Menjadi bintang korea ataupun salah seorang Idol merupakan antara peluang keemasan bagi peminat k-pop yang semestinya tidak akan dilepaskan. Tambahan pula apabila ianya merupakan antara peluang yang julungkali ditawarkan.

Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan hijabi seorang ini yang juga merupakan antara pempengaruh (Influencer) terkemuka di Malaysia yang nekad menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah drama Korea terbitan Netflix kerana diminta melakukan suatu perkara yang keterlaluan dan tidak masuk akal!

Permintaan ‘Kontroversi’ & Melampau Pengarah, Punca Sabrina Nekad Tolak Tawaran!

@jpbrinxnot bout that needle life no tq♬ original sound – Coulda Been Records

Hijabi yang dikenali dengan panggilan Sabrina Azhar ini merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dari Korea Selatan. Sekaligus, membuatkan dirinya tidak kekok dengan budaya dan norma sosial negara yang telah banyak melahirkan bintang K-pop dan juga Hallyu itu.

Namun, Sabrina akui dirinya sangat terkejut dengan permintaan serta syarat tawaran untuk memegang watak di dalam drama arahan pengarah Korea tersebut di Netflix. Sabrina telah diminta untuk melakukan pembedahan plastik terlebih dahulu sebelum dia dapat menjayakan watak di dalam drama berkenaan.

Berbekalkan ijazah dalam bidang bukan asing lagi dengan budaya dan norma sosial negara tersebut. Namun, permintaan untuk melakukan pembedahan plastik oleh pengarah drama tersebut adalah sesuatu diluar jangkaan.

IKLAN

Artikel berkaitan: ‘Igari Make-Up’ Kini Trending Di TikTok! Jadi Kegilaan Wanita Asia Jepun Dan Korea

“Saya amat terkejut apabila diminta melakukan pembedahan plastik di bawah mata, sebelum dapat berlakon dalam drama yang akan ditayangkan di laman penstriman popular di Korea​​ iaitu Netflix.

“Sebagai seorang muslimah, saya telah menolak permintaan tersebut dan mengambil keputusan tegas untuk tidak menerima tawaran berkenaan kerana saya percaya bahwa pembedahan plastik merupakan sesuatu yang bertengangan dan amat ditegah menurut agama Islam,” katanya.

Perkara berkenaan dimaklumkan Sabrina sendiri menerusi satu hantaran di laman Tik Tok miliknya baru-baru ini, sekaligus menjadi sorotan warganet. Hijabista mendapati ketika artikel ini ditulis video berkenaan telah ditonton sebanyak 961.6 ribu tontonan dengan 138.3 ribu tanda suka.

IKLAN

Netizen Puji Tindakan Sabrina! Akui Sabrina Sememangnya Cantik Semulajadi!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sabrina Azhar (@jpbrinx)

Meninjau ke ruangan komen Hijabista mendapati, keputusan yang dilakukan oleh Sabrina adalah amat tepat apabila rata-rata wargamaya serta para pengikutnya memuji dan menyokong keputusan Sabrina itu.

Malah, ramai diantaranya yang merasakan Sabrina tidak perlu melakukan sebarang pembedahan untuk merubah wajahnya kerana dia sememanya mempunyai genetik cantik secara semulajadi. Terdapat juga yang mengutarakan pandangan bahawa sebarang kekurangan boleh sahaja diperbaiki hanya menggunakan solekan.

Sekadar Info, dunia hiburan Korea Selatan, amat mementingkan standard kecantikan yang sangat ketat. Sesiapa sahaj yang mahu memasuki industri ini harus memenuhi tuntutan untuk memiliki penampilan yang sempurna.

IKLAN

Berikutan tuntutan ini, ia telah mendorong bintang serta artis Korea untuk melakukan pembedahan plastik demi memenuhi standard tersebut.

Sumber: Instagram jpbrinx & Tik Tok jpbrinx

Artikel berkaitan: Melampau! Golongan ‘Islamophobia’, Bakar Dan Gantung Kepala Babi, Rencatkan Pembinaan Masjid Di Korea Selatan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI