Pernah dipandang rendah suatu ketika dahulu ketika mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pelakon, Aeril Zafrel di usia muda tidak membuatkan Wawa Zainal melatah dengan keadaan sekelilingnya.
Kini berjaya membangunan syarikat kosmetiknya sendiri, Wawa bersyukur segala titik peluh usahanya bersama suami kini membuahkan hasil.
Pernah tak orang pandang rendah pada korang? Wawa juga pernah.. tapi kata-kata mereka tu kita jadikan semangat untuk kita berusaha lebih lagi.. jangan pernah down tau..
Ads
Dan ketika kita dah capai apa yang kita impikan.. dan ketika kita sudah punya segalanya.. janganlah sombong dan terlalu bangga dengan apa yang kita ada .. dan jangan pernah memandang rendah pada orang lain..
Apa-apa pun sentiasa syukuri apa yang kita ada .. boleh?
Selain itu, Wawa juga turut berkongsi bahawa dulu dia pernah bermimpi untuk mempunyai wisma tiga tingkat suatu hari nanti dan kini impiannya itu telah tertunai.
Ads
Sedikit kisah dari Wawa. Dulu Wawa pernah bermimpi untuk ada wisma 3 tingkat. Alhamdulillah mimpi jadi kenyataan. Dulu rasa mustahil untuk berjaya tapi Wawa kuatkan semangat.
Ingat balik, orang pernah pandang rendah dengan keputusan Wawa berkahwin muda. Ada yang cakap Wawa bakal hidup susah, hubungan takkan kekal. Tapi kata-kata mereka Wawa jadikan sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah dah terbang lebih tinggi.
Ads
Dan hari ini, alhamdulillah aku berjaya buktikan yang aku juga boleh berjaya. Next, impian aku bantu orang lebih ramai lagi. Teruskan usaha, jangan putus asa ketika orang pandang rendah!
Kisah Wawa ini memang sangat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana yang mahu berjaya sepertinya. InsyaAllah, jika kita selalu berfikiran positif, tak mudah mengalah dan tidak mendongak ke langit, kita juga pasti boleh mencapai impian yang diidamkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari Jumaat merupakan penghulu segala haridalam seminggu. Sebagai umat Islam, kita meyakini bahawa hari Jumaat memberikan kelebihan dan mengandungi keutamaan tertentu berbanding hari lain. Kebiasaannya umat Islam hanya terlintas bahawa kelebihan hari Jumaat hanyalah pada solat Jumaat. Benarkah sekadar itu sahaja? Hakikatnya terdapat pelbagai amalan lain yang dianjurkan kepada umat Islam untuk mengerjakannya.
Antaranya ialah;
1. Mandi sunat Jumaat
Pada hari Jumaat, kita disarankan untuk mandisunat pada hari Jumaat terutama bagi lelaki yang ingin menunaikan solat Jumaat. Daripada Ibnu Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kalian ingin mengerjakan solat Jummat, maka hendaklah dia mandi. (riwayat Al-Bukhari no. 877 dan Muslim no. 844)
2. Membersihkan gigi dan memakai wangian
Membersihkan gigi sama ada dengan kayu siwak ataupun berus gigi yang ada pada masa kini amat dituntut terutama sebelum mengerjakan solat. Begitu juga anjuran memakai wangian sebelum solat. Kedua-dua perkara ini antara sunnah yang semakin dilupakan serta kurang diamalkan. Abu Sa’id Al-Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW menyarankan agar pada sahabat menggosok gigi dan memakai wangi-wangian pada hari Jumaat semampu yang boleh. Salah seorang perawi hadis iaitu seorang tabi’in bernama Bukair bin Abdullah Al-Asyajj berkata tentang anjuran memakai wangi-wangian pada hari Jumaat: Meskipun dengan wangi-wangian kaum wanita. (riwayat Muslim no. 846; Abu Daud no. 342)
3. Memperbanyakkan doa
Salah satu doa yang diangkat dan dimakbulkan oleh Allah adalah ketika hari Jumaat. Pada hari Jumaat, terdapat suatu masa yang mana jika seseorang berdoa pada waktu itu, nescaya Allah akan menunaikan permintaannya. Ia merupakan suatu peluang yang telah diberikan kepada umat Islam namun tidak ramai yang mengetahuinya dan beramal dengannya. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Jumaat ada suatu waktu yang mana tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat lalu berdoa tepat pada waktu tersebut melainkan Allah akan mengkabulkan doanya tersebut. (riwayat al-Bukhari no. 935 dan Muslim no. 852). Para ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai bilakah waktu yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu. Ada yang berpendapat waktu mustajab itu adalah ketika di antara dua khutbah dalam solat Jumaat.
Sebahagiannya pula berpendapat pada waktu Asar. Pendapat yang kuat adalah pada waktu Asar selepas mengerjakan solat Asar sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya. (musnad Ahmad no. 7363).
4. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW
Selawat merupakan tanda kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Setiap daripada selawat yang dilafazkan akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Ia juga menjadi zikir yang perlu diamalkan setiap hari untuk melembutkan hati dan menyemai rasa cinta kepada Baginda SAW. Setiap Muslim disunatkan untuk memperbanyakkan selawat setiap hari terutamanya pada hari Jumaat. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari yang terbaik di antara hari-hari lain, maka perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada hari itu (Jumaat) kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku.” (riwayat Abu Daud no. 1531dan An-Nasai no. 1374).
Semoga amalan-amalan ini dapat menjadikan kita hamba-Nya yang memperolehi ganjaran dan dirahmati oleh-Nya. InsyaAlllah. Selamat beramal! Salam Jumaat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selagi masa yang ada bersama ibu dan bapa, itulah peluang kita untuk berbakti kepada mereka. Kadang kala kita lupa mereka, tetapi suatu hari akan ada masa buat kita rugi untuk meluang masa bersama mereka.
Penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan, mengatakan kehilangan bapanya membuatkan dia tersedar untuk lebih menghargai masa bersama keluarga. Tidak mahu utamakan kerjaya seperti dahulu.
Kehilangan bapa kepada penyanyi, Cakra Khan, pada dua tahun lalu sewaktu seluruh dunia dikejutkan dengan pandemik COVID-19 sangat memberikan kesan kepadanya. Berita yang sangat mengejutkan buatnya sehinggakan memberi kesan sampai hari ini.
Arwah bapanya yang bernama Harmana meninggal dunia disebabkan penyakit stroke pada 21 Ogos 2020. Terdahulunya dia sering fokus untuk utamakan kerjaya, namun, segalanya berubah semenjak pemergian bapa tercinta itu.
Di temubual bersama Wilayahku, Cakra khan atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 30, juga berkata rakan baiknya juga telah pergi meninggalkannya sewaktu pandemik COVID-19 juga. Kedua-dua insan tersayang itu sangat memberi impak dan persepsinya dalam kerjaya dan waktu bersama keluarga.
“Banyak hal yang terjadi sepanjang COVID-19. Saya berada pada ‘titik paling rendah’ apabila saya kehilangan ayah dan kawan baik,
“Waktu ayah sakit, saya ada menemaninya di rumah sakit (hospital) tapi ada satu hari itu, saya mahu berangkat (pergi) ke undangan nyanyian, saya dapat tahu keadaan kesihatan ayah tiba-tiba merosot,
“Jadi, saya patah balik, batalkan show dan bila sampai di hospital, ayah sudah meninggal dunia. Ketika itu, saya benar-benar melalui the worst feeling.” katanya.
Pelantun suara Harus Terpisah itu juga mahu utamakan lagi masa bersama keluarga lebih-lebih lagi ibunya meskipun terpaksa berkejar dengan kerjaya. Tetapi, dia tidak terfikir untuk berhenti dalam industri seni cuma perlu pandai bahagikan masa.
“Untuk meninggalkan dunia hiburan itu tidak la, tapi waktu itu, buat saya terfikir untuk meluangkan masa sebanyak yang mungkin dengan family. Cara saya mengubat hati, saya balik ke keluarga.
“Saya balik ke rumah ibu dan luangkan masa bersama. Ia sangat membantu dan Alhamdulillah saya boleh mula fokus semula. Walaupun sibuk macam mana pun, saya akan tetap meluangkan masa dengan keluarga.
“Kalau dulu, saya tengah ada kerja ibu telefon, saya akan biarkan dahulu. Tapi sekarang, walaupun saya tengah sibuk di acara, ibu telefon saya akan terus angkat,” ujarnya lagi.
Tambahan lagi, Cakra juga turut ingin membuat satu segmen khas buat tribute bapanya sewaktu di soal ketika sidang media Konsert A Decade: Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2023 di Shook! JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu lepas. Katanya, bapanya lah punca dan tunjang utama buatnya untuk meneruskan lagi dalam industri seni.
Setiap kali bulan Ramadan sering kali ada yang masih keliru dan tertanya-tanya tentang hadis fadhilat tarawih mengikut malam itu sahih atau tidak. Syukur kerana semakin hari semakin ramai masyarakat kita mula bertanya tentang status hadis yang pada matanya nampak pelik.
Ia menunjukkan mereka sudah mula memastikan amalan mereka bersumberkan hadis yang sabit dari Nabi sallallah ‘alaih wa sallam. Jadi, apakah sebenarnya status hadis kelebihan solat sunat tarawih setiap malam?
Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita dituntut untuk melaksanakan solat sunat Tarawih yang tidak ada dalam bulan-bulan yang lain secara berjemaah atau bersendirian.
Hukum solat sunat tarawih adalah sunnah muakkad (sunat yang dituntut). Disebabkan itu, kita sering mendengar akan hadith-hadith berkaitan kelebihan solat sunat tarawih. Irsyad al-Hadith pada kali ini akan cuba menerangkan berkaitan status hadith ini.
Matan Hadis
Hadis berkaitan kelebihan solat tarawih setiap malam ini diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA:
Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW ditanya akan kelebihan solat tarawih dalam bulan Ramadan, lalu dikatakan baginda SAW bersabda:
Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke dua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke tiga
Para malaikat di bawah Arash menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke empat
Orang-orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke lima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjid al-Haram, Masjid al-Madinah dan Masjid al-Aqsa.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke enam
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Bait al-Ma’mur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih pada malam itu.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke tujuh
Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke lapan
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke sembilan
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke sepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke sebelas
Dia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke dua belas
Dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya seperti bulan.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga belas
Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke empat belas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah SWT tidak akan menghisab mereka.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke lima belas
Semua malaikat yang memikul Arash dan Kursi akan berselawat serta mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke enam belas
Allah SWT menuliskan baginya dalam kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke tujuh belas
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini seperti pahala Nabi-Nabi.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke lapan belas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke sembilan belas
Allah SWT akan meninggikan darjatnya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke dua puluh satu
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke dua puluh dua
Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang dukacita dan kesedihan pada hari tersebut.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke dua puluh tiga
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke dua puluh empat
Allah SWT akan memberinya dua puluh empat permintaan yang mustajab.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke dua puluh lima
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur daripadanya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke dua puluh enam
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke dua puluh tujuh
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke dua puluh lapan
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di syurga.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke dua puluh Sembilan
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga puluh
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam air yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama al-Kauthar.
Aku Tuhanmu dan engkau adalah hambaku”.
Sumber Hadis
Hadis ini terdapat di dalam kitab Durrah al-Nasihin pada halaman ke 19.
HUKUM HADIS
Hadis ini adalah palsu lagi dusta di atas nama Nabi SAW dan juga sahabat baginda SAW iaitu Ali bin Thalib. Di samping itu, haram bagi kita menyebarkannya kepada orang lain. Ini kerana, telah jelas tanda-tanda atau ciri-ciri kepalsuan hadith tersebut seperti yang telah digariskan oleh para ulama’. Antara ciri-ciri hadith paslu adalah sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Qayyim di dalam karyanya:
“Hadis palsu itu antara cirinya ialah padanya terdapat unsur berlebih-lebihan dalam menetapkan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah”. [Lihat: al-Manar al-Munif, 51]
Berdasarkan pernyataan Ibn Qayyim ini, kita dapat melihat di dalam hadis ini bahawa ganjaran yang ditetapkan bagi sesiapa yang melaksanakan solat tarawih padanya ciri tersebut iaitu berlebihan dalam penetapan ganjaran bagi amalan tersebut. Selain itu juga, hadis ini dikatakan bercampur dengan hadis-hadis yang lain.
Kesimpulannya, hendaklah kita mengenalpasti akan kesahihan sesebuah hadis sebelum ia disebarkan kepada orang lain. Ini kerana, ancaman Nabi SAW terhadap orang yang berdusta di atas nama baginda SAW adalah amat berat iaitu neraka.
Untuk menceritakan akan kelebihan kita berqiyam di malam Ramadan, di sana terdapat sebuah hadis yang sahih sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RA di dalam kitabnya:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 36]
Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan petunjuk dalam melakukan amal dan ibadah kepadaNya serta memelihara kita daripada melakukan pendustaan di atas nama Rasulullah SAW.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.