Sekarang ini sana-sini peniaga menjual durian. Memang meriah sungguh macam ‘pesta’ pula peniaga mempamerkan buah durian di atas rak-rak dan meja bagi menarik perhatian untuk singgah membeli di gerai mereka.
Bau durian yang sangat kuat dan tajam membuatkan raja buah ini menjadi kegilaan penggemarnya. Inilah masanya untuk menjamu selera kerana buah ini ‘datang’ mengikut musim. Jadi inilah masa yang terbaik untuk menikmati buah durian sepuas-puasnya.
Photo by Jonny Clow on Unsplash
Kebiasaanya selepas makan durian kita pasti akan minum air daripada pangsa durian bukan? Petua ini memang diamalkan sejak dari dahulu lagi hinggalah sekarang.
Meminum air daripada pangsa durian (bahagian dalam kulitnya) dikatakan dapat mengelakkan masalah panas badan atau gangguan penghadaman selepas memakannya. Sejauhkah manakah kebenarannya? Berikut fakta yang dikongsikan oleh Dr Suri Roowi
KENAPA PERLU MINUM AIR PANGSA SELEPAS MAKAN DURIAN?
Antara Petua dan Realiti Saintifik
Ads
Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa. Mungkin ada benarnya.
Photo by hong-son from Pexels.
Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan Dr Suri Roowi sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.
Ads
Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.
Photo by Mufid Majnun on Unsplash
Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin. Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang. Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian.
Ads
Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum. Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.
Fiziwoo Studio membuat penampilan sulung di Minggu Fesyen KL 2023 sebagai barisan penyebaran Fiziwoo, menyasarkan pasaran dengan rangkaian produk yang lebih luas untuk jenamanya, sambil menarik ilham dari Gurun Sahara. Lebih sedekat di pasaran, rekaan fiziwoo studio lebih matang dan setiap rakyat malaysia mampu milikinya.
Debut dengan ‘1440 Sahara’, ia merakamkan keindahan pemandangan landskap Gurun Sahara dalam setiap minit dari matahari terbit hingga matahari terbenam dalam koleksinya. Menggunakan gaya artistik sapuan berus Vincent Van Gogh, Fiziwoo Studio mempamerkan pemandangan matahari terbit dan terbenam yang menakjubkan melalui grafik bercetak pada fabrik mereka.
Mengimbau 10 tahun yang lalu, ramai yang menaggap jenama Fiziwoo ini hanya mampu oleh golongan VIP serta selebriti. Peka dengan permintaan ramai Fizzi dan Khai tak berdiam diri. Mahu setiap orang dari pelbagai peringkat merasai helaian mereka, ya wujudnya label Fiziwoo Studio baju sedia pakai.
“Kalau sebelum ini orang ramai menanggap rekaan kami terlampau atas, tak mampu untuk dimiliki. Dengan ada koleksi ini lebih berbaloi dan rekaan lebih matang dan pratikal untuk kegunaan harian,” ulas Hafizi Radzi Woo Pengarah Urusan Fiziwoo.
Fiziwoo Studio mengambil pendekatan fesyen Boho-Basics kontemporari untuk koleksinya yang terbaharu, yang menawarkan lebih luas pemilihan fabrik seperti renda kapas, kain sutera, jut kapas, sifon dan organza.
Palet warna yang luas, daripada ton matahari terbenam yang hangat seperti merah lembayung, oren batu pasir dan kuning tuscan kepada warna matahari terbit yang lebih dalam dan kaya seperti ungu muda, biru gelap dan magenta.
Koleksi Musim Bunga Musim Panas 2024, Fiziwoo mendapat inspirasi daripada pakaian nomad dan cara ia melindungi orang Berber daripada keadaan cuaca yang melampau. Gabungan kesenian Bohemian dan Utilitarian fesyen menghasilkan kepingan yang unik dan serba boleh.
Selain itu, gabungan kesenian fesyen Bohemian dan Utilitarian menghasilkan karya yang unik dan serba boleh jelas terpancar dalam koleksi Musim Bunga Musim Panas 2024. Dengan jumlah 20 rupa, termasuk 10 untuk wanita dan 10 untuk lelaki, koleksi ini menawarkan lebih 60 helai yang berbeza.
Antara potongan yang menonjol ialah barangan berinspirasikan bohemia yang mengalir dalam helaian seperti seluar kaki lebar bercetak, baju satin cetakan selendang, dan skirt sifon berlipat lembut. Selain itu, koleksi ini turut menampilkan potongan berinspirasikan utilitarian seperti jaket tanjung Doum bersulam, seluar kargo bergaris, skirt pendek safari bersayap yang diperbuat daripada bulu dan baju jacquard timbul berkotak.
‘THE MONOGRAM’
Fiziwoo telah bekerjasama dengan Mocof, sebuah syarikat perabot modular yang terkenal di Malaysia, untuk memasuki pasaran perabot lembut rumah. Kerjasama mereka memperkenalkan koleksi produk peralatan tempat tidur yang ditampilkan Monogram Fiziwoo disulam pada kain kapas Mesir putih sutera mewah. Berpeluang temubual bersama duo hebat ini mereka berpendapat, hamparan tidur adalah tempat terakhir baik untuk merehatkan diri.
“ Secara peribadinya setiap orang punyai pengalaman dan cara untuk merehatkan diri, apa yang penting adalah keselesaan berehat di atas fabrik yang membuat anda lebih tenang bagi menamatkan penat dengan aktiviti harian,” ujar Fizi.
Koleksi yang menawarkan dua pilihan warna sulaman yang canggih: perak muda dan kelabu gelap. Perlu diingat bahawa Koleksi ‘Monogram’ adalah eksklusif dan boleh didapati dalam kuantiti terhad.
Koleksi peralatan tempat tidur oleh Fiziwoo x Mocof menampilkan fabrik kapas Mesir yang mewah dirawat dengan enzim untuk meningkatkan rasa lembut seperti sutera pada kulit, memastikan malam yang selesa dan tenang tidur.
Bermula dari 1 September 2024; koleksi akan tersedia untuk pembelian pada kedua-dua Fiziwoo dan laman web Mocof. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan koleksi itu di kedai fizikal Fiziwoo yang terletak di KL East Mall, serta kedai fizikal Mocof di Pavilion KL, Pusat Beli-belah Bangsar dan Setia City Mall.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nak turun berat badan? Pasti anda akan diet! Akan tetapi, diet juga sangat menitikberatkan tentang makanan dan waktu anda makan. Sarapan merupakan waktu makan yang paling penting untuk memulakan hari anda. Tahukah anda, beberapa jenis tabiat sarapan yang kurang baik juga mempengaruhi diet anda.
Seperti yang anda tahu, sarapan merupakan waktu makanan yang sangat penting. Ini termasuklah ketika anda berdiet. Oleh itu, anda perlu mengikuti waktu dan menu makanan dengan betul. Sarapan diet juga sama agar usaha anda berjaya. Jadi, adakah tabiat yang tidak bagus mempengaruhi usaha seseorang untuk berdiet?
Jawapannya adalah ya! Kebanyakan antara kita tidak sedar akan tabiat yang tidak bagus selalu kita lakukan. Kadang-kadang sampai membuatkan diet yang kita lakukan itu sia-sia dan buang masa sahaja. Menurut Hellodoktor, banyak orang yang melakukan tabia ini tanpa sedar dan berasa buntu apabila diet tidak menjadi.
Apabila berdiet, ramai antara kita yang fokuskan hanya pada menu makanan dan juga minuman sahaja. Ia merupakan perkara yang betul. Akan tetapi, terdapat satu lagi aspek selain menu diet yang perlu diikuti iaitu, tabiat-tabiat tidak bagus yang tanpa sedar dan kerap anda lakukan. Tabiat sarapan waktu pagi yang tidak bagus buat diet anda:
Apabila lapar kita perlu makan, akan tetapi anda tidak boleh makan apa sahaja pada waktu pagi disebabkan perut lapar. Kebanyakan orang akan mencapai apa sahaja yang ada di dapur mereka atau di atas meja tanpa memikirkan tentang kalori dan nutrisi. Anda hanya beranggap asalkan anda tidak meninggalkan sarapan.
Menurut pakar diet, hal ini adalah tabiat tidak bagus kerana anda tidak memikirkan tentang kalori yang anda ambil. Lebih kepada anda tidak memikirkan kualiti dan kuantitinya. Anda hanya fikir lapar sahaja.
Selepas itu, anda pasti akan mengambil sarapan dengan jumlah yang sangat banyak. Ini akan menyebabkan perut anda kembung atau sebu. Apabila ini terjadi, anda akan mula merasakan malas dan sudah menjejaskan hidangan waktu lain dan aktiviti harian. Ini juga akan menyebabkan anda tidak produktif dan rasa malas lalu akan mudah menggagalkan usaha berdiet anda!
Teknologi terkini mengadakan ramai mempunyai tabiat untuk melihat skrin teknologi seperti telefon pintar, komputer riba atau televisyen untuk mengetahui maklumat dan berita terkini. Ini merupakan silap yang besar kerana jika anda melakukannya pada waktu pagi ia akan menjadi punca untuk diet anda gagal. Ini kerana, apabila anda melihat skrin anda akan tidak sedar akan jumlah pemakanan yang diambil. Malah, anda akan kerap menambah jumlah makanan dan akan menyebabkan diet anda musnah.
Kesibukan harian membuatkan ramai orang lebih gemar untuk singgah ke pandu lalu restoran makanan segera untuk membeli sarapan pagi. Apabila sudah lambat nak pergi kerja, pasti anda akan memilih restoran makanan segera untuk membeli sarapan pagi.
Jika anda sedang diet pasti anda memikirkan bahawa anda mengurangkan atau skip waktu salah satu makan pasti akan membuatkan anda mudah turun berat badan. Akan tetapi ianya salah! Logiknya, ia akan membuatkan anda ingin makan banyak pada waktu lain lalu akan menggagalkan diet anda.
Akhir kata, untuk mengelak tertinggal sarapan, anda set jam dan jangan tekan butang snooze pada waktu pagi. Ingat bahawa sarapan adalah waktu terpenting untuk makan apabila berdiet. Cuba elak dari melakukan tabiat-tabiat ini. Semoga diet anda berjalan dengan baik dan dapat turun berat badan!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak kebelakangan ini, tular trend pasangan pengantin baru membuat video ‘unboxing by husband‘.
Dalam video tersebut, si suami akan membuka pin dan jarum di tudung isteri sewaktu masih memakai busana pengantin sambil dirakam oleh si isteri di hadapan cermin.
Biarpun trending, ramai yang mengecam aksi ini kerana ia seolah-olah membuka aib pasangan itu sendiri sehingga hilang rasa malu.
Ramai netizen yang menyifatkan kandungan video tersebut tidak sesuai dengan budaya kita sebagai seorang yang beragama islam.
Antara komen-komen daripada netizen:
“Yang buat content unboxing by my husband semua tu lepas kahwin dah hilang maruah malu eh?”
“Unboxing bini? boleh, halal tapi untuk korang jelah. untuk kitorang yang melihatnya haram jadah.”
“memang dah halal tapi seeloknya kita jauhkanlah diri daripada mata-mata nakal manusia yang boleh timbulkan fitnah”
Mungkin ramai yang fikir apa salahnya buat video berkenaan kerana hanya setakat cabut pin tudung sahaja. Namun seeloknya kita hindarkanlah daripada berkongsi perkara sebegitu yang boleh membuatkan penonton berfikir bukan-bukan.
Nak rekod boleh tapi hanya untuk tontonan peribada sahajalah. Jangan begitu mudah berkongsinya kepada umum.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.