Memang tidak dinafikan wanita pada hari ini lebih berdikari dan ‘berani’ lagi-lagi di zaman serba moden ini. Namun wanita yang bergelar isteri walau bagaimana hebat dan berjaya pun suami adalah paling utama dan syurga kita.
Mari membaca coretan buat peringatan bersama yang dikongsikan oleh Fauziah Hashim ini tentang dugaan dan kealpaan seorang isteri.
1. Banyakkan Bersabar
“ Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.
Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!
2. Banyakkan Meminta Maaf
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
Ads
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
3. Pandang Muka Suami Dengan Kasih Sayang
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita. Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Ads
4. Banyakkan Berdoa
Minta Allah jaga rumah tangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumah tangga kita.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Ads
5. Perbetulkan Niat
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.
Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.
Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin. ‘
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Benar, rezeki, jodoh, ajal maut itu semuanya urusan Tuhan. Siapalah kita untuk menolak qadar dan qadar Tuhan. Kadang-kadang kita sebagai hamba-Nya berpeluang haya sementara mengecapi kebahagiaan. Dan semua yang ada dalam dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Seperti perkongsian lelaki ini yang memberitahu hanya sempat 3 bulan bergelar bapa mertua sebelum menantu kesayangan, Farah Najwa Zakaria dijemput Illahi.
Menulis perkongsian di laman facebooknya, Shastri Rathi nyata coretan bagaimana menceritakan perkenalan anaknya itu dengan menantu begitu menyentuh hati.
Biarpun kasih dan sayang sekalipun pada menantunya itu, tetapi Tuhan lebih menyayangi dirinya. Dijemput Illahi akibat demam panas setelah hanya sempat mengecap gelaran isteri untuk beberapa bulan sahaja.
Biasanya suami yang akan menulis coretan sedih begini, tetapi lelaki ini yang juga bapa mertuanya meluahkan apa yang dirasakan dalam dirinya.
Jodoh, Rezeki, Ajal….ketetapan yg ditulis Allah swt.Manusia hanya mampu merancang dan menerima seadanya ketentuan yg tersirat
Akad nikah pada Jumaat 26/10/2018 berjalan lancar. Alhamdulillah…Anak ku bergelar ‘Suami’ dan aku dapat pangkat ‘Bapa Mertua’ Persandingan belah Perempuan di Kem Sg Besi keesokan harinya juga berjalan lancar. Meriah majlis anjurannya berteraskan budaya Melayu Dgn berbaju Melayu bersisipkan sebilah Keris, anakku mengiringi Isterinya ke Pelamin. Betapa gembiranya Hati ini bila menyaksikan kebahagiaan pasangan Pengantin. Alhamdulillah, bertambah sorang lagi keluarga aku’ bisik hati kecil ini Sekarang ada kurang 3 bulan sebelum berlangsung persandingan belah lelaki.
Pada Sabtu 05/01/2019, berlangsunglah persandingan pihak lelaki di Taman Melawati. Perancangan rapi telah kami uruskan dgn harapan agar semua Tetamu2 yg dijemput akan bergembira dan menyaksikan bertemunya Jodoh anak Sulung ku Amirul Licap dgn pasangannya Farah Najwa Bte Zakaria. Percintaan yg berputik dizaman persekolahan SEMASHUR 10 tahun akan sempurna dgn langkah Akad & Bersanding.
Alhamdulillah….sebagai seorang Ayah…ini yg diimpikan. Kebahagiaan berkekalan dan penerusan Warisan. Gembira hati ini bila melihat sumbangan Usaha pasangan, saudara mara, kawan2 utk memastikan kesempurnaan Majlis.
Khusus pada Birasku Mus sekeluarga dan Khai sekeluarga…terima kasih banyak atas segala sumbangan, pertolongan, bantuan dan juga masa bersama. Tidak lupa juga pada adik beradik pengantin perempuan dan sahabat2 mereka dari SEMASHUR yg turut menyumbang usaha & tenaga. Pada Event Planner dari Azzuieena Villa Bunglow terima kasih atas kerjasama padu kalian hingga tiada cacat cela perjalanan majlis dari mata kami.Terima Kasih yg x terhingga dari kami pihak keluarga..semoga Allah jua yg membalas budi kalian.
Dimalam persandingan ini, berjumpa semula saudara mara yg dah lama x bersua, kenalan2 dari tempat aku membesar dahulu di Ulu Tiram, kawan sekolah SJI 85, sahabat2 dari KDU, kenalan dari tempat keja MAS. Alhamdulillah, sebak dan terharu bila berjumpa kembali selepas hampir 40 tahun x berjumpa. Kenalan dari MAS yg ku kenali dari 1994 juga hadir meramaikan majlis. Kami gembira dan bersyukur atas kehadiran mereka
Pengantin berdua kami syorkan duduk serumah dgn kami selepas berkahwin. Syarat kami hanyalah….seminggu dirumah kami dan seminggu dirumah Besan di Ampang. Selamat Datang Wawa Kami teruja dgn kehadiran ‘Anak Perempuan’ di teratak kami Gelak tawanya, masakan yg dihidangkan nya, celotehnya, kemesraan pengantin berdua dan keakrabannya dgn isteriku amat mendamaikan sanubari ini. Ku lihat anakku gembira sekali. Anak lelaki ku yg sorang lagi juga gembira dgn kehadiran ‘Kakak’. Isteriku dah ada ‘Geng’ Pakat ‘membahan’ dan menyakat ‘Ayah’ sorang ni. Aku suka semua tu dan aku redha dgn kebahagiaan dari Illahi.
Sehinggalah…..pada Jumaat 08/02/2019….menantuku masuk Hospital…demam panas..kami di sisinya sehingga Ahad. Keadaan tidak berubah dan kami pindahkan ke Ampang Hospital lepas Asar. Dekat Maghrib, Farah dimasukkan ke Zon Kritikal. Berderau darah bila dengar penerangan Doctor bertugas. Seluruh keluarga dapat melihatnya…dikala Azan berkumandang…kami dapat berjumpa dgn Wawa. Dia masih dapat berkata2 dan luluh hatiku melihatnya berusaha utk bernafas…Salam terakhir dari isteriku dijabat erat seolah tidak mahu dilepaskan…Mata ku mula ‘berkaca’. Yg dapat ku ucapkan hanyalah…’Wawa berehatlah ye, In syaa Allah….kami sentiasa di sisi Wawa’ Teringat kata Doc tadi…”jika sampai esok pagi x perlu Induce Coma n put on Life Support, in syaa Allah, Wawa akan beransur pulih” Malangnya, kira2 pukul 0330h…Wawa terpaksa dibantu pernafasan
Isnin…Wawa di ICU. Sedihnya bila kenalan, saudara mara berpusu melawat. Rutin kami hanyalah rumah di Puchong dan kembali ke Ampang Hospital. Keadaan Wawa masih x berubah. Pressure masih low dan erratic. Kejap naik…kejap turun.
Selasa….Wawa masih x berubah. Ku lihat Anakku Amirul disebelah Wawa….mengaji di telinga Wawa dan diurutnya tangan Wawa. Ku saksikan kasih seorang Suami kepada Isterinya…Aku sebak melihat kesedihan anakku. Besan ku juga sudah dibilik ICU…mengaji bersama dan mengurut kaki Wawa…terdetik dihati ku sewaktu hendak memakai Hair Net, Gown, Gloves & Face Mask bila Doc kata dgn sayu…”x pe, masuk aja lah”
Panggilan telefon dari kawan anakku…Pora…pada 2215h dan dari anakku pada 2230h bagaikan dentuman halilintar. Wawa sudah dijemput Illahi…Inna Lillahi Wainna Illahi Rojiuun. Wawa tiada lagi???……Ya…Wawa tiada lagi. Arwah dikebumikan di Tapak Perkuburan Cheras Baru selepas Zohor pada hari Rabu 13/02/2019….di usia hampir 25 tahun. Selepas hampir 3 bulan bergelar Isteri dan Menantu…kini bergelar Arwah
Ya Allah…Daku redha dgn ketentuan Mu Cucuri lah Rahmat Mu keatas Rohnya, Ampuni lah dosa2 nya, Lapangkanlah Kuburnya, Kasihanilah dia dan tempatkanlah rohnya dikalangan mereka yg Solihin…Aamiin.
Aku masih bersedih….sedih kerana Arwah pergi…
…sehari sebelum hari mengambil Sijil Perkahwinan.
…5 hari sebelum hari kelahirannya yg ke 25.
… 2 minggu sebelum siapnya Video Perkahwinan.
…3 bulan sebelum kami dapat berpuasa bersama.
Kepada anakku Amirul Asyraf…Ayah bersimpati atas kehilangan Mu. Ayah doakan agar Arwah aman bersemadi disana. Ayah doakan agar Allah swt anugerahkan ketabahan kepadamu. Ayah berasa bangga dan terharu bila melihat ketabahan mu memandikan Arwah, solatkan Arwah, mengusung Arwah, menurunkan Arwah ke Liang Lahat dan sama2 bertahlil keatas Rohnya. Syukur Alhamdulillah. Semoga ketabahan mu diberkatiNya…Aamiin.
Kepada saudara mara, sahabat handai yg sesama menziarahi dan solat jenazah…semoga Illahi memberkati penghidupan dan pengorbanan kalian…semoga kalian dibawah Lindungan Nya sentiasa…Aamiin.
Selamat Bersemadi Arwah Farah Najwa…Semoga tenang disana. Ayah, Ibu, Adam & Amirul amat merindui mu Terima Kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan Arwah kepada kami dan menganugerahkan kebahagiaan kepada kami sekeluarga biarpun utk sekejap waktu. Al Fatihah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bercakap mengenai K-Beauty dengan individu yang baru mengenali kosmetik Korea, pasti sering tertanya apa yang menjadikan penjagaan kulit Korea berbeza dengan penjagaan kulit Barat dan mengapa anda harus mempertimbangkan produk Korea dalam rejim kecantikan anda.
Jawapan klasik, variasi yang jauh lebih besar di setiap titik harga, cara yang tidak terbatas untuk menyesuaikan rutin penjagaan kulit anda dengan nilai yang luar biasa. Kini lebih banyak jenama Barat mengambil petunjuk dari K-Beauty, jurang tertentu mula mengecil. Jadi mengapa melihat jenama Korea daripada jenama Barat?
Secara peribadi, anda harus menggunakan produk yang paling sesuai untuk kulit, dan jika melihat produk Korea, cari produk yang setara yang tidak dapat anda temui di pasaran Barat. Seperti pelindung matahari wajah yang cantik ketika menyatu dengan kosmetik. Atau konsep penjagaan kulit Korea yang paling jelas yang ekstrim diperkatakan sekarang penjagaan kulit hanbang.
Memandangkan penekanan di seluruh dunia terhadap kesihatan sejak beberapa tahun sebelumnya, adalah bijak bahawa gelombang penjagaan kulit K-Beauty seterusnya berkaitan dengan ‘hanbang’.
‘Hanbang’ adalah ubat tradisional Korea, yang merangkumi penggunaan ubat herba yang luas untuk merawat penyakit dan menjaga kesihatan secara keseluruhan. Walaupun pada awalnya dipengaruhi oleh perubatan tradisional Korea, ‘hanbang’ telah berkembang di selama berabad-abad. Mempunyai bahan khas dan kaedah penyediaan yang unik. Ramuan dan kaedah penyediaan itu juga dapat meningkatkan kosmetik untuk merawat dan mengekalkan kesihatan kulit.
Esen dan ampul ubat disuntik dengan komponen yang tidak konvensional seperti lendir siput. Rejimen 10 langkah yang teliti dan liang dan kulit “glass”. Rutin keajaiban lebih dari sekadar beberapa kecenderungan penjagaan kulit.
Faktor yang paling penting dalam penjagaan kulit ‘hanbang’ adalah kesan fitokimia,” kata pakar. Merujuk kepada kesan pelbagai sebatian semula jadi yang terdapat pada tanaman yang digunakan. “Bahan ‘hanbang’ berbeza-beza; semuanya mengandungi polifenol, antioksidan berkesan dan agen anti-karsinogenik yang mengubah radikal bebas menjadi bahan yang tidak berbahaya dan membantu menyuburkan kulit yang sihat dan awet muda. Produk penjagaan kulit ‘hanbang’ memaksimumkan kesan dalam setiap agen fitokimia dan menyuburkan kulit agar cantik dan sihat. ”
Memaksimumkan kesan sebatian tumbuhan ini sangat penting untuk memahami penjagaan kulit ‘hanbang’. Banyak produk K-Beauty mengandungi ramuan herba seperti ekstrak ginseng, halia, licorice, dan honeysuckle, tetapi tidak semua produk tersebut adalah hanbang.
Campuran khusus mungkin sangat penting kerana interaksi antara pelbagai ekstrak herba. Gabungan khusus dapat memaksimumkan kesan setiap ramuan dan meningkatkan manfaat keseluruhan pada kulit. Merupakan strategi pemasaran, tetapi demi klasifikasi dan definisi, ideanya formulasi ‘hanbang’ memfokuskan pada campuran khas pelbagai ramuan yang sering diilhamkan secara tradisional.
Kualiti lain yang dapat membezakan penjagaan kulit ‘hanbang’ dari penjagaan kulit yang mengandungi ramuan herba adalah kegunaan herba komplek. Jenama ‘hanbang’ membuat persediaan untuk menyediakan ramuan mereka menggunakan kaedah penuaan atau penapaian tradisional.
Tetapi bagaimana anda akan tahu jika produk yang anda gemari menggunakan resipi herba tradisional atau kaedah penyediaannya?
Biasanya, sangat mudah diketahui, promosi jenama produk melalui bahan pemasaran mereka akan memberitahu anda! Rumusan tradisional yang rumit dan kaedah penyediaan yang panjang dan terperinci boleh jadi produk tersebut mahal. Kualiti ‘hanbang’ tersebut cenderung menonjol dalam pemasaran jenama atau produk hanbang kerana proses produk itu sendiri.
“Kesan penjagaan kulit hanbang berbeza-beza bergantung pada unsur fitokimia dalam setiap produk,” kata pakar. Sama seperti setiap rutin penjagaan kulit yang lain, kesan produk penjagaan kulit hanbang juga akan berbeza-beza bergantung pada keperluan, tujuan dan kepekaan kulit anda.
Sebagai salah satu pelembap terlaris Sulwhasoo, krim ini menjanjikan untuk memulihkan dan meremajakan kulit, tanpa mengira usia seseorang. Senarai ramuan yang penuh dengan ekstrak tumbuhan yang mempunyai sifat antioksidan. Ini termasuk kepekatan akar Panas ginseng yang tinggi, komponen anti-radang yang sangat baik, bersama dengan ekstrak teh hijau yang mempunyai polifenol, bahan aktif untuk mengurangkan keradangan dan meningkatkan penghalang pelindung kulit anda.
Terdapat juga akar mulberry, yang mengandungi arbutin untuk mengatasi masalah hiperpigmentasi. Krim ini hanya meleleh ke kulit anda, memberikan kilauan lembut dan berkhasiat pada kulit yang letih.
History of Whoo adalah barisan penjagaan kulit yang sangat fokus pada hanbang. Bichup Ja Saeng adalah salah satu produk yang paling popular yang mesti diberikan oleh jenama untuk memberi manfaat anti-penuaan. Sesuai digunakan pada waktu malam, esensi kaya dan hampir lengket dirumuskan dengan kompleks Gongjinbidan khas Whoo. Dibuat dengan tanduk rusa, akar angelica, ceri cornelian, kulit akar acanthopanax, thyme liar dan akar asparagus, ini adalah produk untuk meningkatkan pembaikan kerana meningkatkan kelembutan kulit anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Air mawar punya kuasa yang menakjubkan serta cukup alami. Air mawar atau rose water dipercayai mengandungi vitamin A dan C serta ada antioksida yang mampu memulihkan kulit dari dehidrasi dan memberikan efek muda berseri-seri.
Selain itu, jika sudi mengamalkan semburan face spray air mawar setelah selesai solekan, ia dapat bertindak sebagai makeup setting spray; di mana, bedak dan solekan tidak akan terlihat bercapuk-capuk atau berbelak-belak dan dikatakan tahan lebih lama.
Jika anda terasa, solekan di muka anda matte dan tebal, semburkanlah formula air mawar untuk memperelok segala-galanya; wajah akan tampak lebih halus dan tiada cacat-cela. Itulah jawapannya.
Tahu atau tidak, air mawar merupakan bahan inti pati rahsia yang menjadi amalan turun-temurun wanita Arab? Bukan sahaja sembur, malah mereka juga minum dan esen ros itu juga dimasukkan ke dalam manisan dan segalanya. Punyalah taksub dan obses!
Makeup setting spray atau dikenali sebagai makeup fixes, kebiasaannya, cukup mahal terutamanya pabila melibatkan kandungan air mawar. Jadi, yang paling afdal untuk menjimatkan kos, adalah lebih baik untuk kita lakukannya sendiri.
Formula takjub ini hanya memerlukan 2 bahan penting dan tidak sampai 1 minit untuk memformulasikannya. Tidak percaya? Efeknya sama seperti jenama-jenama tersohor yang agak mahal.
Cara-caranya cukup mudah:
1. 3/4 air
2. 1/4 air mawar
3. Campurkan ke dalam botol spray travel yang kecil dan goncangkan.
4. Nah, siap! Semburlah pada bila-bila masa dan di mana jua.
Cubalah! Jangan menyesal tidak berlagu nanti, okey? Pasti wajah anda terampil ayu dan tanpa cela. InshaaAllah, kita ikhtiar, ya?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.