Menjadi nakhoda rumahtangga bukanlah suatu perkara mudah dan bukan juga payah, jika lelaki atau suami tahu peranannya. Seperti membawa kereta, pemandu adalah orang penting bagi setiap penumpang di dalam kereta tersebut.
Begitu juga dalam rumahtangga yang dibina bersama insan yang dikasihi. Suami menjadi orang penting bagi kehidupan isteri dan anak-anak. Tangungjawab anak lelaki menurut islam bukan hanya pada dirnya sendiri saja, tapi mereka bertsnggungjawab pada empat orang wanita iaitu ibu, isteri, anak perempuan dan saudara perempuan. Berikut dikongsikan tangungjawab anak lelaki selepas berkahwin:
#1 – Memberi Nafkah Dan Segala Keperluan Isteri
Isteri yang dinikahi itu secara tidak langsung menjadi tanggungan penuh oleh lelaki tersebut (suami). Oleh itu, perlu diambil berat mengenai nafkah zahir dan batin isteri, serta segala keperluannya termasuk asas pendidikan Islam mengikut kadar kemampuan suami.
#2 – Menyara Segala Keperluan Nafkah Dan Pendidikan Anak-anak
Jika hasil perkahwinan itu dikurniakan anak-anak, maka lelaki itu bertanggungjawab pula menyediakan segala keperluan dan pendidikan kepada anak-anaknya dengan dibantu oleh suri hatinya.
#3 – Tidak Mengabaikan Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa
Sama ada ibu bapanya sendiri atau ibu bapa mertuanya, lelaki yang sudah berkahwin masih perlu menunaikan tanggungjawabnya kepada kedua-dua belah pihak. Ini kerana apabila si lelaki sudah mengahwini isterinya, ibu bapa mertua adalah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri.
Dalam hadis Sahih Bukhari,
“Telah datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw; ‘Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Rasul?’ Jawab Rasulullah, ‘Ibu kamu’. ‘Setelah itu?’ Tanya lelaki itu lagi. ‘Ibu kamu’ Jawab Baginda. ‘Setelah itu?’ Lelaki itu bertanya lagi dan jawab Baginda, ‘Ibu kamu’. Kali keempat lelaki itu bertanya lagi, ‘Selepas itu?’ Jawab Baginda, ‘Ayah kamu’.”
Ads
#4 – Membantu Isteri Menguruskan Hal Rumahtangga
Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik yang boleh dijadikan contoh ikutan oleh kaum lelaki dalam melaksanakan tugas sebagai seorang ketua keluarga sekaligus pembantu kepada isteri dalam melakukan tugas harian di rumah.
“Aisyah pernah ditanya, ‘Apakah yang dilakukan oleh Nabi saw di rumahnya?’ Aisyah menjawab, ‘Baginda membantuku melaksanakan kerja-kerja di rumah’.”(Hadis Riwayat Bukhari)
#5 – Mencari Sumber Rezeki Yang Halal
Jika tidak bekerja, bagaimana lelaki mahu menyara keluarganya nanti? Rezeki tidak akan datang bergolek, ia perlukan usaha dan tawakkal pada Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Cari dan buatlah apa-apa jua pekerjaan sekalipun, asalkan ianya halal dan mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.
Ads
Ini kerana setiap sumber pencarian yang dibawa pulang itu akan menjadi ‘makanan’ kepada isteri dan anak-anak. Jika sumber rezeki itu diperoleh dengan cara yang batil, secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada rohani, fizikal mahupun mental mereka.
#6 – Mendalami Ilmu Agama
Tanpa agama, seseorang itu ibarat layang-layang yang terputus talinya. Membawa dirinya tanpa hala tuju dengan mengikut tiupan angin. Begitu juga manusia jika tanpa agama, seakan tiada panduan atau matlamat jelas dalam hidupnya.
Oleh itu, setiap lelaki yang menjadi ketua keluarga sewajarnya perlu menitikberatkan hal ini dalam mengemudi bahtera rumahtangga yang dibina. Masih belum terlambat untuk mendalami ilmu agama jika kita banyak tidak tahu mengenainya.
Ads
#7 – Menghubungkan Silaturrahim Dengan Masyarakat Sekitar
Walaupun sudah berumahtangga, usah menjadikan alasan tidak dapat bergaul atau beramah mesra dengan masyarakat di sekitar. Contoh mudah, boleh jadikan apa jua majlis keraian seperti majlis perkahwinan, gotong-royong, solat berjemaah di surau atau masjid untuk berkenal-kenalan dengan penduduk sekitar.
Siapa tahu, suatu hari nanti anda sakit atau sangat memerlukan bantuan. Sudah pasti jiran terdekat atau komuniti sekitar menjadi tempat untuk anda meminta pertolongan.
Mudah-mudahan, perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada pembaca terutama buat kaum Adam yang sudah pun bergelar suami, atau kepada mereka yang bakal mendirikan rumahtangga.
Apapun, ambil dan contohilah teladan Rasulullah saw dalam mengemudi rumahtangga yang dibina bersama serikandi-serikandi Baginda Nabi saw hingga akhir hayatnya. Wallahua’lam.
SUMBER: tzkrh
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Berzikir sememangnya mempunyai ganjaran yang sangat luar biasa. Walaupun ia amalan yang ringan di mulut tetapi mempunyai ganjaran pahala yang sangat lumayan.
Allah SWT akan mengingati hamba-hamba-Nya yang berzikir kepadaNya.
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 152 yang bermaksud: “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pasti akan ingat kepada-Mu. Bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kamu kufur ingkar kepada-Ku.”
Sebuah hadis qudsi menyebut: “Aku bersama hamba-Ku yang mengingati-Ku.” (Riwayat al-Bukhari)
Begitulah hebatnya kuasa zikir.
Berikut perkongsian amalan zikir daripada Khairul Anuar Basri
Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.
Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.
Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat.
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.
❤️ Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada :
✅ Bahaya dan malapetaka.
✅ Keracunan makanan.
✅ Sihir dan santau.
✅ Gangguan makhluk halus.
✅ Wabak dan virus.
Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.
Atau kalau kita kena keluar rumah dalam masa 2 minggu ni. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar dari rumah.
So, itu saja yang saya nak kongsi pagi ini. Semoga bermanfaat.
#KAB
– semuanya dengan izin Allah, kepada Allah kita kembalikan segala urusan –
Sumber kredit: Khairul Anuar Basri
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Suka betul kami melihat gaya fesyen selebriti Zulin Aziz pada kala ini. Lebih ceria, versatil dan paling penting, nampak semakin ayu! Semenjak berat badannya sudah mula turun dengan banyak, gaya fesyen Zulin sudah mula berubah dan semakin menarik. Tambahan pula baru-baru ini Zulin sudah banyak memuat naik gaya OOTD nya yang sememangnya ‘on-point’ dari atas sampai ke bawah!
Padanan baju, aksesori, warna serta pemilihan gaya hijab semuanya begitu sempurna hingga terpanggil untuk team Hijabista memilih gaya OOTD untuk dikongsikan kepada anda supaya bisa menjadi rujukan untuk gaya fesyen anda!
Gaya ‘daring’ & glamor
Mudah sahaja untuk menghasilkan gaya yang ‘daring’ dan tampak feminin. Zulin bijak menyarungkan padanan warna yang menyerlahkan sisi kelembutan serta keayuannya. Apa yang menarik dalam gaya OOTD ini, pemilihan fabrik yang dipilih oleh selebriti ini menampakkan keselesaan dan kemewahan buat si pemakai. Masih dalam konteks muslimah dan menutuo aurat, potongan di bahagian dada masih menjadi sebuah simbolik bonus dalam seleluruhan gaya! Pilihan aksesori ala kasual dan bersantai di tepi pantai menghidupkan keseluruhan gaya ini!
2. Gaya formal sofistikasi
Tidak terlalu menekankan konsep formal pada keseluruhan gaya, namun masih tetap kemas dan rapi amat sempurna untuk anda yang inginkan gaya formal yang sofistikasi. Rekaan yang memiliki unsur tambahan seperti ‘peplum’ di bahagian tengah serta potongan celana yang ‘midi-palazzo’ kelihatan sangat selesa! Apa yang menariknya dalam gaya OOTD Zulin ini, pemilihan rona biru lembut ini sesuai dipadankan dengan warna kulitnya dan menyebabkan keseluruhan gaya tampak mewah, “less is more”! Untuk tidak bosan dalam penampilan gaya, Zulin bijak mengenakan padanan kasut bertumit tinggi serta ‘handbag’ berwarna hitam untuk menaikkan lagi aura ‘officewear’ yang patut kamu cuba!
3. Gaya ‘sport’ yang ranggi!
Ketepikan dahulu padanan ‘windbreaker’ bersama dengan ‘legging” untuk menghidupkan gaya sukan yang kuat. Lihat sahaja gaya Zulin ini! Pemilihan fabrik yang seakan dari material rekaan sukan serta padanan kasut ala sukan amat sempurna untuk mencipta gaya kasual yang mewah! Apa yang pasti, keseluruhan gaya ini tampak selesa, ranggi dan bersedia untuk kemana-mana! Mungkin Zulin sendiri suka akan rona biru, pemilihan rona biru ala biru Tiffany’s’ ini amat eksklusif dan glamor! Lihat sahaja padanan aksesori ‘sling bag’ yang sama rentak warnanya dengan keseluruhan gaya ini, TERBAIK!
4. Persis ‘Lady Boss’!
Bijak dalam berfesyen, Zulin tidak kekok untuk menyarungkan helaian ala futuristik yang sememangnya menjadi ‘fashion statement’ dalam stail ini. Rekaan seolah ‘cape’ ataupun belahan kemeja berona hitam itu amat sepadan dengan kemeja putih untuk gaya formal yang mewah. Namun, masih mengekalkan ciri-ciri kasual, padanan jeans juga memainkan peranan penting untuk nilai kekemasan dan rapi. Tidak lari jauh dari keseluruhan gaya, pemilihan rona aksesori juga sama tonanya dengan stail Zulin ini. Sememangnya gaya OOTD yang harus anda rujuk untuk ke pejabat buat si ‘Lady Boss’!
5. Santai & Selesa
Lebih mudah, ringkas dan bersahaja. Bagi anda yang cukup tempoh matang selepas 14 hari mengambil dos yang kedua, inilah masanya untuk anda berjumpa dan meluangkan masa bersama yang tersayang dengan mengikut SOP yang ditetapkan! Jadi, apa kata rujuk gaya OOTD Zulin ini untuk gaya kasual yang urban dan menarik. Padanan ‘jumper’ bersama corak cetakan dan seluar denim mengukuhkan gaya untuk wanita moden! Nak tahu apa yang menarik, ‘statement’ yang ada pada ‘sling bag’ Zulin itu! Pastinya mencuri tumpuan ramai!
Pemberian cahaya mata adalah sebuah penantian yang didambakan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak menjadi bukti cinta serta menambah erat kasih sayang antara pasangan suami isteri.
Pelakon dan juga usahawan jelita Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid,28, selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak ketiganya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pagi ini.
Berita gembira kelahiran bayi yang digelar ‘RSRS’ tersebut telah dikongsikan oleh suaminya, Raf Yaakob atau Raden Ahmad Faizal Yaakob,38, menerusi akaun Instagram miliknya.
Beberapa jam kemudian, Mawar telah memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya untuk meluahkan rasa syukur dan berkongsi berita cahaya mata yang diberi nama ‘RSRS’, Raden Seri Riyanna Sayang telah selamat dilahirkan secara normal.
“Syukur Alhamdulillah, semua nya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, just like my first 2 baby, Rafael & Cinta. Thank you semua atas doa2 nya
“Say hi to, Raden Seri Riyanna Sayang…” tulis Mawar
Terdahulu, peneraju utama Tundukkan Playboy Itu (2016) dilihat memuat sempat memuat naik foto di Instagram miliknya bersama kedua-dua cahaya matanya sebelum melahirkan anak ketiga.
“Soon to be 3 (Tidak lama lagi akan bertiga),” tulisnya
Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik, rata-rata netizen dan rakan artis telah membanjiri dengan ucapan tahniah serta mendoakan kesihatan Mawar.
“Alhamdulillah…. Tahniah Mawar n Raf…”
“Tahniah mawar dan keluarga. Jaga diri”
“Congratulations.Selamat berpantang Mawar!”
“Yeah it’s girl welcome to the world baby. Selamat berpantang mawar ”
“Alhamdulillah.. tahniah! hiii Raden Seri Riyanna”
Untuk rekod, pasangan ini diijabkabulkan pada 9 November 2017 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta. Mawar turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Pada 10 Februari lalu genaplah usia usahawan, pelakon dan pengacara terkenal Neelofa yang ke-36 tahun.Masih belum terlambat untuk Hijabista titipkan ucapan selamat ulang tahun...