Penghijrahan selebriti jelita, Diana Amir memang benar-benar memberi inspirasi kepada semua. Kini tampil berniqab, niat ibu kepada tiga orang cahaya mata ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mendapatkan keredaan Allah sahaja.
Berpeluang menemu bual beliau sewaktu sesi rakaman bersama Hijabista, Diana sempat menjawab beberapa persoalan mengenai imejnya yang terkini.
“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ads
“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah. Itu sahaja sebenarnya,” ujar pelakon Strawberi Cinta ini.
Ditanya mengenai perjalanan untuk istiqamah, Diana menjelaskan bahawa kita haruslah mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar segalanya terasa dipermudahkan olehNya.
“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dia. Kalau niat dia kerana Allah, insyaAllah pastinya kita berjalan kepada Allah, Allah akan ‘berlari’ nak membantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah SWT.
Ads
“Jadi, saya rasa kita sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini haruslah bersangka baik dengan Allah. Jadi apa saja yang kita buat, kita kena cari apa kebaikan di sebaliknya.
“Kalau kita dapat yang buruk-buruk, kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabarannya. Tapi kalau kita nak istiqamah, cari apa hikmahnya yang kita akan dapat. Itu akan mudahkannya. InsyaAllah,” kata Diana.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sering terdengar apa itu pH wajah? dalam perawatan kulit, merujuk kepada tahap keasidan kulit anda. Skala pH berkisar dari 0 hingga 14, dan 7 dianggap neutral. Tingkat pH rata-rata kulit dikatakan 5. Kadar pH neutral bererti kulit itu sihat dan jika terlalu tinggi atau terlalu rendah bererti masalah bagi kesihatan kulit.
Mungkin anda sering mendengar cadangan untuk menjaga agar pH kulit wajah tetap seimbang. Nyatanya, kulit wajah memiliki kadar pH yang harus dijaga keseimbangannya agar tidak timbul pelbagai masalah kulit, seperti jerawat, kedutan di sekitar mata, kulit sensitif dan peradangan kulit. Jom, ketahui lebih lanjut tentang pH kulit wajah wanita dan cara menjaga keseimbangannya.
Potential hydrogen atau pH adalah ukuran yang digunakan untuk menunjukkan tingkat keasidan atau kealkalian kulit. Nilai pH diukur mulai dari 1-14. Angka 1-6 menunjukkan bahawa pH tergolong asid, pH neutral berada di angka 7, manakala angka 8-14 menunjukkan kadar pH tergolong sebagai basa.
Acid mantle adalah lapisan pelindung alami pada permukaan kulit yang terhasil dari minyak dan keringat. Acid mantle bekerja paling baik pada kadar pH normal iaitu di angka 5.5. Namun, untuk wanita dewasa, kondisi terbaik pH cenderung ke golongan asid, iaitu di kadar 4.2-5.6.
Acid mantle ini disimpan dari kelenjar minyak dan berperanan sebagai pelindung terhadap bakteria, virus, pencemaran, iritasi dan perkara-perkara lain yang boleh menembus kulit. Selain itu, acid mantle juga bermanfaat sebagai anti oksidan semulajadi, melindungi lapisan dalam kulit dari oksidasi, menyeimbangkan tingkat kelembapan, mencegah perkembangan bakteria dan menjaga keanjalan kulit.
Kadar pH kulit harus dijaga seimbang agar lapisan pelindung atau acid mantle dapat bekerja dengan optima, sehingga kulit tampak sihat, segar dan bercahaya. Namun, jika kadar pH terlalu basa, maka kulit boleh menjadi terlalu kering dan sensitif. Sedangkan jika kadar pH terlalu asid iaitu di bawah angka 4, maka boleh menyebabkan kulit meradang, timbul banyak jerawat, dan terasa perih saat disentuh.
Sebelum mengetahui cara menjaga keseimbangan pH kulit, anda perlu tahu perkara-perkara yang menyebabkan kadar pH jadi tidak seimbang:
Sebahagian sabun pembersih wajah mengandungi detejen alkali yang dapat meningkatkan kadar keasidan kulit. Apalagi jika anda sering menggunakan pembersih wajah yang kandungan alkali tinggi atau menggunakan sabun mandi untuk membersihkan wajah, maka keseimbangaan pH kulit anda boleh terganggu.
Proses penuaan juga turut mempengaruhi kepada tingkat keasidan kulit.
Jangan sembarangan melakukan perawatan pada wajah. Alih-alih mendapatkan kulit yang cantik, anda malah boleh mengacaukan tingkat keasidan kulit jika salah merawat wajah. Misalnya, mengaplikasikan masker yang dibuat dari lemon. Lemon memang dikenali akan manfaatnya untuk mencerahkan kulit. Namun nyatanya, tingkat keasidan lemon yang terlalu tinggi membuat pH kulit jadi tidak seimbang dan melemahkan pelindung kulit semulajadi. Begitu juga anda yang menggunakan serbuk penaik (baking soda) untuk eksfoliasi kulit. Serbuk penaik (baking soda) memiliki kadar pH yang jauh lebih tinggi daripada pH kulit yang normal. Jadi, ganti serbuk penaik (baking soda) dengan scrub gula untuk mengelupaskan kulit.
Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjaga pH kulit tetap seimbang, iaitu:
Jika kulit anda terasa kering dan sensitif, boleh jadi pertanda bahawa kadar pH anda sangat tinggi. Untuk menyeimbangkannya, gunakan produk pembersih wajah dengan pH neutral atau rendah. Pilih produk yang berbahan dasar minyak atau gel, dan hindari menggunakan sabun dengan pH yang tinggi.
Beraktiviti di luar setiap hari, membuat anda harus berhadapan dengan sinar matahari, pencemaran, udara, dan debu yang boleh membuat kulit menjadi kusam dan sensitif. Jadi, untuk melindungi kulit wajah dari perkara-perkara buruk dan radikal bebas, anda boleh memakan makanan antioksidan yang dapat membantu meminimakan kerosakan kulit. Jangan lupa juga untuk selalu gunakan tabir suria ketika ingin beraktiviti di luar.
Untuk produk perawatan wajah harian, seperti sabun pembersih wajah, toner, losyen dan lain-lain, pilihlah produk yang berbahan ringan, lembut, mengandung anti oksidan, dan tabir suria. Hindari sabun atau toner yang keras, mengandung pewangi, dan bahan-bahan alami yang terlalu asid atau basa.
Kajian di uji berdasarkan produk pilihan yang telah disiarkan di blog kecantikan insommia, Azahra Kamilia. Menggunakan pH strip untuk menguji pencuci muka yang terdapat di drugstore.
Hijabi ini juga mendapati ujian dengan menggunakan air biasa dengan air AQUA mempunyai perbezaan ketara
“Saya mengujinya dengan menggunakan air AQUA. Iya, air jenama AQUA. Saat saya mencuba menguji air paip rumah, pH-nya ternyata antara 5-6. Sementara air Aqua itu antara 6-7. Kerana lebih mendekati pH neutral, saya memakai AQUA untuk menguji 9 jenis sabun cuci muka dari drugstore.”
Caranya mudah sahaja, pertama campur air dengan cairan sabun cuci muka. Gaul rata dengan menggunakan sudu. Selepas itu celupkan pH strip selama beberapa saat hingga warnanya berubah.
Setelah itu, goyangkan pH strip sampai semua cairan yang melekat turun semua. Segera bandingkan dengan contoh list pH yang ada di tabung, kerana jika dibiarkan terlalu lama, pH strip akan mengering dan akan lebih sukar untuk mengenalpasti pH dari sabun pencuci muka.
Jika dilihat di senarai sabun pencuci muka jenama Korea yang pernah saya, julat pH di angka 9, data dari tahun 2016. Ada kemungkinan bahawa kandungan dari sabun cuci muka ini berubah-rubah, Jadi mungkinkah ini yang membuat pH sabun cuci muka Innisfree jadi cukup ideal?
Saya pakai Hadalabo setelah jenama ini dicadangkan dari beauty blogger. Mereka pernah mengujinya di tahun 2015, julat pH adalah 5.5. Bahkan setelah tahun 2017, pH ada di julat 5-6, perubahan yang tidak ketara.
Jika anda lihat tututan pada produknya, Mineral Botanica mengatakan bahawa produk mereka pH seimbang. Setelah diuji, pH sabun cuci muka ini ada di julat 6-7.
sebetulnya lebih sesuai untuk yang kulit kering kerana pencuci ini sebenarnya menjadikan kulit menjadi tikar. Tapi ada di julat 5-6, maka sesuai juga dengan pH kulit wajah!
Keputusan di atas sebenarnya tidak boleh menjadi penanda aras jenama sabun pencuci muka A atau B itu lebih unggul dari yang lain. Hanya boleh jadi salah satu panduan ketika anda mencari pencuci muka yang sesuai. Sebaiknya cari yang pH masih di bawah basa dan sesuai dengan keperluan jenis kulit!
Sebelum ini pernah viral apabila hubungan baik antara YB Nurul Izzah dengan Founder Duck Group, Datin Vivy Yusof disalah ertikan apabila terbabit dalam satu kempen ‘IAMHOMEGROWN’ untuk KLFW17 dianjurkan syarikat berkenaan. Namun bagi Vivy Yusof, hubungan beliau tiada kaitan dengan politik kerana memang sudah lama mengenali Nurul Izzah dan keluarganya.
Sebagai seorang ahli perniagaan, Vivy cuba bersikap natural dan tidak memihak pada mana-mana pihak. Siapa sekali kerajaan yang memimpin sekarang, Vivy akan tetap menyokong.
Beliau juga sebenarnya mempunyai hubungan baik bukan sahaja dengan YB Nurul Izzah sekeluarga, malahan anak orang ternama di luar sana.
Viral tentang gaya tudung YB Nurul Izzah yang terkenal dengan gaya tudung bawal, Hijabista sempat menanya sendiri “sekiranya beliau diberi peluang mengeluarkan tudung untuk Pakatan Harapan, adakah beliau akan menolak tawaran ini dan berapakah harga yang patut dijual pada umum?”
Pernah menerima tawaran sebegini dari satu pihak lain, berbalik pada prinsip Vivy sebagai usahawan wanita yang berjaya tidak melibatkan perniagaannya dengan isu politik.
Walaupun beliau juga turut mempunyai hubungan baik dalam perniagaan sehingga peringkat antarabangsa, tetapi tidak akan mengambil kesempatan untuk mempromosi dan membabitkan perniagaan dengan isu semasa.
Umum mengetahui Duckscarves baru sahaja melancarkan tudung Limited Edition koleksi raya ‘The Doily Duck’, minggu lalu. Malah sejak dilancarkan, telah berjaya menjual sebanyak 10 ribu helai tudung edisi terhad ini dalam masa 3 jam di laman sesawang rasmi. Dan kini Edisi Terhad ‘The Doily Duck’ ini boleh didapati di butik fizikal di Suria KLCC dan Pavillion.
Inspirasi kenangan Vivy Yusuf bersama Tok Ma semasa bulan Ramadan dibawa berkongsi bersama melalui rekaan tudung yang bercorak doily paper dan hadir dengan 8 rona warna menarik yang dijual pada harga RM300 sehelai.
Beliau menyatakan amat berbangga menjadi anak Malaysia. Oleh sebab itu beliau cuba membawa kesinambungan dengan mengetengah gambaran KLCC, kueh traditional pada rekaan tudung Duckscarves terdahulu bagi mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Malah sumbangan beliau pada industri fesyen juga adalah bagi memartabatkan Malaysia Vivy Yusof di mata luar. Wanita yang sedang mengandung anak ketiganya ini juga pernah di nobatkan sebagai ‘Young Entreprenuers Award’ sebagai pengasas Fashionvalet.
Isu ini bukan berlaku pada jenama Duck sahaja, malahan isu ini dianggap Worldwide Issue. Sedangkan jenama besar seperti Hermes, Gucci, Prada dan banyak lagi juga menjadi ribuan barangan tiruan inikan pula Duck Scarves.
Vivy yang akui walaupun banyak keluaran tiruan tetapi tidak memberi efek kepada perniagaan beliau. Namun apa yang digeruni adalah kepercayaan pelanggan setia akan berkurangan.
Duckscarves tiruan ini boleh dikenali dari segi kualiti fabrik. Beliau sendiri tidak menyokong barangan tiruan kerana tahu kepayahan mengeluarkan idea dan proses sesuatu produk yang berkualiti, bukan mudah. Justeru beliau menyeru kepada rakyat Malaysia dan seluruh peminat setia Duckscarves agar membeli tudung yang original.
Mengembangkan sayap dalam perniagaan di peringkat antarabangsa dengan kerjasama dengan pihak seperti SME dan MISC, Vivy juga pernah mengeluarkan tudung koporat tetapi tidak pernah dijual untuk umum.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berkongsi menjadi satu kebiasan, apatah lagi mereka yang memang istimewa. Kebanyakan kita mesti ada seorang bff yang selesa berkongsi apa sahaja bukan? Daripada pakaian, makanan, rahsia, gosip, kekasih, semuanya sedia dikongsikan! Well, sharing is caring kan? Pun begitu, bukan semua perkara kita boleh share tau.
Antara perkara yang perlu digunakan oleh anda seorang sahaja secara peribadi adalah tuala. Hmmm, Eh kenapa ye?
Tanpa mengira anda adalah kawan baik, ahli keluarga atau suami isteri, tuala adalah barangan peribadi dan tetap tidak boleh dikongsikan. Ini kerana perbuatan berkongsi tuala boleh
memindahkan kuman di antara satu individu kepada individu yang lain.
Untuk pengetahuan anda, kita semua mempunyai kuman pada permukaan kulit kita tidak kira anda menjaga kebersihan atau tidak. Kebiasaannya, ia tidak berbahaya namun boleh menyebabkan infeksi kepada individu lain yang ada masalah kulit.
Perbuatan berkongsi tuala ini sudah pasti akan memindahkan kuman di antara individu. Kebanyakan kuman tidak boleh memasuki kulit yang normal, jadi ia akan berkumpul di permukaan kulit dan menunggu untuk dipindahkan lagi kepada individu lain pula.
Bukan sahaja perbuatan ini akan menyebabkan tubuh badan anda menjadi tempat pembiakan kuman, malahan ia juga boleh mengakibatkan beberapa kondisi kesihatan kepada individu. Antaranya kondisi yang mungkin terjadi adalah:
Perunding Dermatologi Dr Saadiah Sulaiman turut menjelaskan bahawa perbuatan berkongsi barangan peribadi terutamanya pakaian yang dipakai pada kulit boleh menyebabkan jangkitan kudis buta.
Jangkitan ini disebabkan oleh kutu halus yang dikenali sebagai Sarcoptes scabiei. Kutu halus ini akan menetaskan telur di kawasan kudis buta sebelum menjadi ulat yang kemudiannya menjadi punca kepada serangan ekzema dan pelbagai lagi kondisi kulit yang lain.
Sebenarnya, kondisi-kondisi ini bukan sahaja disebabkan oleh perkongsian tuala semata-mata. Perkongsian pakaian seperti baju, seluar, kasut atau pakaian dalam juga boleh mendatangkan kesan yang sama!
Perkara paling penting yang anda perlu lakukan adalah berhenti daripada berkongsi barangan peribadi anda seperti tuala. Jika ada yang ingin meminjamnya, cuba tolak dengan baik. Selain itu, anda juga perlu membasuhnya secara berkala. Mungkin seminggu sekali? Bergantung kepada anda. Cuma jangan tunggu sehingga ia berbau busuk dan berwarna keruh ya?
Kesimpulannya, tidak semua perkara boleh dikongsikan. Ya, mungkin benar sharing is caring. Tapi ‘care’ sangat ke kalau kita ‘share’ benda yang tak elok seperti kuman? Jadi, simpan dan guna barangan peribadi anda untuk anda seorang sahaja.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.