Gaya hidup kita terutamanya di bandar yang sering terdedah kepada bunyi bising tidak kira di tempat kerja seperti di kilang mahupun di luar iaitu bunyi motor berkuasa tinggi, pusat hiburan dan mendengar muzik dengan kuat boleh menyebabkan kecacatan deria telinga.
Jika dahulu, kebanyakan orang pekak kerana kecacatan dari kecil dan warga emas yang kualiti pendengarannya semakin berkurangan akibat proses penuaan. Kini orang muda juga mengalami masalah tersebut.
Hilang pendengaran awal usia
Berimpian untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang tersebut, Dr. Shasa Aziz mengasaskan Eartistic Hearing and Balance Centre, bertujuan untuk menyebarkan kesedaran tentang pendengaran dan fisioterapi.
“Generasi muda lebih senang untuk cantik dan bergaya tapi lupa, gaya hidup terkini mendorong mereka menghadapi masalah pendengaran di awal usia,” ujarnya dalam satu majlis CSR bersama penduduk Flat PPR Jelatek.
Dr Nur Shasa Ain binti Tan Sri Abdul Aziz (Dr Shasa Aziz) juga pengasas Ola & Oli kids. Melihat generasi sekarang yang mana terdedah dengan pelbagai gangguan bunyi tiada kesedaran dengan apa yang mereka jalani sekarang.
“Pendedahan bunyi seperti muzik, menghadiri konsert dengan bunyi yang kuat, mereka perlu ada pengetahuan tahap desibel bunyian harian perlu mereka dengar, katanya lagi.”
Ads
Bagi tahap bunyi perbualan biasa ialah sebanyak 70 desibel, suara yang dinaikkan ialah 76 hingga 82 desibel manakala jeritan sebanyak 88 desibel. Belum masuk lagi bunyi televisyen yang dipasang sentiasa, jumlah keseluruhan di dalam restoran ketika waktu makan tengah hari sudah melebihi tahap selamat kepada telinga.
Kajian mnunjukkan tahap pendedahan pendengaran yang selamat ialah sebanyak 85 desibel sahaja untuk tempoh lapan jam dalam sehari. Malah, apabila anda sukar mendengar perbualan, ia juga mungkin tanda-tanda awal masalah pendengaran yang boleh menjadi kecacatan deria kekal, iaitu pekak.
Sebagai ikon Wanita Ikon Wilayah Perseketuan, Dr Nur Shasa Ain rasa usaha ini adalah satu perjuangan dan tanggungjawab beliau untuk memberi kesedaran pada golongan ini. Terdahulu semasa negara menghadapi pademik covid-19 beliau melebarkan sayap Eartistic dengan melahirkan Ola & Oli Kids dan Kembara Utan untuk melengkapkan bahagian kesedaran, pencegahan dan pemulihan Eartistic yang telah membawanya ke dalam penerbitan TV. Karya pertama beliau adalah Jom Kembara Utan, sebuah travelog berkonsep realiti dan animasi yang disasarkan untuk kanak-kanak dan disiarkan di TV3.
Perlu jalani ujian pendengaran
Share Holder Media Prima Berhad, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, antara VIP yang turut jalani ujian pendengaran.
Dr Shasa Aziz adalah anak bongsu kepada Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Shamsudin, bekas Menteri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Di waktu lapang, Dr Shasa Aziz akan menghabiskan masanya melancong, membuat muzik, menyebarkan kesedaran tentang kesihatan & mendalami perkembangan kanak-kanak.
“Tiada masalah jika anda ingin teruskan kehidupan seperti biasa dengan bunyi-bunyian sekeliling, jika anda tidak dapat mengelak dari keadaan bunyi sekeliling, guna alat pelindung bunyi atau cuba berada di tempat yang lebih menenangkan pendengaran. Tambahnya lagi, sebagai langkah pencegahan, setiap dari kita perlu jalani ujian pendengaran. Dengan adanya kesedaran ini mereka sedar tahap pendegaran mereka di tahap mana.”
Dr Shasa Aziz memulakan perjalanan profesion sebagai pengamal audiovestibular di England. Sejurus selepas beliau menamatkan pengajian sarjana mudanya, hospital pertama beliau berkhidmat adalah Royal Surrey County Hospital, dan setahun selepas itu, beliau berpindah ke Hospital St. Mary’s, hospital yang sama di mana beliau menghabiskan tiga tahun sebagai pelatih sarjana muda. Sekembalinya ke tanah air, Dr. Shasa Aziz meneroka industri pembuatan di Oticon Malaysia, pengeluar Alat Bantu Pendengaran dan AudioVestibular Interacoustics Equipments untuk memahami bidang ini dan pasaran di Malaysia.
Beliau yang perihatin terhadap warga Malaysia dalam menjalani kehidupan sihat, sebagai Wanita Ikon Wilayah Perseketuan, Dr Shasa bersama-sama menjalani CSR di serata tempat memberi kesedaran pada masyarakat betapa pentingnya ujian pendengaran. Temui beliau di tempat-tempat yang dimaklumkan di laman sosialnya di Istagram, profil @shasaaziz anda berpeluang menjalani ujian pendegaran secara percuma. Hebat bukan!
Dr. Shasa adalah bekas Setiausaha Agung Persatuan Pakar Audiologi Kebangsaan Malaysia (MANSA) dan juga ahli Persatuan Pertuturan dan Pendengaran Malaysia (MASH). Pada masa ini, beliau adalah presiden pro tem Persatuan Alat Pendengaran Malaysia. Baru-baru ini beliau telah dianugerahkan Wanita Waja 2021 oleh Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan 100 “Top Young CEO” 2021.
Dr. Shasa Aziz percaya menjadi Wanita Ikon Malaysia membolehkan beliau meneroka keperluan wanita di Malaysia secara holistik dan membawa beliau selangkah lebih dekat kepada sasaran yang betul dalam mengejar impian dalam mencipta impak kepada masyarakat dan membentuk diri beliau sebagai “change agent” kepada masyarakat. Beliau juga percaya perjalanan ini akan memberikan beliau keyakinan untuk memimpin lebih ramai wanita di Malaysia.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menjadi seorang ibu adalah saat paling terindah buat hidup seorang wanita. Apatah lagi jika dapat menyusukan anak dengan susu badan. Namun kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Siapa sangka selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara. Bukan sedih kerana mendapat berita mengejutkan itu, tetapi kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Kini cancer survivor tahap empat.
Sepanjang tempoh itu mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah dan turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
Kerap alami demam
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
Selepas tiga bulan melahirkan anak kedua baru disahkan hidap kanser.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya yang turut menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.
Bukan itu sahaja setiap bulan dia turun menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei dia sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
Sokongan suami & anak-anak
“Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana baby saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura yang tidak lekang dari mulutnya berzikir berulang kali kepada Allah.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Saya juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Maklumlah payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertanggung kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.
“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakt) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Sejuk Mata Memandang..
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu hijabi contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan.
Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada sister yang sedar cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk sis.
Siapa tidak kenal dengan isteri kepada pengarah Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah yang lantang menyuarakan isu kehadiran orang ketiga dalam rumahtangganya.
Baru-baru ini ketika menjadi tetamu jemputan bagi progrm MeleTOP, Sarah mendedahkan bahawa ‘kelantanganya’ itu bukan suka-suka dan mempunyai maksud tersendiri.
Sarah Bersyukur ‘Kelantangan Isu Rumah Tangga’ Bantu Orang Ramai Atasi Isu Sama
Menurut Sarah, dengan bersuara lantang mempertahankan rumah tangganya dari gangguan orang ketiga, dia bukan sahaja diberi kekuatan untuk menolong diri sendiri.
Malah, dalam masa sama membantu menyelamatkan rumah tangga orang lain yang dilanda masalah sama untuk terus bangkit dalam menghadapi masalah tersebut.
“Saya lantang sebab saya ada maksud. I rasa I ada kekuatan untuk bukan sahaja untuk tolong diri I, tetapi untuk tolong orang ramai dekat luar.
“So, bila I lantang makin ramai yang bangkit. Ramai yang memerlukan I untuk nasihat, untuk guide dan I rasa I happy untuk guide mereka-mereka ni yang tak tahu,” ujarnya.
Laporan Rumah Tangga Melibatkan Orang Ketiga Meningkat Kerana S
Jelas Sarah lagi, asbab dari sikap lantang yang dipaparkan itu demi menyelamatkan masjid yang dibina, kini laporan mengenai isu rumah tangga melibatkan orang ketiga, telah meningkat sebanyak tiga kali ganda.
“And you know what, I dengar cerita yang sekarang ni dah 3 kali ganda laporan kejadian orang ketiga,” katanya.
Sehubungan itu, Sarah memanjatkan rasa syukur dengan penuh kegembiraan apabila perkongsiannya berkenaan ‘orang ketiga’ itu dapat membantu ramai orang.
Tambahnya lagi, dirinya percaya sekiranya dia membantu untuk memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan mempermudahkan pula setiap urusanya.
“I am happy to do that. Bila tolong orang dengan memberitahu first step bukan susahpun. I rasa lega, pahala pun dapat.
“Bila kita mudahkan, Allah akan mudahkan kerja kita,” jelasnya.
Untuk rekod, pada 8 Mac 2014 Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Syamsul Yusof telah diijabkabulkan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara.
Hasil perkahwinan selama lapan tahun itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan, Syaikhul Islam Mohd Syamsul dan Sumayyah Mohd Syamsul.
Perhatian peminat drama kini tertumpu pada kehidupan isteri Faizal Hussein atau 'Walid', rupanya lepas tinggal dunia lakonan, Suhaila Sulaiman makin bahagia tanpa kontroversi.Bukan sekadar...