Setiap kali selepas solat, pasti anda akan berdoa memohon sesuatu kepada Allah Taala. Jika doa anda masih tidak dimakbulkan, teruskan sahaja berdoa kerana Allah itu Maha Mendengar. Mungkin satu hari nanti doa anda akan dimakbulkan, siapa tahu kan?
Tetapi, mungkin juga anda perlu ubah cara doa agar dimakbulkan Allah. Kadangkala, cara berdoa yang salah membuatkan doa kita tidak didengari Allah. Perihal tukar cara berdoa ini telah dikongsi oleh Norizyana Ishak di laman Facebooknya.
Menurutnya, siapa yang betul-betul amalkan cara ini, insyaAllah boleh mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Terdapat 6 formula yang perlu anda tahu. Jom baca perkongsiannya di bawah.
Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Inshaa Allah..
#FORMULA 1
Sebelum ini kita selalu berdoa, “Ya Allah berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku.”
#FORMULA 2
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, “Ya Allah BERILAH aku…”. Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
“Ya Allah KURNIAKANLAH aku…”
IKLAN
Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.
#FORMULA 3
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, “Semoga DIMURAHKAN rezeki”. Selepas ini, latihkan baca doa begini:
“Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
#FORMULA 4
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:
IKLAN
“Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.”
Amin Ya Mujib.
IKLAN
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.
#FORMULA 5
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:
“Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah..”
#FORMULA 6
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
“Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah..”
Masihkah Hijabi ingat dengan figura yang satu ini? Pemilik nama Raja Farah Raja Aziz atau lebih mesra disapa sebagai Raja Farah. Malah, nama ini bukanlah nama asing dalam industri seni tanah air apabila penglibatanya sekitar awal tahun 2000 membuahkan hasil.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Raja Farah sudah membintangi banyak drama dan filem. Ini termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal, Sal dan Aku Masih Dara.
Namun, seiring meningkat usia, selebriti wanita ini telah berubah kearah yang lebih baik selepas mendirikan rumah tangga. Raja Farah kini terlihat lebih manis sejak berhijab dan memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya.
Ibu Tiga ‘Cahaya Mata’ Ini Begitu Manis Berhijab!
Hijabista tumpang bahagia tengok kehidupan Raja Farah sekarang. Meski tidak dinafikan, lama tak nampak kelibat aktres ini di kaca televisyen mahupun majlis-majlis hiburan tanah air.
Malah, sejak mendirikan rumah tangga, dia yang pernah popular dalam filem Haq ini seakan sepi daripada karier seni dan lakonan hingga namanya kian lenyap.
Lebih-lebih lagi apabila sudah bertukar status dan galas tugas ibu dan menjadi insan lebih baik serta menikmati bahagia di samping keluarga. Kini tumpuan Raja Farah pastinya kepada anak-anak tersayang dan suami tercinta.
Untuk rekod, Raja Farah dilahirkan pada 5 Julai 1988 dan kini berusia 35 tahun. Dia mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini lebih bermakna dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
Tiga anak Raja Farah dan Iskandar Ismail ialah Imran, Ilham yang berusia empat tahun dan anak bongsu juga puteri kesayangan, Intan yang genap berusia setahun pada 17 Jun lepas.
Raja Farah mula dikenali sebagai model iklan komersial TV menerusi iklan Beras Floral. Selain berlakon, dia juga berbakat sebagai pengacara TV dan pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.
Moga segala urusan Raja Farah dan rumah tangga bersama suami kekal bahagia hingga ke syurga.
Mencapai kulit yang cantik berseri adalah tentang menjaga kulit anda dengan baik. Tetapi itu tidak bermakna anda perlu mengunjungi salon kecantikan dan berbelanja banyak untuk rawatan yang mahal atau melabur dalam produk yang mahal.
Mencuba bahan semula jadi yang mudah seperti kulit oren, daun pudina dan minyak pati lemon secara semula jadi boleh menyembuhkan banyak masalah kulit anda. Sarat dengan vitamin C yang mencukupi, toner kulit oren boleh membantu anda menghilangkan masalah kulit seperti mengecilkan pori-pori besar, menghilangkan jerawat dan jeragat atau menghilangkan bintik hitam. Jom cuba resipi ringkas toner Vitamin C buatan sendiri yang dibuat dengan kulit oren untuk memerangi semua masalah kulit anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Didihkan secawan air selama 2 minit dan padamkan api. Masukkan kulit oren dan daun pudina ke dalam air dan tutupnya.
Biarkan air mengambil semua kebaikan kulit oren dan daun pudina selama 2 jam.
Selepas 2 jam, tapis air, keluarkan kulit oren dan daun pudina, tambah beberapa titis minyak pati lemon dan kacau.
Tuangkan air ke dalam botol semburan tutup rapat. Goncang sebati sebelum anda menggunakan toner ini. Anda boleh menyimpan toner vitamin c kulit oren selama 2 minggu di dalam peti sejuk.
Anda boleh menyemburnya 2 -3 kali sepanjang hari selepas membersihkan muka. Boleh juga simpan toner di dalam peti sejuk, jadi apabila anda menyemburkannya pada muka, kulit terasa segar serta-merta.
Faedah kulit oren untuk kulit
Mengawal Minyak Berlebihan
Sarat dengan antioksidan dan vitamin C yang mencukupi, kulit oren terkenal dengan sifat menyerap minyak yang berlebihan. Kulit oren berkesan menyerap minyak berlebihan, menanggalkan kotoran, sel-sel mati dan gris dari kulit memberikan anda rupa bebas minyak yang jelas.
Mengecilkan Pori Besar
Kulit oren membersihkan kulit secara mendalam, membantu membersihkan pori-pori tersumbat dan mengecilkan pori-pori besar. Ia menghilangkan sel-sel mati dari permukaan dan mendedahkan lapisan segar di bawahnya yang menjadikan kulit anda bersinar. Kesan toning kulit menjadikan kulit sekata dan licin.
Menegangkan Kulit
Memandangkan kulit oren membersihkan minyak yang berlebihan, menghilangkan kotoran dari kulit dan mengecilkan pori-pori besar, justeru ia menjadikan kulit anda kelihatan lebih tegang.
Merawat Jerawat
Ciri-ciri anti-bakteria dan anti-mikrob pada kulit oren berkesan dalam mengurangkan jeragat dan jerawat. Ia membantu membuang sel kulit mati dan ia menghalang bintik hitam dan bintik putih.
Mencerahan Kulit
Memandangkan kulit mempunyai lebih banyak Vitamin C daripada oren itu sendiri, toner akan memberikan anda kulit yang jelas dan cerah dalam masa yang singkat. Ia menjadikan kulit anda sihat dan berseri dengan penggunaan biasa.
Membersihkan Jeragat dan bintik-bintik gelap
Kulit oren juga berfungsi sebagai agen pencerah kulit dan boleh melakukan keajaiban pada bintik-bintik gelap, tanda jerawat pada muka dan pigmentasi. Ciri-ciri astringen dan antioksidan pada kulit itu memastikan kulit anda bersih dan sempurna.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penghijrahan selebriti jelita, Diana Amir memang benar-benar memberi inspirasi kepada semua. Kini tampil berniqab, niat ibu kepada tiga orang cahaya mata ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mendapatkan keredaan Allah sahaja.
Mengambil keputusan berhijab membuatkan Diana memahami bahawa kematian sangat hampir dengan dirinya, apatah lagi mengenakan niqab adalah satu perkara yang tidak terlintas di kotak fikiran selama ini.
Selamat Tinggal Dunia Seni
Menurut Diana, dia tidak berniat untuk membuat penampilan di kaca TV, malah nekad ucapkan selamat tinggal dunia seni. Jelasnya dia mahu lebih fokus dengan dirinya sahaja.
“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.
“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah. Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja.
“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah,” ujar pelakon Strawberi Cinta itu.
Kematian Semakin Hampir, Punca Diana Nekad Abaikan Kemewahan Dunia!
Mati itu pasti, saat itu yang menjadi rahsia agar kita sentiasa bersedia menghadap Ilahi. Menginsafi bahawa masa muda akan meninggalkan kita, selebriti ini akui kita juga akan dijemput bila-bila masa sahaja.
“Agaknya sebelum ini saya fikir hidup lama lagi. Saya fikir kematian itu lama lagi. Saya muda lagi. Yang penting saya buat baik. Namun sebenarnya mati itu yang paling dekat dengan kita.
“Bila saya faham hakikat yang kita ini akan mati juga satu hari nanti dan betapa sayangnya Rasulullah SAW pada kita semua, sebab itulah hati saya yang rasa amat memberontak dahulu boleh berubah sekelip mata.
“Saya terus rasa nak pakai tudung, tak nak buka lagi. Saya terus nak baiki diri,” tegasnya.
Istiqamah Jadi Lebih Mudah, Jika Fahami Konsep ‘Hikmah’
Ditanya mengenai perjalanan untuk istiqamah, Diana menjelaskan bahawa kita haruslah mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar segalanya terasa dipermudahkan olehNya.
“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dia. Kalau niat dia kerana Allah, insyaAllah pastinya kita berjalan kepada Allah, Allah akan ‘berlari’ nak membantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah SWT.
“Jadi, saya rasa kita sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini haruslah bersangka baik dengan Allah. Jadi apa saja yang kita buat, kita kena cari apa kebaikan di sebaliknya.
“Kalau kita dapat yang buruk-buruk, kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabarannya. Tapi kalau kita nak istiqamah, cari apa hikmahnya yang kita akan dapat. Itu akan mudahkannya. InsyaAllah,” kata Diana.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.