Wanita memang suka kelihatan cantik dan bergaya. Tentu rasa tak lengkap rasanya kalau seharian tidak melihat cermin. Tidak salah kalau nak bergaya cuma sebagai seorang wanita beragama Islam, anda perlu berpakaian mengikut syariat yang telah ditetapkan.
Jika dilihat, ramai wanita masa kini yang berpakaian ala kadar. Memang sudah menutup aurat tetapi pakaian yang dipakai terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh. Seharusnya sebagai seorang muslimah, anda seharusnya tahu apa yang boleh dipakai dan apa yang tidak boleh dipakai.
Jadi, sebelum anda membeli satu pakaian itu, ambil kira perkara-perkara ini terlebih dahulu.
1. Menutup Kepala & Betis Di Hadapan Lelaki Ajnabi
Dari Fatimah binti Qais diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata:
“Sesungguhnya aku tidak suka jika tudungmu terlepas atau terbuka kain yang menutupi kedua betismu.” – Hadis Riwayat Muslim
2. Labuhkan Pakaian
Firman Allah Taala yang bermaksud:
Ads
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – Surah Al-Ahzab: 59
3. Menutup Dada
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan, janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” – Surah An-Nur: 31
Ads
4. Tidak Menyamai Pakaian Agama Lain
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka.” – Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud
5. Tidak Bertelanjang
“Ada dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat… dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang.” – Hadis Riwayat Muslim
6. Elak Memakai Wangian Yang Mengghairahkan
Sekiranya seorang wanita memakai wangi-wangian untuk menghilangkan bau yang kurang enak pada badan, ia diharuskan. Tetapi jika bertujuan untuk memikat lelaki sehingga menyebabkan mereka ghairah untuk mendekati, maka dilarang sama sekali. Sekiranya anda memakai wangian untuk suami, ia dikira sebagai ibadah.
Ads
Dari Abu Musa Al-Asya’ari, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila seseorang wanita memakai minyak wangi, lalu dia melewati suatu kaum hingga mencium aromanya, maka dia adalah wanita begini dan begini. Rasulullah s.a.w menyatakannya dengan nada tinggi.”
7. Tidak Menyerupai Pakaian Berlainan Jantina
Elakkan daripada memakai pakaian yang berlainan jantina hingga mengelirukan orang ramai yang melihat. Jadi, sarung pakaian yang sesuai dengan peribadi anda sebagai seorang wanita Muslim yang sentiasa memelihara diri ketika keluar dari rumah.
Al-Quran merupakan satu panduan hidup buat kita umat Islam untuk menjalani satu gaya perjalanan mengikut landasan yang benar. Ternyata, kita akui al-Quran juga menjadi perantara antara suruhan Allah SWT, pesanan Rasulullah SAW dan juga cerita teladan yang terjadi kepada kaum terdahulu.
Baginda SAW telah menerima al-Quran al-Karim menjadikannya sebagai ketua bagi para Nabi AS dan menanda sebagai mukjizat kerasulannya. Ia merupakan salah satu kalam dari Allah SWT yang di jaga sehingga ke hari akhirat.
Kelebihan al-Quran sebagai mukjizat telah di catat bahawa tiada satu makhluk pun yang mampu untuk mencipta walaupun satu potongan ayat daripada al-Quran. Menurut firman Allah SWT:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu”.
(Surah al-Isra’,88)
Secara lazimnya kita ketahui bahawa al-Quran adalah nama yang di sebut dan merupakan kitab terakhir yang di turunkan kepada Rasul SAW. Meski pun begitu, terdapat juga nama-nama lain yang istimewa bagi al-Quran al-Karim.
Kenapa banyak jenis nama bagi al-Quran? Menurut Laman Portal Rasmi Pejabat Wilayah Mufti, telah di perjelaskan oleh Al-Fairuz Abadi melalui kitabnya, kebanyakan nama itu menunjukkan kemuliaan bagi penamanya atau kesempurnaan dalam sesuatu perkara. Seperti terdapat pelbagai nama bagi Allah SWT yang menunjukkan lagi kebesaranNya serta kemuliaan, begitu jua nama bagi al-Quran untuk menunjukkan kesucian dan kelebihannya (Lihat Basair Zawi al-Tamyiz fi Lataif al-Kitab al-A’ziz, 1/88)
Menerusi portal rasmi itu, terdapat jua pelbagai nama bagi al-Quran yang di sebut oleh sebilangan ulama melalui kitab mereka. Oleh dengan itu, di perjelaskan di sini nama yang di nyatakan oleh ulama hasil perkongsian oleh Dr. Wahbah Zuhaili melalui tafsirnya, iaitu al-Quran, al-Kittab, al-Mushaf, al-Nur dan al-Furqan. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 1/14)
Al-Quran merupakan perkataan yang berasal daripada قَرَأَ yang membawa maksud menghimpunkan. Kata-kata oleh Ibnu Abbas, apabila di himpunkan dan di gabungkan ia di dalam hati kamu, maka beramallah dengannya. Tertumpu kepada kitab yang di turunkan kepada Baginda Rasulullah SAW sebagai tanda kenabiannya. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 22/30).
Firman Allah SWT:
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ
Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
(Surah al-Qiyamah, 17)
Melalui tafsiran Dr, Wahbah Zuhaili menjelaskan Jam’ahu (menghimpunkannya) dan Qiraatahu (pembacaannya). Secara umumnya perlu di ketahui, bahawa al-Quran di turunkan secara berperingkat. Apabila telah dapat di kumpulkan semuanya, ia dinamakan sebagai al-Quran. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 1/14)
Dari segi bahasa, Al-Kitab bermaksudh ‘himpunan’. Dengan itu, ia di namakan al-Kitab kerana menghimpunkan pelbagai ilmu, kisah dan juga pengkhabaran. (Lihat al-Itqan fi Ulum al-Quran, 1/181)
Imam Fakhruddin al-Razi telah menjelaskan dalam tafsirnya bahawa al-Kitab merupakan kata terbitan seperti al-Qiam dan al-Siyam. Para ulama juga bersepakat bahawa al-Kitab membawa maksud kepada al-Quran. (Lihat Tafsir al-Razi, 2/260)
Al-Kitab dari segi istilah ulama usul bermaksud al-Quran. Ini seperti mana Firman Allah SWT:
Maksudnya: dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk,
(Surah al-Nahl, 89)
3. Al-Mushaf
Dr. Wahbah Zuhaili juga menjelaskan dalam tafsirnya, al-Mushad berasal daripada perkataan ashaf bermaksud mengumpulkan al-Suhuf (lembaran). Al-Sahifah juga bermaksud lembaran kulit atau kertas yang di tulis atasnya. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 1/14)
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menjelaskan al-Mushaf adalah nama yang di tulis pada kalam Allah SWT. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 38/5) Menurut firman Allah SWT:
فِي صُحُفٍ مُّكَرَّمَةٍ
Maksudnya: (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan,
(Surah Abasa, 13)
Imam al-Razi menjelaskan dalam tafsirnya bahawa maksud ayat di atas adalah hal kemuliaan al-Quran dan gambaran al-Quran itu di simpan dengan sempurna di dalam (suhuf) lebaran-lembaran yang terletak di Luh al-Mahfuz yang di muliakan oleh Allah SWT dan al-Quran ini suci daripada gangguan syaitan. (Lihat Tafsir al-Razi, 31/55).
4. Al-Nur
Selain dari al-Quran, al-Nur juga merupakan nama lain yang menyingkap perkara kebenaran dan menerangkan perkara yang tidak mampu di jelas tentang halal dan haram yang memberikan penjelasan lebih yang tidak boleh di guna akal untuk berfikir. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 1/14)
Di dalam kitab Imam al-Suyuti, nama al-Nur ini di sebabkan oleh pemberian cahaya pertunjuk kepada permasalahan yang tidak jelas apabila menyoal isu halal dan haram. (Lihat al-Itqan fi Ulum al-Quran, 1/183)
Maksudnya: Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
(al-Nisa’, 174)
5. Al-Furqan
Imam al-Suyuti juga menyatakan al-Furqan di sebut sebagai nama al-Quran jua kerana membezakan antara perkara benar dan batil. (Lihat al-Itqan fi Usul al-Quran, 1/183)
Selain itu, Dr Wahbah Zuhaili juga dalam kitabnya menyatakan al-Furqan ini di sebabkan al-Farq iaitu membeza di antara al-Haq dan al-Batil, al-Iman dan al-Kufr juga kebaikan dan keburukan.
(lihat al-Tafsir al-Munir, 1/15) Firman Allah SWT:
Kesibukan menjalankan rutin harian di rumah mahupun di luar menjadikan kita semakin jauh dari Allah yang Maha mencipta. Ketenangan akan membawa kita jauh tersasar dari kehidupan seorang muslim.
Bimbang diri semakin jauh denganNya, amalkan zikir Rabbaniyah setiap hari. Melalui perkongsian Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi muat turun di media sosial, zikir Rabbaniyah mempunyai 7 amalan zikir yang boleh kita pratikkan setiap hari. Ini antara amalan zikir Rabbaniyah:
Mengerjakan ibadah haji merupakan satu kewajipan dalam rukun Islam yang amat dituntut. Beruntung bagi sesetengah daripada kita yang dipanggil menjadi tetamu Allah. Biarpun perlu mengharungi lebih 30 hari berada di tanah suci, namun pengalaman berada di tanah suci itu pastinya meninggalkan seribu makna dalam diri seseorang. Salah seorang adalah Datuk Nassier Wahab yang dipilih menjadi tetamu-Nya tahun ini.
Dalam satu temu bual bersama Mstar Online, Nassier memberitahu dia cukup terharu apabila ada jemaah haji Malaysia yang menitiskan air mata ketika mendengar azan di tanah suci. Menjadikan ia sebagai satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan ketika mengerjakan ibadah haji.
“Mungkin selama ini mereka dengar suara saya menyanyi tapi pada hari kejadian mereka berpeluang mendengar saya melaungkan azan menyeru kebesaran Allah.
“Hati saya tersentuh apabila melihat ada jemaah yang menangis terharu dan sebak kerana mendengar saya melaungkan azan,” katanya.
Menurut Nassier kejadian itu berlaku ketika dia menjadi bilal semasa khutbah Arafah ketika mengerjakan ibadah wukuf di Padang Arafah.
“Bayangkan saya tak pernah laungkan azan di hadapan orang ramai dan itu kali pertama diberi tanggungjawab melakukannya.
“Apabila mutawif tawarkan peluang ini, saya tak boleh menolak sebab mereka bersungguh-sungguh mahu saya yang azan.
“Saya yakinkan diri dan anggap itu rezeki yang tak semua orang dapat,” katanya yang mengerjakan ibadah haji 26 Ogos dan hanya pulang 30 September lalu. Turut sama rakan artis yang pergi ke sana adalah penyanyi Fauziah Latiff.
Menurut pelantun lagu Memori Cinta Luka ini dia bersyukur dapat merealisasikan ibadah haji tanpa sebarang masalah kesihatan.
Walaupun cucaca panas dan jemaah yang ramai, namun tidak mengganggu perjalanan ibadahnya. Nassier juga turut berpuas hati dengan kemudahan serta layanan yang diberi.
“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Tiada sebarang kesulitan, lancar mengikut jadual dan sangat berpuas hati dengan kemudahan serta layanan yang diberi.
“Walaupun cuaca ketika itu hampir 50 darjah celsius tapi kesihatan saya baik dan ini pun salah satu rahmat daripada Allah.
“Bila balik Malaysia, baru mula sakit tekak dan rasa seperti mahu demam, mungkin rindu Kota Makkah agaknya” ujarnya.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.