Dalam zaman millenium kini yang lebih mengutamakan media sosial untuk mendapat berita atau cerita lebih pantas. Malah ada di kalangan hijabi yang turut memperoleh pendapatan daripada media sosial dengan bergelar selebriti di media sosial. Ada juga menggelar mereka instafamous atau influencer yang mana mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial. Kehidupan mereka tak ubah seperti selebriti popular dan penampilan mereka jika hadir majlis tertentu juga tidak kurang hebatnya. Namun sebenanrnya kehidupan segelintir mereka yang digelar instafamous ini tidak seindah disangka.

Penjelasan gadis ini yang berkongsi kisah sebenar temannya yang merupakan seorang instafamous memberi gambaran realitinya sisi kehidupan mereka yang dipanggi selebriti media sosial ini.

Menurut Hawa Wong kawannya yang merupakan seorang instafamous popular ini mengalami tanda-tanda depersi yang agak teruk seperti tidak boleh tidur malam dan cepat marah

Tazkirah Jumaat.

Semalam ada kawan lama telefon ajak jumpa. Hal penting katanya. Biasa kalau kawan lama nak jumpa ini ada dua kategori je, pinjam duit atau ajak join mlm. Hawa pesan awal-awal, kalau sebab dua benda ni Hawa taknak. Dia jawab, tak. Dia depresi katanya. 

Jadinya terpaksa Hawa kerja separuh hari demi nak melayan si dia ni. Cerita ini sangat serius bagi Hawa. Kawan Hawa ni merupakan salah seorang yang popular di socmed. Dia popular di laman instagram dan twitter dek kerana mempunyai wajah yang cantik dan perwatakan menarik. 

Dia kata dia mengalami tanda-tanda depresi yang agak teruk. Tidak boleh tidur malam. Cepat marah. Sedih tiba-tiba. Tidak fokus dalam melakukan sesuatu. 

Malah kawannya itu juga sebenarnya cukup tertekan menjadi orang yang popular. Mereka ini mehidap sejenis penyakit dipanggil narsis kerana perlu berselfie dan muat turun foto setiap hari.

Bila menjadi orang yang popular, kehidupannya menjadi tidak menentu. Dia menghidap penyakit narsis yang perlu selfie setiap hari untuk muat naik gambarnya dia socmed. 

Dia harus pastikan setiap gambarnya sempurna kerana dia perlu meraih like yang banyak. Sampaikan gajinya habis dek kerana sentiasa beli baju baru, kasut baru dan beg tangan baru. Nasibnya agak baik kerana dia ada mata pencarian tambahan dengan “paid review” di laman instagram. 

Tapi lama kelamaan dia merasakan ini bukan dirinya lagi. Dia perlu berlakon menjadi orang lain. Dia perlu bersaing dengan insta famous yang lain walaupun mereka yang popular di laman instagram ini berkawan antara satu sama lain. 

IKLAN

Juga mempunyai sikap tidak boleh lebih dari orang lain.jika temannya itu membeli beg baru, dia juga perlu memilikiinya. Begitu juga dengan alat solek atau barangan lain. Barangan yang dipakai juga perlu ada jenama untuk dilihat berada dalam kelas tersendri.

Bila ada kawannya beli bag tangan baru, dia juga perlu beli yang baru. Bila ada kawannya yang beli baju baru, dia juga perlu beli baju baru. Bila ada kawannya beli alat solek baru, dia juga perlu beli yang baru. Bila ada kawannya beli kasut baru, dia juga perlu kasut baru. 

Barangan yang mereka beli dan pakai haruslah barang yang berjenama. Baru ada class katanya. Dia juga jenuh google quote menarik setiap hari agar sesuai dengan gambar yang dia muat naik pada laman instagramnya. 

Selepas muat naik gambar atau update twitter, dia akan cek siapa yang like gambarnya dan retweet tweet dia. Walaupun beribu yang like dia sanggup cek satu persatu. Sanggup baca komen-komen pengikutnya. Sesiapa yang beri komen negatif dia akan block pengikutnya. 

Bila ada kawan-kawan tak like gambar dia, dia akan mula mempersoalkan perkara itu pada dirinya sendiri. Kenapa ek dia tak like gambar aku? Kenapa ek dia tak komen gambar aku? Dia cemburu lah tu. 

Sanggup ketepikan keluarga demi semata-mata untuk menunjukkan kepada pengikutnya gaya hidup mewah sebenar. Malah temannya itu sanggup membuat pinjaman di bank semata-mata untuk menaiki penerbangan kelas perniagaan ke luar negara.

Hari hujung minggu yang sepatutnya dia penuhkan dengan keluarga, dia batalkan dan akan pergi ke kafe atau restoran mewah. Sebelum makan, ambil gambar dulu dan muat naik pada socmed. Setiap kali ada cuti panjang dia akan pergi bercuti ke luar negara walaupun jarak dekat semata-mata untuk muat naik gambar dalam kapal terbang. Pernah satu ketika dia buat loan bank hanya semata-mata mahu menaiki penerbangan kelas perniagaan ke luar negara. 

Apabila melihat ada kawan lain yang muat naik gambar dengan baju/bag/kasut atau kereta baru dia akan mula rasa tertekan dan rasa tercabar. Dia mahu menjadi lebih dari mereka. Kalau dia tak mampu untuk menandingi kawannya, dia akan terpuruk di dalam bilik mengira baki wang yang ada dan akan usaha sedaya upaya untuk ada apa yang kawannya ada. 

IKLAN

Wang simpanan juga telah habis dipakai dan hanya mengharapkan gaji bulanan dan imbuhan dari produk review yang dibuat. Sampai satu masa mengambil keputusan untuk bunuh diri kerana gagal melunaskan pinjaman di bank.

Bila pulang ke rumah selepas bekerja, masa dia hanya pada socmed sahaja. Dia tidak lagi mempedulikan ahli keluarganya yang lain. Tidurnya tidak pernah cukup kerana socmed. Begitulah hidup dia sehari-hari.

Sekarang, wang simpanan telah habis dipakai. Hanya mengharapkan gaji bulanan dan imbuhan dari paid review yang dia lakukan. Malangnya, pendapatan tersebut tidak mencukupi untuk membayar hutang-hutang dia pada bank. 

Sampai satu ketika dia merasa diri dia tidak berguna lagi kerana menjadi hamba socmed. Pernah terniat untuk bunuh diri supaya dia tidak lagi perlu berlawan dengan insta popular yang lain. 

via GIPHY

Ada juga kawannya yang mengalami masalah yang sama. Sehinggakan sanggup menjual maruah demi wang asalkan dapat tunjuk di socmed yang kehidupan mereka begitu mewah dan bahagia. Dia juga hampir-hampir melakukan perkara yang sama tapi mujur imannya masih ada. 

IKLAN

Hawa menyarankan rakannya itu supaya berjumpa doktor bagi mengelak penyakit ini terus melarat. Dia hanya mendengar sahaja dan tidak boleh membuat apa-apa. Malah Hawa turut mengingatkan rakannya itu supaya mensyukuri nikmat Tuhan.

Selepas tekun mendengar segala cerita dia, Hawa sarankan dia jumpa doktor supaya tidak melarat. Hawa hanya mampu mendengar sahaja. Hawa tak boleh buat apa-apa. 

Hawa sempat berkata, mungkin kau kurang mensyukuri nikmat Tuhan. Betapa ramai manusia yang hidupnya susah. Kais pagi, pagi pun tak mampu dapatkan makanan. Cuma Hawa tidak mahu berlebih-lebih dalam menasihati dia kerana Hawa faham depresi itu tiada wajah. Boleh jadi dia gembira di pagi hari tapi di malam hari dia menangis hingga keesokkan paginya.

Kesimpulannya, kurangkanlah masa dengan socmed. Jadi manusia yang bijak dalam mengatur masa. Hawa hanya buka socmed sekali sehari atau Hawa peruntukkan satu jam sehari tapi boleh buka socmed banyak kali. 

Kehidupan sebenar tanpa socmed itu lebih indah. Tanya pada diri sendiri apa yang kita mahu sampaikan pada socmed masing-masing. Mahu berkongsi kehidupan sendiri atau sebenarnya mahu menunjuk-nunjuk kehidupan sendiri? Mahu membaca berita, menjadi penyampai berita atau mereka-reka berita? Mahu bersilaturrahim atau mencipta musuh? Mahu berkongsi ilmu atau menunjuk ilmu? Mahu mengejar populariti atau mahu bersederhana? Mahu menjadi pemarah atau pemurah? 

Semuanya berbalik pada diri sendiri. Tidak salah mahu berkongsi. Tidak salah mahu belajar. Tidak salah mahu mengajar. Tidak salah mahu menyampaikan. Yang salah bila kau menjadi hamba pada socmed hingga kau lupa tanggungjawab kau sebagai manusia.

Mohon maaf, tiada niat untuk menyinggung sesiapa. Sekadar berkongsi kisah yang harus kita ambil teladan dan pelajaran darinya.

Bagi admin, mungkin ada segelintir yang bersikap demikian, tetap ada juga yang bijak dalam mengendalikan kerjaya sebagai selebriti media sosial. Jika tahu mengatasi segala masalah yang berlaku, tidak mustahil kerjaya ini mampu memberi pendapatan sangat lumayan. Apatah lagi pada zaman sekarang, jual produk dengan hanya di laman sosial sahaja boleh meberi keuntungan berlipat ganda.

Walau apa cara sekalipun kita bekerja, apa yang penting sentiasa mengingati Tuhan kerana setiap reseki yangkita dapat ini adalah semuanya daripada Tuhan. Jangan sesekali melupakan-Nya kerana jika Dia berkehendak sekelip mata kesenagan itu boleh ditarik balik.

SUMBER FOTO: INSTAGRAM (GAMBAR TOP SEKADAR HIASAN)