Kasih seorang guru terhadap anak murid itu ibarat kasihnya ibu bapa kepada anak-anak. Besar harapan mereka untuk melihat pelajar dapat menyerap segala ilmu, mudahan pengetahuan yang peroleh berupaya melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang apabila mereka besar kelak.
Namun inisiatif Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diguna pakai ketika ini untuk sesi persekolahan seluruh negara, pada hakikatnya menyimpan seribu kegusaran buat golongan ini, dalam memastikan pelajaran murid tidak tercicir.
Mengusik emosi naluri seorang guru
Zurina Shaari, 49, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan, Perak, berkata, sepanjang implementasi PdPR, ia bukan sahaja satu perjalanan yang cukup mencabar buatnya dan guru-guru yang lain apabila terpaksa memahirkan diri dalam penyediaan bahan menggunakan teknologi ICT. Bahkan keadaan pelajar yang terjejas, sering kali mengusik emosi dan naluri keibuannya.
“Anak-anak murid ini ibarat anak sendiri jugalah. Jadi apabila mendapat khabar ada daripada kalangan mereka yang terpaksa makan bubur nasi pada musim PKP/PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan/Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan), terus mengalir air mata kerana memikirkan anak-anak didik terpaksa belajar dalam keadaan perut yang lapar.
“Mereka ini adalah golongan yang terjejas, setelah ibu bapa kehilangan kerja dan punca pendapatan. Kisah sebegini memberi kesan emosi kepada sebagai guru yang mengajar” katanya yang mengajar tiga subjek, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.
Inisiatif PdPR Guru Yang Dikata Makan ‘Gaji Buta’
Apabila bercakap mengenai PdPR, lazimnya komentar ramai memberikan reaksi bahawa pelaksanaan ini kurang berkesan kepada pelajar. Kegagalan pelajar memberikan tumpuan, menyiapkan tugasan, tiada kemudahan komputer riba dan masalah internet, antara isu berbangkit.
Sehinggakan golongan guru atau pendidik turut terpalit dengan tohmahan ‘makan gaji buta’. Namun kata-kata seperti itu tidak sedikitpun mematahkan semangat golongan pendidik seperti Zurina.
“Saya tak pernah putus asa. Saya cuba sampaikan sesi PdPR secara dua kaedah iaitu dalam talian dan luar talian. Sediakan modul bagi murid yang tidak mampu. Dengan harapan, semua murid berjaya sertai kelas walaupun saya terpaksa sediakan banyak kaedah,”kata Zurina lagi.
IKLAN
Fasa cabaran Yang berbeza
Bukan semua guru mempunyai cabaran yang sama, berbeza pula dengan Siti Khadijah Anis, 36, yang merupakan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah, cabaran sepanjang PdPR adalah dari segi kepuasan mengajar, dimana pengajian secara atas talian dengan mengajar secara bersemuka menuntut pendekatan yang berbeza.
“Saya mengajar Matematik dan mempunyai 3 kelas tingkatan 5. Pada saya bila kita sebagai guru yang mengajar kelas peperiksaan terutamanya bagi murid yang akan menghadapi SPM tekanannya memang lain. Setiap hari kena fikirkan cara yang terbaik untuk murid hantar kerja dengan mudah, kena study dahulu dan kuasai tajuk yang akan disampaikan kepada murid kerana tahun ini merupakan tahun pertama SPM dijalankan dengan format KSSM (format baharu), justeru kena fikir dan sediakan latihan-latihan yang menarik kepada murid supaya mereka tidak bosan dengan kelas yang dijalankan.
“Pada masa sama, sebagai isteri dan ibu saya perlu menguruskan rumahtangga dan pantau PdPR anak yang masih darjah 3, sememangnya perlukan perhatian dan sokongan daripada ibu bapa, kadang kala perlu mengajar anak bila ada waktu terluang antara kelas yang lain. Fizikal dan mental jangan cakaplah memang sangat penat, namun begitu saya perlu menguruskan emosi dan masa dengan baik,” katanya.
Sertai program untuk terus kental demi murid
Keluhan bukan satu cara untuk terus kental dalam hadapi cabaran seorang guru ketika pandemik covid-19. Untuk kekal positif, kedua-dua guru berjiwa kental ini mengambil keputusan menyertai Program Transformasi Diri Guru anjuran Muhayya Momentum yang diadakan pada 21 Ogos yang lalu.
Zurina dan Siti Khadijah Anis menyertai program yang dikendalikan oleh transformasi speaker terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, itu kerana merasakan dalam situasi sekarang ini, golongan pendidik juga memerlukan motivasi, kata-kata semangat serta sistem sokongan, bagi mempersiapkan mental dan fizikal menghadapi sistem pembelajaran yang lebih mencabar.
IKLAN
“Program Transformasi Diri Guru ini bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi diri, bahkan melengkapkan nilai kerohanian yang tinggi dalam diri dan berjaya merubah diri ini menjadi insan sentiasa positif dan berjiwa besar. Sentiasa memohon maaf dan memohon dihalalkan ilmu serta waktu pengajaran dengan anak-anak didik,” kata Zurina.
Sementara Siti Khadijah meluahkan kelegaan apabila memutuskan untuk menyertai program ini yang berjaya mengembalikan semangatnya yang sedikit pudar gara-gara tekanan pandemik Covid-19.
“Sememangnya dengan izin Allah, setelah saya sertai program ini sekurang-kurang ianya memberi saya rasa gembira, bersemangat dan yakin apa yang perlu dilakukan. Paling saya ingat, bonda ada sebut kerisauan yang ada ubah kepada doa. Sebab hati murid-murid kita Allah yang pegang.
Hendak terus Berjaya doa adalah kuncinya
“Kenapa perlu risau murid kita masuk kelas online ke tidak? Hantar kerja ke tidak? Apa yang bonda katakan semasa program ini antara yang paling memberi kesan dalam hati dan diri saya, doakan murid-murid kita semoga dibukakan pintu hati mereka. Saya akui kadang kita terlupa untuk mendoakan pelajar kita untuk sertai kelas atas talian,” katanya.
Oleh kerana sambutan luar biasa yang diterima pada sesi pertama yang lalu, pihak Muhayya Momentum sekali lagi membuka penyertaan bagi sesi ke-2 program ini.
IKLAN
Program Transformasi Diri Guru 2.0 khabarnya lebih mengujakan dengan kehadiran selebriti terkenal tanahair, Nur Fazura Sharifuddin sebagai tetamu undangan. Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, ketika dihubungi berkata, Program Transformasi Diri Guru 2.0, adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksana kerana walau apapun juga kondisi negara ketika ini, pendidikan tetap perlu diteruskan demi memastikan golongan belia tidak ketinggalan dalam bidang akademik.
“Sebenarnya kalau kita perhatikan dalam apa juga kerjaya, kita akan melakukan sesuatu pekerjaan dengan diri kita, jadi kita perlu ada dua ilmu. Ilmu melakukan pekerjaan dan ilmu menambah baik meningkatkan keberkesanan orang yang melakukan pekerjaan itu. Jadi cara yang bomda berikan ini bukan untuk mengajar tetapi macam mana pengajar itu hendak meningkatkan taraf dari segi imej diri, sistem nilai, tabiat, tindakan dan In Sha Allah kepada hasil yang dilakukan.
Inisiatif Prof Muhaya transformasi guru secara percuma
Wang bukan ukuran dalam membantu para guru untuk kekal positif hadapi cabaran mengajar secara maya.
“Secara peribadi bonda sangat percaya bahawa usaha kita membina ummah, melalui gurulah ramai golongan celik ilmu dan cendekiawan dapat dilahirkan.
“Bonda ingin infaqkan diri untuk melakukan transformasi diri guru secara percuma dan diharapkan program ini mendapat sambutan ramai. Ia juga salah satu cara bonda menzahirkn kesyukuran dan penghargaan atas segala jasa baik guru-guru yang pernah mendidik bonda dari darjah satu sehingga tingkatan enam atas di Tun Fatimah Johor Bahru.
“Kemudian melanjutkan pula pengajian di Univeristi Kebangsaan Malaysia dan PhD di London. Banyak yang bonda belajar dan interaksi antara guru bonda ambil sebagai suatu pelajaran,” katanya yang pernah menerima anugerah pengajar terbaik UKM.
Kerja di pejabat memang banyak kelebihan yang kita tak tahu. Namun begitu, tabiat duduk untuk jangka masa lama sebenarnya boleh membahayakan kesihatan dan tubuh anda. Satu kajian penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa orang yang duduk berpanjangan boleh mengalami kanser, diabetes, penyakit kardiovaskular, dan obesiti. Usah risau dan berita baiknya admin kenal pasti 6 senaman yang boleh dilakukan di ruang kerja anda hanya dengan sebuah kerusi.
Lutut Ke Dada
Menguatkan otot perut, meningkatkan penghadaman, dan membantu membakar lemak.
LANGKAH ANDA:
1. Duduk di kerusi. Pastikan belakang anda lurus tanpa menyentuh bahagian belakang kerusi.
2. Pastikan kaki berada di lantai lebar pinggul.
3. Belakang badan haruslah lurus. Angkat lutut kanan, dan tarik ke dada. Tarik nafas dan sedut perut ke dalam.
4. Letakkan tangan pada jari untuk meregangkan otot abdomen yang lebih rendah.
5. Ulangi 20-30 kali dengan menggantikan lutut anda.
Mengangkat Kedua-dua Lutut Ke Dada
Untuk senaman ini semua otot perut bekerja dengan berkesan dan perlahan pada masa yang sama.
LANGKAH ANDA:
1. Rapatkan kaki bersama-sama.
2. Pegang bahagian kerusi dengan kedua-dua tangan.
3. Semasa meluruskan belakang badan, angkat lutut dan tariknya ke dada anda. Otot perut perlu ditegakkan.
4. Letakkan kaki, tetapi jangan sentuh lantai.
5. Ulangi 10-20 kali.
Mengangkat Kedua-dua Lutut Dengan Memusingkan Badan
Senaman ini membentuk pinggang anda. Latihan otot oblique membantu membakar lemak dari sisi perut.
LANGKAH ANDA:
1. Duduk di sisi kerusi dengan belakang badan lurus.
2. Pegang kerusi dengan kedua-dua tangan.
3. Bengkokkan badan ke sisi dan duduk hanya pada satu tempat.
4. Pastikan kaki di angkat kedua-dua lutut ke dada seperti yang dinyatakan dalam latihan.
5. Kembali ke kedudukan asal, dan bengkokkan ke sisi yang lain.
6. Ulangi 10-20 kali pada setiap sisi.
Membongkok
Membantu membakar lemak di bahagian pinggang dan pinggul.
LANGKAH ANDA:
1. Letakkan kedua-dua belah kaki di atas lantai.
2. Luruskan lengan di bahu anda.
3. Balikkan bahagian atas badan ke kanan, bengkok, dan sentuh kaki kiri dengan tangan kanan anda. Tinggal dalam kedudukan ini untuk seketika.
4. Kembali ke kedudukan asal. Sekarang tengkuk ke kaki kanan, sentuh dengan tangan kiri anda.
5. Ulang 20-30 kali, bersilang dengan setiap selekoh.
Mengangkat Badan Di atas Kerusi
Membakar lemak dengan cepat. Membentuk perut, belakang, dan otot bahu. Untuk meningkatkan intensiti senaman, anda boleh menggunakan kerusi dengan lengan. Pastikan kerusi bukan yang senang bergerak.
LANGKAH ANDA:
1. Semasa duduk di kerusi, pegang lengan kerusi.
2. Angkat badan di atas kerusi untuk membuat pinggul dan kaki anda tergantung di udara. Gunakan otot perut a untuk mengangkat lutut ke dada anda.
3. Kekal dalam kedudukan ini selama sekurang-kurangnya 15-20 saat, kemudian perlahan-lahan kembali ke kedudukan asal dan berehat sebentar.
4. Ulangi latihan 4 kali.
Mengangkat Lutut Ke Siku
Latihan ini sangat baik untuk pinggang anda. Ia menjadikan otot perut dan abdomen bawah berfungsi dengan baik. Untuk melakukannya dengan betul, pastikan lutut diangkat ke siku siku bertentangan sisi. Pada masa itu, bahagian atas badan anda harus bergerak sedikit.
LANGKAH ANDA:
1. Duduk di atas kerusi dengan belakang lurus tanpa menyentuh bahagian belakang kerusi.
2. Letakkan tangan di belakang kepala anda.
3. Angkat lutut kanan ke dada anda. Pada masa yang sama, bengkokkan siku kiri untuk bertemu lutut anda.
4. Kembali ke kedudukan asal. Ulangi 15 kali.
5. Tukar lutut dan siku, dan ulangi lagi 15 kali.
6. Cuba buat 4 siri setiap 15 gerakan.
Pengukuhan Otot Oblique
6 latihan pertama dilakukan di atas kerusi. Kini anda perlu berdiri dan melakukan satu lagi untuk hasil yang lebih besar. Jangan pergi jauh dari kerusi! Latihan ini akan menguatkan glutes anda serta membakar lemak di pinggang dan perut.
LANGKAH ANDA:
1. Berdiri di belakang kerusi dan bersandar di belakang kerusi atau lengan dengan tangan kiri anda.
2. Kembalikan tangan kanan anda di atas kepala.
3. Pindah tangan turun perlahan-lahan. Pada masa yang sama, angkat kaki kanan supaya tangan anda dapat menyentuh tumit kaki.
4. Kembali ke kedudukan asal, dan ulangi latihan 10-15 kali.
5. Tukar tangan dan kaki. Ulang 10-15 kali.
6. Buat 4 siri di setiap sisi.
Admin syorkan melakukan 7 latihan mudah ini setiap hari. Anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapat keputusan yang awesome! Anda boleh mencapai hasil yang lebih besar jika menggabungkan latihan dengan pelan diet yang sihat.
SUMBER: BRIGHTSIDE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kecantikan asli yang dimiliki oleh pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015, Mimi Lana tidak dapat disangkalkan lagi.
Walau tanpa secalit solekan pun, selebriti berusia 27 tahun ini tetap kelihatan manis dan berseri-seri!
Baru-baru ini, Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkongsi satu hantaran di Instagram peribadi di mana dia menghadiri majlis ilmu di kediaman rakan baiknya, Betty Rahmad.
Dalam hantarannya itu, Mimi menzahirkan rasa terharunya dan berterima kasih kepada Betty Rahmad kerana sudi menjemputnya ke majlis yang cukup bermakna itu.
“Thank you @bettyrahmad for having me and organizing Majlis bacaan Yassin untuk saudara kita semua di Palestine semalam disusuli Majlis Tausiyah bersama Ustazah @asnimansor
“It was a beautiful sharing session and I really had a good time. Alhamdulillah”
Turut mencuri perhatian ialah penampilannya yang serba putih kelihatan cukup manis dan sopan. Pada majlis itu Mimi menyarungkan jubah dan tudung labuh polos. Solekan pun sweet sangat!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para peminat dan pengikut memuji Mimi yang manis bertudung.
Malah, ramai juga yang mendoakan agar Mimi terbuka hati untuk bertudung suatu hari nanti.
Majlis bacaan yasin yang disusuli dengan majlis tausiyah bersama Ustazah Asni Mansor itu turut dihadiri rakan-rakan artis antaranya Azira Shafinaz, Ezzaty Abdullah, Uqasha Senrose dan Adira Suhaimi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Musim sejuk akan datang ke Syria tidak lama lagi. Ia adalah mimpi ngeri bagi pelarian Syria kerana kesejukanmelampaudibawahparasbekubolehmeragutnyawamereka. Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. telah menzahirkan solidariti dengan bekerjasama bersama Syria Care untuk membantu pelarian Syria melalui Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0.
APA ITU SYRIA CARE?
Menurut laman sesawang Syria Care, pertubuhan ini merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menabur bakti kepada mangsa konflik di Syria termasuk pelarian Syria di Turki dan Lubnan. Syria Care merupakan NGO pertama yang menggabungkan rakyat Syria dan Malaysia di dalam sebuah organisasi untuk memenuhi keperluan semasa rakyat di Syria.
Syria Care diasaskan atas inisiatif Sheikh Samir Sakka iaitu warga Syria, dan sekumpulan alumni Malaysia yang belajar di Syria pada tahun 2012 dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai berhubung konflik krisis kemanusiaan yang berlaku di Syria. Sejak Februari 2021, pertubuhan ini aktif dan telah banyak melaksanakan misi-misi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Memorandum persefahaman antara Syria Care dan Sinar Karangkraf.
Pada 28 September 2022, Syria Care dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mengukuhkan kerjasama strategik demi menyebarluaskan usaha kemanusiaan kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0 yang berlangsung dari 28 September hingga 31 Disember 2022.
Projek kerjasama ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi melaksanakan usaha-usaha kemanusiaan sebagai persiapan bagi musim sejuk di Syria. Untuk pengetahuan anda, sebahagian besar pelarian Syria kini hidup dalam keadaan serba daif selepas lebih sedekad terperangkap dalam krisis yang berlanjutan.
“Kerjasama ini merupakan sebahagian komitmen untuk menjayakan misi bantuan musim sejuk Syria 10.0” ujar Datuk Muhammad Nasir Hamzah, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf .
“Kalau di Karangkraf ini, kita tidak memilih untuk bekerjasama.. Kita memberikan ruang untuk pertubuhan seperti Syria Care supaya dapat menggalakkan lagi penglibatan dari orang ramai.” katanya lagi.
Tambahan itu, ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Siti Sakinah Binti Meor Omar Baki mengatakan bahawa Syria Care menyasarkan sebanyak RM 1.7 juta sebagai persediaan menghadapi musim sejuk buat pelarian di utara Syria. Oleh itu, pihak Syria Care juga mengharapkan bantuan dan kesediaan orang ramai untuk menyempurnakan misi bantuan kemanusiaan ini.
Melalui MoU ini, penglibatan kerjasama Sinar Karangkraf bersama Syria Care adalah seperti berikut:
Penglibatan sebagai rakan media strategik rasmi bagi tujuan hebahan dan pemerkasaan bersama Kempen Bantuan Musim Sejuk Syria Care setiap tahun.
Memberikan sokongan untuk salah sebuah mini hub pengumpulan sumbangan pakaian musim sejuk.
Penyertaan sukarelawan ke lapangan bagi membantu proses pengumpulan pakaian musim sejuk sepanjang projek sempena Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0, iaitu Projek ‘Warm Their Winter’ berlangsung.
Bagi anda yang ingin menyalurkan sebarang sumbangan atau pertanyaan, anda merujuk pada poster di atas atau boleh menghubungi Syria Care secara terus di talian 03-55234077 atau 011-288 09820.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.