Umum mengetahui pelakon Natasha Hudson telahpun melalui proses penghirahan yang sangat drastik. Malah sebaik berhijrah bebeberapa tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk mengenakan niqab dalam memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah. Biarpun sudah terpisah dengan dunia lakonan, namun perkembangan terkini pelakon ini sentiasa menjadi perhatian ramai. Dalam satu posting terbarunya di laman Instagram, Natasha memberitahu dia kini telah berhijrah ke Kelantan. Umum mengetahui dia sudahpun berpisah dengan bekas suaminya.
Ambil keputusan berhijrah ke Kelantan.
Menurutnya, berpindah atau hijrah ke tempat baru telah menjadi benda terbaik dalam hidupnya. Tidak ada apa yang pelik jika kita percaya pada aturan ketentuan Tuhan.
Tambah Natasha juga dia telah tinggalkan kehidupan bandar dan tidak sabar untuk memulakan sesuatu yang baru. Dan katanya lagi pabila kita redha, itulah sebenarnya ibarat seperti permata yg tidak ternilai dalam hati kita.
Tidak sabar memulakan kehidupan baru jauh dari kesibukan bandar.
Baru-baru ini dia memberitahu sudah tidak lagi mempunyai ikatan sah dengan bekas suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal.
Ads
Dalam laporan di Sinar Harian, Natasha sudah kembali solo malah mereka berdua berpisah secara baik.
Berpisah cara baik dengan bekas suaminya.
Malah Natasha memberitahu dirinya betada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa. Natasha turut percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang.
Ads
Hasil perkongsian hidup dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah. Dalam perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena.
Mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Semua sedia maklum pengacara popular Meletop, Nabil memang berkongsi akaun Instagram dengan isterinya Zira. Malah keduanya turut menggunakan akaun nama gabungan kedua-duanya dan sering muat naik aktiviti mereka sekeluarga di laman sosial.
Walaupun tiada kenyataan rasmi dari mulut Zira sendiri, tetapi rata-rata pengikut pasangan yang berjumlah 1.8 juta ini gembira dengan perubahan pada Zira.
Bukan hanya pada akaun Instagram @nabilzira, tetapi akaun milik Zira sendiri @zira.ayub juga turut muat naik fotonya sempurna berhijab.
Hijabista juga ucapkan tahniah dan alhamdulillah jika benar Zira sudah berhijab. Walaupun berhijab tidak membataskan kitra untuk melakukan aktiviti disukai asalkan tahu batas aurat.
Ramai di antara kita mesti keliru rutin penjagaan manakah yang sesuai dengan kulit wajah kita. Ramai yang ingat jika kulit berminyak tidak perlu pakai pelembap tapi sebenarnya salah tanggapan itu! Kulit yang berminyak juga perlukan pelembap tau.
Menerusi perkongsian Nurul Khairunie di facebook, dia telah menjelaskan mengenai produk penjagaan wajah yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak.
Lebih beruntung sekali, segala produk ini boleh didapatkan dengan mudah di gedung farmasi pada harga berpatutan.
1. Pre-Cleansing, ataupun double cleansing method. Double cleansing sangat3 penting untuk remove makeup, sunscreen etc yang kita pakai. Kenapa pakai oil? Because oil binds with dirt and it’s easy to remove traces of makeup/sebum with oil. Double cleansing ensures our makeup is thoroughly removed. Besides, using cleansing oil is very moisturising for our skin. It melts makeup in seconds. So easy! Just use 2-3 pumps and massage our whole face. Use during evening/night.
“Pre Cleansing. This is among my favourite as well. This oil-infused micellar adalah bahan terbaik untuk menyah sisa kotoran solekan. Tetapi memerlukan penggunaan banyak cotton pad berbanding pakai cleansing oil cuma pam atas tapak tangan dan sapu/massage ke seluruh muka. For pre cleansing you can choose either oil or micellar water. Use during the night/day.”
“AHA (alpha hydroxy acid) and BHA (beta hydroxy acid) are two types of chemical exfoliants. They usually derive from fruits/sugar. Chemical exfoliants lagi bagus dari exfoliator yang jenis skrub, sebab kadang-kadang particles halus tu boleh irritate skin akan tersumbat di dalam liang pori. Exfoliate untuk remove dead skin cells to give way for new skin cells to grow. Kalau dead skin cells tu bertimbun atas kulit tidak kena exfoliate, tu yang buat kulit nampak kusam dan satu lagi menyebabkan pores tersumbat juga. BHA ni oil soluble, ia boleh penetrate pores lagi dalam untuk bersihkan lebihan minyak/sebum dan benda2 alah lain yang boleh sumbat pores kita. Manakala AHA ni water soluble, yang boleh ‘kupas’ dead skin cells so that our skin can generate new cells. Use during day&night.
Berfungsi untuk hidrasikan balik kulit anda selepas cuci muka. Toner ni kita boleh pakai cotton pads atau tuang masuk dalam botol yang ada nozzle spray dan kita spray sahaja seluruh muka sehingga kering.
“ This is a gentle exfoliating toner, maknanya boleh pakai hari2 (contrary to what we always believe,exfoliating twice a week tapi yang ni daily usage pun selamat, ikut kulit juga lah kalau yang sensitif boleh guna 3x seminggu). Ini kira complementary kepada AHA/BHA wash sebab kandungan dan penggunaannya sama iaitu untuk exfoliate. Bila kita sudah exfoliate kulit kita, kulit akan ready untuk absorb skincare product yang seterusnya. I usually use this during my evening skincare routine so i will skip this in the morning. “
“Hydrating lotion. Dry skin and dehydrated skin are two different things. Kulit berminyak pun boleh jadi dehydrated sebenarnya. Dehydrated skin means skin loses its moisture/water. Bila kulit dehydrated, kulit kita akan compensate moisture/water tu dengan menghasilkan lagi banyak minyak. Hydrating lotion (light untuk oily skin) ada Hyaluronic acid. Hyaluronan ni naturally ada dalam badan kita dan antara tugas HA adalah untuk retain moisture. Simply put, HA is like a drink for our skin. So hydrate religiously kalau tidak mau muka jadi terlalu berminyak. Tekstur lotion ni sangat ringan macam air.. Dab dab di muka pakai jari. Fast absorption and no sticky feeling. Use during day & night.”
Clay mask ni dia boleh tarik impurities dari dalam kulit e.g excess sebum dan bawa naik ke surface kulit kita and absorb them. Selain tu boleh juga unclog pores dan lembutkan kulit. Pakai seminggu dua kali.
Sunscreen. Ermm, need i say more?? Btw pilih SPF yang jenis gel dan tinted. Kebanyakan SPF warna dia putih pekat emulsion tu.. Rasa sticky dan selalu ada white cast to choose the gel one. It glides on easily. Kegunaan harian.”
“Moisturiser. Tapi ni dia tulis Hydrating Water Gel which is the same thing. For oily skin, please choose water/gel based moisturiser sebab tekstur ringan dan terus menyerap masuk dalam kulit. I’ve explained why we need to hydrate/moisturise our skin. Bila kulit kita lembap dan hydrated, oil production kita akan lebih terkawal. Pakai mekap pun smooooothhh sangat bila kulit lembap, regardless kulit berminyak sekalipun. Avoid cream/emulsion based. P/s jangan lupa baca ingredients.. Cari produk yang ada glycerin. It works to moisturise the skin by drawing water from the air into the skin outer layer. Use during day&night.”
Diharap perkongsian ini dapat membantu hijabi di luar sana yang mengalami masalah kulit berminyak. Apa yang paling penting mestilah kena rajin mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Jangan malas tau!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap pasangan yang baru berkahwin pasti tidak lepaskan peluang untuk menikmati bulan madu. Tidak terkecuali bagi pasangan baru, Dayah Bakar dan suaminya, Kapten Hanif. Pasangan ini mengambil kesempatan bercuti dan menerokai keindahan Kashmir, India sambil mengenali hati budi masing-masing. Namun keseronokan menikmati bulan madu sedikit tercalar kerana beg pakaian Dayah Bakar mengalami masalah menyebabkan dia terpaksa menggayakan pakaian orang lain.
Menurut Dayah, gara-gara masalah luggage stuck, menyebabkan beg persalinan tidak sampai ke tangannya.
Namun dia bernasib baik kerana menurut Dayah ada seorang kakak dari Malaysia yang duduk di hotel sama telah meminjamkan satu persalinan termasuk baju dan tudung kepadanya.
Menurut Dayah kakak berkenaan berasa kasihan melihat dia yang tidak ada baju disebabkan masalah luggage stuck ini dan telah menghantar baju dan tudung terus ke biliknya.
Namun dek kerana tidak sabar untuk menikmati keindahan bumi Kashmir, Dayah tetap kekal positif dan ceria bergambar kenangan di samping suami tercinta.
Dilihat dalam satu posting itu Dayah sempat menaiki kuda di salah satu kawasan pergunungan dan juga menziarah satu perkampungan yang mana kebanyakan penduduknya orang tua tetapi masih kuat mencari rezeki buat keluarga mereka.
Biarpun diingatkan untuk tidak berbuat baik kepada mereka, namuh sifat peri kemanusiaan Dayah mengatasi segala-galanya dan turut memberi sedikit rezeki kepada kumpulan orang tua berkenaan.