Sebagai manusia normal, tekanan adalah perkara biasa. Hanya manusia kurang normal yang mungkin tidak merasai tekanan. Namun begitu, bagaimanakah cara kita menghadapi tekanan?
Setiap orang pasti mempunyai cara tersendiri menghadapi tekanan di tempat kerja, sekolah, dengan pasangan dan sebagainya. Perkara ini penting untuk membuatkan minda kita melupakan seketika segala kesukaran yang dihadapi, membantu kita bertenang dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stres) itu.
.
Panduan Menghilangkan Stres
Oleh kerana kita hidup di dunia terbuka, kita meluah masalah di media sosial. Apabila media datang untuk temu ramah, habis segala masalah rumah tangga kita londehkan.
Kita meluahkan segalanya kepada kawan yang ternyata tidak mampu menyelesaikan masalah kita, sebaliknya memanaskan lagi keadaan.
Walhal, Islam mengajar agar kita merujuk kes kepada ahli keluarga dan minta ahli keluarga yang bincangkan secara penuh kasih dan santun.
.
Percayalah, ketika kita beremosi, elakkan diri daripada bercakap. Kerana percakapan kita tidak berpandukan akal. Kita lebih berpandukan emosi dan perasaan yang kacau bilau.
Bersabarlah, berzikirlah, kerjakan solat. Percayalah, dengan mengadu kepada Allah Taala, akan ada jalan penyelesaian yang lebih konstruktif.
Dan percayalah, media sosial akan lebih merosakkan.
BERIKUT DIKONGSIKAN CARA MENGURUS STRES SEPERTI YANG DIKONGSIKAN OLEH IMAM MUDA HASSAN ADLI YAHYA
1. Bersukan
Jika terlalu banyak ‘beban’ dalam kepala pada satu masa, saya mengambil masa untuk bermain badminton bersama teman. Dengan bersukan, ia membantu mengurangkan tekanan dengan banyak cara.
Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham. Malah saya seperti ‘terlupa’ sebentar perkara yang membebankan kepala ketika itu.
Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah sebelum itu. Oleh itu amalkan bersukan, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
Ads
2. Rehat dan tidur
Tidur yang cukup dan pada waktu yang ideal memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi dalam kehidupan seharian kita.
Tidur yang cukup umpama mengecas tenaga kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi. Malah boleh menjadikan kita seorang yang optimis selain membuatkan kita segar selepas mendapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika pada waktu siang iaitu sebelum masuk waktu Zuhur. Malah ia adalah sunah yang diamalkan Baginda SAW. Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15 hingga 30 minit sahaja.
Mengikut kajian, satu minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita pada waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.
Namun, jika di pejabat dan waktu rehat kita adalah jam 1 hingga 2 petang, jangan pula tidur dengan alasan mahu mengamalkan sunah. Sebaliknya, ambil masa selepas makan tengah hari dengan bersandar di kerusi dan melelapkan mata sebentar.
Tetapi harus diingat, tidur berlebihan akan memberi impak yang kurang baik kepada anda dan mungkin menjadi lebih stres selepas itu.
3. Luangkan masa dengan keluarga dan sahabat
Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah. Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban sebesar gunung yang kita tanggung apabila hanya duduk di meja dan bersandar merenung siling.
Ads
Ketawa, bercerita dan berkongsi tekanan yang kita hadapi ketika itu akan membuatkan kita lebih baik dan masalah akan lebih terkawal.
Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatlah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. Insya-Allah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan di kepala melainkan suara mereka yang tercinta.
4. Bersolat dan berdoa
Solat adalah antara perkara mudah yang sering dirasakan susah oleh sesetengah orang. Ia adalah cara paling mudah dan efisien untuk mengadu terus segala masalah kita yang sebesar gunung kepada Sang Pencipta.
Apabila kita bersolat, kita berhubung secara terus dengan Allah dan Allah mendengar segala perkara yang kita keluhkan. Pada ketika bersujud berdoalah bersungguh-sungguh kerana pada ketika sujudlah Allah paling hampir dengan kita.
.
Selesai solat, tarik nafas dan pejamkan mata. Kemudian berselawatlah dan beristighfar. Insya-Allah diberikan ketenangan.
5. Membaca al-Quran
Mulakan hari kita dengan membaca al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat Subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.
Ads
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, insya-Allah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya. Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.
Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan. Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
.
Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghiburkan perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk. Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.
6. Bersedekah
Bersedekah adalah antara cara terbaik untuk kita bermuhasabah. Bersedekah mengajar kita untuk melihat kembali orang di bawah kita.
Ketika kita sering mengeluh tertekan dengan kerja dan sering membanding-bandingkan dengan orang lain di atas kita, bersedekah ‘memaksa’ kita untuk tunduk dan melihat orang lain.
.
Ketika kita tertekan, kita masih mempunyai wang untuk makan dan menguruskan diri. Bagaimana pula dengan mereka yang terpaksa meminta-minta hanya kerana untuk meneruskan kelangsungan hidup?
7. Berjalan-jalan melihat alam
Melangkahlah keluar rumah, hirup udara sedalamnya dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam. Anda pasti terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.
Insya-Allah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaan-Nya dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.
Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa tekanan secara perlahan-lahan, jauh daripada kepala kita.
Sumber kredit: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor dan Imam Muda Mohd Hassan Adli Yahya via Harian Metro
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menghilangkan batasan antara pakaian dalam dan pakaian luaran anda. Koleksi ini dengan potongan yang ringkas dan teliti ini menonjolkan kecantikan wanita.
Barisan koleksi termasuk AIRism bra dan seluar dalam serta bratops. Semua item mempunyai perincian halus dan mewah dengan palet warna hitam, putih, kuning air, dan coklat merangkumi warna kulit yang memang digemari wanita asia. Jom ikuti temubual khas bersa pereka terkenal Maiko Kurogouchi istimewanya kolabrasi bersam UNIQLO.
Pakaian Dalam Fungsi Luar Biasa
Maiko Kurogouchi memandang pakaian dalam sebagai pakaian romantis yang indah dan juga memerlukan keselesaan
“Saya telah lama mengagumi keselesaan pakaian dalam Uniqlo yang lembut. Sebagai tambahan kepada fungsi yang luar biasa, saya membayangkan seluar dalam yang boleh menjadikan tubuh wanita kelihatan dan cantik. Sekiranya wanita merasa yakin melihat ke cermin setiap pagi, saya merasakan ia dapat menambahkan kegembiraan dalam kehidupan seharian mereka.”
Dalam menghasilkan koleksi ini, Maiko Kurogouchi bermula dengan elemen fungsional yang dicari ketika memilih pakaian dalam dan menambahkan perincian reka bentuk seperti palet warna yang diilhamkan oleh warna kulit semula jadi wanita. Dari segi potongan untuk membingkai lekuk tubuh yang indah, Maiko Kurogouchi menggabungkan reka bentuk dengan teknologi Uniqlo yang terkemuka di dunia.
“Harapan saya adalah untuk membuat koleksi yang membolehkan wanita bergerak dengan mudah dan lancar dari pakaian dalam ke pakaian luar.”
Matlamat Rekaan Meningkatkan Keindahan Semula Jadi
Di Mame Kurogouchi, selalu bermula dengan pembuatan tekstil, yang bermaksud proses reka bentuknya berlangsung lama dari awal hingga akhir.
“Saya memberikan nilai yang tinggi pada proses pembuatan pakaian, proses pembuatan pakaian dari tahap reka bentuk hingga tiba di tangan pelanggan. Bekerja dengan pasukan reka bentuk Uniqlo, saya tergerak untuk menemui mereka berkongsi falsafah yang serupa, mendekati setiap pakaian dari penciptaan tekstil hingga sentuhan akhir dengan pemikiran penyelidik.”
Dengan kerjasama ini, harapan Maiko Kurogouchi adalah untuk meningkatkan keindahan semula jadi yang ada pada setiap wanita. Maiko Kurogouchi gembira dapat berkongsi penemuan dan kegembiraan dengan pasukan Uniqlo ketika mereka berusaha untuk mencapai matlamat yang sama.
Pandemik Covid-19 Mempengaruhi Reka Bentuk
Sebelum pandemik, Maiko Kurogouchi sering mengelilingi Jepun untuk bertemu dengan pekerja dan kilang yang mengkhusus dalam tradisi warisan.
“Tidak lagi dapat menempuh jarak jauh, saya mendapati diri saya bergerak dari satu tempat ke tempat dengan berjalan kaki atau basikal. Secara semula jadi, saya mula tertarik pada barang-barang yang membawa keselesaan, seperti pakaian yang tidak ketat dan kasut yang memudahkan perjalanan, perkara-perkara yang menambah rasa kebebasan dan aktiviti pada harian saya.”
Semasa merancang pakaian untuk Mame Kurogouchi, Maiko Kurogouchi mencari inspirasi dalam peristiwa kecil dan penemuan kehidupan seharian dan untuk kerjasama koleksi ini, Maiko Kurogouchi membayangkan momen-momen kegembiraan kecil dan intim dalam kehidupan wanita di seluruh dunia, memikirkan aspek reka bentuk yang akan buat mereka selesa.
Keyakinan Dan Kecantikan Dalaman Konsep Koleksi Ini
Hasrat Maiko Kurogouchi dalam merancang pakaian adalah untuk memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada setiap wanita, untuk menolong mereka berdiri tegak dan bangga ketika menjalani hari-hari mereka.
“Koleksi ini berpusat pada barang-barang paling intim di dalam almari wanita, dan saya memikirkan elemen mana yang paling sesuai untuk menunjukkan keyakinan dan kecantikan dalaman wanita.”
Maiko Kurogouchi ingin membuat pakaian yang akan membantu setiap wanita merasa cantik, tanpa perlu risau tentang standard orang lain. Membayangkan momen istimewa itu setiap pagi, ketika seorang wanita menghiasi sekeping koleksi dan menikmati kegembiraan yang dibawanya.
Nikmati Kebebasan Dalam Kehidupan Harian
“Semasa saya merancang koleksi ini, saya selalu berharap wanita di seluruh dunia dapat menikmati kebebasan dalam kehidupan seharian mereka. Sekiranya koleksi ini membantu mewujudkan rasa pembebasan, membebaskan wanita menjalani kehidupan mereka dengan selesa dan aktif, Ujar Maiko Kurogouchi.”
Dari peringkat lakaran reka bentuk, Maiko Kurogouchi membayangkan pakaian yang selesa yang akan memberi inspirasi kepada wanita untuk bergerak. Perubahan besar tidak berlaku dalam sehari. Pengumpulan perubahan kecil akhirnya membawa kepada perubahan yang ketara. Untuk mengetahui pakaian tidak hanya selesa tetapi kelihatan cantik dan meningkatkan lekuk badan anda, juga memudahkan anda.
“Keselesaan dan keindahan semua wanita adalah inti dari koleksi ini, jika saya dapat membantu memberikan sedikit kegembiraan kepada mereka setiap hari, sudah memadai bagi saya.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kehadiran Ramadan memang disambut penuh kegembiraan oleh setiap insan. Malah inilah masalah untuk kita berkumpul berbuka puasa bersama insan tersayang. Tetapi tidak bagi personaliti Intan Liana Saleh yang menganggap Ramadan kali ini agak berbeza seperti sebelumnya. Tiada lagi permintaan dari seorang suami untuk minta itu dan ini tatkala berbuka puasa.
Ditanya persediaan menyambut ramadan tahun ini, Intan memberitahu semuanya sama macam biasa kecuali kelainan tiada suami di sisi.
“Ramadan disambut macam biasa dengan keluarga. Cuma bezanya tiada suami di sisi. Kalau dulu saya akan fikirkan untuk sediakan juadah berbuka buat suami, tetapi kali ini hanya akan fikir untuk diri saya dan anak-anak.
“Buat masa ini Intan kena kerja lebih kuat untuk menyara keluarga. Apa sahaja kerja ditawarkan Intan akan terima. Semuanya untuk anak-anak. Mereka masih kecil dan tak tahu apa yang terjadi,” ujar Intan ketika ditemui di majlis pelancaran Inner Sejuk baru-baru ini.
Intan juga turut mengakui kehidupan yang dilaluinya kini perlu diteruskan macam biasa. Walaupun agak sukar tapi dia mendapat sokongan ahli keluarga yang menjadi kekuatannya selama ini.
“Keluarga banyak bantu saya terutama berdepan saat sukar. Sekarang ini kalu saya kerja pun akan bawa anak kerana tidak ada yang menjaga mereka.
“Tambahan pula anak kedua masih kecil dan menyusu badan. Tidak terfikir untuk tinggalkan anak-anak dengan ‘baby sitter’ kerana mereka tak pernah berenggang dengan Intan. Oleh sebab itu Intan akan terima kerja jika dibenarkan untuk membawa anak,” jelasnya lagi yang selesa lihat anak membesar di depan matanya.
Menurutnya juga ada masanya anak-anak terutama yang sulung akan diambil oleh ayahnya. Walau apa perkara Intan tidak berhasrat untuk menjarakkan hubungan anak beranak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hidayah Allah itu hadir tanpa diduga dan tidak mengira siapa insan yang akan dipilih menerima-Nya. Bersyukurlah siapa yang menerima Nur dari-Nya kerana Dia Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Bagi selebriti Sharifah Sofia Syed Hussein, bersyukur kerana dirinya terpilih untuk menerima hidayah Allah walaupun sudah enam tahun berlalu. Hijabista mengatur sesi fotografi dengan pelakon sitkom popular Spanar Jaya ini yang nyata masih cantik dan peramah seperti dulu ketika masih bergelar seorang pelakon.
Dia yang wajahnya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, kini memilih untuk bekerja sebagai seorang Program Koordinator untuk satu Conservation Group Company atau dikenali dengan nama Syarikat Pencinta Alam.
Ada masanya memang rasa up and down
Mula berhijab pada tahun 2013, tetapi Sharifah Sofia begitu teruja apabila ditanya pengalamannya dalam penghijrahan yang dilakukan.
“Ketika saya mula berhijrah tujuh tahun dulu, anak saya baru berusia setahun lebih. Penghijrahan ini bukanlah benda yang saya sudah fikirkan lama-lama. Atau benda yang tiba-tiba berlaku disebabkan saya nampak cahaya di mana-mana. Saya juga tidak mengalami apa-apa mimpi sebagai petanda seperti sesetengah orang.
“Tapi hidayah itu datang bila saya tiba-tiba bangun pagi dan terus rasa nak pakai tudung. Dan bermula pada hari itu saya sudah mula berhijab. Sepanjang tempoh itu saya tak nafikan ada masanya agak down disebabkan tiada sokongan dari pihak lain,” ungkapnya memulakan perbualan.
Menurut Sofia juga jika tiada dorongan memang boleh menyebabkan semangat menjadi drop. Tetapi cepat-cepat akan diisi dengan pergi ke kelas atau majlis ilmu untuk meningkatkan lagi iman dan hubungan dengan Allah.
“Tapi yelah iman kita ibarat roller coaster ada masanya memang up and down. Tetapi kita yang harus bijak menanganinya untuk memastikan diri kekal istiqomah. Ketika mula-mula saya berhijab dulu, bukan keluarga yang mendorong. Malah ada antara family yang tak nak cakap dengan kita pun bila tahu diri sudah berhijab.
“Ada yang menjauhkan diri sebab dia tidak tahu apa sebabnya orang nak pakai tudung. Jadi memang banyak dugaan semasa kita baru mula-mula bertudung. Malu juga ketika itu nak keluar rumah. Bukan itu sahaja, malah ada kawan-kawan yang menghilangkan diri dan ada juga yang mendiamkan diri.
“Memang banyak benda berlaku pada kita. Tapi rasa lega bila faham kenapa semua benda ini berlaku pada kita. Dia yang mengambil dan memberi apa yang Dia mahukan supaya boleh memberi kita pengajaran,” ujar Sofia menceritakan dugaan selepas berhijab.
Pernah rasa nak buka tudung
Namun begitu ada juga yang menaikkan semangat dan ada juga melunturkannya sehingga terasa malas untuk bangun dari katil menyempurnakan solat.
Tambah Sofia lagi, sepanjang berhijab ini juga dia mengakui pernah rasa untuk membuka tudungnya.
“Memang selalu juga kita rasa macam nak buka tudung. Sebab kita juga rindu pada benda-benda lama yang sering dibuat dulu. Termasuk kawan-kawan lama. Tetapi sebab-sebab tertentu yang tak boleh menentukan sebab apa kita nak bukak hijab. Jadi terus berteguhlah untuk memakainya.
“Bangun pagi pakai juga. Nak keluar rumah pun pakai jugak hijab. Walaupun terdetik dalam fikiran untuk buka hijab tetapi sampai sekarang alhamdulillah masih kekal bertudung. Biarpun sudah bertudung, tetapi fesyen kegemaran Sofia masih yang sama, sportshoes, jeans, t-shirt dan itu memang ‘fesyen’ Sofia dari dulu lagi.
“Dari dulu lagi kalau ada yang kenal Sofia, Sofia bukan jenis suka mengikut perkembangan fesyen atau macam trendy la. Mereka panggil Sofia, sporty Sofia sebab gemar pakai yang simple sahaja. Sofia memang bukan jenis stailista,” ceritanya lagi yang mengakui turut rindu untuk kembali berlakon.
Rindu untuk berlakon
“Lebih lima tahun Sofia tak berlakon. Rindu dari segi pekerjaa itu, tetapi bab lain memang tidak. Terus terang Sofia memang jenis tak mengejar populariti walupun bagi sesetengah orang bagus sebab bila orang jumpa kita tanya bila nak kembali berlakon. ‘You pelakon yang bagus’.
“Namun insya-Allah kalau jumpa story dan skrip yang bagus memang Sofia akan fikirkan untuk kembali ke dunia lakonan. Tetapi niat itu mestilah kerana Allah. Buat masa ini Sofia bahagia dengan apa yang Sofia lakukan, kehidupan ditemani dua anak perempuan yang comel dan bijak,” ujar Sofia yang selesa kini bergelar ibu tunggal. Namun dia juga turut berdoa pada Tuhan agar satu hari nanti diketemukan dengan Imam yang baik bukan sahaja untuk dirinya tetapi demi anak-anak.
Berhijab kerana Allah Taala
Biarpun masih baru dalam penghijrahan ini, tetapi Sofia turut menitipkan pesanan buat hijabi di luar sana bagaimana untuk kekal istiqomah dalam berhijab.
“Pesanan untuk mereka yang baru berhijab, bersabar dan bertabah. Pada mulanya nampak senang. Ada masa memang up and down. Banyak yang akan difikirkan bila kita sudah berhijrah. Banyak dugaan yang tidak akan kita jangka.
“Jadi bila berlaku perkara tidak sepatutnya, duduk sekejap dan fikirkan betul-betul kenapa kita bertudung. Ingatlah bila kita buat penghijrahan itu kerana untuk satu sahaja, iaitu Allah SWT. Perlu ingat berhijrah hanya untuk yang satu dan only Allah Taala,” jelasnya sebelum mengakhiri perbualan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
KREDIT FOTO: YANTI SHARUDDIN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!