Sudah terlambat untuk temu janji penting bersama yang tersayang atau klien? Kini anda tidak perlu khuatir, team Hijabista berikan solusi untuk tampil seksi dalam masa lima minit.
Rambut tidak sempat digayakan? Usah risau. Cipta gaya rambut loose curl atau beach head untuk alunan rambut seksi. Apa yang boleh dibuat adalah dengan mengikat rambut gaya bun dan biarkan selama lima minit. Bawa penyembur rambut bersaiz mini di dalam tas tangan kemudian semburkan pada bun rambut. Selesai lima minit, lepaskan ikatan rambut dan biarkan digaya messy.
2. Paling penting kemana sahaja anda pergi, bawa sekali gincu bibir merah. Ini kerana gincu berona merah mampu membuat wajah bukan sahaja tampil bersiap dalam sekelip mata malah ia membuat anda yang bersolek minimal tampak memukau. Jika anda memiliki lingkaran gelap bawah mata yang ketara, oleskan concealer dan rapikan bersama bedak tabur. Dengan menyamarkan lingkaran gelap tersebut, ia mampu membuat anda tampil lebih bermaya dan berkeyakinan.
3. Define your eyes! Jika tiada masa untuk mempersiapkan diri dengan solekan penuh dan tebal, layangan maskara sudah memadai. Beri definisi kepada mata juga kening persis Cara Delevigne.
IKLAN
4. Bawa face mist kemana sahaja. Kulit yang tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi boleh membuat wajah kelihatan tidak bermaya malah kulit anda menjadi kering. Sebelum keluar bertemu teman, semburkan face mist pada muka. Pilih haruman mawar kerana ia bukan sahaja menyegar malah mengetatkan liang pori yang terbuka supaya kulit tidak terdedah kepada bakteria udara di sekeliling!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
IKLAN
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
IKLAN
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Kebanyakan wanita risau berat badan akan naik selepas makan secara berlebihan dan tidak mengambil kisah tentang kalori yang diambil setiap hari. Siapa yang mampu menolak pelbagai sajian menyelerakan sekiranya sudah dihidangkan di depan mata kan? Sebaiknya, kira kalori yang diambil setiap hari untuk mengelakkan berat naik.
Bercakap tentang berat badan, seorang gadis bernama Aja telah berkongsi rahsia bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12kg dalam masa 2 bulan menerusi akaun Twitternya.
Daripada 60kg, Aja telah berjaya memiliki berat badan idaman iaitu 48kg. Wow, memang hebat! Tidak semua mampu menurunkan berat badan sebanyak itu.
Aja tidak lokek untuk berkongsi tip yang diamalkannya. Diharapkan tip ini memberi manfaat kepada hijabi di luar sana yang masih mencari-cari cara yang sesuai untuk menurunkan berat badan. Semoga berjaya!
************************************
Foto: Twitter Ajaoemji @Ajafn_
Berjaya kurangkan hampir 12kg dalam 2 bulan. Gambar kiri berat aku 60kg. Sekarang berat aku 48kg. 10RT aku share tips.
Okay ready for tips? Hehe. Tapi sebelum aku bagitau, tips ni korang kena kuat iman la sikit haha. Ala bukan lama sangat. Ikut metabolisme badan korang. Kalau tinggi, lagi lah cepat bakar lemak-lemak comel yang terkumpul tu. Kalau rendah lek benda still boleh.
Aku punya metabolism pun rendah juga tapi alhamdulillah boleh.
1. Setiap pagi, minum air lemon panas. Potong dua slice masuk dalam air kacau-kacau, minum. Kalau nak lebih pergh letak serai then rebus. Sedap k, no worries. Kalau boleh jangan skip la. Sehari sekali cukup.
2. Minum air banyak-banyak supaya rasa kenyang sebelum makan k untuk lebih cepat. Sehari kena banyak minum air. Untuk setiap 25kg, mesti 1 liter air. Kiralah berapa liter korang punya. Lepas tu aku makan buah. Aku cuba untuk rasa full dari makan buah. Plus SEDAP pergh no worries.
Foto: Twitter Ajaoemji @Ajafn_
3. Kalau nak rasa full, makan avokado belah dua untuk breakfast. And sebelah lagi untuk lunch. Yang penting minum air k jangan lupa.
4. Sehari aku makan 3 kali. Pagi, lunch and sebelum masuk Maghrib, dalam jam 6 macam tu. Aku makan sayur. Selalunya aku makan sawi buat sup hahahaha. So takdelah guna minyak. Bawang besar, putih, ikan bilis. Siap! Kalau nak tumis pun boleh jugak (kalau nak lagi sedap la)
5. Ok part ni yang aku cakap kena kuat iman tu. Susah sikit. Secara jujurnya, selama 2 bulan proses aku ni, eh sebenarnya sebulan++ cuma yang 2 bulan ni result akhir la. SAY NO TO NASI. Aku tak makan nasi langsung. Mula-mula ja susah, lama-lama korang terbiasa.
6. Tapi kita kena ambil carbo juga. So kadang-kadang aku makan roti masa lunch. Tapi itu kadang-kadang la.
7. Guna satu mangkuk kecil yang sama setiap kali makan. Penuhkan dengan sayur dulu. Lepas tu boleh la cuit-cuit sikit lauk-lauk lain. Tapi yang bergoreng say no more. Ambil la ikan yang sup-sup tu. Ambil sepotong cukup dah.
Foto: Twitter Ajaoemji @Ajafn_
8. Setiap kali ada masa lapang, buat la exercise sikit-sikit. Ingat tau diet 80% exercise 20% saje. Tapi still kalau nak lagi cepat dush dush dush buat la push up ke squat ke fuh PLANK ya ampun. Buat semua dalam seminit-seminit. Tak payah banyak-banyak. Sikit-sikit cukup la. Suka hati.
9. Sebelum tidur, buat la leg raise. Pilihlah satu dua dari gambar ni. Kalau aku buat sit up 30 dengan sitting twist 50. Aku malas nak buat semua so aku pilih dua tapi buat lama sikit la, hehe. Tak sampai pun 3 minit la tak payahlah malas sangat. Tapi sebelum tu jangan lupa solat Isyak dulu, haha.
10. Okay last ni penting. Mintalah doa, doa supaya istiqomah. Kalau kita nak kurus, buat macam mana pun tapi kalau tanpa izinNya, tak dapat juga kan. Ni serious talk k. Hahahaha. Ok bai. Target la lepas raya ni, hahaha.
Awal-awal je susah. Lama-lama okay. Nanti korang bangga dengan diri korang sebab macam tak sangka boleh buat. Percayalah.
Banyakkan baca inspirational quotes kat Google and tengok video-video transformation orang kat YouTube. Kalau korang jeles, semangat naik wo. Beli baju idaman, target muat baju tu. Done. Tak payahlah makan ubat macam-macam.
Setakat 2 bulan apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan keinginan korang yang bertahun-tahun tu. Ni antara quotes yang menguasai aku.
Memang banyak khasiatnya minum air kosong. Malah ia adalah cara diet mudah dan bagus untuk elak pelbagai jenis penyakit. Namun begitu, sebenarnya minum air masak ini juga ada caranya kerana silap minum perut boleh jadi buncit.
Oleh sebab itu orang tua selalu pesan jangan minum selepas makan, tunggu beberapa minit barulah boleh minum.
Nah, ini dia, empat cara minum air kosong yang patut kita amalkan. Jika diamalkan secara konsisten, insya-Allah kesihatan akan bertambah baik.
Paling seronok, amalan minum air pada waktu yang tepat akan membuatkan kita tampak awet muda.
Bangun Tidur
Sebaik sahaja bangun dari tidur, minum air suam 2 gelas. Minum secara perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah. Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman. Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu membersihkan tubuh kita secara semula jadi. Dalam air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan.
Elok minum air suam 2 gelas sebaik bangun tidur.
30 Minit Sebelum Makan
Amalkan minum air suam atau air putih 1 gelas 30 minit sebelum makan. Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
Amalkan minum 30 minit sebelum makan.
Sebelum Mandi
Anda disarankan minum air 1 gelas sebelum mandi. Ia akan membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.
Amalkan juga pengambilannya sebelum mandi.
Sebelum Tidur
Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum air putih 1 gelas. Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung.
Juga sebelum tidur kerana baik untuk kesihatan jantung.
Apabila berbicara sahaja tentang solekan, pastinya ia menjadi salah satu rutin wajib bagi kaum wanita. Malah, hari ini ramai juga kaum lelaki yang turut menjadikan solekan sebagai sebuah alternatif untuk tampil lebih berseri dari biasa.
Pun begitu, bersolek tidaklah semudah yang disangkakan. Kaedah sebelum bersolek juga penting untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah. Sebelum menggunakan alatan solekan, pastikan anda melakukan persediaan buat kulit agar impak solekannya nanti turut menawan dan cantik bak model pentas peragaan. Team Hijabista kongsikan cara persediaan buat kulit sebelum bersolek.
1. Pertama sekali, cuci kulit wajah dari sebarang kotoran dan habuk dengan menggunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit wajah.
2. Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.
3. Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.
4. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titip pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.
5. Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Bagaimanapun, kini sudah hampir lapan tahun kita tidak melihat Eja menghiasi kaca televisyen, hingga timbulnya dakwaan bahawa dia merajuk dan pelbagai spekulasi lain.