Semenjak bulan Ramadan lepas, penampilan Ashanty yang kerap berhijab undang pujian, cantiknya isteri Anang Hermansyah ni buat mata tak berkelip memandang!
Terkenal sebagai wanita sosialit yang menyenangi fesyen dan kecantikan, perubahan Ashanty lewat kebelakangan ini menarik perhatian. Sering tampil berhijab, malah beliau sendiri tak menolak kemungkinan akan terus menutup aurat selepas bulan ibadah berlalu.
Memilih untuk meraikan lebaran di Tanah Suci, penampilan sopan Ashanty sekali lagi diperkatakan. Keluarga besar Anang dan Ashanty rupa-rupanya menghabiskan sisa bulan Ramadan di sana sekaligus merayakan Syawal dalam waktu yang sama.
Niat Ashanty berhijab yang juga isteri Anang Hermansyah ini jelas mendapat sokongan penuh daripada suami dan anak tirinya, Aurel Hermansyah. Ibu kepada Arsy dan Arsya itu juga turut menitip doa agar segera mendapat hidayah dan istiqamah dalam berhijab.
Ads
Jelasnya, “Sekarang saya memakai hijab setiap hari, kadang-kadang untuk menghadiri fashion show hijab, acara hijab dan mengaji. Jadi insyaallah mungkin segera dapat (hidayah), segera bisa, aamin.”
Sering dipuji suami kerana kelihatan lebih cantik dan elegan berhijab, Ashanty semakin serius mahu membuat transformasi sopan itu dalam waktu terdekat.
“Kadang-kadang saya tanya Anang, ‘Yang, aku bagus enggak?’ dan biasanya dia akan menjawab ya. Malah Anang juga menambah kalau memang sudah waktunya, saya pakai hijab.”
Berusia 39 tahun dan berasal dari Jakarta, Ashanty atau nama penuhnya Ashanti Hastuti cukup terkenal sebagai anak seni Indonesia. Perkahwinannya dengan Anang Hermansyah yang turut merupakan bekas suami Krisdayanti terus menjadi tumpuan peminat di sana.
Penampilan Ashanty berhijab ini jelas menggembirakan netizen. Ramai yang mendoakan agar isteri Anang Hermansyah ini istiqamah dan terus berhijab sepulangnya mereka daripada Tanah Suci kelak.
Anak merupakan anugerah dari Allah SWT. Apabila belum dapat anugerah untuk mendapatkan anak, tetapkan hati untuk terus berdoa kepada Allah. Seperti yang dilakukan Nabi Zakaria.
Keinginan Nabi Zakaria AS untuk memiliki anak adalah agar ada yang mewarisi kenabian untuk Bani Israel darinya. Bukan bertujuan agar ada yang mewarisi hartanya. Sebab para nabi tidak mewariskan harta benda.
Sejarah mengisahkan Nabi Zakaria baru memiliki anak hingga umur 100 tahun. Nabi Zakaria selalu bersabar dan berdoa agar dianugerahi zuriat. Hingga suatu hari, berkat kesabarannya, Allah menganugerahinya anak. Anak Nabi Zakaria iaitu Nabi Yahya.
Disebutkan dalam Al Quran doa Zakaria untuk mendapatkan anak. Salah satu doanya iaitu Surat Al Imran ayat 38:
“Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa.” (QS. Ali Imran ayat 38).
Ada lagi doa Nabi Zakaria lainnya yang dipanjatkan kepada Allah untuk mendapatkan anak yang soleh dan soleha. Seperti dikutip dari buku ‘Keutamaan Doa & Dzikir Untuk Hidup Bahagia Sejahtera oleh M. Khalilurrahman Al Mahfani, doa Nabi Zakaria yakni Surat Al Anbiya ayat 89 sebagai berikut:
رب لاتذرني ژدا وانت خير الوارثين. الأنبياء:۸۹
Rabbi laa tadzarnii fardaw wa anta khairul waaritsiin.
Ertinya Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling baik. (QS. Al Anbiya: 89).
Dalam buku ‘Kisah bapak dan anak dalam Al-Qur’an oleh Adil Musthafa Abdul Halim (A)’ disebutkan, setelah Nabi Zakaria berdoa, malaikat datang memanggilnya. Pada saat itu ia tengah melakukan solat di tempat ibadahnya. Malaikat menyampaikan kepadanya firman Allah swt yang berbunyi:
“Hai Zakaria, sesungguhnya kami memberi khabar gembira kepadamu akan beroleh seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia.” (QS Maryam ayat 7).”
Itulah doa untuk anak soleh dan solehah dari Nabi Zakaria. Nabi Zakaria pun memiliki anak meski umurnya sudah 100 tahun. Dia memiliki anak bernama Nabi Yahya. Nama Yahya merupakan pemberian Allah SWT.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menutup aurat bukan pilihan tapi wajib. Hijab atau tudung pula bermaksud pakaian yang menutup aurat wanita Muslimah pada bahagian kepala dan sekitarnya. Kewajipan itu disebutkan dalam al-Quran dan hadis.
Firman ALLAH SWT: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlahkamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 31)
Baru-baru ini tular mengenai penampilan bertudung seorang pesilat negara wanita ketika menyertai Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Ayer Keroh, Melaka. Beliau dikenali sebagai Merrywati Manuil yang berasal dari Sandakan, Sabah.
Penampilannya yang bertudung telah menarik perhatian masyarakat. Ramai yang menyangka dia ialah seorang gadis Melayu Islam. Dalam sebuah penulisan di Facebooknya, Merrywati mengatakan beliau memakai tudung semasa pertandingan kerana ingin menghormati kesenian silat Melayu walaupun beliau bukan beragama Islam.
Malah baginya, tudung membuatkan dirinya nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan. SubhanAllah. Jika kita perhatikan wanita ini bukan beragama Islam, tetapi hatinya turut merasa selesa mengenakan tudung yang menjadi kewajipan buat wanita Islam. Malahan, dia sanggup mengenakannya dalam lapangan silat yang kita tahu memerlukan pergerakan yang aktif, dan lincah.
Allahuakbar, ini menjadi bukti bahawa dengan bertudung dan menutup aurat tidak menyekat seseorang wanita itu untuk melakukan apa jua aktiviti termasuklah aktiviti lasak sekalipun.
Jadikan kisah ini satu suntikan semangat dan inspirasi buat kita untuk terus istiqamah menutup aurat dengan sempurna. Besar ganjaran buat mereka yang istiqamah di jalan kebaikan. Mudah-mudahan juga, Allah memberikan taufiq dan hidayahnya buat sahabat-sahabat kita yang belum beragama Islam.
Didoakan buat yang sedang berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna semoga diberi kemudahan dan kekuatan dalam menjalankan perintah Allah. Buat mereka yang sudah sempurna menutup aurat, mudah-mudahan kita terus istiqomah menjalankan perintah Allah yang satu ini hingga ke akhir hayat. Allahumma ameen.
Maksudnya: “Aku katakan kepada Ummu Salamah, “Wahai Ummul Mukminin, apakah doa yang sering dibaca Rasulullah SAW apabila Baginda bersamamu? Beliau berkata, “Doa beliau yang paling banyak adalah, “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku diatas agama-Mu.”
Ummu Salamah berkata, “Wahai Rasulullah, berapa kerap anda berdoa, “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku diatas agama-Mu?”
Baginda berkata, “Wahai Ummu Salamah, sesungguhnya tidak ada seorang manusia pun melainkan hatinya berada di antara dua jari di antara jari-jari Allah. Siapa yang Allah kehendaki maka Dia akan meluruskannya dan siapa yang Allah kehendaki maka Dia akan memalingkannya.” (HR Tirmizi, hadis hasan)
Sumber kredit: Ustazah Asma’ Harun Top image: Photo by hasan-almasi from Unsplash
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap hari kita ada 24 jam dan dari 24 jam itu biasanya sekurang-kurangnya 6 jam akan dihabiskan untuk tidur. Setelah penat bekerja seharian, mesti badan pun perlukan rehat.
Tapi tahukah anda bahawa anda boleh dapat pahala ketika tidur?
Caranya mudah saja, iaitu dengan berwuduk!
Tanpa wuduk, anda hanya akan baring dan tidur mengikut rutin harian anda. Walau bagaimanapun apabila anda berwuduk sebelum baring untuk tidur, in shaa Allah anda akan mendapat pahala dengan sangat mudah.
Rasulullah SAW bersabda;
“Bersihkanlah badan-badan ini, dan Allah akan menyucikan kamu. Tak ada seorang hamba yang menghabiskan malamnya dalam keadaan suci kecuali malaikat menghabiskan malam itu bersamanya. Dan apabila hamba itu berpusing di waktu malam, malaikat itu berkata: “Ya Allah, ampunkan hambaMu, kerana dia tidur dalam keadaan bersuci.” (HR Tabarani, al-Mu`jam al-Kabir)
Hadis ini merupakan satu peringatan yang mudah tapi berkuasa. Ia menunjukkan bagaimana Allah SWT memberikan kita pelbagai peluang dan cara untuk mendapat pahala dan keampunan.
Ramai di antara kita yang minta orang lain doakan kita di saat kesusahan, tapi sayangnya kita tidak ambil peluang untuk malaikat mendoakan kita setiap malam ketika kita tidur.
Marilah kita hidupkan semula Sunnah yang semakin dilupakan ini. Jadikan ia sebahagian daripada rutin harian kita dan jadikan masa rehat kita sebagai masa malaikat mendoakan kita dengan izinNya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.