Ada sesetengah orang yang cuba mengamalkan satu cara untuk menahan diri daripada berkata-kata. Perbuatan tersebut mereka anggap sebagai satu ibadat ataupun bernazar untuk diam buat seketika masa seperti yang di lakukan oleh Saidatina Maryam A.S.

Tetapi apakah hukum bagi seseorang itu menahan diri daripada berkata-kata dengan niat sebagai bentuk ibadat? Adakah terdapat dalil atau nas yang membuktikan perbuatan ini? Mari kita lihat bersama.

Berpuasa daripada berkata-kata seperti Saidatina Maryam AS

Amalan ini sebenarnya mengikut apa yang berlaku pada Saidatina Maryam di mana Allah SWT telah memerintahkan beliau selepas melahirkan Nabi Isa A.S. Tetapi hal ini berlawan dengan apa yang di faham oleh kita kerana Rasulullah SAW melarang kita untuk tidak bercakap sepanjang hari. Kenapa?

Menurut Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan ini bukanlah satu ibadat yang di tuntut, bahkan, ia menyerupai ibadat amalan golongan jahiliyah oleh kerana kita di tuntu untuk melazimi zikir dan bercakap perkara yang baik. Hal ini perlu di titikberatkan supaya kita tidak bersimpang jauh dari apa yang kita fahamkan.

Turut menjadi tuntutan buat kita umat Islam supaya tetap memelihara lisan daripada berkata-kata dengan perkara yang berunsurkan tipu dan maki-hamun. Kita perlu inga, apa yang kita katakan pada waktu ini bakal di bawa dan di catat sehingga hari akhirat kelak.

Firman Allah SWT:

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Maksudnya: Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

IKLAN

Surah Qaf (18)

Melalui firman ini kita memahami bahawa setiap perkataan dan perkara yang kita keluarkan itu pasti ada yang mencatat dan bakal di tunjukkan sewaktu hari perhitungan nanti. Sudah pasti sebagai umat Islam kita harus jaga pertuturan kita dari bercakap perkara yang lagha (tidak berfaedah).

Rasulullah SAW juga telah berpesan kepada umat Islam jua mengenai perkara ini. Baginda menekankan supaya kita mengucapkan kata-kata yang baik sahaja, atau tidak apa yang hendak kita utarakan? Diam sahaja, melalui ayat ini:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

Maksudnya: Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka dia hendaklah bercakap yang baik-baik sahaja, atau diam.

Sahih Muslim (47)

IKLAN

Artikel berkaitan: Bahagia Itu Tidak Bisa Kita ‘Nikmati’ Seorang Diri Tapi Lebih Dirasai Apabila Dikongsi, Deep Kata-kata Ustaz Khairul Anuar Basri Ini

Jadi bagaimana pula dengan pandangan berdiam diri sebagai satu bentuk ibadat?

Adakah ia berketepatan dengan pandangan agama Islam?

Berdiam dari berkata-kata adalah satu perbuatan atau bentuk puasa yang di syariatkan kepada umat terdahulu. Melalui Firman Allah SWT:

فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا

Maksudnya: “…katakanlah (wahai Maryam): Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.”

Surah Maryam (26)

IKLAN

Syeikh Wahbah al-Zuhaily ketika mentafsirkan ayat ini menukilkan pandangan Ibn Zaid dan al-Suddi:

كَانَتْ سُنَّةُ الصيامِ عِنْدَهُم الإمساكَ عَنْ الكَلَامِ

Maksudnya: Sesungguhnya kaedah berpuasa di sisi mereka (umat pada zaman tersebut) adalah dengan menahan diri daripada berkata-kata.

Bagi kefahaman kita mengenai isu ini, berpuasa daripada berkata-kata itu adalah satu bentuk syariat yang di amalkan pada zaman Nabi Musa dan Nabi Isa, ianya di perintahkan oleh Allah SWT kepada Saidatina Maryam selepas beliau melahirkan Nabi Isa AS. Jadi, buat umat Nabi Muhammad SAW, baginda telah melarang daripada kita terus berdiam tidak berkata, malah, kita di galakkan lagi untuk berzikir dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Sumber info dan gambar: Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Canva

Artikel berkaitan: Deep kata-kata Mizz Nina: “Kita Selalu Harap Pasangan Faham Tentang Kita Sedangkan Kita Lupa Rumah Tangga Adalah Kita Belajar Tentang Dia”

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI