Selagi masa yang ada bersama ibu dan bapa, itulah peluang kita untuk berbakti kepada mereka. Kadang kala kita lupa mereka, tetapi suatu hari akan ada masa buat kita rugi untuk meluang masa bersama mereka.

Penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan, mengatakan kehilangan bapanya membuatkan dia tersedar untuk lebih menghargai masa bersama keluarga. Tidak mahu utamakan kerjaya seperti dahulu.

Hargai momen bersama sebelum pudar…

Kehilangan bapa kepada penyanyi, Cakra Khan, pada dua tahun lalu sewaktu seluruh dunia dikejutkan dengan pandemik COVID-19 sangat memberikan kesan kepadanya. Berita yang sangat mengejutkan buatnya sehinggakan memberi kesan sampai hari ini.

Arwah bapanya yang bernama Harmana meninggal dunia disebabkan penyakit stroke pada 21 Ogos 2020. Terdahulunya dia sering fokus untuk utamakan kerjaya, namun, segalanya berubah semenjak pemergian bapa tercinta itu.

Di temubual bersama Wilayahku,  Cakra khan atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 30, juga berkata rakan baiknya juga telah pergi meninggalkannya sewaktu pandemik COVID-19 juga. Kedua-dua insan tersayang itu sangat memberi impak dan persepsinya dalam kerjaya dan waktu bersama keluarga.

Artikel berkaitan: Kebaikan Arwah Manfaat Kepada Orang Lain, Perginya Aizura Zulkifli Meruntun Jiwa Warganet

IKLAN

“Banyak hal yang terjadi sepanjang COVID-19. Saya berada pada ‘titik paling rendah’ apabila saya kehilangan ayah dan kawan baik,

“Waktu ayah sakit, saya ada menemaninya di rumah sakit (hospital) tapi ada satu hari itu, saya mahu berangkat (pergi) ke undangan nyanyian, saya dapat tahu keadaan kesihatan ayah tiba-tiba merosot,

“Jadi, saya patah balik, batalkan show dan bila sampai di hospital, ayah sudah meninggal dunia. Ketika itu, saya benar-benar melalui the worst feeling.” katanya.

Pelantun suara Harus Terpisah itu juga mahu utamakan lagi masa bersama keluarga lebih-lebih lagi ibunya meskipun terpaksa berkejar dengan kerjaya. Tetapi, dia tidak terfikir untuk berhenti dalam industri seni cuma perlu pandai bahagikan masa.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CKhan✨ (@cakra.khan)

“Untuk meninggalkan dunia hiburan itu tidak la, tapi waktu itu, buat saya terfikir untuk meluangkan masa sebanyak yang mungkin dengan family. Cara saya mengubat hati, saya balik ke keluarga.

“Saya balik ke rumah ibu dan luangkan masa bersama. Ia sangat membantu dan Alhamdulillah saya boleh mula fokus semula. Walaupun sibuk macam mana pun, saya akan tetap meluangkan masa dengan keluarga.

IKLAN

“Kalau dulu, saya tengah ada kerja ibu telefon, saya akan biarkan dahulu. Tapi sekarang, walaupun saya tengah sibuk di acara, ibu telefon saya akan terus angkat,” ujarnya lagi.

Artikel berkaitan: Hijabi Terkilan Tak Sempat Balas Jasa Arwah Ayah, Buat Netizen Sebak

Tambahan lagi, Cakra juga turut ingin membuat satu segmen khas buat tribute bapanya sewaktu di soal ketika sidang media Konsert A Decade: Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2023 di Shook! JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu lepas. Katanya, bapanya lah punca dan tunjang utama buatnya untuk meneruskan lagi dalam industri seni.

Sumber: Wilayahku

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI