Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa. Itulah bait mutiara kata yang sering dituturkan dari zaman ke zaman. Kasih seorang ayah, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Sebagai seorang anak pula, kita pasti mahu membalas jasa kedua orang tua kita.

Kisah yang dikongsikan oleh hijabi yang bernama Sri Hajarul Kharyani Hamidan ini  membuatkan ramai sebak kerana dia tidak sempat untuk membalas jasa arwah ayahnya, yang menderita akibat kanser pada Januari 2019.

Berniat mahu bawa tunaikan haji

Ujar Sri kepada Mstar, dia merupakan anak perempuan bongsu jadi dia memang cukup rapat dan manja dengan bapanya itu. Sejak berpisah dengan ibunya 12tahun lalu, bapanya lah menjadi kekuatan dan pembakar semangatnya setiap kali dia mahu berputus asa. Disebabkan itu jua, dia berasa sangat kesal kerana tidak sempat menabur bakti.

“Kalau ayah ada sekarang, saya akan balas jasa dia dengan tunaikan keinginan dia pergi jalan-jalan setiap bulan. Tapi niat paling utama pastinya nak bawa mereka tunaikan haji. Tapi lepas ayah tak ada, saya cuma boleh upah badal haji saja atas nama dia”

Terdahulu, ketika hayat ayahnya masih ada, dia masih belum habis belajar dan belum mampu untuk membalas jasa. Selain itu, dia juga mengakui mengambil masa yang lama untuk menerima berita kehilangan ayahnya itu.

“Saya berada dalam fasa in denial lepas ayah tak ada. Bukan sebab tak terima takdir atau reda tapi terkejut kerana terlalu cepat.

“Apabila ayah dah tak ada ni sejak hampir tiga tahun lalu, rutin kehidupan sudah berubah. Saya akan melawat kubur dia setiap minggu untuk lepaskan rindu.” ujarnya lagi.

Arwah ayah tak pernah terfikir nak kahwin lain

Setelah berpisah dengan ibunya 12tahun lalu, arwah tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi. Ayahnya telah membesarkan anak-anak seorang diri. Perkara tersebut yang telah membuat Sri kagum dengan ayahnya. Malahan, ayahnya juga tidak kekok untuk menunjukkan rasa sayang kepada anak-anaknya.

IKLAN

“Ayah tak pernah terfikir pun nak kahwin lain. Sri sangat kagum dekat arwah sebab sejujurnya tak semua lelaki boleh besarkan anak-anak kecil sendiri dan uruskan rumah bertahun-tahun.

“Dia seorang yang penyayang dan tak pernah pukul anak-anaknya. Walaupun saya sudah besar, dia masih peluk dan cium depan orang ramai. Dia selalu cakap yang dia sayangkan anak-anak.” ujar Sri.

ARTIKEL BERKAITAN: Hijabi Ini Tak Kekok Langsung Sekelas Dengan Bapa Sendiri. Seronok Sambut Hari Graduasi Bersama!

Momen istimewa bersama arwah ayah

Bagi mengubat rasa rindu, hijabi itu telah berkongsi satu video throwback yang memaparkan momen terindahnya bersama arwah ayah.

@sri.hajarulAyah is a single father for 12 years until his last breath. He done a great job for raising us without any complaints ALONE. He the one do laundry, cooking and EVERYTHING. I made a promise to him utk “ganti” semua sbb banyak dia spend money for me especially for my studies. Tapi Allah lebih sayang ayah, he passed away before “rasa” my first income 💔 kita jumpa nanti ya ayah 💝♬ Ayah – Seventeen

IKLAN

“Ayah is a single father for 12 years until his last breath. He done a great job for raising us without any complaints ALONE. He the one do laundry, cooking and EVERYTHING. I made a promise to him utk “ganti” semua sbb banyak dia spend money for me especially for my studies. Tapi Allah lebih sayang ayah, he passed away before “rasa” my first income..kita jumpa nanti ya ayah” tulisnya.

Menurutnya, dia memuat naik video tersebut kerana takut rakaman yang jelas kedengaran suara ayahnya itu hilang dalam simpanan. Video yang diambil ketika menyambut hari raya pada tahun 2019 membuatkannya terkesan kerana dia sudah berjanji dengan arwah ayah untuk membalas jasanya namun tidak kesampaian.

Netizen turut sebak

Ramai netizen turut sebak dengan hantaran yang telah dimuat turun melalui laman Tiktok tersebut. Ada yang turut mendoakan dan memberi kata-kata semangat. Hantarannya kini telah mendapat lebih 4K kesukaan.

“YaAllah. Nanges😭 salam takziah. 🥺Semoga dipermudahkan urusan awk sekeluarga”

“Berair mata saya,allahu… best tengok bonding keluarga awak.”

IKLAN

“Sama. sedihkann rasa tak sempat berbakti. tak sempat bagi apa yg kita nak bagi. terkilann sangat Allah je tahuu :(”

“Ya Allah keluar air mata saya…”

“Semoga Allah tempatkan ayah awak di syurga tertinggi sis…”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kasut Anak Kotor, U Bersihkan’- Sheila Rusly Sebak Kenang Pengorbanan Suami Sempena Hari Bapa

Benarlah kata orang, kasih ayah tiada ganti. Ayah juga merupakan ‘cinta pertama’ anak perempuannya. Team Hijabista turut mendoakan agar Sri terus kuat dan semoga Sri bertemu dgn Ayah satu hari disana suatu hari nanti.

Sumber info dan gambar: Mstar dan TikTok Sri.Hajarul

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI