Kerjasama Pandora global memperkenalkan barang kemas tangan yang diilhami oleh alam semesta ajaib dengan kerjasama dengan Produk Pengguna Warner Bros, Pandora memperkenalkan koleksi barang kemas Harry Potter. Pelancaran pada bulan November, Pandora mengeluarkan koleksi 12 charm, termasuk azimat, pendants dan gelang yang diilhami oleh dunia ajaib filem Harry Potter.
Dato’ Sri Meer Habib
Berlangsung pada 29 November di One Utama pelancaran koleksi hebat HarryPotterxPandora, ramai pengunjung tidak menang tangan memilih koleksi ini dan beberapa koleksi lain dari pandora. Esklusif untuk penggemar aksesori Pandora jualan potongan separuh harga untuk koleksi terpilih berlansung hingga 31 Disember 2019.
Nabila Razali selebriti yang hadir pada majlis pelancaran koleksi Harypotterxpandora
Harry Potter, Hermione Granger dan Ron Weasley dibawa ke kehidupan sebagai pesona perak sterling, bersama-sama simbol dikenali dari buku dan filem popular ini, seperti istana Hogwarts dan loket ‘Golden Snitch’ di Pandora Shine.
Ketua Kreatif Pandora, Stephen Fairchild berkata tentang perkongsian itu: “Harry Potter telah membawa kegembiraan dan keyakinan terhadap sihir untuk generasi dan peminat Pandora telah bertanya untuk koleksi ini selama bertahun-tahun.
Ads
Koleksi HarryPotterxPandora membawa cerita peribadi kepada kehidupan, dan persahabatan, kasih sayang dan keberanian yang diceritakan dalam Harry Potter bersama dengan peminat Pandora. Kami gembira untuk membawa koleksi ini kepada peminat filem ini di seluruh dunia.”
Apabila merekabentuk koleksi ini, Francesco Terzo dan A. Filippo Ficarelli, Pengarah Creative Kreatif Pandora, telah diilhamkan oleh watak ikonik J.K. Rowling untuk mencipta perhiasan buatan tangan yang menggabungkan alam semesta Pandora dan Harry Potter.
Ads
Melengkapkan koleksi itu adalah Hogwarts School of Witchcraft dan Wizardry charm, Dobby the House Elf holding Harry Potter’s sock dan daya tarikan Hogwarts Express charm dengan ” “Anything from the Trolley, dears?” Terukir di bahagian bawah.
Kesemua empat pesona rumah Hogwarts diwakili dalam sterling silver double dangles dengan perician rekaan yang akan merangsang peminat file mini dan juga penggemar Pandora.
Perincian cakera depan aksesori dengan logo rumah yang dikelilingi oleh kristal dalam rumah yang berwarna. Pada cakera belakang, pinggirnya terperinci dengan permata, merujuk kepada kubu-kubu istana Hogwarts dan jambatan berbentuk seperti puncak Hogwarts. Gaya potongan dari koleksi ini pada Golden Snitch Bangle, yang merupakan kemasan terkini Pandora Moments klasik yang memaparkan simbol Quidditch ikonik pada tali.
Koleksi Harry Potter x Pandora akan berada di kedai Pandora di seluruh dunia dan pada pandora.net mulai 28 November 2019.
#HarryPotterxPandora
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seramai 200 orang saudara baru Islam meliputi bangsa India, Cina, Kadazan, Dayak dan warga Antarabangsa, hadir pada majlis rumah terbuka yang berlangsung di Dewan Masjid Bandar Baru Enstek baru-baru ini, tarik perhatian ramai!
Antara tetamu yang diundang seperti hijabi yang terkenal di aplikasi TikTok, Aisha Tan, pemilik akaun @soyabelacan, yang terkenal dengan masakan cina muslim dan Muhammad Mikhael Sathayah pemilik akaun @mukagangster yang menceritakan tentang bagaimana dia tercuit hati untuk memeluk Islam serta perjalanan hijrahnya.
Islam adalah agama yang bersifat universal (‘alamiyyah). Tidak membeza-
bezakan antara lelaki dan wanita, antara yang berkulit putih mahupun hitam. Islam juga tidak pernah mengajar kita menolak asal-usul keturunan, dimana seorang mualaf perlu mengubah status bangsa sebaik memeluk Islam.
Menyedari pentingnya mempromosikan Islam sebagai agama sejagat, Pertubuhan Akademi
Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd mendahului trend apabila
mengadakan rumah terbuka bertemakan “Raya Dalam Budaya” yang memperlihatkan tetamu hadir memperagakan persalinan tradisi dan etnik masing-masing.
Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan, selaku Pengerusi Pertubuhan Akademi Al Bayan berkata,
Raya Dalam Budaya bererti perayaan Aidilfitri disambut dengan tujuan meraikan hari
kebesaran Islam dengan kepelbagaian budaya dan bangsa. Menariknya program ini ukhwah yang terbina bukan dipandang dari segi budaya tapi agama yang menyatukan mereka.
“Hari Raya Aidilfitri ini bukan eksklusif hanya untuk satu kaum sahaja tetapi maknanya lebih daripada itu. Oleh yang demikian Islam dapat diterima dari semua peringkat masyarakat tidak kira warna kulit, bahasa dan budaya.
“Al Bayan mengangkat konsep Raya Dalam Budaya pada penganjuran rumah terbuka kali ini kerana kita mahu menyatakan kepada masyarakat diluar sana mengenai kesepaduan antara semua kaum itu dapat disatukan dengan kita saling hormat menghormati antara satu sama lain.
“Walaupun kita berbilang bangsa dan budaya tetapi dengan kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar maka kita tidak menjadi masalah dengan itu. Adapun sahabat-sahabat kita yang berlainan agama maka Islam mengajarkan kepada kita untuk memberikan kepada semua mereka hak yang telah ditetapkan dalam Islam seperti keamanan, kebebasan dalam beragama dan macam-macam lagi,” katanya.
Pertubuhan Akademi Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd turut memperuntukkan sejumlah RM14,000 duit raya untuk diberikan saudara mualaf dan asnaf.
“Ini semua hasil orang ramai yang menyalurkan zakat kepada Al Bayan dan kami hanya
bertindak sebagai perantara yang menjalankan amanah agar sumbangan ini sampai kepada golongan sasar.
“Terdahulu Al Bayan merencana pelbagai program, dengan melakukan kerja-kerja dakwah
dilapangan khususnya membantu mualaf yang susah berkat sumbangan orang ramai.
“Mewujudkan saudagar mualaf Al Bayan bagi meningkatkan ekonomi mereka sekali gus
dapat keluar dari kepompong kemiskinan, seterusnya dapat membantu mualaf yang lain.
Menyempurnakan keislaman mereka dengan melakukan khatan secara jemaah membabitkan peserta kanak-kanak dan dewasa.
“Selain itu mengangkat martabat mualaf di peringkat nasional dengan mengetengahkan
pelbagai rancangan televisyen seperti tangisan mualaf dan yang terbaru selera rasa mualaf,” katanya lagi.
Aisya antara hijabi yang mempunyai pengikut ramai, berkongsi resepi masakan bangsanya buat ramai yang tertarik dengan perkongsiaan hijabi ini. Soya Belacan terkenal apabila Aisya sendiri menyakinkan orang ramai masakan cina boleh dihasilkan dengan bahan-bahan yang halal.
Serentak berjalan pada majlis rumah terbuka penuh kemeriahan itu, adalah majlis pelancaran program bersiri Selera Rasa Mualaf yang bakal bersiaran di saluran TV Alhijrah bermula 14 Mei 2023, setiap ahad jam 8.00 pagi. Keunikan program ini kerana hidangan yang disajikan variasi sebagaimana majmuknya rakyat negara ini. Ia bertepatan dengan kecenderungan masyarakat kita yang gemar mencuba resipi baru.
“Kepelbagaian dan keunikan bumi Malaysia, mencetuskan ilham untuk kami mengetengahkan setiap masakan dari kepelbagaian bangsa dan budaya.
“Yang menariknya ia bukan hanya sekadar masakan tetapi didalamnya ada perkongsian
mualaf bagaimana mereka menerima hidayah Allah dan iltizam mereka dengan Islam,”
katanya yang dibesarkan oleh seorang ibu berstatus mualaf.
Tidak hanya penglibatan dilapangan, demi memastikan kebajikan mualaf terjaga, Pertubuhan Akademi Al Bayan yang sudah beroperasi lebih 2 tahun juga dalam fasa membina Kompleks Pendidikan Islam Akademi Al Bayan yang berpengkalan di Pegoh, Melaka. Pembangunan diwujudkan atas kesedaran bahawa kurangnya institusi pengajian yang menempatkan golongan anak-anak mualaf.
Enggan bersandar kepada infaq orang ramai semata-mata, Al Bayan mengambil inisiatif
mengeluarkan produk makanan sendiri iaitu Sambal Bilis TERIaak yang berpontensi sebagai janaan ekosistem Al Bayan.
“Makanan merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam hidup manusia. Apabila kami mengkaji maka kami dapati bahawa orang zaman sekarang suka melancong dan suka perkara yang cepat dan segera. Sebab itu sambal ikan bilis yang dinamakan TERIaak diperkenalkan bagi menyokong pembangunan Kompleks Tahfiz Dakwah Anak-anak Mualaf yang memerlukan dana sebanyak RM25 juta.
“Bukan itu sahaja apabila siap nanti kos pengurusan dan jagaan kebajikan anak-anak mualaf juga perlu difikirkan dari sekarang bagi melahirkan daie mualaf pada masa akan datang supaya dapat berdakwah kepada bangsa mereka dengan menggunakan bahasa mereka sendiri,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bergelar selebriti apa yang dipaparkan mungkin tak seindah apa yang dibayangkan. Kita sering melihat selebriti tampil cantik dan bergaya sempurna di khalayak umum. Disebalik ‘kesempurnaan’ itu mereka juga manusia biasa yang mengalami masalah sama seperti wanita-wanita diluar sana.
Siapa sangka ibu kepada dua cahaya mata ini juga mempunyai ‘struggle’ tersendiri dalam memastikan kesihatan rambut terjamin disebalik helaian tudung yang digayakan. Ini perkongsian Elfira Loy tentang bagaimana dia menangani masalah rambut rosak dan tudung mengeluarkan bau kepam yang kurang enak.
Menyedari dia antara artis yang sudah lama bertudung dan menutup aurat, Elfira memberitahu salah satu tip yang boleh dikongsi khusus untuk wanita berhijab, setelah menyuci rambut dengan syampu, anda perlu pastikan rambut betul-betul kering dan tidak boleh terus pakai hijab dalam keadaan rambut basah.
“Walaupun kita sudah jaga rambut sebaiknya dan benda ini patut dielakkan. Ramai yang lupa kerana mahu cepat bergegas ke tempat kerja atau aktiviti lain. Dan bagi yang bekerja 12 jam sehari pula cuba cari masa untuk biarkan rambut anda bernafas. Inilah tip yang memang El amalkan sejak mula berhijab beberapa tahun lalu.
“Biasanya untuk seminggu tu tiga kali saja El bersyampu dan waktu inilah El akan cuci kelemumur pada kulit kepala. El juga akan pastikan guna conditioner pada rambut dan kemudian pastikan rambut kering sebelum memakai hijab,” ujarnya ketika ditemui team HIJABISTA pada sebuah majlis di Usj, Subang.
Elfira Loy turut mendedahkan sepanjang berhijab dia amat selesa memilih Rejoice Hijab Perfect Cool untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya, kerana sukakan bauan segar.
“El betul-betul jatuh cinta dengan syampu ini. Bila El basuh rambut pada waktu pagi, El benar- benar terkejut dengan kebersihan dan sensasi kedinginan ditambah dengan bau bunga Kasturi yang sangat menyegarkan.
“Jadi El tak kisah kalau seharian berada di luar dengan persekitaran yang lembap dan terdedah kepada cahaya matahari dan debu pada waktu yang lama. Rambut dalam tudung El masih bersih, sejuk dan segar.
“El sangat gembira dengan produk ini dan nak syorkan produk ini kepada wanita-wanita bekerjaya yang perlu memakai tudung seharian di luar sana!”, ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.
Pelakon popular yang mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019, Nelydia Senrose atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen dilihat begitu sibuk menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami tercintanya Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
Namun, baru-baru ini, pelakon ini menimbulkan tanda tanya terhadap peminat-peminatnya mengenai imejnya yang dilihat di laman Instagram milik ‘fan club’ Nelydia Senrose yang kini sudah berhijab. Wah! Benarkah Nelydia sudah berhijab? Sudah pasti ramai yang teruja melihat imejnya yang semakin ayu, manis dan sopan itu!
Rata-rata peminatnya mendoakan agar ianya sebuah penghijrahan yang benar. Tambahan pula, Nel baru sahaja pulang dari tanah suci Mekah dan ia menguatkan lagi sebab untuk Nelydia berhijrah ke arah yang lebih baik.
Apa-apapun, andai benar pelakon kesayangan ramai ini sudah mula berhijrah ke imej yang lebih baik, team Hijabista mendoakan agar Nelydia terus kekal istiqomah dan diberikan keberkatan dari Allah SWT..InsyaAllah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.