Penghijrahan Natasha Hudson sejak 2012 memang tidak dijangka. Ini kerana sebelum itu, beliau merupakan seorang model, pelakon dan pengacara popular.

Lebih mengejutkan dia kini mengenakan niqab sepenuhnya dan terus meninggalkan dunia seni yang pernah diceburinya satu ketika dulu.

Unconsciously things u want can become reality in the grasp of your hand ~ NH

A post shared by Natasha Hudson (@natashahudsonofficial) on

 

Dalam satu temu bual dalam Radio IKIM FM, Tasha berkongsi ceritanya yang pulang ke Australia untuk bertemu kaum keluarga yang bukan Islam termasuk ayahnya.

Cabarannya kali ini cukup getir kerana beliau pulang dengan bertudung. Layanan diterima daripada keluarga juga agak berbeza.

[su_highlight background=”#fb99ff”]Mereka tidak membelikannya makanan halal dan dia terpaksa berpuasa dan hanya makan buah serta mi segera.[/su_highlight]

Petals falling one by one, A rose chooses to not be a rose. ~NH

A post shared by Natasha Hudson (@natashahudsonofficial) on

 

Namun Tasha tetap reda. Dia turut bercerita bagaimana ayahnya seorang Pensyarah yang begitu marah padanya apabila ada anak murid dari Arab Saudi yang memberikannya Al-Quran.

Tetapi Tasha berdoa agar Tuhan bukakan pintu hati ayahnya untuk menerima Islam satu hari nanti. Dia juga tidak mengambil Quran di rumah ayahnya kerana yakin ada gunanya kelak satu hari nanti.

IKLAN

Telahannya benar apabila, dia yang sudah lama tidak bertemu abangnya bercerita tentang agama. Daripada pengamatan Tasha, dia melihat hati abangnya satu step ke arah Islam.

[su_highlight background=”#fb99ff”]Bagi meyakinkan bahawa Tuhan itu memang wujud, Tasha segera menunjukkan kitab Quran yang memang ada di rumah ayah mereka.[/su_highlight]

Allah, betapa besar dan tingginya Al-Quran itu. Menurutnya dia memang sudah baca dan khatam Quran sejak kecil. Tetapi tidak pernah memahami secara jelas isi kandungannya.

Dan dia mengakui belajar semula mengenai Al-Quran kerana bacaan tajwid tunggang langgang sebelum itu.

IKLAN

Kesungguhannya untuk belajar semula Al-Quran dengan membawa dua anaknya yang masih kecil. Sambil belajar sambil menyuap dan mengejar anak-anaknya.

[su_highlight]Bagi Tasha ‘Quran Is Our Life’. Jika kita membaca Quran tanpa mengetahui atau belajar bahasa Arab yang memang bahasa Quran, ibarat tin kosong.[/su_highlight]

Malah, sebelum pergi belajar, Tasha juga akan membaca depan suaminya yang akan check bacaannya sama ada tajwid betul atau tidak.

Setelah mengetahui maksud setiap surah, air mata Tasha akan menitis betapa Quran adalah suatu yang ‘amazing’. Malah ubat bagi otak yang berkarat juga adalah dengan membaca Al-Quran.

IKLAN

Memang admin tersentuh hati membaca setiap perkongsian Tasha ini. Tasha turut mengakui pernah gagal sekali ketika berniqab. Waktu itu dia sedang hamil dan gangguan syaitan menyebabkan Tasha tidak mengekalkan momentum ketika itu.

Menurut Tasha, jika kita tidak hafaz Al-Quran akan menjadikan diri lalai. Menyedari hakikat itulah, Tasha kembali belajar mendalami Al-Quran semula.

“Al-Quran lepaskan ego. Al-Quran kecilkan kita, merendahkan kita, jadikan kita hamba yang sangat kecil di mata Allah. Susah nak explain fasal Quran dan inilah The best thing in my life.”

One eye open ? • • One eye open or both eyes shut Do u have humility? Where is your dignity? Pride left behind? Yes? Lips sealed tightly Or will I be vocal for correcting me? I choose to tell you to choose Would it be your Deen or your greed? I’d choose me over any fame that will only defame and disrespect my religions belief. Truly I have principles which I stand for to protect my sisters around me. They say be vigilant with your enemies. Sometimes our enemies are within the same tribe share the same skin. Unraveling the truth is mind boggling. Denying the truth is truly sickening. While a part of this world is almost dying and crumbling. This side of the world is busy planning their silent kill. One eye open or both eyes shut? I say open both and be brave enough to defend the right system. Your choice to cover what’s priceless hurts them. They say it’s extreme the truth is they don’t know a thing about our vision nor history of the true queens. Being acceptable in this sticky web needs no approval. Being respected amongst the same faith is what has always been instructed and not to be amongst the dupable in a crowed full of fools forgetting their roots and where to raise the right flag of truth for the super parable.. • • ~ Written by NH / April 2017

A post shared by Natasha Hudson (@natashahudsonofficial) on

Ikuti video penuh pengalaman Tasha yang disiarkan di Radio IKIM.

SUMBER: KHALIFAH UNTUK SEMUA & IG NATASHA HUDSON

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI