaran yang tertentu. Lagi pun untuk menyambung pengajian memerlukan perbelanjaan yang mencukupi bagi membiayai kos pengajian.
“Ayah tidak mahu saya membuat sebarang pinjaman kerana tidak mahu saya berhutang. Oleh itu saya memerlukan masa untuk mengumpul wang bagi mencukupkan dana pengajian saya nanti,”ungkap Shahirah yang sudah tujuh bulan bergelar seorang pemandu grab.
Tatkala ditanya tidakkah dia malu bergelar seorang pemandu Grab, ini jawapan padu Shahirah.
“Saya tak pernah rasa malu bawa Grab. Buat apa nak malu. Saya cari rezeki yang halal dan saya sendiri selesa bawa Grab. Namun dalam masa yang sama juga saya turut menjengah peluang-peluang lain. Namun saya percaya Allah sudah sediakan rezeki bagi setiap orang.
“Dari segi keselamatan pula, saya yakin Allah sentiasa ada dengan saya. Apa-apa kerja pun semuanya ada risiko yang tersendiri. Saya beranikan diri untuk menjadi pemandu Grab sepenuh masa pun sebab nak cari rezeki dan nak mudahkann urusan ibu bapa saya,”ungkap Shahirah.
BERTUAH DAPAT PELANGGAN YANG BAIK
Ujar Shahirah lagi sepanjang tujuh bulan bergelar seorang pemandu Grab dia sangat bersyukur kerana semua pelanggannya baik-baik belaka. Ada yang bagi duit lebih kerana berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.
“Ada juga pelanggan yang mahukan saya jadi pemandu peribadi Grab mereka. Paling penting apabila kita jadi pemandu Grab, kita anggap mereka sebagai ahli keluarga. Dengan cara itu urusan kita jadi lebih mudah,” jelas Shahirah.
Antara sebab mengapa Shahirah menyertai pencarian Dewi Remaja 2019 kerana gadis ini begitu kagum dengan personaliti bekas Dewi Remaja, Scha Al-Yahya.
“Saya mahu buktikan yang gadis pemandu Grab seperti saya juga mampu untuk ke depan. Sesiapa sahaja memasuki apa-apa pertandingan pasti ingin menang begitu juga dengan saya.
“Setakat ini saya lihat belum ada lagi juara Dewi Remaja yang berhijab. Jika saya menang Dewi Remaja 2019 ini, saya ingin gunakan wang hasil kemenangan untuk membawa ibu bapa saya menunaikan umrah,” akhiri Shahirah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sepertimana yang kita semua maklum, apabila datangnya haid semua ibadah yang wajib kita lakukan tidak dapat dilaksanakan. Begitu juga semasa bulan Ramadan nanti.
Tetapi tidak bermakna kita tidak boleh mengumpul pahala semasa bulan Ramadan. Jangan jadikan haid sebagai alasan untuk mengabaikan melakukan kebaikan untuk mengumpul pahala.
Terdapat beberapa amalan yang boleh anda lakukan walaupun anda haid. Walaupun Ramadan belum muncul, tetapi sekurang-kurangnya anda buat persediaan awal.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.” Riwayat At-Tirmizi
Jadi, anda hanya perlu menyediakan makanan berbuka untuk keluarga anda dan pahala puasa menjadi milik anda!
Amalan ini seharusnya menjadi amalan rutin hijabi yang haid tidak kira masa. Cuma In Shaa Allah pada bulan Ramadan ini, pahalanya akan dilipat gandakan.
Bulan Ramadan sangat dituntut untuk dilakukan qiamullail namun hijabi yang haid pasti tidak boleh melakukan solat-solat sunat. Jadi, hidupkanlah malam anda dengan bermunajat, bertafakur, berzikir, bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
Jelas bagi wanita yang haid tidak boleh menyentuh dan membaca Al-Quran dengan kuat. Gunakan masa haid anda ini dengan membaca dan memahami terjemahan Al-Quran. Cara ini boleh mendekatkan anda dengan Al-Quran dan juga peroleh pahala yang banyak.
Sepanjang Ramadan ini nanti sudah tentu masjid atau surau meriah dengan kuliah atau majlis ilmu. Hadirkan diri anda di majlis-majlis ini agar keberkatannya dapat anda perolehi.
Ibadah ini paling senang dilakukan. Lakukan ini dengan kerap dan konsisten. Pahala dari sedekah akan digandakan sehingga 700 kali ganda di bulan Ramadan ini.
Hubungan antara kita dan manusia lain seharusnya dijaga dengan sebaik mungkin terutamanya dengan ahli keluarga terdekat kita. Cuba kawal emosi dan tahap moody semasa haid ini dan layan mereka dengan sehabis baik.
Semoga kita yang sedang datang bulan ini tidak sesekali alpa dan lalai dalam merebut pahala semasa Ramadan nanti. Sesungguhnya sangat rugi jika kita tertinggal peluang ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Banyak yang kita lihat baru-baru ini mengenai contentTikTok yang banyak menghiburkan hati orang ramai. Ada juga yang sedikit sebanyak kurang gemar di dengari kerana ia menjadi bualan orang ramai yang berunsurkan kutukan.
Viral baru-baru ini mengenai sebuah TikTok video yang agak popular di mana seorang TikToker menerjah orang awam untuk menyambung ayat al-Quran. Ramai penonton yang terpegun apabila datang kehadiran seorang pakcik yang lunak suaranya menyambung ayat yang perlu di sambungnya.
Memang tidak di sangkal lagi apabila penggunaan platform media sosial banyak berunsurkan perkara yang hiburan dan juga sebagai satu yang lagha (tidak berfaedah). Namu, tidak semua konten yang di buat oleh seorang content creator itu selalunya memberikan suatu maklumat yang tidak berfaedah.
Terdapat seorang individu baru-baru ini dengan nama akaun media sosialnya @abdaqawiyaro atau nama sebenarnya, Abdul Qawiy, membuat konten buat akaun TikTok dengan berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sambil memegang kotak bertulis “Sambung ayat Quran dapat RM50”. Tujuannya itu meraih perhatian orang di internet apabila kelihatan seperti tiada yang berminat untuk menyapanya walaupun di awal video.
Abdul Qawiy yang merupakan seorang tahfiz itu kelihatan tetap tersenyum manis sambil memegang kepingan kotak yang bertulis itu masih menantikan kehadiran sesiapa sahaja yang ingin mencuba. Andaian buat anda yang melihat video ini pada saat pertama pasti mebuatkan anda menggigit jari jika anda adalah orang yang datang menerpa saudara Abdul Qawiy, dapatkah anda menyambung dengan baik? Pasti gugup jantung di buatnya.
Dalam video perkongsiannya itu, Abdul Qawiy juga telah mengajak seorang budak lelaki untuk menyambung ayat Quran. Budak lelaki itu kelihatan agak tergagap dan tidak dapat untuk menyambung ayat Quran yang dia berikan.
Lalu, bapa kepada budak lelaki tersebut pula mengambil alih menggantinya sejurus kelihatan dia tidak mampu untuk menyambung ayat Quran itu. Lelaki yang di kenali sebagai Muhammad Ridhwan itu pula menyambung Quran.
Sebelum dia di berikan peluang untuk menyambung, Abdul Qawiy yang di kenali orang ramai dengan suaranya yang lunak dan merdu ketika menghafazkan ayat al-Quran itu di kejutkan lagi apabila Encik Muhammad Ridhwan itu menyambung dengan suaranya yang merdu! Meremang bulu roma bila mendengar ayat yang di hafazkan dengan merdu sekali.
Ramai warganet yang terpegun melihat kedua suara Abdul Qawiy dan juga pakcik yang mengganti anaknya demi menyahut cabaran itu. Rata-rata turut memberikan komen yang memberangsangkan.
“Macam imam solat jumaat duh ayah dia,
“Kita yang mendengar dia baca pun dapat pahala.” ujar warganet yang memuji suara Muhammad Ridhwan.
Ada juga yang cuba untuk memberitahu seeloknya banyakkan lagi konten seperti ini di media sosial supaya ramai yang boleh berubah kearah kebaikan. Bahkan, boleh juga menimba ilmu serta boleh peroleh pahala dengan menyokong konten seperti ini.
“Konten macam ini lah kita perlukan untuk sentiasa lalu di feed-feedtiktok, support,
“Buat lagi konten macam ini bang, saya suka,
“Macam ini baru best memandaikan umat Islam.” itulah antara komen yang menyokong konten seperti ini di perkasakan lagi oleh para influencer.
Walau apa pun,anda harus tahu setiap orang mempunyai cara pendekatan yang berbeza, mungkin di media sosial seseorang itu banyak perkongsian yang tidak menjurus kepada dakwah tetapi mungkin dia melakukan dakwah melalui saluran yang lain. Kita hidup penuh andaian, jangan terlalu berpasak kepada paksi yang kita rasakan diri ini sahaja yang betul, ingatlah untuk lebih terbuka.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.