Wakaf Bharu merupakan sebuah bandar satelit dan daerah di Jajahan Tumpat, Kelantan. Mempunyai sebuah pasar, Pasar Wakaf Bharu. Pasar Wakaf Bharu adalah pasar terbesar dan paling sibuk dan pekarangan pasar ini sesak pada setiap pagi Jumaat kerana terdapat sebuah pasar pagi yang dikenali sebagai “Pasar Jumaat”.

Namun, tempat yang menjadi tumpuan ramai ini sudah ditambah baik dengan pelbagai tarikan. Jika dahulu tempat ini menjadi tarikan makcik dan pakcik yang suka membeli-belah di sini, tidak lagi sekarang. Ternyata beberapa ‘spot’ tarikan membuat generasi muda juga ingin mengunjungi tempat ini.

‘Day trip’ tarik perhatian ramai

Perkongsian lelaki ini yang bernama Nazirul Mubin di dalam grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Perjalanan sehari yang tampak menarik dan tidak menelan belanja yang banyak, bak kata orang ‘under budget’ la!

Tempat yang menarik untuk dikongsi bersama, jaih dari kesibukan kota yang penting makanan dan permandangan yang sangat indah. Tambahan lagi kalau hijabi kaki OOTD. Jom baca perkongsian lelaki ini.

ARTIKEL BERKENAAN: Jalan-jalan Cari Makan Naik ‘Sleeper Train’ Ke Kelantan Memang Best Sangat! Gadis Ini Kongsi Pengalaman

Senarai barang pelindungan diri

Penjagaan perlindungan diri ini bukan sahaja dititikberatkan oleh si gadis, malah Nazirul juga berkongsi barangan wajib yang perlu bawa walaupun sehari perjalanan.

List wajib nak travel:

1) Sunscreen muka paling best: 3W Clinic Sunblock Intensive UV Cream Refreshing Sunscreen Cream Anti UV SPF50 PA++ (70ml)

BELI DI SINI: LAZADA

2) Sunscreen utk tangan & kaki paling mantap: Neutrogena Ultra Sheer Dry-Touch SPF50

BELI DI SINI: LAZADA

IKLAN

3) Kalau xsuka sunscreen, guna payung mini mesra beg dan poket: UV Fashion Automatic Foldable Umbrella Auto Open Close One Handed Umbrella Windproof/ Payung

BELI DI SINI: LAZADA

4) Powerbank wajibbbb dalam train: Pineng Power Bank (20000mAh/ 10000mAh) PN-939/ PN-936 / PN-932

BELI DI SINI: LAZADA

5) Spek mata UV protection sesuai bawah terik matahari: Cermin Mata Spec Mata…Uv Protection & polarised

6) Bag pack best: Hiking Backpack Men / Travel Backpack Small / Hiking BagPack Travel Bag Pack / Beg Galas Belakang Kecil / Sport Backpack

BELI DI SINI: LAZADA

Kos pengangkutan

IKLAN

Jika anda ingin merasakan perjalanan lain dari yang lain, lelaki ini menyarankan menaiki pengankutan seperti keretapi. Kalau memandu pasti tidak dapat menikmati permandangan indah di subuh hari. Teruja bukan!

ARTIKEL BERKENAAN: Selain Syurga Buat Kaki OOTD, Taiwan Juga Tawar ‘Muslim Friendly’. Hijabi Ini Kongsi Pelbagai Aktiviti & Tempat Menarik

KOS: RM86 train (return)

  • Gemas – Wakaf Bharu (katil bawah) : RM46
  • Wakaf Bharu – Gemas (katil atas) : RM40

***Tiket train boleh dibeli di aplikasi: KTMB Mobile

***Harga bergantung kepada jenis seat atau katil, katil atas atau bawah, serta jarak perjalanan.

***Beli tiket sebulan awal sebab cepat SOLD. Kecuali nak duduk di kerusi biasa dan katil atas yg sempit, sentiasa ada kosong.

Katil yang disarankan adalah katil bawah sebab lebih luas dan selesa, dan boleh tengok view luar.

IKLAN

Tips pilih katil bawah: Jangan beli katil No. 2&4, 14&16, 26&28 dan 38&40 sebab halang pandangan, ada frame tengah2 tingkap.

Jangan bimbang jika anda tidak membawa makanan, kerana di dalam train ada kafe 24jam dengan harga mampu milik.

“Dalam train ada cafe 24hours. Boleh singgah bila lapar. Harga affordable.”

Toilet ada tapi…

  • Gemas – Wakaf Bharu memakan masa 12jam. Sting aku yahuu🥴
  • Gemas ke Wakaf Bharu: 1am – 1pm
  • Wakaf Bharu ke Gemas: 8:45pm – 7:30am

Bangun subuh-subuh untuk tengok view lawa di beberapa tempat sepanjang menuju ke Wakaf Bharu.

1pm: Sampai stesen Wakaf Bharu, naik grab ke Kota Bharu (15minit). Selama di Kota Bharu, saya jalan kaki dok tahu pale ekor sambil tengok google maps.

8:15pm: Gerak ke stesen Wakaf Bharu semula utk pulang ke Gemas.

Make sure prepare powerbank sebab dalam train takde port cas phone.

Seronok bukan perkongsian Nazirul, jika anda teringin ke negeri-negeri lain di dalam Malaysia pun boleh, tetapi perlu kaji dahulu tempat yang ingin dikunjungi dan menurut lelaki ini perjalanan perlu rancang sebulan awal kerana bimbang tiket keretapi habis. Selamat cuti-cuti merdeka sis!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

SUMBER: Nazirul Mubin

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI