Mengembara adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bukan sekadar merasai pengalaman baru tetapi juga memanfaatkan usia melihat tempat di luar persekitaran kita. Bagi seorang pengembara, aktiviti travel ini memang cukup membahagiakan mereka.
Pendek kata, hanya mereka yang gemar mengembara sahaja dapat rasa perasaan itu. Majoriti bila sebut sahaja travel, ramai orang suka. Tidak semestinya ke luar negara, di dalam negara pun ada banyak tempat-tempat menarik untuk kita kunjungi.
Jom kita hayati perkongsian Diyana Mukhayadi tentang pengalamannya naik ‘sleeper train’ ke Kelantan.
Akui Diyana, dia memang sudah lama berangan hendak pergi mengembara ke luar negara secara solo. Namun dek kerana dia seorang penakut maka dia terpaksa menunda dahulu angan-angannya itu.
“Aku fikir better aku try kat dalam Malaysia dulu. Jadi aku plan nak naik ‘sleeper train’ ke Kelantan sebagai permulaan. Tapi tetiba plot twist, kawan-kawan aku tetiba eh jom lah kita pergi sekali, maka solo trip aku ni cancel dan terus jadi trip berempat lebih baik,”cerita Diyana.
Stesen Gua Musang. Pose wajib dengan kepala keretapi. Ada lagi satu kepala keretapi yang warna merah tu lagi onzz. Kat tepi bukit tu ada kedai makan, orang kampung lepak-lepak, so nanti jangan lupa bye bye diorang ala-ala YB. Semua sporting belaka ok.
Diyana dan tiga rakannya memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL. Tujuan utama trip ini memang hanya untuk merasa pengalaman naik “sleeper train” selama 13 jam sambil Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) di Kota Bharu.
“Very short trip with very different experience. Untuk pengetahuan semua, nama rasmi train ini adalah Ekspres Rakyat Timuran atau nama glamer lain dikenali juga sebagai “jungle train”.
“Ini sedikit tip dan tricks yang mungkin boleh menjadi rujukan mereka yang merancang untuk merasai pengalaman ‘sleeper train’ ini,” kata Diyana.
Feeling suasana berkabus.
Mula-mula beli tiket ‘sleeper train’ dulu melalui apps KTMB:
Untuk merasai pengalaman tidur di atas katil dalam train, kena pilih koc berkatil: Koc T6-T8. Kami pilih Koc 8, koc paling hujung. Terdapat juga koc seat duduk biasa juga, Koc T1-T3.
Diyana juga menasihatkan agar pilih koc 8. Penumpang lain tak lalu-lalang untuk ke kafe di Koc 5 dan ia yang paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 ini paling depan sekali, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.
“Better elakkan ambil katil depan sekali jugak sebab besi yang connect in between koc tu boleh tahan bising. Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah. Nombor ganjil adalah katil atas. No katil kami T26, T28, T30, T32, semua dapat katil bawah dan kedudukannya di tengah-tengah koc.
“Harga katil/berth atas RM40, katil/berth bawah RM46. Sila pilih katil bawah sebab ruang tingkap untuk kita feeling-feeling lebih luas dan panjang dari katil atas. Kat katil takda plug point, jadi jangan lupa standby fully charged power bank,” jelas Diyana.
Ini katil dalam train. Ada bantal dan selimut.
Apabila selesai beli tiket ‘sleeper train’ barulah beli tiket ke Gemas. Nak lebih mudah, naik ETS dari KL Sentral. Tiket pun beli melalui apps KTMB dengan harga RM30.00. Boleh naik dari KL Sentral 9.40 malam dan sampai di Gemas 12.10 pagi.
Ads
‘Sleeper train’ ini akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya. Gap in between tunggu “sleeper train” sampai dari Johor Bharu, kita boleh naik dan tunggu di ruang menunggu tingkat atas Stesen Keretapi Gemas. Ada tandas dan surau juga.
Makan bihun goreng panas-panas.
“Bila train tu dah sampai apalagi excited lah memasing kan jakun naik katil atas train. Katil dia selesa je, ada langsir, ada satu bantal dan selimut. Cuma kalau risau gatal-gatal atau tak selesa, better bawa kain extra untuk cover tilam dan bantal.
“Suhu aircond dalam keretapi ni pun just nice, tak sejuk sangat dan tak panas sangat. Takyah pakai sweater pun takpe. Dan make sure korang pakai baju yang paling selesa di abad ini sebab duduk dalam train ni lama dan tak boleh mandi.
“Lepas dah letak beg, kami pun apalagi, pergi ke cafe kat Koc 5. Wajib ya check in sini, makanan dan air dia semua sedap-sedap, kena tekak kami. Makan megi sup RM 6 semangkuk masak panas-panas oiii pukul 2 pagi, fuhh memang syahdu,” cerita Diyana.
Beginilah suasana di kafe.Memang paling padu.
Selain megi sup, ada nasi/bihun/megi goreng panas-panas. Boleh tengok apa menu yang ada ketika sampai. Dapur hanya ada satu sahaja, jadi masak ikut ‘batch’. Tapi digalakkan anda bawa makanan/minuman lain juga, bimbang lambat dan ramai orang.
Roti bakar dengan teh tarik, sedap!
“The main part of the trip adalah view sepanjang perjalanan, train ni akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik pemandangan dia. Jadi jangan tidur selepas Subuh, time ni lah nak enjoy the view. Malam memang dah tak nampak apa.
Ads
“Kalau bernasib baik, boleh nampak Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong. Lain-lain view boleh nampak suasana berkabus, bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia (jambatan Guilemard).
– Stesen Kuala Lipis (sekitar 6 pagi)
– Gua Musang (sekitar 8 pagi)
– Jambatan Guillemard (sekitar 11 pagi)
– Di kawasan Dabong, banyak terowong dan sungai yang akan dilalui.
“Tapi timing ni bergantung kepada jadual perjalanan keretapi. Masa kami naik ni train ada sedikit delay dan tak dapat berhenti lama di Stesen Gua Musang. Paling ramai geng backpackers akan turun kat Stesen Merapoh untuk ke Taman Negara dan Stesen Dabong untuk explore nature di Jelawang dan Gunung Stong,”kata Diyana lagi.
Sampai di stesen Gemas.
Stesen Gua Musang wajib turun untuk ambil gambar dengan kepala keretapi dan boleh turun beli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.
“Dengar ura-ura yang train 13 jam ke Kelantan ni pun akan ditamatkan operasinya tapi tak tau bila. Jadi if anda nak rasa this “once in lifetime experience,”kena experience it asap. Kalau tanya saya, best memang best tapi cukuplah sekali seumur hidup dapat merasa unless apabila kahwin nanti, suami ajak untuk ulang kembali pengalaman ini.
“Tapi sebenarnya rasa sayang, ni antara khazanah Malaysia yang boleh ditambahbaik lagi untuk tarik lebih banyak pelancong tapi macam sepi je alahai. Last but not least, toilet dia takda lah seselesa toilet kat rumah, jadi korang kena make sure kalau boleh jangan sakit perut ya bila naik train ni ok haha. Enjoy!”
Penggunaan buah lemon sering kali di gunakan sebagai satu bahan rawatan kulit. Begitu jelas ramai yang suka akan manfaat buah lemon bagi mencerahkan dan mencegah jerawat di muka.
Namun, dalam kegembiraan ramai yang meraih keberkesanan air lemon ini kepada kulit mereka, ada juga yang semakin menderita akibat penggunaan air lemon ini. Jadi persoalannya, sejauh mana anda tahu keberkesanan lemon terhadap kulit anda?
Guna lemon boleh cantik tapi juga bahaya buat kulit
Lemon kaya dengan vitamin C dan juga asid sitrik, ia juga menjadi pilihan orang ramai atas keberkesanannya dalam detoksifikasi bagi menyingkirkan toksin di dalam badan. Oleh itu, lemon menjadi satu bahan DIY dalam penjagaan kesihatan tidak kira menyingkirkan toksin dalam badan malah menjadi solusi buat masalah kulit seperti jerawat dan kedutan.
Namun, tidak semua orang sesuai untuk menggunakan bahan ‘ajaib’ ini. Jika anda boleh bayangkan rasa lemon apabila di gigit, rasa masam dan sitrusnya sudah pasti anda dapat bayangkan. Begitu juga kesannya kepada kulit, ia boleh memberikan kesan sampingan yang meninggalkan kesan yang tidak dapat anda jangka.
Air lemon mengandungi sifat antibakteria serta anti-inflamasi yang boleh merawat jerawat. Walaupun begitu, penggunaan air lemon yang tidak betul boleh menyebabkan lagi keadaan wajah menjadi lebih teruk. Sebagai contoh, aplikasi air lemon secara terus di jerawat boleh membuatkan lagi keadaan jerawat menjadi lebih teruk sepertinya bengkak dan kemerahan di sebabkan oleh iritasi.
Kesan buruk yang boleh terjadi pada kulit
Sememangnya penggunaan lemon ini boleh membantu wajah, tetapi anda perlu tahu kesan sampingan yang boleh terjadi pada wajah anda.
Iritasi kepada kulit
Berlaku iritasi pada kulit itu adalah kesan yang biasa terjadi apabila menggunakan bahan yang bersifat asid ini. Lemon mempunyai kadar asid yang tinggi, di mana kadar nilai pH 2. Maka ia boleh memberikan kesan iritasi pada kulit di sebabkan oleh kulit yang menjadi semakin kering, naik kemerah-merahan, dan boleh menggelupas bahkan ia boleh memberikan kesan buruk lagi pada anda.
Phytophotodermatitis adalah sejenis tindak balas kulit terhadap bahan sitrus. Malah boleh juga memberi tindak balas pada bahan lain seperti Parsli, Saderi, dan lobak merah. Apabila bahan yang mengandungi sitrus ini terdedah kepada kulit, lalu terdedah pula kepada cahaya UV, kulit akan meradang yang menyebabkan kemerahan, bengkak, dan bengkak berair.
Tindak balas phytophotodermatitis hanya menjejaskan lapisan epidermis, iaitu lapisan kulit yang paling atas. Jadi dengan menyapu air lemon boleh membuatkan risiko terdedah kepada sinaran matahari dan menyebabkan sunburn ataupun kulit terbakar.
Leukoderma
Leukoderma ataupun juga di kenali sebagai vitiligo, berlaku apabila kulit kehilangan melanin iaitu zat yang memberi warna kepada kulit yang menyebabkan tompok cerah. Mahupun begitu, terdapat juga segelintir orang yang masih menggunakan lemon sebagai rawatan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam, kesan itu akan bertukar menjadi tompokan putih akibat leukoderma.
Jadi kebanyakan tip-tip kecantikan yang anda lihat di sosial media atau mana-mana sumber itu perlulah tahu mengenai kesannya kepada sesetengah jenis kulit. Anda perlu tahu setiap kulit mempunyai cara tersendiri untuk pulih dan kekal cantik. Apa yang penting, cantik dengan bijak!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Keadaan fizikal seseorang itu tidak sama antara satu sama lain. Ada orang yang jenis cepat berpeluh hingga menyebabkan tidak selesa atau sukar untuk bergaya. Lebih-lebih lagi jika menyarung baju dari fabrik licin atau yang tidak serap peluh. Ia akan meninggalkan kesan peluh pada baju dan boleh membuatkan seseorang itu rasa malu.
Namun begitu, ada beberapa tip yang boleh dijadikan panduan dalam memilih baju bagi mereka yang cepat berpeluh.
1. Pakai pakaian longgar
Pilih pakaian yang longgar kerana lebih baik untuk badan anda. Malah semakin kurang fabrik yang menyentuh tubuh, semakin selesa keadaan diri anda. Percaya atau tidak, flowy maxi dress sebenarnya akan buatkan anda berasa lebih sejuk daripada memakai seluar pendek dan top ketat.
2. Skip padded bra
Pilih juga juga skip padded bra kerana lebih selesa dan tidak merimaskan. Malah dengan pemakaian skip padded bra setebal tiga inci ini aktiviti luar jadi lebih menyeronokkan.
3. Elak pakai fabrik terlalu nipis
Pemilihan fabrik yang nipis akan menyebabkan anda lebih terasa selesa. Jadi, carikan fabrik nipis yang mempunyai struktur seperti sulaman atau jahitan agar ia tidak melekat kepada kulit.
4. Pilih fabrik natural
Contohnya seperti fabrik kapas yang lebih breathable daripada poliester dan rayon. Ia juga lebih mudah menyerap peluh dan kering lebih cepat, dan bermakna ia tidak akan membuatkan kamu berpeluh lebih lama daripada memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik sintetik.
5. Elakkan perincian sarat seperti manik dan metal
Ia cenderung untuk menarik ke bawah bajumu jadi ia lebih dekat kepada kulitmu dan memerangkap haba badan. Cuba memakai baju berpaten untuk memberi impak unik kepada outfit kamu.
6. Saiz beg kamu
Perkara terakhir yang kamu mahukan ialah untuk backpack tersekat di belakang badan kamu. Beg bersaiz kecil akan buatkan kamu lebih bebas untuk bergerak dan ringan.
7. Lindungi kulitmu daripada sinaran cahaya matahari
Direct sunlight bukan sahaja merbahaya, malah ia meningkatkan suhu badan. Sleeves are your best friend.
8. Stick to light colours
Rona gelap menyerap cahaya dan membuatkan kamu berasa lebih panas, manakala rona cerah pula akan memantulkan cahaya dan mengekalkan tubuhmu jadi lebih sejuk.
9. Pakai barang kemas secara minimal
Anting-anting terkecuali kerana ia tidak menyentuh kulitmu, tapi aksesori seperti rantai, gelang dan cincin akan buatkan kamu berasa tidak selesa secara serta merta apabila cuaca mulai panas.
10. Jangan lupa pilih hijab dari kain jenis ringan
Untuk hijab juga jangan lupa untuk pilih jenis fabrik yang ringan dan selesa. Jangan sesekali pilih kain jenis tebal akan menyebabkan pergerakan anda terbatas dan segala aktiviti rasa tidak menyeronokkan.
Kredit Foto: Pinterest
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pasti ada di antara kita yang pernah merasakan seperti sedang ditindih sewaktu sedang tidurkan? Ada yang kata itu merupakan angkara jin namun tahukah anda sebenarnya fenomena ini boleh dijelaskan daripada sudut sains.
Menurut Public Health Malaysia, sleep paralysis ialah kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar dari tidur.
Photo by Maria Rosenberg from Pexels
Hanya yang pernah alaminya saja yang dapat menceritakan betapa paniknya apabila mengalami situasi tubuh dihimpit sehingga dada rasa menyesakkan. Hendak menjerit mulut terkunci. Tangan dan kaki juga tidak dapat digerakkan.
Ia biasa berlaku dalam masa singkat, tetapi setiap detik terasa cukup lama bagi yang mengalaminya!
Walaupun ketika itu otak berada dalam keadaan terjaga, namun otot badan masih lagi dalam keadaan tidur. Seseorang itu tidak akan mampu bergerak dan tidak mampu bersuara walaupun cuba untuk menjerit sekuat hati.
Pada waktu inilah perasaan cemas dan panik menyelubungi diri lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku buat pertama kali.
Antara faktor terjadinya situasi ini ialah :-
1. Tidak cukup tidur
2. Corak tidur yang tidak teratur
3. Stress
4. Tidur terlentang
5. Gangguan mental
6. Penyalahgunaan dadah dan alkohol
Bagi mencegahnya daripada terjadi, anda bolehlah amalkan beberapa kaedah ini:-
1. Mendapatkan tidur yang cukup – 6 hingga 8 jam sehari
2. Mengurangkan stress
3. Posisi tidur yang betul
4. Mendapatkan khidmat nasihat doktor bertauliah sekiranya semakin kerap mengalaminya
Oleh itu, anda jangan terus membuat andaian ini semua kerja makhlus halus ya. Dapatkanlah nasihat pakar terlebih dahulu agar masalah ini dapat diatasi dengan baik. Jangan lupa baca doa sebelum tidur!
Bijak rebut peluang bisnes, Pengasas Leeyanarahman kini gigih jual tiramisu viral dan baju raya haji dalam satu masa.Kagumnya dengan kerajinan usahawan fesyen Muslimah, Nur...