Penyanyi terkenal Malaysia dan juga usahawan, Siti Sarah Raissuddin, 36, telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi akibat jangkitan Covid-19.
Allahyarham yang dimasukkkan ke hospital pada Rabu lalu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 5.13 pagi hari ini di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Isteri kepada pelawak, pelakon dan usahawan Shuib itu terlebih dahulu pada 26 Julai 2021 menerusi hantaran di Instagram, memberitahu kepada umum bahawa pembantu rumahnya terlebih dahulu disahkan positif. Oleh itu seluruh ahli keluarganya melakukan ujian calitan sebelum disahkan positif.
Sarah sebelum ini telah melahirkan bayi lelaki pra-matang pada usia kandungan 7 bulan, Jumaat lalu. Diberi nama Ayash Affan, bayi tersebut kini dilaporkan stabil dan memberikan tindak balas positif.
Ads
Selain itu Sarah memiliki tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra,8 dan Ariq Matin,6.
Takziah Hijabista ucapkan kepada seluruh keluarga Siti Sarah atas pemergiannya.
Satu video seorang rider bersikap jujur selepas melanggar sebuah Vellfire pada ahad lepas. Hantaran itu telah meraih perhatian orang ramai sehinggakan hari ini.
Pelakon Fasha Sandha juga turut terharu melihat sifat rider itu yang bagus dan bertanggungjawab selepas melanggar kereta itu tanpa sengaja. Ekoran itu, dia mula mencari rider tersebut untuk diberikan hadiah!
Kini pelakon itu telah pun temui rider yang di carinya atas usaha rakan-rakan serta pengikutnya di sosial media. Dia membuat satu hantaran khas buat lelaki tersebut di akaun instagram milkinya disebabkan video yang viral itu.
“Pujian harus diberikan pada 1 adik Grab yang tak lari selepas melanggar, ada sesetengah rider yang langgar lari, langgar side mirror kereta pastu pecut lari risau kena bayar,
“kakak ada hadiah nak bagi awak memandangkan awak baru 19 tahun dan rajin bekerja utk keluarga,
“Adik ni harus dijadikan contoh yang baik buat semua penunggang motorsikal.” tulisnya.
Fasha juga memuji sikap pemilik Vellfire itu kerana sangat tenang dalam menguruskan masalah itu. Bahkan, tidak pula meminta rider tersebut untuk membayar selepas dia berlaku jujur.
“If terlanggar, sila berhenti dan gentle ok? Pujian buat abang kereta besar ni juga diatas kemuliaan hatinya, bagi adik ni pergi tanpa bayaran.” katanya lagi.
Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz, bertemu bersama rider tersebut di sebuah restoran untuk belanjanya makan. Kelihatan lelaki yang bernama Shahril Bin Zakaria, 19, itu sangat gembira dan terharu dengan layanan Fasha dan suami.
“Semoga kita dapat mengambil teladan daripada kisah adik grab ni,
“Namanya Adik Shahril Bin Zakaria, 19 tahun, tidak active di sosial media sangat katanya. Baik budinya. Terima kasih banglong (abang ipaq saya…) yang tlg menghubungkan kami.” ujarnya lagi.
Hantaran video di pemilik akaun TikTok @onsir11 itu telah meraih sebanyak 3.9 juta view sehingga ke hari ini.
Sudah menjadi tradisi masyarakat Malaysia mengadakan jamuan rumah terbuka, maklumlah raya sebulan, pasti hujung minggu di penuhi dengan jemputan. Masih belum terlambat lagi Hijabista kongsi adab-adab hadir rumah terbuka.
Ramai antara kita lupa adab-adab menghadiri majlis ini.Perkongsian ini panduan untuk kita bersama agar tidak melukakan hati tuan rumah.
Mengeratkan hubungan sillaturrahim, saling bermaaf-maafan sesama rakan, jiran dan keluarga itu tujuan sebaiknya apabila kita memenuhi undangan rumah terbuka. Hindari daripada menghadiri majlis tersebut dengan niat dan tujuan tersembunyi seperti untuk menonjolkan diri dengan menunjuk-nunjuk dan memperagakan pakaian cantik atau barangan berjenama yang dipakai. Jagalah niat dan iman agar tidak terpesong.
Masa amat penting di mana kita harus tahu waktu Majlis Rumah Terbuka tersebut diadakan. Maka hadirlah pada waktu yang tepat dan patuhilah masa yang sudah ditetapkan oleh pihak penganjur / tuan rumah.
Hormatilah orang di sekeliling dengan memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat bagi Muslim ketika menghadiri rumah terbuka. Jaga pergaulan di dalam rumah terbuka kerana di dalam rumah mereka mungkin terdapat ahli keluarga yang tidak mengenali sikap anda.
Ketika sampai ke majlis rumah terbuka, berilah salam kepada tuan rumah dengan penuh hormat dan mintalah izin untuk masuk sambil menghulurkan tangan kepadanya untuk bersalaman serta bertanya khabar. Begitu juga apabila pulang nanti, janganlah terus pergi begitu sahaja, bertemulah tuan rumah terlebih dahulu untuk meminta izin berundur dan bagi mengucapkan terima kasih atas jemputan dan hidangan yang disediakan serta mendoakannya supaya murah rezeki dan diberkati usia mereka sekeluarga.
Akhlak dan tingkah laku haruslah dijaga semasa berada di majlis rumah terbuka. Sewajarnya dielakkan daripada bersikap bangga diri dan bersikap menunjuk-nunjuk, sombong, riak, dan takabur.
Adab makan perlu dijaga dan janganlah makan secara berlebihan. Ambil apa yang anda rasa perlu sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Ingatkan orang yang datang kemudian dan jangan suka membazir walau anda tahu banyak lagi makanan yang disediakan. Membazir itu adalah amalan syaitan. Sekiranya anda mempunyai penyakit dan alahan, makanlah makanan yang sihat dan tidak melanggar pantang.
Pendekkanlah tempoh ziarah ke rumah terbuka. Jangan duduk terlalu lama berjam-jam ketika berkunjung ke majlis tersebut hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa lebih-lebih lagi pada hari itu ramai tetamu yang hadir dan tempat terhad
Selepas pulang dari rumah terbuka janganlah pula mengata atau membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan setiap rumah yang dikunjungi. Sama ada dari segi layanan, kemewahan, perhiasan atau makanan yang dihidangkan. Namun sebagai tetamu, kita haruslah bersyukur dengan apa yang tuan rumah sediakan.
Ketika sibuk menghadiri majlis-majlis rumah terbuka, janganlah sehingga melalaikan untuk tunaikan solat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa yang tidak mengenali pelakon serta penyanyi popular yang memiliki tubuh badan yang menawan meskipun sudah meningkat usia? Nama Erra Fazira sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan.
Setiap lakonannya pasti memberi kesan kepada yang menonton. Begitu juga dengan suaranya yang merdu, menjadi pujaan ramai orang. Genap berusia 49 tahun, tidak dinafikan aura dan pesona Erra Fazira masih memikat pandangan ramai sampai ke hari ini.
Biarpun mencecah usia lewat 40an, Erra bijak menjaga penampilan diri dan kecantikan. Dalam kesibukan kerjaya sebagai anak seni, duta dan ahli perniagaan pun dia aktif mengamalkan gaya hidup sihat dan bersukan.
Misalnya pada Disember lalu, pemilik nama Fazira Wan Chek ini berkesempatan meluangkan masa bermain bola jaring bersama kelab peminat setianya.
Bukan saja popular dan cantik, Erra juga ramah dan menghargai para peminat yang banyak menyokong kerjaya seninya selama ini.
Aktres filem Maria Mariana ini juga dilihat gemar beriadah seperti berbasikal bersama teman-teman dan anak tersayang, Engku Aleesya.
Tak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan kekal berstamina. Malah, peminat Erra sendiri mengetahui figura ini seorang wanita yang berjiwa lasak dan aktif bersukan.
Mengimbas temubual HIJABISTA bersama Erra, aktres ini mendedahkan jika tidak bergelar selebriti dia mungkin menjadi ahli perniagaan.
“Saya rasa saya akan menjadi seorang businesswoman. Sebab saya suka berniaga. Dari saya kecil lagi saya dah berniaga. Kecil-kecil dulu saya pergi sekolah.. saya berniaga keropok. Sayalah yang menggoreng, cabut sendiri ubi kayu dan segala-galanya saya buat sendiri.”
Disifatkan sebagai seorang wanita yang berdikari, Erra yang kini berstatus ibu tunggal enggan melihat perkara itu sesuatu yang menyukarkan. Sebaliknya, melontarkan kata-kata semangat ini buat semua wanita yang melalui nasib sama seperti dirinya.
“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita.
“Maka bangunlah. Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
“Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat,” ujar primadona Malaysia itu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.